You are on page 1of 12

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1 Nama Kejohanan
Kejohanan Bola Tampar MSSZ Jengka Bawah 12 tahun 2022
2 PENGANJUR
Kejohanan ini adalah anjuran MSSZ Jengka dan dikelolakan oleh
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JENGKA 11

3 TUJUAN
3.1 Menanamkan minat pelajar terhadap permainan bola tampar.
3.2 Mencungkil bakat baru di kalangan pelajar dalam permainan bola tampar.
3.3 Merupakan satu usaha untuk mencari bakat pelajar untuk di ketengahkan
ke peringkat lebih tinggi.
3.4 Memilih pemain yang akan mewakili MSS ZON JENGKA ke Kejohanan
Bola Tampar MSSD MARAN.

4 TARIKH DAN TEMPAT

Diadakan pada 26 - 27 Julai 2022 bertempat di Gelanggang Bola Tampar


SK FELDA JENGKA 11
5 MESYUARAT PENGURUSAN PASUKAN DAN PENGADIL

Tarikh : 15 JULAI 2022


Masa : 8:30 PAGI
Tempat : SK FELDA JENGKA 11

6 UNDANG-UNDANG AM PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh


Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am MSSM.

7 KELAYAKAN PEMAIN DAN HAD UMUR

Hanya pelajar yang masih bersekolah di sekolah rendah dalam Daerah Maran dan
mestilah berumur 12 tahun ke bawah.

8 PENDAFTARAN

8.1 Setiap pasukan mengandungi seorang pengurus,seorang jurulatih, seorang


penolong jurulatih dan 12 orang pemain.
8.2 Pendaftaran pemain boleh dibuatsebelum atau pada pagi kejohanan.
8.3 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan untuk setiap kategori
yang dipertandingkan.
8.4 Yuran pendaftaran: Tiada

1
9 PAKAIAN DAN ALATAN

9.1 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi yang berwarna seragam dan mempunyai
nombor depan dan belakang.
9.2 Nombor jersi hendaklah dari nombor 1 hingga 18 sahaja.
9.3 Pemain libero hendaklah menggunakan jersi berwarna berbeza daripada ahli
pasukannya.
9.4 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor jersi yang sama seperti diborang
pendaftaran pemain dalam setiap perlawanan.
9.5 Setiap pasukan hendaklah menyerahkan sebiji bola kepada pengadil pada setiap
kali pasukan mereka terlibat dalam sesuatu perlawanan.

10 SISTEM PERTANDINGAN

10.1 Pusingan awal dua kumpulan. Perlawanan dijalankan secara liga.


10.2 Pasukan johan dan naib johan setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh
akhir.
10.3 Pemenang peringkat separuh akhir akan layak ke perlawan akhir.
Pasukan kalah akan bertanding untuk tempat ketiga dan keempat.
10.4 Secara "Best of Three"

11 SISTEM PENGIRAAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN

11.1 Pasukan yang menang akan diberi 2 mata


11.2 Pasukan yang kalah akan diberi 1 mata.
11.3 Sekiranya ada pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka cara berikut akan
digunakan:-
A A Jumlah set menang ( semua perlawanan)
C= ………….. B Jumlah set kalah (semua perlawanan)
B C Nisbah Set

Pasukan yang mempunyai nisbah set yang lebih tinggi akan dianggap pemenang.

11.4
X X Jumlah mata menang ( semua perlawanan)
Z= ………….. Y Jumlah mata kalah (semua perlawanan)
Y Z Nisbah mata

Pasukan yang mempunyai nisbah mata yang lebih tinggi akan dianggap pemenang.

11.5 Sekiranya masih berlaku seri, maka cara yang berikut akan digunakan :

Dua pasukan terlibat - Pemenang adalah pasukan yang menang dalam


perlawanan yang telah diadakan antara kedua-dua pasukan itu
diperingkat awal. Tiga atau lebih pasukan - Keputusan ditentukan secara
Tiga atau lebih pasukan - Keputusan ditentukan secara cabutan undi.

2
12 GELANGGANG DAN JARING

12.1 Gelanggang permainan adalah berukuran 16m X 8m. Garisan serang dilukis
2.7 meter selari dengan garis tengah gelanggang.
12.2 Kawasan servis, kawasan yang berukuran 8 meter di belakang garisan
hujung.
12.3 Ia dihadkan oleh dua garisan 15 cm X 5 cm dilukis lurus dengan garisan
tepi tetapi dipisahkan jarak 20 cm dari garisan hujung.

13 CIRI - CIRI BOLA

13.1 Bola adalah berbentuk sfera diperbuat daripada kulit lentur atau kulit
sintetik dengan satu pundi di dalamnya diperbuat daripada getah atau bahan
serupa.
13.2 Warna hendaklah seragam dan cerah
2.2.1 Lilitannya 62cm hingga 64cm
2.2.2 Jisim 200gm hingga 220gm
2.2.3 Tekanan dalam 0.30 hingga 0.325gm/cm2

14 KETINGGIAN JARING

lelaki 12 Tahun 2.10m


15 Tahun 2.35m
18 Tahun 2.43m
Perempuan 12 Tahun 2.10m
15 Tahun 2.20m
18 Tahun 2.24m

15 SISTEM SKOR

15.1 Untuk mendapat satu mata


Sistem " Point rally " akan digunakan. ( Mata ping pong ).
15.2 Memenangi satu set
15.2.1 Untuk semua set, mana - mana pasukan yang terdahulu
mendapat 21 mata akan memenangi set tersebut.
Walaubagaimanapun jika kedua - dua pasukan seri pada mata 20 sama penamat
ialah lebihan 2 mata. Pasukan yang mendapat mata 25 dikira pemenang.
15.2.2 Untuk set penentuan, mata tamat 15. Pasukan akan bertukar gelanggang apabila
mana-mana pasukan mendapat mata 8.
15.2.3 Memenangi perlawanan sesuatu perlawanan akan dimenangi oleh pasukan yang
memperolehi kemenangan 2 set dengan keputusan 2 - 0 atau 2 - 1

3
16 KOMPOSISI BARISAN UTAMA

Barisan utama sesuatu pasukan terdiri daripada enam orang pemain mengikut
giliran servis (rotaional order) di dalam gelanggang didaftarkan pada set
permulaan.
17 PUTARAN SERVIS

Sistem putaran servis akan dipatuhi seperti yang terdapat di dalam undang-undang
bola tampar FIVB. Pasukan yang mendapat servis akan bergerak satu kedudukan
mengikut pusingan jam. Semasa servis semua pemain mesti berada di dalam
gelanggang masing-masing mengikut susunan giliran servis.

18 PEMAIN LIBERO ( Peraturan 20 FIVB )

Satu pasukan boleh mendaftar seorang pemain libero yang memakai jersi yang
berlainan warna daripada jersi pasukan. Pemain libero boleh menggantikan
mana-mana pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan. Pemain libero
tidak boleh membuat servis, melakukan hadangan atau menyerang dengan bola
di atas paras jaring.

19 PEMBATALAN

19.1 Setiap pasukan perlu berada di gelanggang permainan 10 minit sebelum masa yang
ditetapkan.
19.2 Pasukan yang lewat diberi tempoh 5 minit lagi selepas masa yang ditetapkan.
19.3 Jika masih gagal hadir maka pasukan itu dianggap kalah dan kemenangan percuma
akan diberikan kepada lawannya. (KECUALI IA DAPAT MEMBERIKAN ALASAN
YANG MUNASABAH KEPADA PENGERUSI PENGELOLA).
19.4 Pasukan yang menyerah kalah akan dianggap sebagai menarik diri daripada
kejohanan dan tidak dibenarkan untuk meneruskan perlawanan seterusnya dan
semua keputusan yang melibatkan pasukannya akan dibatalkan.

20 BANTAHAN DAN RAYUAN

Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak dibenarkan membuat sebarang


bantahan atau rayuan.

4
21 MAKANAN DAN MINUMAN

Tidak disediakan oleh pihak pengelola, walaubagaimanapun boleh membuat


tempahan dengan KANTIN SK FELDA JENGKA 11 ( Cik Fatin Aqilah
011-55078440)

22 KESELAMATAN
22.1 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian,
kecacatan anggota, kehilangan anggota dan harta benda atau sebarang kecederaan
lain yang berlaku :

a) Semasa perjalanan pergi dan balik


b) Semasa kejohanan dijalankan
c) Di dalam dan di luar kawasan venue
d) Di tempat-tempat penginapan

23 HAL-HAL LAIN

Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan


jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak disebut dalam
peraturan pertandingan ini dan keputusannya adalah muktamad.

You might also like