You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LADA 3

KERTAS CADANGAN

CADANGAN MENGADAKAN PERTANDINGAN FUTSAL


MINGGU PENDIDIKAN KHAS SKCL3

ANJURAN UNIT KOKURIKULUM PPKI


PERTANDINGAN FUTSAL MINGGU PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LADA 3
CADANGAN MENGADAKAN PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA ANTARA SEKOLAH
JEMPUTAN PPKI

1.0 Pengenalan
Sukan futsal merupakan salah satu sukan dan permainan yang dianjurkankan di SEKOLAH
KEBANGSAAN CHANGKAT LADA 3 pada tahun 2019 di bawah bidang Kokurikulum PPKI,
oleh itu unit kokurikulum PPKI SKCL3 ingin menganjurkan pertandingan futsal sekolah jemputan
bagi minggu Pendidikan Khas. Kejohanan ini diadakan bagi mewujudkan semangat kesukanan
yang tinggi dan memupuk semangat perpaduan. Kejohanan ini akan dikelolakan oleh Unit
Kokurikulum PPKI SK Changkat Lada 3.

2.0 Objektif Pertandingan


Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut, iaitu:
2.1 Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam sukan (FUTSAL) khususnya dengan
kerjasama pihak pengurusan program dan para peserta pertandingan.
2.2 Memastikan agar murid yang masuk bertanding dalam acara sukan tersebut mempunyai
semangat sukan dan setiakawan yang tinggi
2.3 Mencungkil bakat-bakat baru dalam Sukan Futsal yang bakal menjulang nama sekolah di
kemudian hari.
2.4 Memilih pelajar untuk mewakili sekolah dan sebagai takwim aktiviti yang dirancang oleh
Unit Kokurikulum PPKI SK Changkat Lada 3.
.
3.0 Tarikh, Hari, Tempat dan Masa
3.1 Tarikh: 23 April 2019
3.2 Hari: Selasa
3.3 Tempat: Padang SKCL 3
3.4 Masa : 8.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari

4.0 Peserta
Terbuka kepada semua sekolah jemputan bagi minggu Pendidikan Khas SKCL3.
5.0 Program Tentatif
Tarikh/Hari Masa Aktiviti
23 April 2019 7.30 pagi-8.00 pagi Taklimat Pertandingan
Selasa 8.00 pagi-10.00 pagi Pertandingan Peringkat Kumpulan
10.30 pagi-12.00 tengahari Perlawanan Separuh Akhir dan
Akhir
12.00 tengahari–12.30 petang Perasmian penutup dan
penyampaian hadiah
12.30 tgh- 1.00 ptg Bersurai

6.0 Kewangan
6.1 Anggaran Pendapatan Perbelanjaan
Pendapatan RM Perbelanjaan RM

PCG PPKI Hadiah


Tempat Pertama lelaki RM20
Tempat Kedua lelaki RM20
Tempat Ketiga lelaki RM20
Banting RM38

Jumlah 98.00 Jumlah 98.00

7.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi: ZAINAL ANUAR BIN HJ ABDUL RASHID


Naib Pengerusi: ROS NANI BT HARUN
Setiausaha: QAMARUL AZIZI BIN ABAS
Bendahari : NUR HAYATI BT SULAIMAN
Persiapan tempat : EL-AMIN BIN AHMAD, QAMARUL AZIZI BIN ABAS, MOHD FAIZAL
BIN ZAINUDIN, PPM
Pengadil : EL-AMIN BIN AHMAD, QAMARUL AZIZI BIN ABAS, KAMARUDDIN BIN
IBRAHIM
Pelaung/Pengerusi Majlis : MOHD FAIZAL BIN ZAINUDIN
Sijil dan Hadiah : QAMARUL AZIZI BIN ABAS
8.0 Penutup
Unit Kokurikulum PPKI SK Changkat Lada 3 berharap pertandingan ini mendapat sokongan moral
bimbingan dan nasihat. Unit Kokurikulum PPKI SK Changkat Lada 3 berharap program ini akan
berhasil dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh,

________________________

(QAMARUL AZIZI ABAS)

Setiausaha Unit Kokurikulum PPKI SKCL3

Disemak oleh,

________________________

(ROS NANI HARUN)

Penolong Kanan Pend Khas SKCL3

Disahkan oleh,

________________________

(AZALINAWATI SALLEH)

Penolong Kanan Pentadbiran SKCL3

You might also like