You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN


JALAN BADLISHAH
TELEFON: 04-4212370
08000 SUNGAI PETANI FAX: 04-4235645
KEDAH DARUL AMAN http://ppdkmy.moe.gov.my
y

Ruj. Kami : PPDKMY.800-13/10 ( 27 )


Tarikh : 6 Ogos 2019
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Kedah Darul Aman

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM CIKGU FUN RUN PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2019

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan akan menganjurkan
program ‘Cikgu Fun Run’ PPD Kuala Muda/Yan peringkat negeri Kedah. Program ini mendapat kerjasama
penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Daerah Kuala Muda di bawah Majlis Sukan
Daerah Kuala Muda dan Persatuan Olahraga Amatur Kedah ( POAK ).

3. Program ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Oktober 2019


Tempat : SMK Bandar Sungai Petani
Masa : 7.30 pagi

4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk membuat hebahan kepada semua sekolah-
sekolah yang berminat di bawah pentadbiran tuan. Pihak sekolah boleh menghantar seberapa ramai
peserta daripada kalangan guru, staf dan murid dengan bayaran RM 30.00 seorang. Disertakan bersama-
sama surat ini borang penyertaan kelompok untuk tindakan pihak tuan. Tarikh tutup penyertaan pada
1 September 2019. Borang dan yuran penyertaan boleh diserahkan kepada Penyelia Sukan PPD masing-
masing.

5. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi Pengarah Program, Encik Fadhli Bin Dato’ Haji
Arfanuddin di talian 017-4909775. Segala kerjasama pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”

Saya yang menjalankan amanah,

( OMMI KALSOM BINTI HAJI IBRAHIM )


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan

s.k. 1. Fail timbul

You might also like