You are on page 1of 7

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD 18 TAHUN KE BAWAH & 12 TAHUN KE

BAWAH TAHUN 2023

1. UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan dijalankan mengikut Undang – Undang Persekutuan


Bola Baling Antarabangsa (IHF) edisi Julai 2022 dan Peraturan –
Peraturan Am MSSM yang terkini serta Peraturan Pengelola
Pertandingan semasa.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan berpasukan peringkat umur 12 dan 18 tahun ke


bawah,kategori lelaki dan perempuan.

2.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum 12 orang pemain


dan minimum 5 orang pemain.

2.3 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum 4 orang pegawai


(GURU) bagi setiap perlawanan dan minimum seorang pegawai mesti
berada dalam sesuatu perlawanan.

2.5 Tempoh permainan adalah :

7 : 0 : 7 (7 minit setiap separuh masa tanpa rehat) digunakan untuk


peringkat pusingan awal semua kategori.

7 : 1 : 7 (5 minit setiap separuh masa dengan rehat diberi 1 minit)


digunakan untuk peringkat suku akhir, separuh akhir, tempat ketiga &
keempat dan akhir semua kategori.

2.6 Masa Rehat Pasukan (Team Time Out) - 1 minit :

TIADA

3. KELAYAKAN PESERTA & DOKUMEN SOKONGAN

3.1 Merujuk kepada Perkara 3, 4 & 5 dalam Peraturan Am MSSM


serta Lampiran A Edisi Terbaharu 2019
(Salinan Kad Pengenalan/ Salinan Sijil Kelahiran, Borang M01/R01, &
Borang M02/R02)
3.2 Pemain yang berumur 12 tahun yang lahir pada 2011 dan selepasnya
yang bersekolah di sekolah rendah atau setaraf (Kategori B12).
Pemain yang berumur 18 tahun yang lahir 2005 dan selepasnya yang
bersekolah di sekolah menengah atau setaraf (Kategori B18).
4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Secara berkumpulan dan Kalah singkir.

4.2 Menentukan Sistem Pertandingan

4.2.1 Sekiranya penyertaan pasukan kurang daripada 12 pasukan,


sistem liga 3 kumpulan akan diadakan.
a) Pusingan awal (Liga 3 Kumpulan)
b) Johan dan Naib Johan Kumpulan LAYAK ke pusingan kedua.
Undian akan dilakukan untuk menempatkan pasukan yang layak ke
dalam 2 kumpulan (X dan Y)
c) Johan dan Naib Johan setiap kumpulan (X dan Y) akan layak ke
peringkat separuh akhir.

4.2.2 Sekiranya 12 pasukan atau lebih dan kurang daripada 18


pasukan, sistem liga 4 kumpulan akan dilaksanakan.
a) Pusingan awal ( 4 kumpulan)
b) Johan dan Naib Johan akan LAYAK ke pusingan Kalah singkir.
Undian akan dijalankan untuk menentukan pasukan yang layak ke
suku akhir.

4.2.3 Sekiranya 18 pasukan atau lebih dan kurang daripada 24


pasukan, sistem liga 6 kumpulan akan dilaksanakan
a) Pusingan awal (Liga 6 Kumpulan)
b) Johan dan Naib Johan akan LAYAK ke pusingan Kalah singkir.
Undian akan dijalankan untuk menentukan pasukan yang Sistem bye
akan digunakan untuk menentukan pasukan yang layak ke suku akhir
dan pasukan yang melalui play off.

4.2.4 Sekiranya 24 pasukan atau lebih dan kurang daripada 32


pasukan, sistem liga 8 kumpulan akan dilaksanakan.
a) Pusingan awal ( 4 kumpulan)
b) Johan dan Naib Johan akan LAYAK ke pusingan Kalah singkir.
Undian akan dijalankan untuk menentukan pasukan yang layak ke
suku akhir.

4.2 Penetapan “seeded” dalam undian kumpulan mengikut kedudukan


MSSD 2022.

5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

5.1 Pemberian mata dalam permainan secara Liga :

Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
5.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut :

5.2.1 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang


terbanyak akan dikira menang.

5.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol


terbanyak
dikira menang

5.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan


lawannya dikira menang.

5.2.4 Jika masih seri, lambungan syiling akan dijalankan


dengan keputusan ”best of three”

5.3 Secara Kalah Singkir

5.3.1 Bagi perlawanan secara kalah singkir, jika kedudukan


seri selepas sepenuh masa, sistem balingan 7 meter
akan dijalankan melibatkan 3 balingan setiap pasukan.
Jika masih seri jaringan 7 meter dengan satu balingan
akan dijalankan. (Suddent death goal)

5.3.2 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana


keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka
lambungan syiling akan dijalankan dengan keputusan
’best of three’

5.4 Sistem Balingan 7 meter :

5.4.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 3 balingan dari garisan


balingan 7 meter dengan cara membaling berselang-seli
oleh 3 pemain.

5.4.2 Jika masih seri, maka satu balingan 7 meter hendaklah


diteruskan dengan balingan suddent death (Lambungan
duit syiling akan dilakukan untuk pilihan menjaring dan
menjaga gol)

5.4.3 Pengadil akan memutuskan kawasan gol mana balingan


7 meter itu dijalankan dan membuat undian untuk
memulakan balingan 7 meter.

5.4.4 Hanya pemain-pemain yang layak kecuali pemain yang


dikenakan 2 minit (belum cukup tempoh selepas masa
tamat), kad merah atau kad biru TIDAK dibenarkan
mengambil balingan 7 meter.
5.4.5 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter
dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan
balingan percuma.

5.4.6 Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah


gelanggang.

5.4.7 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa


balingan 7 meter dijalankan.

6. SISTEM MATA MENENTUKAN JUARA KESELURUHAN

TIADA

7. PAKAIAN / PERALATAN PEMAIN DAN ETIKA PAKAIAN PEGAWAI

7.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki sesuai
dengan permainan di permukaan gelanggang.

7.2 Pemain-pemain dilarang berkuku panjang, memakai jam tangan,


cincin rantai, subang yang boleh mendatangkan kecederaan.

7.3 Pengunaan gam / glue tidak dibenarkan.

7.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set


jersi yang berlainan warna bagi setiap peringkat umur. Pemain
memakai jersi yang bernombor di bahagian belakang dan di bahagian
hadapan. Pemakaian nombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga
tamat kejohanan. (Pemakaian bip tidak dibenarkan kecuali untuk
penjaga gol)

7.5 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi


masing-masing semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

7.6 Pegawai-pegawai pasukan yang berada di bangku simpanan tidak


dibenarkan memakai seluar jeans, seluar pendek dan selipar.

7.7 Pertukaran warna jersi, jika berlaku, pemakaian jersi yang sama
warna sebelum pertandingan oleh kedua-dua pasukan, pasukan yang
namanya tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki
menukar jersi.
8. GELANGGANG PERMAINAN

8.1 Merujuk kepada Perkara 1 dalam buku “ Rule of The Game” IHF.

8.2 Tiap-tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan


keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-
kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter
dari garisan gol.

9. BOLA

PERINGKAT
LILITAN BERAT
UMUR SAIZ
50 – 52 cm 290 – 330 gm Saiz 1
12 TKB (L & P)

18 TKB (P) 54 – 56 cm 325 – 375 gm Saiz 2

18 TKB (L) 58 – 60 cm 425 – 475 gm Saiz 3

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Merujuk kepada Perkara 11 dalam Peraturan Am MSSM

11 KELEWATAN

1.1 Hanya 3 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat.
Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan
dengan 2 mata dan dengan jaringan 3 – 0. (Tertakluk kepada
keputusan Teknikal)

12 BATAL (KAD MERAH / KAD BIRU)

12.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu


kad merah (tanpa laporan bertulis), pemain atau pegawai
berkenaan tidak boleh bermain dalam 1 perlawanan berikutnya.

12.2 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad
biru (dengan laporan bertulis) pemain berkenaan akan
digantung mengikut keputusan jawatankuasa teknikal.

12.3 Pemain yang dikenakan tindakan gantung 2 minit selama 3 kali


berturut-turut dalam sesuatu perlawanan dan diikuti dengan satu
kad merah, pemain tersebut dibenarkan bermain untuk
perlawanan seterusnya.
Nota : Untuk kejohanan yang tempoh masa permainan kurang dari 10-1-
10, tindakan gantung 2 minit dikurangkan kepada 1 minit, namun
isyarat pengadil masih sama.

13 PENANGGUHAN PERLAWANAN

13.1 Jika berlaku penangguhan perlawanan atas sebab-sebab


keselamatan atau bencana alam maka perkara berikut diguna
pakai :

13.1.1 Perlawanan disambung semula jika penangguhan


perlawanan tidak melebihi 12 jam dan perlawanan
TELAH mencapai 60% masa perlawanan.

13.1.2 Perlawanan ulangan jika penangguhan


perlawanan melebihi 12 jam dan perlawanan
BELUM mencapai 60% masa perlawanan.

14 BANTAHAN

14.1 Merujuk kepada Perkara 12 dalam Peraturan Am MSSM

15. LEMBAGA JURI RAYUAN

15.1 Merujuk kepada Perkara 13 dalam Peraturan Am MSSM

16. LEMBAGA TATATERTIB

16.1 Merujuk kepada Perkara 14 dalam Peraturan Am MSSM

17. PERKARA – PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

17.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang
berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
TAMBAHAN

1. Kemenangan percuma (3-0) akan diberikan kepada pihak lawan jika pasukan
hadir di gelanggang tanpa pengurus pasukan yang didaftarkan dalam tempoh
3 minit. (Pegawai terdiri daripada kalangan guru sahaja)
2. Perkara berkaitan keselamatan
3. Perkara berkaitan kebersihan
4. Disiplin – (pemain, pengurus, jurulatih,penyokong, ibu bapa, ahli keluarga,
warga sekolah berkenaan dan jurulatih luar)
5. Perkara berkaitan tiada semangat kesukanan
6. Tidak meninggalkan kawasan pertandingan sekiranya tidak pasti keputusan
pertandingan
7. Atlit mesti berpesonaliti murid sekolah dan tertakluk kepada peraturan disiplin
murid
8. Jurulatih luar – Perlu berdaftar dengan JPWPKL, tidak dibenarkan berada di
dalam kawasan pertandingan. Tindakan melanggar peraturan boleh
menyebabkan pendaftaran pasukan di batalkan
9. Pasukan yang TIDAK melengkapkan borang pendaftaran M01, M02
(Menengah), R01, R02 (Rendah), Salinan Kad Pengenalan (Menengah),
Salinan Sijil Kelahiran (Rendah) atau tidak memakai jersi yang bernombor
depan dan belakang TIDAK DIBENARKAN BERTANDING.
10. Perkara-perkara lain yang tidak diputuskan.

You might also like