You are on page 1of 7

PERTANDINGAN CONGKAK

PROGRAM KEJOHANAN SUKAN


BERSAMA KOMUNITI KKKA U-THANT
2022
TARIKH : 12 NOVEMBER 2022 (SABTU)
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : SURAU KKKA U-THANT
FORMAT : BERPASUKAN

PERLAWANAN : “LIGA BERKUMPULAN”

ms… 1 / 7
SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN

CONGKAK

1. PENGANJURAN & PENGELOLAAN


 Kejohanan ini dianjurkan dan dikelolakan bersama oleh Kuarters Kerajaan Kakitangan
Awam Jalan U –Thant.

2. PERALATAN
 Papan congkak yang mengandungi sekampung tujuh (7) rumah anak serta satu
(1) rumah ibu.

 Guli 7 biji bagi setiap rumah (98 biji).

3. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
 Setiap pasukan adalah daripada kalangan wanita iaitu isteri atau penghuni KKKA
U-Thant sahaja.

 Setiap pasukan perlulah terdiri daripada tiga (3) orang pemain wanita .

 Setiap pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain kepada pihak Urusetia
sekurang-kurangnya tiga puluh (30) minit sebelum pertandingan bermula.

 Peserta yang sedang bermain dilarang meninggalkan permainan tanpa izin pengadil
perlawanan.

ms… 2 / 7
 Dalam keadaan tertentu jika berlaku kekeliruan dan masalah di mana tidak dinyatakan
dalam syarat pertandingan, maka keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.

4. PERATURAN DAN CARA PERTANDINGAN


 Dua (2) orang pemain yang bertanding akan berkedudukan secara mengadap.
 Permainan dilaksanakan dalam tiga (3) papan (3 pusingan). Kedua-dua peserta jalan /
menapak serentak untuk papan pertama, papan kedua dan jika seri papan ketiga.
Pemenang adalah pemain yang memenangi dua (2) papan terdahulu. Rumah terbakar
dimansuhkan.
 Setelah guli, permainan dimulakan dengan semua guli dari mana-mana rumah anak di
kampung sendiri; kemudian
 Menapak dari kanan ke kiri; lalu
 Masukkan guli satu demi satu butir, kedalam tiap rumah; dengan
 Mengelilingi kampung rumah papan congkak; dalam
 Keadaan tangan genggam terngadah; ikut
 Giliran jalan / menapak.
 Apabila tiap tiba di rumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga satu (1) butir guli;
tetapi tidak di rumah ibu lawan. Guli yang masuk ke rumah ibu lawan adalah menjadi
kepunyaan lawan.
 Guli terakhir masuk ke rumah sendiri mestilah dilepaskan genggaman dulu, sebelum
mengambil guli kembali menapak.
 Peserta mati giliran jalan / menapak ialah jika guli akhir masuk kemana-mana rumah
kosong. Peserta lawan akan mendapat giliran jalan.
 Jika naik rumah maka peserta hidup, boleh meneruskan jalan semula.
 Hanya boleh tikam setelah melalui kampung lawan. Tikam layar adalah ditegah.
 Setiap sentuhan guli mesti dimulakan jalan. Pemain hanya dibenarkan untuk berfikir
selama lima (5) saat sahaja.
 Tiada rumah terbakar di dalam pertandingan.

ms… 3 / 7
5. PENENTUAN KEMENANGAN
 Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan guli di rumah anak) tiap papan.
(Ditentukan pemenang adalah guli terakhir di masukan ke rumah)
 Menang dua (2) papan.
 Pihak lawan membuat tiga (3) kali kesalahan serupa tidak dibenarkan meneruskan
permainan.

6. PENILAIAN PERMAINAN DAN PEMBERIAN MATA


 Pemainan mengikut pola ‘Menang Tapak’;
 Pemain Menang ialah yang menang dua (2) papan;
 Pasukan Menang ialah mengalahkan ramai pemain (tidak kurang dari tiga (3)
pemainan lawan);
 Pemberian mata untuk berpasukan adalah seperti berikut;
i. Menang – 1 mata
ii. Kalah – 0 mata

7. FORMAT PERTANDINGAN
 Pertandingan ini adalah antara pasukan dan akan dijalankan secara format LIGA
BERKUMPULAN

7.3. Juara dan Naib Juara kumpulan layak ke peringkat SUKU AKHIR yang akan dijalankan
secara format KALAH SINGKIR @ KALAH MATI sehinggalah ke Peringkat
AKHIR.
Susunan format pertandingan adalah seperti berikut dan juga berdasarkan Kemenangan “best
of three”;
i. Pemain wanita 1 bertemu wanita 1
ii. Pemain wanita 2 bertemu wanita 2
iii. Pemain wanita 3 bertemu wanita 3
iv. Pemain wanita 4 bertemu wanita 4
v. Pemain wanita 5 bertemu wanita 5

ms… 4 / 7
8. HUKUMAN DAN LARANGAN
 Satu Kesalahan :
Bermain dengan genggam terlungkup.
Tidak memasukkan guli ke rumah ibu atau rumah anak.
Sentuhan guli yang tidak berjalan / menapak.
Berfikir melebihi lima (5) saat.
Guli akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa guli yang baru.

 Pemain-Pemain Yang Akan Diberi Amaran Buang Gelanggang:


Penggunaan kad hijau, kuning dan merah akan digunakan sepanjang kejohanan :
a) Mana-mana pemain yang melanggar atau melakukan kesalahan seperti di
8.1 akan menerima kad hijau bagi kesalahan pertama, kad kuning bagi
kesalahan kedua dan kad merah bagi kesalahan ketiga.

b) Pemain yang menerima kad merah akan dibuang gelanggang dan tidak
dibenarkan meneruskan permainan bagi perlawanan/set tersebut sahaja
dan pihak lawan akan diisytiharkan pemenang set tersebut.

c) Perlawanan set seterusnya akan diteruskan. Jika pemain menerima sekali


lagi kad merah, permainan akan ditamatkan dan pihak lawan akan
diisytiharkan pemenang dalam perlawanan mereka berdua.

9. WAKTU PERLAWANAN
 Waktu perlawanan adalah seperti tercatat di dalam jadual pertandingan rasmi dan hanya
boleh dipinda dengan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Atau
Jawatankuasa.

ms… 5 / 7
10. PENGADIL
 Pengadil adalah daripada lantikan urusetia pengelola.
 Laporan perlawanan akan dibuat oleh pengadil di dalam borang yang disediakan selepas
perlawanan dijalankan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

11. DISIPLIN PASUKAN


 Setiap pengurus pasukan dan jurulatih adalah bertanggungjawab menjaga disiplin para
pemain. Sekiranya terdapat sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin yang
menyebabkan kelancaran perlawanan terganggu, tindakan tatatertib akan dikenakan
kepada pasukan tersebut berpandukan kepada laporan pegawai perlawanan dan pengadil
perlawanan.

12. BANTAHAN DAN RAYUAN


 Adalah seperti yang tertera di Peraturan Am dan arahan urusetia. Semua bantahan dan
rayuan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Sukan Bersama Komuniti.

13. JADUAL PERLAWANAN


 Jawatankuasa Pengelola akan menetapkan jadual perlawanan mana-mana pasukan tidak
dibenarkan meminda mana-mana jadual perlawanan.

ms… 6 / 7
ms… 7 / 7

You might also like