Professional Documents
Culture Documents
SYARAT AM
1.1 Pertandingan ini adalah TERBUKA kepada lelaki dan perempuan
1.2 Borang penyertaan boleh diperolehi daripada AJK sukan
1.3 Serahan borang penyertaan boleh dibuat sebelum atau pada 19hb Ogos
4. FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara LIGA SATU PUSINGAN dalam setiap
kumpulan masing-masing.
4.2 Semua pasukan akan diundi dalam kumpulan yang ditetapkan. Pasukan yang
menjadi JOHAN dalam setiap kumpulan layak ke PUSINGAN KALAH
MATI (PUSINGAN 2).
4.3 Tiap-tiap pasukan yang menang pada liga, mendapat 3 mata, 1 mata untuk seri
dan 0 mata untuk kalah.
4.4 Setelah selesai perlawanan liga bagi setiap Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua
jika terdapat dua pasukan atau lebih memperolehi mata yang sama maka :
~ Jumlah perbezaan gol akan menjadi penentuan iaitu pasukan yang memperolehi
perbezaan yang terbesar antara jaringan gol ‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’
hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
~ Jika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan gol yang
paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
~ Jika masih seri juga, pasukan yang pernah menewaskan lawannya adalah
menduduki tempat yang lebih tinggi.
~ Jika masih juga seri, kedudukan ini hendaklah diselesaikan menurut cara yang
diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
5. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
5.1 Peraturan-peraturan dan undang-undang Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
hendaklah diikuti kecuali dinyatakan dalam peraturan ini.
6. MASA PERLAWANAN
6.1 Kedua-dua Pusingan
6.2 Pusingan Pertama 7 x 1 x 7
6.3 Pusingan Kalah Mati 7 x 1 x 7
6.4 Perlawanan Akhir 10 x 1 x 710
6.5 Tiada masa tambahan diberi sekiranya keputusan berkesudahan seri dalam
pusingan awal.
6.6 Pada peringkat kalah mati, sekiranya keputusan berkesudahan dengan
seri,tendangan penalti akan dijalankan. Jikalau masih juga seri , tendangan penalti
secara ‘Sudden Death’ akan dijalankan.
7. PAKAIAN PEMAIN
7.1 Semua pemain diwajibkan memakai kasut bola (boots) dan stoking tinggi
serta ‘ Shin Guard’.
7.2 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor mengikut
nombor yang didaftarkan dalam borang pendaftaran.
7.3 Jika terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warna,
pasukan yang disebut dahulu hendaklah menukar jersi.
8. PERTUKARAN PEMAIN
8.1 Setiap pasukan dibenarkan membuat 2 pertukaran dalam satu perlawanan.
8.2 Mana-mana pemain yang telah digantikan tidak dibenarkan bermain semula
dalam
perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan penalti.