You are on page 1of 10

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH

DAERAH KUALA PILAH (MSSDKP) 2020


(SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH)

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Tampar MSSDKP ini akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am yang
ditetapkan oleh MSSM dengan pengecualian berikut :

1. PENGELOLA

Sekolah Rendah : SEKOLAH KEBANGSAAN SENALING


Sekolah Menengah : KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH

2. TARIKH DAN TEMPAT

Kejohanan ini akan dijalankan secara pesta pada 11, 12 dan 13 Februari 2020 di SMJK CHUNG
HUA, Kuala Pilah.

3. KELAYAKAN PESERTA

3.1. Kelayakan Am

3.1.1. Semua sekolah-sekolah Kerajaan dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian
Pelajaran Malaysia dan bergabung dan membayar yuran penuh dengan Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Sembilan layak menyertai pertandingan ini.

3.2. Pelajar Sekolah Harian

3.2.1. Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi Kementerian


Pelajaran Malaysia tidak layak menyertai pertandingan ini.

3.2.2. Pelajar Tingkatan 6 Rendah hanya menjadi pelajar Tingkatan 6 Rendah mengikut
tarikh pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah di sekolah Kerajaan yang
dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bilangan
pelajar Tingkatan 6 Rendah adalah tidak terhad.

3.2.3. Hanya seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan Tingkatan 6 sahaja
yang berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak melebihi 21 tahun boleh didaftar sebagai
pemain jemputan di Kategori Bawah 18 Tahun.

3.2.4. Bukti pengesahan bagi penyertaan pelajar Tingkatan 6 Bawah sekolah bantuan kerajaan
adalah dengan mengemukakan salinan surat tawaran rasmi kemasukan ke Tingkatan 6
Rendah yang disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan.

3.2.5. Bukti pengesahan bagi penyertaan pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah bantuan kerajaan
adalah dengan mengemukakan salinan surat tawaran rasmi kemasukan ke Tingkatan 6
Bawah serta salinan keputusan peperiksaan akhir Tingkatan 6 Bawah yang disahkan oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.
PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2020 Page 1
3.2.6. Walaubagaimanapun penyertaan pelajar yang berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak
melebihi 21 tahun bukanlah satu kemestian.

4. HAD UMUR PEMAIN

4.1. Had Umur untuk pemain-pemain pertandingan ini adalah seperti berikut :

a) Lelaki : Bawah 18 Tahun - Lahir pada / selepas 1.1.2002.


b) Lelaki : Bawah 15 Tahun - Lahir pada / selepas 1.1.2005.
c) Lelaki : Bawah 12 Tahun - Lahir pada / selepas 1.1.2008.
d) Perempuan : Bawah 18 Tahun - Lahir pada / selepas 1.1.2002.
e) Perempuan : Bawah 15 Tahun - Lahir pada / selepas 1.1.2005.
f) Perempuan : Bawah 12 Tahun - Lahir pada / selepas 1.1.2008.

4.2. Seseorang pemain dibenarkan menyertai dalam kumpulan umur yang lebih tinggi
daripada kumpulan umurnya.

4.3. Seseorang pemain dibenarkan menyertai di dalam satu kumpulan umur sahaja.

4.4. Sekiranya berlaku sebarang penyelewengan dari segi umur, pasukan yang melakukan
kesalahan tersebut akan dikira kalah dan akan dibatalkan dari pertandingan dan
perlawanan-perlawanan yang sudah disertai oleh pasukan itu tidak akan dikira. Perkara
ini juga akan dibawa ke Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan untuk tindakan
selanjutnya.

5. PENDAFTARAN PEMAIN

5.1. Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar 12 pemain sahaja. Setiap pasukan dikehendaki
menyenaraikan nama penuh pemain, tarikh lahir dan nombor Kad Pengenalan dalam
Borang Pendaftaran yang tertentu. Borang pendaftaran Individu R01/M01 hendaklah disahkan
oleh Pengetua atau Guru Penolong Kanan. Borang pendaftaran pasukan R02/M02 hendaklah
disahkan oleh pengurus pasukan sahaja.

5.2. Borang Pendaftaran yang lengkap hendaklah diisi dan diserahkan kepada Jawatankuasa
Pengelola sebelum pertandingan dimulakan.

5.3. Nama Pengurus Pasukan dan Jurulatih mestilah dicatatkan. Hanya mereka yang
disenaraikan dibenarkan bersama pasukan mereka semasa sesuatu perlawanan itu
dijalankan.

5.4. Nombor jersi setiap pemain mesti diisikan dalam Borang Pendaftaran. Seseorang
pemain dikehendaki menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang pertandingan.

5.5 Pemain Import dari sekolah lain hanya dibenarkan 2 pemain bagi setiap kumpulan umur
dan dengan syarat sekolah pemain tersebut tidak menyertai kejohanan.

5.6 Borang M01 dan M02 mesti ditaipkan. Borang yang diisi dengan tulisan tangan
tidak akan diterima.

PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2020 Page 2


6. KELEWATAN

6.1. Semua perlawanan akan dimulakan pada masa yang ditetapkan dalam Jadual
Pertandingan.

6.2. Sesuatu pasukan itu dikehendaki berada di gelanggang 10 minit sebelum masa yang
ditetapkan bagi sesuatu perlawanan.

6.3. Jika sebuah pasukan tidak hadir di gelanggang dalam masa yang ditetapkan itu, maka
diberi masa 10 minit untuk menunggu. Pasukan yang lewat lebih dari 10 minit itu
terpaksa memberi KEMENANGAN PERCUMA (WALKOVER) kepada pasukan yang
hadir.

7. MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH

7.1. Di dalam keadaan apa sahaja, menyerah kalah tidak dibenarkan sama sekali dalam
pertandingan ini.

7.2. Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan diperolehi oleh pasukan itu akan
dibatalkan.

7.3. Pasukan yang menarik diri atau menyerah kalah akan dilaporkan kepada pihak
MSSDKP untuk tindakan selanjutnya.

8. PAKAIAN

Semua pemain sepasukan mestilah berpakaian jersi seragam


8.1. Jersi hendaklah menggunakan nombor 1 hingga 18 sahaja mengikut saiz seperti yang
tersebut di dalam Undang-Undang FIVB. Walau bagaimanapun penggunaan nombor
1 hingga 12 digalakkan.

8.2. Seorang pemain mestilah memakai nombor yang sama di sepanjang pertandingan.

8.3. Semua jersi mesti mempunyai nombor sekurang-kurangnya 15 cm di depan dan 20 cm


di belakang.

9. PENGADIL

9.1. Pengadil-pengadil untuk pertandingan ini akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
dengan kerjasama Pengerusi Teknik MSSDKP.

9.2. Sebarang pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini tidak boleh merayu
ke atas keputusan pengadil.

9.3. Segala keputusan pengadil adalah MUKTAMAD dan pasukan-pasukan yang mengambil
bahagian tidak boleh membuat bantahan ke atas keputusan pengadil.

PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2020 Page 3


10. BANTAHAN / RAYUAN :

10.1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berjalan, mesti
memberitahu pengadil secara lisan. Walau bagaimanapun perlawanan akan
diteruskan ‘Under Protest’. Hanya Ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan.

10.2. Sekiranya selepas perlawanan, pasukan masih ingin membantah, ketua pasukan
mesti menulis perkataan ‘Ingin Membantah’ di ruang catatan dalam kertas skor
dan menandatanganinya supaya bantahannya boleh dipertimbangkan.

10.3. Bantahan secara bertulis oleh pengurus pasukan mesti disertakan dengan wang tunai
RM 200.00 (Ringgit Malaysia : Dua ratus ringgit sahaja) sebagai wang cagaran dalam
masa ½ jam selepas tamatnya perlawanan kepada Jawatankuasa Pengelola. Wang
cagaran ini tidak akan dipulangkan jika didapati bahawa bantahan itu tidak munasabah.

11. LEMBAGA TATATERTIB

11.1. Semua hal berkaitan dengan tatatertib akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib dalam
masa 1 jam setelah laporan diterima dari pengadil atau Pegawai Teknikal yang
bertugas.

11.2. Jawatankuasa ini berhak mendapat maklumat dari mana-mana pihak yang berkaitan
dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan. Keputusan Lembaga
Tatatertib adalah MUKTAMAD.

12. KEMALANGAN / KEHILANGAN

12.1. Pihak pengelola tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan barang-barang


atau harta-harta kepunyaan seseorang pegawai atau pun pemain di dalam kawasan
gelanggang dan sebarang kemalangan pada masa perlawanan dijalankan. Walau
bagaimanapun beberapa persediaan perlu diadakan bagi mengelakkan kehilangan
dan kemalangan seperti itu.

13. LEMBAGA RAYUAN

13.1. Sebuah Jemaah Rayuan akan dibentuk oleh Jawatankuasa Pengelola di mana
Pengerusi Pengelola atau wakilnya akan bertindak sebagai pengerusinya. Ahli-ahli
Jemaah Rayuan ini terdiri daripada Setiausaha Pengelola atau wakilnya, Pengerusi
Teknik MSSDKP, Ketua Pengadil Kejohanan dan 3 orang Pengurus Pasukan yang
tidak terlibat.

13.2. Jemaah Rayuan akan bersidang dalam masa ½ jam sebaik sahaja menerima rayuan /
bantahan itu dan akan menyampaikan keputusan kepada pihak Jawatankuasa
Pengelola untuk diumumkan.

13.3. Jemaah Rayuan adalah berhak mendapat maklumat dari mana-mana pihak yang
berkaitan dengan perkara yang dibincang untuk membuat keputusan.

13.4. Keputusan Lembaga ini adalah MUKTAMAD.

PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2020 Page 4


14. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:-

14.1 Cara Liga 2 kumpulan.

14.1.1 Pusingan Pertama

14.1.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah


dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

14.1.1.2 Johan dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan
naib Johan akan ditempatkan dalam kumpulan B

14.1.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan


cabutan undi.

14.1.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian


maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.

14.1.2 Separuh Akhir

14.1.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan
kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.

14.1.2.2. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

14.1.3 Pusingan Akhir

14.1.3.1. Pemenang Separuh Akhir 1 akan lawan Pemenang Separuh Akhir 2 untuk
menentukan Johan dan Nain Johan

14.1.3.2. Kalah Separuh Akhir 1 akan lawan Kalah Separuh Akhir 2 akan berkongsi
tempat ketiga bersama.

14.2 Cara Liga 3 kumpulan.

14.2.1 Pusingan Pertama

14.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah


dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A , B dan C.

14.2.1.2 Johan dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan
naib Johan akan ditempatkan dalam kumpulan B

14.2.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 3 kumpulan dengan


cabutan undi.

14.2.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian


maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.

14.2.2 Pusingan X dan Y

14.2.2.1 Sebanyak 6 pasukan terdiri daripada 3 Johan Kumpulan dan 3 Naib Johan
Kumpulan akan dibahagikan kepada dua kumpulan X dan Y

PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2020 Page 5


14.2.2.2 Pasukan-pasukan akan ditentukan dengan undian oleh Johan Kumpulan sahaja
manakala Naib Johan kumpulan akan diletakkan berdasarkan tiada Johan
Kumpulan sebelum ini dalam kumpulannya.

14.2.3 Separuh Akhir

14.2.3.1 Johan kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y dan Johan
kumpulan Y akan melawan Naib Johan Kumpulan X.

14.2.3.2. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

14.2.4 Pusingan Akhir

14.2.4.1. Pemenang Separuh Akhir 1 akan lawan Pemenang Separuh Akhir 2 untuk
menentukan Johan dan Nain Johan

14.2.4.2. Kalah Separuh Akhir 1 akan lawan Kalah Separuh Akhir 2 akan berkongsi
tempat ketiga bersama.

14.3 Cara Liga 4 kumpulan.

14.3.1 Pusingan Pertama

14.3.1.1 Sekiranya 12 hingga 16 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah


dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A , B , C dan D.

14.3.1.2 Johan dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan
naib Johan akan ditempatkan dalam kumpulan B

14.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 4 kumpulan dengan


cabutan undi.

14.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian


maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.

14.3.2 Suku Akhir

14.3.2.1 Sebanyak 8 pasukan terdiri daripada 4 Johan Kumpulan dan 4 Naib Johan
Kumpulan akan dibahagikan kepada empat perlawanan suku akhir.

14.3.2.2 Pasukan-pasukan akan ditentukan dengan undian oleh Johan Kumpulan di


kedudukan ganjil. Manakala Naib Johan kumpulan akan membuat undian di
kedudukan genap dan diletakkan berdasarkan tiada Johan Kumpulan sebelum
ini dalam kumpulannya atas atau bawah.

14.3.2.3. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

14.3.3 Separuh Akhir

14.3.3.1 Pemenang Suku Akhir 1 akan lawan Pemenang Suku Akhir 2 untuk
menentukan pasukan yang ke pusingan akhir.

PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2020 Page 6


14.3.3.2 Pemenang Suku Akhir 3 akan lawan Pemenang Suku Akhir 4 untuk
menentukan pasukan yang ke pusingan akhir.

14.3.3.3. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

14.3.4 Pusingan Akhir

14.3.4.1. Pemenang Separuh Akhir 1 akan lawan Pemenang Separuh Akhir 2 untuk
menentukan Johan dan Nain Johan

14.3.4.2. Kalah Separuh Akhir 1 akan lawan Kalah Separuh Akhir 2 akan berkongsi
tempat ketiga bersama.

14.4 Cara Liga Round Robin.

14.4.1 Pusingan Pertama

14.4.1.1 Sekiranya 1 hingga 5 pasukan sahaja yang mengambil bahagian, pasukan


Hendaklah dibahagikan kepada hanya satu kumpulan sahaja.

14.4.1.2 Pertandingan secara Liga akan dijalankan.

14.4.1.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan kedudukan dalam liga tersebut dan
tiada pertandingan separuh akhir dan akhir.

14.5. Format perlawanan

14.5.1. Pusingan Awal (Pusingan Pertama dan Separuh Akhir)

Semua perlawanan akan diputuskan dengan satu kemenangan


daripada satu set dengan kiraan 31 mata. (TIADA DEUCE)

14.5.2. Peringkat Akhir

Semua perlawanan akan diputuskan dengan dua kemenangan


daripada tiga set ( 2-0 atau 2-1) dengan kiraan 25 mata untuk 2 set awal dan 15
mata untuk set ketiga.(Jika ada kesempatan dan waktu) (ADA DEUCE)

PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2020 Page 7


15. SISTEM PENGIRAAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN :
Untuk menentukan kedudukan pasukan di peringkan pusingan awal, berikut adalah
syarat-syaratnya.

15.1. Ditentukan oleh bilangan perlawanan yang dimenangi oleh pasukan-pasukan dalam
kumpulan yang sama.

Bilangan perlawanan yang dimenangi akan menentukan kedudukan tempat teratas.

15.2. Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai bilangan kemenangan perlawanan
dan jumlah mata yang sama:

Pasukan yang nisbah matanya lebih tinggi menduduki tempat teratas.

Z = Jumlah mata yang menang (Semua perlawanan)


Jumlah mata yang kalah

15.3. Sekiranya masih terdapat keadaan seri :-

a) Antara dua pasukan yang sama nisbah mata, pasukan yang menang dalam perlawanan
pusingan awal akan menduduki tempat teratas.

16. PERTUKARAN PEMAIN :

Pertukaran/Penambahan pemain boleh dilakukan di urusetia sebelum perlawanan


pertama dimulakan. Selepas itu, segala pertukaran/penambahan tidak akan dibenarkan.

17. PENGANTUNGAN :

Pemain yang telah disingkirkan dalam sepanjang sebarang satu perlawanan atas
sebab-sebab berkelakuan buruk atau biadap maka ianya dengan secara otomatik
digantung bermain dalam perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib
telah membuat keputusan.

18. SAIZ BOLA

Saiz bola yang digunakan untuk Sekolah Rendah ialah Saiz 4


Saiz bola yang digunakan untuk Sekolah Menengah ialah Saiz 5

19. KETINGGIAN JARING

19.1. Ketinggian Lelaki Bawah 18 Tahun – 2.43m


19.2. Ketinggian Lelaki Bawah 15 Tahun – 2.35m
19.3. Ketinggian Lelaki Bawah 12 tahun – 2.10m
19.4. Ketinggian Perempuan Bawah 18 Tahun – 2.24m
19.5. Ketinggian Perempuan Bawah 15 Tahun – 2.20m
19.6. Ketinggian Perempuan Bawah 12 tahun – 2.10m

PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2020 Page 8


20. PENDAFTARAN
20.1. Borang pendaftaran hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur pada atau
sebelum pertandingan.

21. PERKARA AM :
21.1. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang
keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak
dinyata dalam peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah muktamad. Pihak
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan juga berhak meminda sebarang undang-
undang kejohanan jika didapati perlu.

21.2. Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan,
tetapi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini berhak meminda susunan atau
masa perlawanan jika perlu.

21.3. Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab pengurus
pasukan masing-masing dan diharap semua pengurus pasukan akan memberi
kerjasama kepada pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan boleh
dijalankan dengan licin.

21.4. Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain
pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut :-

21.4.1. Pengurus Pasukan


21.4.2. Ketua Jurulatih
21.4.3. Penolong Jurulatih/Chaperon
21.4.4. 6 orang pemain simpanan

21.5 Pegawai pasukan yang tidak didaftarkan dalam Borang R02/M02,tidak akan dibenarkan untuk
duduk bersama dengan pasukan semasa pertandingan pasukannya sedang dijalankan.

Disediakan oleh:
PTPS Bola Tampar MSS Daerah Kuala Pilah 2020
JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN

PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2020 Page 9


PERATURAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2020 Page 10

You might also like