You are on page 1of 4

PERTANDINGAN PETANQUE

MINGGU KEUSAHAWANAN
EKSTRAVAGANZA EKSPRESIASI
SERANTAU 2015

BORANG PENDAFTARAN
NAMA IPGK:
PENGURUS:

HP:

JURULATIH:

HP:

KATEGORI:
TRIPLE TERBUKA
BIL
NAMA

NO KAD
PENGENALAN

CATATAN

1
2
3
**TERBUKA UNTUK 16 PASUKAN TERAWAL SAHAJA**
Pengurus Pasukan,

.......................................................
(
)

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :


Saudara Muhamad Syafiq bin Hussin 0137510403.
*untuk kegunaan penganjur

Nama penerima:

Tarikh terima:

PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUE


MINGGU KEUSAHAWANAN EKSTRAVAGANZA EKSPRESIASI
SERANTAU 2015
ANJURAN:
TARIKH:
TEMPAT:
YURAN PENYERTAAN:

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)


IPGK TUANKU BAINUN
8 OGOS 2015
GELANGGANG PETANQUE, IPGK TUANKU BAINUN
RM 40.00 SETIAP PASUKAN

1.0

ACARA PERTANDINGAN
1.1
Triple Terbuka

2.0

PERATURAN PERTANDINGAN
2.1
Peraturan pertandingan bagi acara petanque adalah tertakluk kepada
Peraturan
Am
Pertandingan
Petanque
Minggu
Keusahawanan
Ekstravaganza Ekspresiasi Serantau 2015.
2.2
Peraturan pertandingan petanque bagi Kejohanan ini adalah merujuk
kepada kepada Undang-undang Rasmi Permainan Petanque (Official Rules
of The Games of Petanque) yang sedia terpakai bersama pindaan yang
ditetapkan oleh Federation International de Petanque Et Jeu Provincal
(FIPJP) pada tahun 2010 di Izmer, Turkey.
2.3
Sekiranya terdapat perselisihan dalam pentafsiran peraturan, maka
pentafsiran peraturan dalam bahasa Inggeris akan dijadikan rujukan.
2.4
Ketua Arbiter dirujuk sebagai Ketua Pengadil adalah individu yang
diberikan tauliah untuk memberi keputusan bagi sebarang pertikaian
berkaitan teknikal pertandingan dengan merujuk kepada peraturan dan
undang-undang yang terpakai.
2.5
Sebarang bantahan rasmi berkaitan teknikal pertandingan akan
diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Ketua Arbiter bersama
Jawatankuasa Teknikal, seterusnya Ketua Arbiter mencadangkan usul
dan berbincang bersama Pengerusi Kejohanan sebelum memberikan
keputusan yang muktamad.
PENYERTAAN

3.0

3.1
3.2

3.3

Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang


pemain sahaja. Tiada
pemain simpanan dibenarkan.
Pemain boleh terdiri daripada (2:1/ 1:2/ 3:0 orang), iaitu
3.2.1 semua pelajar lelaki sahaja ATAU
3.2.2 semua pelajar perempuan sahaja ATAU
3.2.3 semua pensyarah sahaja ATAU
3.2.4 campuran pelajar lelaki dan perempuan ATAU
3.2.5 campuran pelajar dan pensyarah
Pendaftaran penyertaan adalah tertakluk kepada tatacara pendaftaran
yang ditetapkan oleh penganjur kejohanan.

4.0

PERALATAN
4.1
Setiap pasukan dikehendaki membawa sendiri boule untuk pertandingan.
Hanya boule yang diiktiraf oleh FIPJP atau Persekutuan Petanque
Malaysia (PPM) sahaja yang boleh digunakan untuk pertandingan. Pemain
yang menggunakan boule yang lain daripada yang dinyatakan di atas akan
mengakibatkan keputusan pemain tersebut tidak disahkan.
4.2
Jack yang digunakan juga perlu mematuhi peraturan pertandingan.
4.3
Setiap peserta atau pasukan perlu menyediakan alat ukur masing-masing,
dan perlu melakukan ukuran kendiri terlebih dahulu sebelum meminta
keputusan dari arbiter pertandingan.

5.0

PAKAIAN
5.1
Peserta perlu mematuhi etika pemakaian iaitu baju t-shirt berkolar,
berseluar slack atau track bottom panjang, dan berkasut sukan.
5.2
Seluar jeans, selipar dan Hawaii pants tidak dibenarkan

5.3
5.4

6.0

7.0

Peserta perlu memakai pakaian seragam pasukan masing-masing.


Pihak penganjur dan jawatankuasa teknikal pertandingan berhak untuk
tidak membenarkan mana-mana peserta bertanding sekiranya tidak
mematuhi peraturan pemakaian yang telah dinyatakan.

FORMAT PERTANDINGAN
6.1
Pertandingan akan dilangsungkan secara kalah singkir dua kali (Double
knockout) pada peringkat awal.
6.2
Penentuan pasukan dalam kumpulan dan pertemuan perlawanan
adalah berdasarkan undian. Undian boleh berlangsung ketika mesyuarat
dan taklimat pengurus pasukan ataupun boleh berlangsung lebih awal
dengan mendapat pengesahan penganjur kejohanan.
6.3
Penentuan
keputusan
bagi
sesuatu
perlawanan
ditentukan
sama ada menggunakan kaedah penentuan mata penamat iaitu, sama
ada 13, ataupun kaedah penentuan perlawanan bermasa iaitu 60 minit
bagi satu perlawanan.
6.4
Sekiranya kaedah penentuan perlawanan bermasa digunakan, pasukan
yang mendahului mata selepas tempoh masa tamat adalah dianggap
sebagai pemenang. Sekiranya mata masih terikat selepas tempoh
masa
tamat, tambahan perlawanan penentuan sebanyak 1 end akan
diberikan.
6.5
Format pertandingan akan diputuskan dalam taklimat pengurus pasukan
dan keputusan Jawatankuasa Teknikal adalah muktamad.
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
7.1
Mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan selewat-lewatnya satu (1)
hari sebelum pertandingan dimulakan.
7.2
Pengurus setiap pasukan bertanding dikehendaki mengesahkan senarai
nama peserta semasa mesyuarat pengurus pasukan.
7.3
Senarai peserta yang disahkan semasa mesyuarat pengurus pasukan
adalah muktamad. Sebarang permohonan bagi penambahan, pertukaran
atau gantian peserta tidak dibenarkan selepas mesyuarat tersebut.
7.4
Keputusan pengesahan peserta tertakluk pada peraturan Am kejohanan.

8.0

PENGESAHAN KEPUTUSAN
8.1
Adalah menjadi tanggungjawab
peserta atau pasukan
untuk
mengesahkan keputusan perlawanan dengan menurunkan tandatangan di
atas borang markah yang disediakan.
8.2
Keputusan yang telah disahkan hanya boleh diubah dengan persetujuan
Ketua Arbiter.

9.0

MENARIK DIRI
9.1
Pasukan yang gagal hadir ke tempat perlawanan pada tarikh dan waktu
yang telah ditetapkan, akan dikenakan denda 1 mata kepada pihak
lawan bagi 10 minit yang pertama, dan penambahan 1 mata bagi setiap 5
minit berikutnya.
9.2
Pasukan yang enggan bermain pada tarikh dan waktu yang
ditetapkan dianggap sebagai menarik diri.
9.3
Pasukan yang menarik diri akan hilang kelayakan untuk bermain
permainan seterusnya. Semua permainan yang telah dilakukannya dengan
sendirinya terbatal.
9.4
Pasukan dibenarkan menarik diri atas sebab-sebab kecederaan atau
kesihatan yang sah. Apa jua kedudukan mata pada ketika itu akan diterima
sebagai keputusan pertandingan yang muktamad.
9.5
Sekiranya pasukan yang menarik diri secara tidak sah layak
memperoleh hadiah, kelayakan ini akan ditarik balik.
9.6
Pasukan yang menarik diri dari satu acara tanpa sebab yang wajar akan
dirujuk kepada Juri Rayuan untuk tindakan disiplin.

10.0

GANGGUAN PERMAINAN
10.1 Sekiranya di atas sesuatu sebab tertentu, mengakibatkan sesuatu
pertandingan atau perlawanan
tidak
dapat
untuk
diteruskan,
Jawatankuasa
Teknikal Pertandingan akan membuat keputusan bagi
menetapkan waktu yang sesuai untuk menyambung semula permainan
yang tertangguh.
Keputusan
tersebut akan dimaklumkan kepada
pengurus pasukan yang berkenaan secara bertulis sekurang-kurangnya
satu (1) jam sebelum permainan dimulakan.

11.0

BANTAHAN
11.1 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah dibuat oleh Ketua Kontinjen
atau Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Jawatankuasa Teknikal
Pertandingan dalam tempoh tidak lebih 15 minit selepas tamat sesuatu
pertandingan dengan menyertakan Wang Cagaran sebanyak RM200.00
(Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja).
11.2 Sekiranya rayuan dan bantahan tersebut didapati berasas, maka Wang
Cagaran tersebut akan dikembalikan, manakala sekiranya didapati adalah
sebaliknya, maka wang cagaran akan hangus dan menjadi milik penganjur
kejohanan.

12.0

JURI RAYUAN
12.1

12.2

13.0

Ahli juri rayuan adalah seperti berikut;


12.1.1 Pengarah Penganjuran Kejohanan atau
12.1.2 Pengerusi Teknikal Kejohanan
12.1.3 Ketua Arbiter
12.1.4 Ahli Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
12.1.5 Wakil pengurus pasukan berkecuali
Di antara bidang tugas ahli juri rayuan adalah;
12.2.1 Membincangkan perkara berkaitan rayuan atau bantahan
yang dikemukakan, dan membuat keputusan yang muktamad.
12.2.2 Membuat keputusan atas tindakan tatatertib terhadap tingkah laku
peserta atau pegawai pasukan.
12.2.3 Membuat keputusan atas perkara-perkara yang berbangkit yang
tidak diperuntukkan oleh Peraturan Pertandingan.
12.2.4 Juri Rayuan mempunyai kuasa untuk membatalkan (nullify)
sesuatu perlawanan atau membuat lain-lain keputusan berdasarkan
peruntukan peraturan permainan dan keputusan adalah muktamad.
12.2.5 Juri Rayuan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk
mengubah peraturan pertandingan yang telah diperakukan.

PENGADILAN
13.1

13.2

14.0

HADIAH
14.1

Penganjur Kejohanan akan melantik Ketua Arbiter dan pengadilpengadil kejohanan adalah di kalangan pengadil bertauliah dari
Persekutuan Petanque Malaysia.
Penganjur Kejohanan bersama Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
berhak mengubah format pertandingan dan keputusan perlawanan
selaras dengan undang-undang terpakai dan keperluan semasa di
sepanjang kejohanan.
Hadiah adalah berupa wang tunai dan sijil penyertaan yang
Diperuntukkan oleh penganjur kejohanan, dan diberikan kepada
pemenang:
Johan
: RM 100 dan Sijil
Naib Johan : RM 70 dan Sijil
Tempat ke-3 : RM 50 dan Sijil
Tempat ke-4. : RM 50 dan Sijil

You might also like