You are on page 1of 4

LAMPIRAN 2

PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA JARING (SK/SMK)


ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT)
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2015

Peraturan
1. Undang-undang Pertandingan
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Gabungan
Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan Peratuaran-peraturan
Am MSSM.

2. Jenis Pertandingan
2.1 Pertandingan berpasukan antara Pejabat Pelajaran Daerah
Utama yang diwakili oleh Sekolah -Sekolah Asrama bagi
i.
Kumpulan sekolah menengah -Semua pelajar asrama
Tingkatan 1 6.
ii.
Kumpulan sekolah rendah Semua pelajar asrama Tahun 1
6.
2.2 Masa bermain adalah 30 minit. Masa bagi separuh masa
pertama dan separuh masa kedua ialah 15 minit dengan rehat 5
minit sahaja.

3. Masa pendaftaran pemain/ pembentukan pasukan


3.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 12 orang
pemain.
3.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umur /
kumpulannya sahaja.
3.3 Semua pemain mesti berdaftar dengan mengisi Borang
Pengesahan Penyertaan.

4. Sistem Pertandingan
4.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

5. Cara memutuskan keputusan


5.1 Cara memberi mata

LAMPIRAN 2

Menang
Seri
Kalah

=
=
=

2 mata
1 mata
0 mata

5.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama,
maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:
5.2.1 Secara purata gol, iaitu dengan membahagikan jumlah gol
yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena, didarab
dengan 100 dan dibahagi dengan bilangan permainan. Bagi
menentukan kedudukan yang muktamad, bilangan angka
perpuluhan bagi purata gol iaitu tiga(3)
5.2.2 Jika purata gol masih berkedudukan seri, maka , maka
keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol iaitu jumlah
gol dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.
5.2.3 Jika berkedudukan masih seri, maka keputusan akan
ditentukan secara mengambil keputusan perlawanan antara
kedua-dua pasukan berkenaan sebelumnya.
5.2.4 Jika kedudukan masih lagi sama, keputusan akan ditentukan
secara lambungan duit. Jika diperingkat ini daripada dua
pasukan terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan
cabutan undi.
5.3

Cara Kalah Mati

5.3.1 Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, keputusan


dibuat dengan cara tertentu seperti berikut:
5.3.1.1
Apabila tamat pertandingan , pasukan akan bertukar
kawasan bermain serta merta dan meneruskan permainan
dengan masa tambahan selama lima (5) minit tanpa rehat.
5.3.1.2
Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan
Penggantian, seperti mana yang terdapat dalam Buku
Undang-Undang permainan akan dilaksanakan.
5.3.1.3
Setelah masa tambahan lima ( 5 ) minit pertama
tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar kawasan bermain
dan meneruskan permainan selama lima (5 ) minit lagi
tanpa rehat.
5.3.1.4
Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan
lima (5 ) minit kedua tamat, maka permainan akan
diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan .
6. Pakaian
6.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut peraturan
Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa.

LAMPIRAN 2

6.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib.


6.3 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka
pasukan yang namanya tercatat dahulu akan menukar warna bib
mereka.
6.4 Lambungan duit akan digunakan untuk menentukan warna bib
kedua-dua pasukan. Yang kalah akan menukar warna bib mereka.
7. Gelanggang / Alatan
7.1 Rujuk undang-undang Antarabangsa
7.2 Tinggi tiang 3.05 meter atau 10 kaki (sekolah menengah) 2.44
meter atau 8 kaki (sekolah rendah).
7.3 Saiz bola untuk permainan ialah saiz 5

8. Lima belas minit (15) minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika
selepas itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurangkurangnya 5 pemain, pasukan itu telah dianggap telah menarik diri.

9. Menarik diri
Jika sesuatu pasukan menarik diri daripada satu perlawanan, maka
pasukan itu tidak akan dibenarkan meneruskan pertandingan dalam
kejohanan ini.Semua gol atau mata yang diperolehi dibatalkan.

10.
Bantahan
10.1 Setiap bantahan mesti disertai dengan bayaran RM 50.00. Wang
tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak Berjaya.
10.2 Sila rujuk peraturan AM (10) MSSM

11.
Lembaga Rayuan
Sila rujuk Peraturan AM (11) MSSM

12.
Lembaga Tatatertib Kejohanan
Sila rujuk Peraturan AM (12)

13.
Perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan AM ini
dan Peraturan Pertandingan berkenaan akan diputuskan oleh

LAMPIRAN 2

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan


adalah muktamad.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

You might also like