You are on page 1of 6

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR JABATAN PERDANA MENTERI 2012 1.0 PERATURAN PERTANDINGAN 1.

1 PENGENALAN Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN CATUR JABATAN PERDANA MENTERI 2012 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri (JPM). 1.2 TARIKH DAN TEMPAT 1.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : Tempat: 16 Jun 2012 (Sabtu) Bilik Mesyuarat 1 Aras 2, Blok B1, Kompleks JPM Putrajaya 8.00 pagi hingga 7.00 petang

Masa:

1.2.2 Taklimat dan undian akan dijalankan pada pagi hari pertandingan jam 8.00 pagi, 16 Jun 2012 di tempat yang sama; dan 1.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya pemain lewat tiba.

2.0

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN / PENDAFTARAN 2.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI dan WANITA dan TERBUKA kepada semua warga yang berkhidmat di Jabatan/Agensi di bawah JPM dan mestilah terdiri dari warganegara Malaysia yang berjawatan tetap, sementara, sambilan, praktikal atau kontrak; Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai lima (5) orang pemain (lelaki dan perempuan) yang terdiri daripada kakitangan Jabatan/Agensi. Pendaftaran pemain hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.

2.2

2.3

Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.

3.0

TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN 3.1 3.2 Perlawanan akan diadakan ditetapkan kemudian. Perlawanan ini akan dijalankan dalam tempoh sehari sahaja bermula pada 17 Jun 2012. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut jadual yang telah disediakan oleh jawatankuasa penganjur. Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di tempat pertandingan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan. Bagi pengurus dan ketua pasukan mereka hendaklah menyerahkan nama dan susunan pemain-pemain kepada pengadil rasmi sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Jumlah pemain dalam satu pasukan bagi setiap perlawanan ialah enam (6) orang yang terdiri daripada lima (5) pemain utama dan satu (1) pemain simpanan.

3.3

3.4

3.5

4.0

FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN 4.1 4.2 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati dan secara berkumpulan yang terdiri dari lima (5) pemain. Perlawanan berjalan secara serentak bagi semua lima pemain. Setiap pemain akan diberi masa selama lima belas (15) minit (menggunakan chess clock). Pemain akan dikira kalah samada di Checkmate atau kehabisan masa yang diberikan (15 minit). Kemenangan adalah berdasarkan best of three. Pertukaran atau penggantian pemain tidak boleh dilakukan selepas susunan pemain-pemain telah ditetapkan dan diserahkan kepada penganjur. Semua pertandingan diperingkat awal akan dijalankan secara kalah mati di mana setiap pasukan akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu A dan B.

4.3

4.4

4.5

4.6

Johan dan Naib Johan kumpulan sahaja yang layak ke pusingan seterusnya dan bertemu secara menyilang dan kalah mati. JOHAN KUMPULAN A LAWAN NAIB JOHAN KUMPULAN B. JOHAN KUMPULAN B LAWAN NAIB JOHAN KUMPULAN A.

4.7

Pemenang-pemenang bagi kedua-dua perlawanan tersebut layak ke pusingan akhir bagi menentukan johan dan naib johan Peraturan permainan adalah mengikut Peraturan Catur Antarabangsa (World Chess Federation FIDE Laws of Chess)

4.8

5.0

CARA BERMAIN 5.1 Permainan menggunakan set catur dan chess clock yang disediakan oleh pihak penganjur. Penentuan permulaan set putih @ hitam kepada pemain akan ditentukan secara undian oleh pengadil. Pemain yang mendapat set putih akan memulakan permainan. Setiap perlawanan ada tiga (3) frame. Pemain yang berjaya menang sebanyak dua kali berturutan tidak perlu meneruskan perlawanan kerana pemenang dikira berdasarkan best of three. Pemain dikira menang samada berjaya membuat checkmate kepada pihak lawan atau pihak lawan kehabisan waktu yang diperutukan kepadanya selama lima belas (15) minit. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pemain, jika pemain lawannya melakukan kesalahan seperti berikut: (a) Gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan di atas. Tidak mahu meneruskan perlawanan

5.2

5.3

5.4

5.5

(b) 5.6

Buah catur yang telah disentuh akan dikira "Touch Move" dan harus mengerakkan catur berkenaan dengan tidak mengubah keputusan gerakan lain. Pemain boleh menawarkan perlawanan itu seri sekiranya lawannya bersetuju untuk berdamai secara seri untuk hentikan perlawanan.

5.7

6.0

PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN (Berkumpulan Sahaja) 6.1 Pemain yang menang akan diberikan satu mata untuk pasukannya. Pasukan yang mendapat mata tertinggi best of five akan diistiharkan sebagai pemenang. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya melakukan kesalahan seperti berikut: (a) Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan di atas. Gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan di atas. Tidak mahu meneruskan perlawanan.

6.2

(b)

(c) 7.0

PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan berikut : 7.1 7.2 Merokok, makan atau minum Membuat bising atau mengganggu permainan pihak lawan.

8.0

ETIKA BERPAKAIAN. Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian menjolok mata adalah dilarang sama sekali.

9.0

PENGADILAN 9.1 Pengadil mempunyai kuasa mutlak mendenda pemain tanpa sebarang amaran atau teguran. Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan adalah terletak pada budi bicara pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh urusetia pengelola.

9.2

9.3 9.4

10.0

YURAN PENYERTAAN Setiap pemain dikehendaki mengisi borang penyertaan dan yuran penyertaan adalah RM20.00 seorang.

11.0

BANTAHAN 10.1 Setiap pemain boleh membuat bantahan secara bertulis dengan mengandungi fakta dan juga bukti dalam bentuk hard copy yang telah diperakui kepada pihak Urusetia beserta wang cagaran sebanyak RM200.00, dalam tempoh 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat; Jawatankuasa bantahan akan ditentukan oleh pihak Urus Setia. Sekiranya bantahan itu diterima, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan sebarang keputusan adalah muktamad; Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak;

10.2

10.3

12.0

HADIAH PERTANDINGAN 12.1 Hadiah berupa wang tunai akan diberikan kepada Juara, Naib Juara dan dua pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir. Bil. 1. Pertandingan CATUR Hadiah Johan Naib Johan Ketiga/Keempat RM200.00 RM100.00 RM 70.00

13.0

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 13.1 Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah serahkan ke urusetia pertandingan pada atau sebelum 12 Jun 2012 (Selasa).

Setiausaha Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. (u.p. Encik Mohd Suhaimi bin Md Saad, Tel: 03-8872 3431 @ Faks:
03-8888 3106 @ e-mel: mohdsuhaimi@pajpm.gov.my

Borang Penyertaan
Pertandingan Catur Jabatan Perdana Menteri 2012
________________________________________________________________________________________________________

Kategori: Lelaki

Wanita

Nama Jabatan/Agensi: .............................................................................................. Nama Pemain : ............................................................................................................ No. Kad Pengenalan: ................................................................................................. No. Tel: ................................................ (Pej.) ...................................................... (H/P) No. Faks: ............................................. (e-mel): ...........................................................
Semua Salinan KAD PAS (Pas Pekerja) pemain hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan borang penyertaan ini.

PENGAKUAN DIRI Saya dengan ini bersetuju dan faham akan segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Saya mengaku segala keterangan yang diberikan adalah benar serta tidak mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur atau agennya di atas sebarang musibah ke atas diri saya sebelum, semasa atau selepas menyertai acara ini.

Tarikh: .....................................

......................................................
(Tandatangan Peserta)

You might also like