You are on page 1of 6

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENUTUPAN RASMI


PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2017
SEKOLAH TINGGI KLUANG

NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR

NYANYIAN LAGU SEDERAP SELUHUR TUJU

MAJLIS PENUTUPAN RASMI


PERTANDINGAN KAWAD KAKI PBB SEKOLAH TINGGI KLUANG
2017

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Salam


sejahtera, salam muafakat Johor.

*YANG DIHORMATI

………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………….

YANG BERUSAHA
TUAN HAJI ROZALI BIN JEMALI
PENGETUA SEKOLAH TINGGI KLUANG

Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan, guru-guru,


peserta Pertandingan Kawad Kaki PBB Sekolah Tinggi
Kluang, serta para pelajar sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penutupan Rasmi Pertandingan


Kawad Kaki PBB Sekolah Tinggi Kluang 2017.
Untuk memohon keberkatan ilahi, majlis dengan segala
hormatnya menjemput al-Fadhil Ustaz

AZMI BIN SETAPA

untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin, amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan


kepada al-Fadhil Ustaz

AZMI BIN SETAPA

di atas bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis


kita diberikan kemudahan dan rahmat daripada Allah.

Aturcara majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan dan


amanat daripada Tuan Pengetua Sekolah Tinggi Kluang.
Dengan ini, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan

YANG BERUSAHA
TUAN HAJI ROZALI BIN JEMALI
PENGETUA SEKOLAH TINGGI KLUANG

untuk menyampaikan ucapan beliau.

UCAPAN PENGETUA

Jutaan terima kasih diucapakan kepada tuan pengetua di


atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Tuan/puan,

Tibalah masa yang kita nanti-nantikan, iaitu pengumuman


keputusan rasmi pertandingan kawad kaki PBB Sekolah
Tinggi Kluang 2017. Pasukan mana yang bakal dinobatkan
sebagai juara pertandingan edisi 2017?

Untuk mengumumkan keputusan pertandingan dan


memberikan ulasan pertandingan kepada para peserta,
majlis mempersilakan

……………………………………………………………………………

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGUMUMAN DAN ULASAN PERTANDINGAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Tuan/puan,

Keputusan telah pun diketahui dan debaran kian terasa.


Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

YANG BERUSAHA
CIK JUANITA PRIMROSE
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SEKOLAH TINGGI KLUANG

untuk mengiringi

YANG BERUSAHA
TUAN HAJI ROZALI BIN JEMALI
PENGETUA SEKOLAH TINGGI KLUANG

untuk menyempurnakan acara penyampaian sijil dan


hadiah kepada para pemenang.
PENYAMPAIAN HADIAH

Kita mulakan dengan penyampaian sijil kepada para


peserta pertandingan. Dipersilakan ketua platun daripada
setiap pasukan yang bertanding ke pentas juara untuk
menerima sijil. Dimulakan dengan:

1. …………………………………………………………………

2. …………………………………………………………………

3. …………………………………………………………………

4. …………………………………………………………………

5. …………………………………………………………………

6. …………………………………………………………………

7. …………………………………………………………………

8. …………………………………………………………………

9. …………………………………………………………………

10. …………………………………………………………………

Kini, tibalah masa yang dinantikan, iaitu penyampaian


hadiah kepada para pemenang pertandingan kawad kaki
PBB Sekolah Tinggi Kluang 2017. Dijemput ketua platun
pasukan yang bakal diumumkan sebentar lagi untuk
menerima hadiah di pentas juara.

PASUKAN PEREMPUAN

Ketiga - …………………………………………………………………

Kedua - …………………………………………………………………

Pertama - ………………………………………………………………
PASUKAN LELAKI

Kedua - …………………………………………………………………

Pertama - ………………………………………………………………

KETUA PLATUN TERBAIK LELAKI

……………………………………………………………………………

(PASUKAN ……………………………………………………………..)

KETUA PLATUN TERBAIK PEREMPUAN

……………………………………………………………………………

(PASUKAN ……………………………………………………………..)

Terima kasih diucapkan kepada

YANG BERUSAHA
TUAN HAJI ROZALI BIN JEMALI
PENGETUA SEKOLAH TINGGI KLUANG

di atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah kepada


para pemenang sebentar tadi. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada para pemenang pertandingan kawad
kaki PBB Sekolah Tinggi Kluang 2017. Kepada yang kurang
bernasib baik, tingkatkan usaha dan usah berputus asa
kerana masih ada lagi peluang di masa akan datang.

Kepada semua pasukan, teruskan usaha dan bersiap sedia


bagi menghadapi pertandingan kawad kaki PBB peringkat
daerah Kluang 2017 nanti.
NYANYIAN NEGARAKU

Hadirin yang dihormati,

Majlis penutup pada petang telah sampai ke


penghujungnya. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput para hadirin untuk bangun bagi bersama-sama
menyanyikan lagu Negaraku.

Dengan ini, berakhirlah sudah majlis penutupan rasmi


pertandingan kawad kaki PBB Sekolah Tinggi Kluang 2017.
Saya mewakili ahli jawatankuasa pertandingan memohon
ampun dan maaf di atas segala kelemahan dan
kekurangan sepanjang pertandingan berlangsung. Selamat
maju jaya dan teruskan kecemerlangan bagi semua PBB
Sekolah Tinggi Kluang.

MAJLIS BERSURAI

You might also like