You are on page 1of 10

KEJOHANAN PETANQUE

MAKSAK MALAYSIA 2017

PERATURAN PERTANDINGAN

1- NAMA PERTANDINGAN:
Kejohanan Petanque MAKSAK Malaysia 2017

2- PENGANJUR:
MAKSAK Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

3- PENGELOLA:
Majlis Sukan PDRM

4- TARIKH PERTANDINGAN:
27 sehingga 30 April 2017

5- TEMPAT:
Arena Petanque MPPD, Port Dickson, Negeri Sembilan

6- PERATURAN UMUM:

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Petanque yang


berkuatkuasa sebagaimana diperuntukan oleh Federation Internationa de Petanque
Et Jeu Provical (FIPJP) serta telah diterima oleh Persekutuan Petanque Malaysia
(PPM). Walau bagaimanapun, peraturan berikut akan dikuatkuasakan:-

a) Pemain dikehendaki membuat ukuran kasar terlebih dahulu sebelum


memanggil pengadil.

b) Sekiranya untuk membuat ukuran terlalu sulit, pengadil boleh terus dipanggil.

c) Hanya bola yang diiktiraf oleh FIPJP sahaja yang boleh digunakan. Walau
bagaimanapun bola berikut dibenarkan diguna:

a. Bola yang asalnya memang sah tetapi terbatal kesahannya disebabkan


tanda nama pengeluar atau dan berat bola tidak kelihatan lagi. Namun
ianya haruslah mendapat kelulusan ketua pengadil terlebih dahulu.

b. Bola keluaran MARATHON Y2000 dan Y3000.


7- PERATURAN TAMBAHAN:

Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak


meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat
penganjuran aktiviti sukan MAKSAK Malaysia.

8- KELAYAKAN PESERTA:

Kelayakan Peserta adalah seperti di muka surat 23.

9- PENDAFTARAN PEMAIN:

9.1 Setiap Badan Gabungan dikehendaki menghantar 1 Kontinjen mengandungi:-

i) 1 Ketua Kontinjen

ii) Pasukan Lelaki iv) Pasukan Wanita


1 Pengurus 1 Pengurus
1 Jurulatih 1 Jurulatih
7 Pemain Lelaki 7 Pemain Wanita
(Termasuk 1 simpanan) (Termasuk 1 simpanan)

iii) Pasukan Veteran Lelaki v)


Pasukan Veteran Wanita
4 Pemain Lelaki
4 Pemain Wanita
(Termasuk 1 simpanan)
(Termasuk 1 simpanan)

9.2 Umur untuk pemain veteran ialah:

9.2.1 Veteran Lelaki dan Wanita hendaklah berumur (45) tahun ke atas
pada tahun 2017 (lahir pada atau sebelum tahun 1972);

9.3 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan


borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya pemain-
pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.
Seorang pemain hanya boleh bermain satu acara sahaja dalam setiap
perlawanan.

9.4 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika
terdapat yang pasukannya telah kalah/menang dan kemudiannya bermain
untuk pasukan lain maka penyertaan kedua - dua pasukan akan dibatalkan.
9.5 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat
pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum
pertandingan.

9.6 Pengurus dan Jurulatih dibenarkan bermain. Nama mereka hendaklah


didaftar juga dalam senarai pemain sebagai pemain.

10- CARA PERTANDINGAN:

10.1 Kejohanan ini adalah di antara pasukan.

10.2 Acara yang akan dipertandingkan adalah acara:

a) Berpasukan Lelaki
i) Perseorangan (Single)
ii) Bergu (Double)
iii) Bertiga (Triple)

b) Berpasukan Wanita
i) Perseorangan (Single)
ii) Bergu (Double)
iii) Bertiga (Triple)

c) Berpasukan Veteran Lelaki


i) Bertiga (Triple)

d) Berpasukan Veteran Wanita


i) Bertiga (Triple)

10.3 Semua pasukan yang mengambil bahagian dalam acara berpasukan akan
dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan pasukan-pasukan yang menduduki
tempat teratas pada kejohanan yang lepas akan mengetuai kumpulan
masing-masing. Pasukan-pasukan lain akan diundi untuk menentukan
kedudukan mereka.

10.4 Untuk kumpulan yang mempunyai tiga (3) pasukan, pasukan yang menang
dalam perlawanan pertama akan bermain dulu untuk perlawanan seterusnya.

10.5 Semua perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan.

10.6 Johan dan Naib Johan kumpulan di peringkat liga akan layak ke pusingan
seterusnya.
11- SUSUNAN PEMAINAN:
Susunan permainan untuk acara berpasukan sepanjang kejohanan adalah seperti
berikut :-

i- Perseorangan
ii- Berdua
iii- Bertiga Secara serentak

12- PEMBERIAN MATA & PENENTUAN KEMENANGAN:

12.1 Tatacara perlawanan akan ditetapkan mengikut undang FIPJP.

12.2 Setiap pasukan bertanding akan diberi mata berdasar kepada format berikut:-

a) Menang - 3 mata
b) Kalah - 0 mata

12.3 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai, dua pasukan
didapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka pasukan yang
memenangi perlawanan di antara mereka akan dikira sebagai pemenang.

12.4 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai, tiga pasukan
atau lebih didapati memperolehi mata yang sama, maka tatacara mengikut
susunan kaedah berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang:-

a) Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan set yang terbanyak dari


pertandingan yang melibatkan pasukan yang seri sahaja (internal
difference) akan dikira sebagai pemenang dan kedua terbanyak
sebagai kedua dan seterusnya;

b) Jika keadaan masih seri, pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan


set yang terbanyak dari keseluruhan pertandingan dalam kumpulan
masing-masing (external difference) akan dikira sebagai pemenang
dan kedua terbanyak sebagai kedua dan seterusnya.

c) Jika masih seri, pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan score


yang terbanyak dari pertandingan yang melibatkan pasukan yang seri
sahaja (internal difference) akan dikira sebagai pemenang dan kedua
terbanyak sebagai kedua dan seterusnya.

d) Jika keadaan masih seri, pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan


score yang terbanyak dari keseluruhan pertandingan dalam
kumpulan masing-masing (external difference) akan dikira sebagai
pemenang dan kedua terbanyak sebagai kedua dan seterusnya.
e) Jika keadaan masih seri, undian akan dibuat.

i) Jika keadaan masih seri , pasukan yang menang bagi acara


triples dikira sebagai pemenang
ii) Jika keadaan masih seri, pasukan yang menang bagi acara
doubles dikira sebagai pemenang
iii) Jika keadaan masih seri, undian akan dibuat

* Pada mana-mana pemecahan seri 12.4 bagi seri yang lebih dari tiga pasukan yang
keputusannya meninggalkan dua pasukan masih seri maka kaedah 12.3 dipakai.

13- MASA PERTANDINGAN:

13.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari

13.2 Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih daripada satu perlawanan di
dalam satu hari.

13.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

13.4 Setiap perlawanan akan dijalankan selama 2 jam atau sebanyak 13 points
(mana yang sampai dahulu). Semua pasukan yang dijadualkan untuk
bermain mestilah berada di gelanggang permainan 30 minit sebelum
perlawanan dimulakan.

13.5 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-


pemain kepada Pengadil Rasmi 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

13.6 Pasukan yang gagal hadir digelanggang pada masa yang dijadualkan akan
diberi masa tangguhan selama 5 minit dengan berdenda dan jika selepas (1)
jam tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberikan kepada
pasukan lawan yang hadir dengan mata 13-0.

13.7 Pasukan yang memberi kemenangan percuma (walkover) akan dibatalkan


dari penyertaan. Semua keputusan sebelum walkover akan juga terbatal.

13.8 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi


kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Urusetia MAKSAK akan
mengambil tindakan dengan menarik bantuan kewangan yang diperuntukan
dan akan melaporkan kepada Yang DiPertua Badan-Badan Gabungan agar
mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat dan bertanggungjawab.
14- PENANGGUHAN PERLAWANAN:

Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang


ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan.

15- PAKAIAN PESERTA:

15.1 Setiap peserta boleh memakai baju berwarna seragam untuk pasukan
masing-masing yang berlengan pendek atau panjang, seluar slack atau
track bottom panjang dan kasut sukan. Seluar jeans tidak dibenarkan.

16- PENGADILAN:

16.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil yang


bertauliah disepanjang pertandingan yang akan diadakan.

17- BANTAHAN:

17.1 Kelayakan Peserta

i) Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua


Pasukan SAHAJA dan hendaklah dibuat SEMASA MESYUARAT
PENGURUS PASUKAN SAHAJA (tidak perlu wang cagaran RM
500/-).

ii) Pihak yang membuat bantahan perlu mengemukakan bukti kukuh


berkenaan bantahan yang dibuat.

iii) Pihak yang dibantah hendaklah memberikan bukti dengan SEGERA


di dalam majlis bantahan tersebut (bahawa peserta / pemain yang
dibantah adalah SAH bermain dan MENGIKUT SEGALA SYARAT
KELAYAKAN BERMAIN.

iv) Jika terdapat mana-mana pasukan/kontinjen yang membawa dan


menyenaraikan pemain-pemain yang tidak layak bermain dan
bukan kakitangan awam serta di dapati bersalah dalam majlis
bantahan, pasukan tersebut akan digantung dari menyertai
kejohanan MAKSAK pada tahun tersebut dan tahun berikutnya
dan pemain tersebut tidak akan dibenar menyertai kejohanan
MAKSAK sehinggalah pihak penganjur membatalkan hukuman
tersebut.
17.2 Teknikal dan Lain-lain Bantahan

i) Sebarang bantahan berkenaan teknikal/pengadilan dan lain-lain selain


kelayakan peserta hendaklah dibuat secara lisan kepada pengadil
yang bertugas ketika itu.

ii) Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis


kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat daripada 30
minit selepas tamat pertandingan tersebut (jika berkaitan
pertandingan/teknikal/pengadilan dan lain-lain berkaitan).

iii) Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan


dan disertakan dengan wang cagaran sebanyak RM500.00 (tunai).
Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan samada bantahan itu
berjaya, gagal atau ditolak.

iv) Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa


Bantahan dan tatatertib adalah muktamad.

18- JAWATANKUASA BANTAHAN & TATATERTIB

Pengerusi : Setiausaha Agung MAKSAK atau Wakil

Setiausaha : Penolong Setiausaha Agung/Wakil

Ahli-Ahli : Setiausaha MAKSAK Jawatankuasa


Pengelola/Wakil

: Pengerusi Jawatankuasa Teknikal &


Pertandingan/Wakil

: Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil

19- HADIAH :
MAKSAK Malaysia akan menyediakan hadiah seperti berikut:-

19.1 Keseluruhan Berpasukan Lelaki:

a) Johan - 1 Piala Iringan


- 10 Medal
- 10 Hadiah Iringan
b) Naib Johan - 1 Piala Iringan
- 10 Medal
- 10 Hadiah Iringan

c) Ketiga Bersama - 1 Piala Iringan x 2


- 10 x 2 Medal
- 10 x 2 Hadiah Iringan

d) Pemain Paling Senior - 1 Cenderamata

19.2 Keseluruhan Berpasukan Wanita :

a) Johan - 1 Piala Iringan


- 10 Medal
- 10 Hadiah Iringan

b) Naib Johan - 1 Piala Iringan


- 10 Medal
- 10 Hadiah Iringan

c) Ketiga Bersama - 1 Piala Iringan x 2


- 10 Medal
- 10 Hadiah Iringan

d) Pemain Paling Senior - 1 Cenderamata

19.3 Pasukan Veteran Lelaki:

a) Johan - 1 Piala Iringan


- 4 Medal
- 4 Hadiah Iringan

b) Naib Johan - 1 Piala Iringan


- 4 Medal
- 4 Hadiah Iringan

c) Ketiga Bersama - 1 Piala Iringan x 2


- 4 Medal x 2
- 4 Hadiah Iringan x 2

d) Pemain Paling Senior - 1 Cenderamata

19.4 Pasukan Veteran Wanita:


a) Johan - 1 Piala Iringan
- 4 Medal
- 4 Hadiah Iringan

b) Naib Johan - 1 Piala Iringan


- 4 Medal
- 4 Hadiah Iringan

c) Ketiga Bersama - 1 Piala Iringan x 2


- 4 Medal x 2
- 4 Hadiah Iringan x 2

d) Pemain Paling Senior - 1 Cenderamata

19.5 Pemenang Keseluruhan Lelaki:

a. Johan Keseluruhan - 1 Piala Pusingan


- RM 1200.00

b. Naib Johan - RM 1000.00

c. Ketiga Bersama - RM 800.00 x 2

19.6 Pemenang Keseluruhan Wanita

a. Johan Keseluruhan - 1 Piala Pusingan


- RM 1200.00

b. Naib Johan - RM 1000.00

c. Ketiga Bersama - RM 800.00 x 2

20- HAK JAWATANKUASA PENGANJUR :

Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan-


peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.
21- PERINTAH AM:

Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada
Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Urusetia MAKSAK
Malaysia atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada Ketua
Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta
yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan
pertandingan yang berkenaan.

You might also like