You are on page 1of 9

`

PROGRAM LIGA SUKAN UNTUK SEMUA PERINGKAT DAERAH PENGKALAN HULU 2012 (SEPAK TAKRAW) TARIKH 28 APRIL 2012 MASA 9.00 PAGI TEMPAT GELANGGANG SEPAK TAKRAW PENGKALAN HULU ANJURAN
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PENGKALAN HULU

DENGAN KERJASAMA PERSATUAN SEPAK TAKRAW DAERAH PENGKALAN HULU PENYERTAAN RM 20.00

Tarikh Padang/Tempat Nama Pasukan Pengurus Pasukan Nama: No.Tel: Alamat Pasukan

Masa

9.00 Pagi

GELANGGANG SEPAK TAKRAW MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

SENARAI PEMAIN Bil Nama No.KP Alamat No.Tel

1.

2.

3.

4.

5.

Tarikh Tutup 27/04/2012(Jumaat) Tarikh Pengundian 27/04/2012(Jumaat) Tempat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pengkalan Hulu Masa 3.00 Petang Taklimat Pengurus/Wakil Pasukan : selepas pengundian Sekiranya Pengurus atau wakil tidak hadir Jawatankuasa Pengundian akan mencabut undi bagi pasukan anda

1. MATAMAT/TUJUAN
1. 2. 3. Merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan pemain-pemain Menarik minat golongan muda dan belia-belia untuk menyertai aktiviti berfaedah Memperbanyakkan aktiviti sukan di Daerah Pengkalan Hulu Perak

2. 2.1. 2.2. 2.3.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain. Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan Tekong (server). Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan Apit Kanan . Kedua-dua pemain dinamakan Apit. KEJOHANAN ANTARA REGU Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 5 orang pemain (1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan ) yang kesemua mesti didaftarkan. 8 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan. Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali. Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan. Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi. Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track -suits. Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga 36 ) yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah dada ). Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen . Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan pakaian pemain dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan. Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan. Ketua regu hendaklah memakai Arm Band di lengan kiri. Mana mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam Undang Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Teknikal ISTAF terlebih dahulu. GANTIAN PEMAIN Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama. Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi Kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan. Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set. Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set.

3. 3.1. 3.2. 3.3.

4. 4.1.

4.2. 4.3.

4.4.

4.5. 4.6. 4.7. 4.8. 4.9. 4.10 4.11

5. 5.1 5.2 5.3

5.4

5.5

5.6

5.7 5.8

Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama ( bagi acara regu sahaja ) Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru. Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan , maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah. Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah. Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah. UNDIAN DAN WARM-UP Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil. Regu yang memenangi undian akan memulakan Warm-Up selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masingmasing dalam keadaan bersedia. Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola. Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku bulatan masing-masing. Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA. Perlawanan ikendalikan oleh seorang Pengadil ( berada di salah satu hujung Jaring ), seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ), seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), seorang Pengadil Garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil. Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan diluar gelanggang. Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servi s akan bertukar pada setiap mata. Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set. Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi olek Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal. Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing. Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan. Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah diperolehi. Dalam pertandingan sistem liga, ketiga tiga regu dalam pasukan hendaklah bermain.

6. 6.1

6.2

7. 7.1 7.2 7.3 7.4 8. 8.1

8.2

8.3 8.4 8.5 8.6

9. 9.1

PERKARA-PERKARA BATAL Pihak Sepak Mula

9.1.1 9.1.2 9.1.3 9.1.4 9.1.5 9.1.6 9.1.7 9.1.8 9.1.9 9.2 9.2.1 9.3 9.3.1 9.3.2 9.3.3 9.3.4 9.3.5 9.3.6 9.3.7 9.3.8 10. 10.1 10.2

Apit yang membuat campakan, memain mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata. Mana mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis. Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula. Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya. Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan. Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang. Bola tidak melepasi gelanggang lawan. Pemain menggunakan tangan atau lain lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya. Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua. Pihak Sepak Mula Dan Penerima Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan. Kedua-dua Pihak Semasa Permainan. Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa follow through. Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan. Bola menyentuh tangan. Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua dua paha / kaki atau badan. Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda. Mana mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan. SISTEM KIRAAN MATA Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan. Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan minimum dua (2) mata. Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) ( yang mana dahulu ). Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman lanjutan mata 17 Setiap perlawanan ( Regu dan Double ) dijalankan dalam 5 set ( best of 5-set ) dua minit rehat antaranya dan di mana regu yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua ketiga, keempat dan kelima. Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga. Dalam set kelima (acara Regu dan Double) dan set ketiga (acara Berpasukan), tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8. REHAT (TIME-OUT) Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set. Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan. Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang pemain untuk acara Regu dan 6 orang pemain untuk acara berpasukan. Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik

10.3

10.4

11. 11.1

11.2

5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan daripada pemain.

12.

PERMAINAN TERGENDALA

12.1 12.2

12.3 12.4 13. 13.1 13.2

Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu. Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, maka gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat kedua-dua pertukaran pemain seperti di peraturan No. 7, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang. Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh memberhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan. Semasa tempoh permainan diberhentikan, semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar. TATATERTIB ( DISIPLIN) Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan. Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan yang telah dibuatnya. Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai dilarang membantah keputusan Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh di ambil terhadap pegawai berkenaan. HUKUMAN KAD KUNING Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkara- perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejaskan keseluruhan pertandingan. Memaki atau mengeluarkan kata kata kesat. Berulang kali melakukan melanggar Undang Undang Permainan dan Peraturan pertandingan. Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil. Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil. Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil. KAD MERAH Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi kad merah jika melakukan kesalahan berikut: Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh pengadil. Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan. Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton. Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat. Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama. Mana - mana pemain yang melakukan kesalahan sama ada di dalam atau di luar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak: Kesalahan : Kad Kuning Pertama Hukuman : Amaran Biasa Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan yang lain tetapi didalam kejohanan yang sama. Hukuman : Digantung satu perlawanan Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan di kejohanan yang sama. Hukuman : (i) Digantung 2 perlawanan. (ii) Denda RM 200 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat ) Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di kejohanan yang sama. Hukuman : Digantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat keputusan. Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang sama. (iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan disiplin ketiga dalam mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama. Mana mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada Kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau manamana pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:Kesalahan : Menerima Kad Merah

13.3

14. 14.1

14.1.1 14.1.2 14.1.3 14.1.4 14.1.5 14.1.6 14.2

14.2.1 14.2.2 14.2.3 14.2.4 14.2.5 14.3

14.3.1 14.3.2

14.3.3

14.3.4

14.3.5

14.4

14.4.1

Hukuman : Di gantung serta merta daripada bermain dalam mana mana perlawanan sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan. 15. 15.1 15.2 KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan dijalankan sama ada di dalam atau di luar gelanggang. Mana-mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu kelancaran pertandingan akan diiringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil akan memberhentikan pertandingan serta merta sehingga Pegawai Pertandingan atau Lembaga Disiplin Persatuan Sepaktakraw memberi isyarat meneruskan pertandingan. UMUM Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk di dalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad. PINDAAN DILULUSKAN Pindaan Undang-undang Permainan ini telah diluluskan semasa Kongres ISTAF pada 17 hb Januari 2011 di Bangkok, Thailand.Dan telah dikuatkuasakan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada 30 Mac 2011

16. 16.1

SYARAT PERTANDINGAN 1. 2. 3. 4. 5. Setiap pasukan hendaklah melantik seorang pengurus pasukan Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh belia-belia di Daerah Pengkalan Hulu sahaja. Setiap pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja. Semua pemain hendaklah warganegara Malaysia dan terdiri daripada belia dari daerah Pengkalan Hulu sahaja dan perlu mendapatkan cop jabatan/Swasta dan JKK Kampung. Setiap pasukan hendaklah menghantar pengurus atau wakilnya bersama dengan salinan kad pengenalan pemain pada hari pengundian sekiranya pihak tuan gagal berbuat demikian pihak penganjur akan mengundi bagi pasukan tersebut serta tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa yang timbul selepas itu. Jika pemain-pemain dari pasukan yang kalah menyertai pasukan lain maka pasukan tersebut akan dibatalkan. Setiap pemain hanya layak bermain untuk satu pasukan sahaja Mana-mana pasukan yang kalah tidak dibenarkan mendaftar semula Jika terdapat mana-mana pasukan atau pemain yang melanggar peraturan yang ditetapkan ,maka pihak jawatankuasa kejohanan berhak membatalkan penyertaan pasukan tersebut.Pengadil berhak untuk membatalkan pasukan yang membuat kecoh/perkelahian yang boleh menggangu pertandingan ini akan terus dibatalkan pertandingan ini. Keputusan pengadil adalah muktamad Pasukan yang kalah secara automatik terkeluar dari pertandingan yang seterusnya Sebarang penangguhan perlawanan tidak akan dilayan Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kemalangan /kecederaan /kehilangan harta benda sebelum/semasa/selepas perlawanan.Semuanya tanggungjawab sendiri Pemain yang beragama islam diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat Borang pendaftaran perlu diisi dengan lengkap bersama salinan kad pengenalan sebelum dihantar untuk pendaftaran agar pemain yang berdaftar sahaja boleh bermain. Setiap pasukan yang ingin menyertai kejohanan ini akan dikenakan sebanyak RM 20.00.

6. 7. 8. 9.

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

D. BANTAHAN 1. 2. 3. 4. 5. Bantahan teknikal sahaja yang boleh dilakukan oleh Pengurus Pasukan masing-masing. Semua bantahan hendaklah secara bertulis dan dikenakan bayaran RM 300.00 Bantahan hendaklah dibuat dalam masa 15 minit selepas tamat permainan Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak Jawatankuasa bantahan / disiplin berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak mengenai perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan 6. Sekiranya terdapat perkara berbangkit yang tidak tercatat dalam peraturan ini, maka pihak pengelola berhak membuat keputusan dan keputusan tersebut adalah muktamad 7. Bantahan dari aspek teknikal sahaja diterima. 8. Segala bantahan terhadap keputusan pengadil dan pengelola tidak akan dilayan. *** Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan di sini, pihak jawatankuasa pengelola berhak membuat penambahan yang difikirkan perlu bagi melancarkan lagi kejohanan ini.

PENGHARGAAN / TERIMA KASIH Pihak jawatankuasa pengelola merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan kejohanan ini BORANG PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DI Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pengkalan Hulu

TARIKH TUTUP 27/04/2011 (Jumaat) TARIKH PENGUNDIAN 27/04/2012 (Jumaat) Tempat: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pengkalan Hulu Masa: 3.00 petang Sekiranya Pengurus atau Wakil tidak hadir Jawatankuasa Pengundian akan mencabut undi bagi pasukan tuan sekiranya pasukan mematuhi syarat yang telah ditetapkan. UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN PENDAFTARAN SILA HUBUNGI

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pengkalan Hulu=04-4774185 Encik Nazihan Mohd Nazir=019-4074704

You might also like