You are on page 1of 7

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN KRIKET
1. UNDANG - UNDANG PERMAINAN
Semua permainan akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kriket sebagaimana yang ditetapkan
oleh Kelab Kriket Maryleborne, tertakluk kepada pindaan-pindaan yang diluluskan oleh Peraturan-
Peraturan Am MSSMKdan MSSM.
2. JENISPERTANDINGAN
2.1 Pertandingan akan dijalankan secara berpasukan (11 orang sepasukan) antara sekolah dalam
2 kategori iaitu peringkat umur bawah 12 tahun dan peringkat umur bawah 18 tahun.
2.2 Had umur kategori penyertaan adalah mengikut Peraturan Am MSSMK.
3. PENYERTAANDANPENDAFTARAN
3.1 Setiap sekolah yang ingin menyertai pertandingan perlu mengesahkan penyertaan secara
bertulis dengan mengisi Borang Penyertaan (LAMPRAN A) sebelum tarikh tutup yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri setelah
mengesahkan penyertaan.
3.2 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 15 orang pemain. Pendaftaran pemain
hendaklah dibuat dalam borang rasmi pertandingan iaitu Borang Pendaftaran Pemain
(LAMPRAN B) dan diserahkan kepada urusetia pertandingan sebelum bermain pada
perlawanan pertama.
3.3 Senarai nama kesebelasan pemain hendaklah diisi dalam Borang Pertandingan (LAMPRAN
C) dan diserahkan kepada umpire bertugas sebelum setiap kali undian perlawanan
dilangsungkan.
3.4 Pemain-pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan bermain.
4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan bergantung kepda bilangan pasukan yang menyertai pertandingan.
4.1 Sekiranya enam atau lebih pasukan yang menyertai, pertandingan akan diadakan secara
kumpulan iaitu pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Perlawanan akan diadakan
mengikut sistem liga. Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya yang
akan dijalankan secara kalah mati.
4.2 Sekiranya kurang daripada enam pasukan yang menyertai, pertandingan akan diadakan
secara liga satu pusingan. Pasukan tempat pertama dan kedua dalam liga akan bertemu
semula dalam perlawanan akhir. Pemenang tempat ketiga dan keempat adalah berdasarkan
kedudukan dalam liga.
5. HADMASA
5.1 Semua perlawanan mengandungi satu innings bagi setiap pasukan dan setiap innings
dihadkan kepada :
5.1.1 Kategori Bawah 18 Tahun
30 overs (6 bola setiap over) - untuk pusingan pertama, suku
akhir dan separuh akhir.
40 overs (6 bola setiap over) - untuk perlawanan akhir.
5.1.2 Kategori Bawah 12 Tahun
15 overs (6 bola setiap over) - untuk pusingan pertama, suku akhir dan
separuh akhir.
20 overs (6 bola setiap over) - untuk perlawanan akhir.
5.2 Semua perlawanan ditamatkan dalam satu hari dan masa pertandingan rasmi ialah seperti
berikut :
5.2.1 Perlawanan pertama : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
5.2.2 Perlawanan kedua : 2.00 petang hingga 6.00 petang
5.3 Sekiranya sesuatu perlawanan tertangguh kerana cuaca atau sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan, pengadil akan menyusun semula jumlah overs bagi tiap-tiap side innings.
Penyusunan ini hendaklah dibuat dengan mematuhi syarat bahawa bilangan overs tidak
kurang daripada separuh (1/2) jumlah overs yang asal. Jika syarat ini tidak dapat dipenuhi
maka perlawanan yang berkenaan dianggap seri (draw).
5.4 Jika permainan tidak dapat dijalankan langsung, maka perlawanan tersebut akan dikira
sebagai seri tanpa lawan (tie).
6. HAD SEKATAN
6.1 Seorang bowler tidak boleh membaling lebih daripada :
6.1.1 3 overs di dalam satu innings untuk permainan 15 overs
6.1.2 4 overs di dalam satu innings untuk permainan 20 overs
6.1.3 6 overs di dalam satu innings untuk permainan 30 overs
6.1.4 8 overs di dalam satu innings untuk permainan 40 overs
6.2 Had minimum membaling ialah 15 overs dalam satu jam. Jawatankuasa Pengelola akan
mengarahkan pengadil memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi.
6.3 Sekiranya seseorang bowler tidak mampu menghabiskan sesuatu over kerana sebab-sebab
tertentu, baki bola hendaklah dibowl oleh seorang bowler yang lain. Baki bola yang
berkenaan adalah dikira sebagai satu over kepada bowler yang mengambilalih.
6.4 Sekiranya peraturan 5.3 dilaksanakan seorang bowler tidak dibenarkan membaling overs
yang lebih daripada jumlah overs yang tidak boleh dibahagi dengan 5, maka tambahan hanya
satu over setiap bowler boleh diberikan kepada bilangan bowler minimum yang dibenarkan.
(Contoh : sekiranya satu innings dikurangkan kepada 18 overs maka tiga orang bowler boleh
membaling sebanyak 4 overs seorang dan bowler-bowler yang lain tidak boleh membaling melebihi
3 overs seorang.)
6.5 Bowler tidak dibenarkan membuat balingan underarm.
7. KEPUTUSANDANPEMBERIANMATA
7.1 Sekiranya kedua-dua pasukan menghabiskan overs yang dipersetujui, maka pasukan yang
mempunyai jumlah larian (runs) yang lebih akan menjadi pemenang dalam sesuatu
permainan

7.2 Pasukan memukul (batting) kedua mestilah menghadapi sekurang-kurangnya separuh overs
yang diperuntukan atau semua pemukulnya dikeluarkan (out) sebelum sesuatu keputusan
boleh dibuat.
7.3 Sekiranya pasukan memukul (batting) kedua belum menghabiskan overs yang dipersetujui,
maka keputusan akan dibuat mengikut cara di bawah :
7.3.1 Pasukan yang memperolehi kadar larian setiap over (Run Rate Per Over) yang lebih
besar dihitung tepat kepada dua tempat perpuluhan, akan menjadi pemenang.
7.3.2 Perhitungan kadar larian setiap over bagi pasukan memukul yang pertama akan dibuat
berdasarkan kepada jumlah overs yang telah ditetapkan.
7.4 Sekiranya keputusan tidak dapat dibuat berdasarkan kepada 7.1, 7.2 atau 7.3, maka
kedua-dua pasukan dianggap seri.
7.5 Sekiranya bilangan larian bagi kedua-dua pasukan adalah sama, maka kedua-dua
pasukan akan dianggap seri (tie).
7.6 Pemberian Mata :
Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
7.7 Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai Johan Kumpulan. Pasukan
yang mendapat mata kedua terbanyak sebagai Naib Johan.
7.8 Sekiranya terdapat dua atau tiga pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka
kedudukan pasukan akan ditentukan seperti berikut :
7.8.1 Pasukan yang mempunyai purata scoring run rates yang lebih besar akan dikira sebagai
pemenang. [ Scoring Run Rates ialah jumlah larian yang diperolehi dalam permainan
kumpulan dibahagikan dengan jumlah balingan yang sah (tidak termasuk wide dan no
ball) ]
7.8.2 Jika masih juga seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawan dikira sebagai
pemenang.
7.8.3 Jika masih juga seri, keputusan akan dibuat melalui undian.
8. MINUMAN
8.1 Dalam sesuatu innings, minuman boleh dibawa ke padang sekali sahaja. Jika cuaca terlalu
panas, dengan kebenaran pengadil, minuman boleh dibawa sebanyak dua kali sewaktu
perlawanan dilangsungkan.
8.2 Minuman hanya boleh dibawa masuk selepas perlawanan berjalan lebih daripada 60 minit
atau selepas separuh daripada jumlah overs yang dipersetujui tamat.
9. PAKAIAN
9.1 Pakaian semua pemain iaitu baju, seluar dan kasut adalah putih.
9.2 Pemain adalah dilarang memakai kasut yang boleh merosakkan pitch.
9.3 Pemain digalakkan memakai helmet dan peraturan memakai helmet ini diwajibkan kepada
pemain bawah 12 tahun.
9.4 Pemain digalakkan memakai alat perlindungan keselamatan lain yang lazim digunapakai
dalam permainan kriket tetapi mestilah di sebelah dalam pakaian.
10. GELANGGANG
10.1 Gelanggang adalah berbentuk oval seperti berikut;
Contoh Lakaran Gelanggang Permainan Kriket

BOUNDARY
LNE
NOTA: Butiran lanjut berkaitan nama dan ukuran spesifik gelanggang, Rujuk LAMPIRAN D
10.2 Ukuran gelanggang adalah berdasarkan jadual di bawah;
Ukuran Bawah 18 Bawah 12
1. Jarak antara wiket 20.12 m (22 ela) 19.20 m (21 ela)
2. Tinggi Stump 71.1 cm (28 inci) 68.58 cm (27 inci)
3. Lebar Wiket 22.86 cm (9 inci) 20.32 cm (8 inci)
4. Boundary (minimum) 54.87 m (60 ela) 41.15 m (45 ela)
10.3 Dalam permainan yang dijalankan di atas matting wicket, bola yang dibowl ke penghujung
tikar atau keluar adalah diputuskan sebagai no ball.
10.4 Semua bola yang terkeluar 2 kaki sebelum (off-stump) adalah diputuskan sebagai wide.
Semua bola yang keluar sebelah leg-stump juga diputuskan sebagai wide.
10.5 Jika sekiranya bola melantun melepasi paras ketinggian bahu pemukul yang berada di crease
dalam posisi dirian biasa, pengadil akan memanggil dan mengisyaratkan itu sebagai no ball.
10.6 Jika bola yang dibowl terus (full toss) melepasi paras pinggang pemukul, maka pengadil juga
akan memanggil balingan tersebut sebagai no ball.
10.7 Pengadil boleh memanggil no ball bagi bola berikut :
10.7.1 Lantunan lebih daripada dua kali.
10.7.2 Bola yang meleret
10.7.3 Bola yang dibowl berhenti serta merta.
(Rujuk Peraturan 25.3 Undang-undang Kriket MCC)
11. ALATAN
11. 1 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan menyediakan peralatan asas seperti bola,
stumps, bails, score sheet (LAMPRANE) dan score board (LAMPRANF).
11.2 Saiz bola
11.2.1 Bawah 18 Tahun - Berat 155.9 hingga 163 gram atau lilitan 22.4 hingga 22.9 cm.
11.2.2 Bawah 12 Tahun - Berat 133 hingga 144 gram atau lilitan 20.5 hingga 22 cm.
11.2.3 Bola baru akan digunakan pada permulaan setiap innings.
12. MASAMENUNGGU
12.1 Pasukan yang tidak bersedia memulakan sesuatu perlawanan 30 minit selepas masa yang
ditetapkan akan dianggap menarik diri dan menyerah kalah.
12.2 Pasukan tersebut akan diberikan surat tunjuk sebab kerana melanggar peraturan 3.1 dan
Jawatankuasa Pengelola akan mengambil tindakan selanjutnya.
13. LAPORANMELANGGARPERATURAN
13.1 Pengadil bertanggungjawab melaporkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pengelola
dalam masa 30 minit setelah tamatnya sesuatu perlawanan, mana-mana pemain atau
pegawai yang melanggar peraturan atau berkelakuan kurang sopan.
13.2 Pengadil-pengadil akan memberitahu ketua pasukan yang terlibat bahawa perkara tersebut
akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Pengelola.
14. BANTAHAN
14.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan hendaklah diserahkan
kepada Setiausaha Pertandingan atau wakilnya tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat
sesuatu perlawanan dengan bayaran sebanyak RM300.00.
14.2 Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berjaya.
15. LEMBAGAJURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan-peraturan Am ( ) MSSMK.
16. LEMBAGATATATERTIB
Sila rujuk Peraturan-peraturan Am ( ) MSSMK.
17. PERKARAYANG TIDAKDINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawankuasa
Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah muktamad.

4
I
t
/
1
.
2
2
m
9
i
n
/
2
2
.
8
6
c
m
M
i
n
i
m
u
m
8
I
t
/
2
.
4
4
m
8 It 8 in / 2.64 m

2
2
y
d
/
2
0
.
1
2
m
Minimum

12 It / 3.66 m

Popping
crease

Bowling
crease

Return
crease

Laws 7 (The Pitch) and 9 (The Bowling, Popping and Return Creases)

TOTAL
OVERS
WICKETS
TARGET







CONTOH SCOREBOARD

You might also like