You are on page 1of 7

SMK SERI MAHKOTA

KERTAS KERJA

KLINIK BOLA SEPAK


TEMPAT:
PADANG SMK SERI MAHKOTA

TARIKH :
4 SEPTEMBER 2019

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SMK SERI MAHKOTA
DAN
KELAB BOLA SEPAK SMK SERI MAHKOTA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan
kelulusan daripada pihak sekolah dengan tujuan berikut:

1.1 Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan kewangan


dari pihak sekolah.

2.0 PENGENALAN

Kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada kualiti pemain yang


dilahirkan. Pemain yang berkualiti mempunyai kemahiran bolasepak yang
tinggi yang lahir daripada latihan yang sistematik daripada jurulatih yang
benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman. Semoga apabila mereka
meningkat dewasa, mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dan mampu
bermain dengan baik. Namun, pemain mestilah mempunyai kualiti permainan
yang tinggi untuk mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, pihak kami melalui
Kelab Bola sepak SMK Seri Mahkota amat bertuah dan berbesar hati dengan
persetujuan jurulatih bertauliah untuk mengadakan Klinik Bolasepak di
sekolah ini. Melalui klinik ini diharapkan setiap pelajar akan dapat menimba
ilmu yang amat berguna daripada jurulatih. Pihak kami juga akan mendapat
manfaat daripada pendedahan teknik latihan di dalam program ini. Semoga
program ini menjadi satu usaha awal ke arah melahirkan pemain yang
berkualiti terutamanya di daerah kuantan dan dapat mewujudkan budaya
bersukan di SMK Seri Mahkota.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberikan pendedahan kemahiran bola sepak secara


sistematik dan betul kepada pelajar.

3.2 Menanamkan minat terhadap bola sepak dikalangan pelajar dan


komuniti sekolah .
3.3 Mendedahkan pelajar tentang teknik latihan dan aspek
pemakanan, disiplin dan persediaan mental seorang pemain
bola sepak

3.4 Menjalin kerjasama antara pihak sekolah dan masyarakat dalam


membantu kecemerlangan sukan.

3.5 Menanamkan minat dan kecintaan masyarakat dan peminat


terhadap pasukan bola sepak.

4.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran


bola sepak dan mencungkil bakat di kalangan pelajar . Program ini juga
dijalankan seiring dengan seruan Menteri Pelajaran Malaysia “1 Murid 1
Sukan’ untuk meningkatkan potensi setiap pelajar dari awal bangku sekolah.
Program ini juga akan menjadi landasan dalam pembentukan pasukan bola
sepak sekolah yang mantap dan lebih bersedia untuk kejohanan MSSD pada
tahun hadapan.

5.0 BUTIRAN

5.1 Tempat : Padang SMK Seri Mahkota

5.2 Tarikh : 4 September 2019

5.3 Tentatif : Rujuk Lampiran

5.4 AJK : Rujuk Lampiran

6.0 KEWANGAN
6.1 Rujuk pada lampiran

7.0 SENARAI JURULATIH

7.1 En. Fakharuddin Amiruddin - Lesen kejurulatihan kelas B


-sila rujuk lampiran-
8.0 KUMPULAN SASARAN

8.1 Program ini mensasarkan ahli kelab bola sepak dan pelajar
yang telah dipilh oleh guru penasihat bola sepak.

9.0 AKTIVITI PROGRAM

9.1 Aktiviti program ini akan merangkumi aspek:

9.1.1 Latihan asas fizikal/ kecergasan

9.1.2 Kemahiran asas bolasepak

9.1.3 Undang-undang bolasepak

9.1.4 Taktikal bolasepak

10.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini akan menjadi perintis kepada
pembentukan pasukan bola sepak yang akan mengharumkan nama sekolah.
Seterusnya diharapkan ia akan membuka mata pihak tertentu dan
pentingnya kemahiran dan ilmu bola sepak yang betul dan sistematik.
Semoga ia menjadi satu persiapan yang jitu ke arah melahirkan pemain yang
bermutu bermula dari peringkat kanak-kanak dan seterusnya menjadi pemain
yang serba lengkap apabila dewasa.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................
ANGGARAN KOS PENGANJURAN KLINIK BOLA SEPAK
1 MALAYSIA

Tarikh: 4 september 2019


Hari : Rabu
Tempat : SMK Seri Mahkota.

Bahagian A – Anggaran Kos Pendapatan Klinik Bola Sepak

Bil. Perkara Anggaran Kos

1. Duit saguhati 1 hari = rm 100 2 hari = Rm 200.00

2. Minum pagi Rm 30.00

JUMLAH KESELURUHAN Rm 230.00


(*) – Tertakluk kepada perubahan.
KLINIK BOLA SEPAK
SMK SERI MAHKOTA

JAWATANKUASA TERTINGGI

PENAUNG
Pn. Zaharidah Binti Mansur

PENGERUSI
En. Aminuddin Bin Awang Kechik

NAIB PENGERUSI
En. Basri

SETIAUSAHA
En. Mohd Saifullah Bin
Sihabudin

PENOLONG SETIAUSAHA
En. Sulaiman

BENDAHARI
Cik Nurlaili
JAWATANKUASA KECIL PENGELOLAAN
KLINIK BOLA SEPAK

PERALATAN : EN. BASRI

PERSIAPAN PADANG/TEMPAT : AHLI KELAB BOLA SEPAK SMKSM

DOKUMENTASI : EN. SAIFULLAH

MAKANAN & MINUMAN : EN. SULAIMAN


PA SISTEM : EN. MASERI

You might also like