You are on page 1of 5

TARIKH TUTUP

PENYERTAAN
24 November 2016
(Khamis)

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP DAERAH


MARAN 2016

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA REGU :

NAMA PENGURUS PASUKAN : -------------------------------------------------

NO/TELEFON : ---------------------(R)--------------------(P)

-------------------------(H/P)

YURAN : RM 60.00 (SATU REGU)

BIL NAMA NO. KAD ALAMAT


PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

5.

PENGURUS / JURULATIH (JIKA ADA)

1.

2.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP DAERAH MARAN 2016

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak


Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF)
yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 Pengenalan

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAK TAKRAW


TERTUTUP DAERAH MARAN dianjurkan oleh Persatuan Sepak
Takraw Daerah Maran.

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari


Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang diketuai oleh seorang
Ketua Pengadil.

2.2 Tarikh, Tempat dan Taklimat/Undian

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 26 November 2016 bertempat di


Dewan Arena YAM Tengku Muda Pahang.

2.2.2 Kejohanan akan dijalankan di gelanggang tertutup.

2.2.3 Taklimat pengurus dan undian akan dijalankan pada 24 November


2016 (khamis) di Bilik Seminar Kompleks Rakan Muda Maran, pada
pukul 3.00 petang.

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya


tiada wakil.

2.3 Format Kejohanan

2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah LIGA PUSINGAN AWAL dan


KALAH SINGKIR pusingan seterusnya.

2.4 Hadiah-hadiah

2.4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya


menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan Tempat
ke empat.

2.4.2 Hadiah wang tunai yang disediakan adalah seperti berikut:

i) Johan - RM1,000.00 + Piala


ii) Naib Johan - RM 700.00
iii) Ketiga - RM 250.00
iv) Keempat - RM 250.00

2.5 Syarat-syarat Penyertaan

2.5.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua Warga Daerah Maran


dan Pemastautin sahaja.

2.5.2 Setiap regu hendaklah terdiri daripada seorang pengurus, seorang


jurulatih (jika ada) dan 3 orang pemain serta 2 pemain simpanan
(jika ada).

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

2.5.4 Setiap regu dikenakan yuran penyertaan RM60.00.

2.5.5 Hanya pasukan-pasukan yang MENDAFTAR DAN MEMBAYAR


YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH
TUTUP PENYERTAAN PADA 24hb November 2016
(KHAMIS) AKAN DITERIMA DAN LAYAK BERTANDING.

2.5.6 HANYA SEORANG SAHAJA PEMAIN YANG PERNAH


MEWAKILI NEGARA / NEGERI /ATM / PDRM / MAKSAK
BAGI TAHUN 2014 HINGGA KINI YANG LAYAK
DIDAFTARKAN PENYERTAANNYA BAGI SETIAP REGU.

2.5.7 Setiap regu diwajibkan memakai jersi dengan nombor tertera di


belakang dan ketua regu memakai armband.

2.5.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi


peraturan yang ditetapkan, PIHAK PENGANJUR BERHAK
MEMBATALKAN PENYERTAAN REGU BERKENAAN
DARI MENYERTAI KEJOHANAN INI.

2.5.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat
pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan/dijadualkan


sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh pasukan atau
regu yang mengambil bahagian.

3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu
perlawanan dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat atau diputuskan
dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
3.5 Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak
mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

3.6 Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 5 minit daripada
masa yang telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan
tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.

3.7 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 10


minit sebelum pertandingan dan apabila telah disahkan, TIDAK BOLEH
DIUBAH dalam keadaan apa sekali pun.

3.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja


dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.9 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan
wang cagaran bantahan sebanyak RM200.00 tidak lewat dari 30 minit
selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.10 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan. Keputusan
jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.11 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa ,
maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat
oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.12 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau
bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

3.13 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh
penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang
akan bertanding.

3.14 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 PERATURAN AM

4.1 Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undang-undang,
syarat penyertaan dan pertandingan atau mana-mana peraturan, ianya akan
diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima
umum.

4.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur
Kejohanan Sepak Takraw Persatuan Sepak Takraw Daerah Maran adalah
muktamad.

4.3 Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am, syarat


penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual permainan di saat-saat akhir
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa perlu memberitahu
pasukan-pasukan yang bertanding.
5.0 Borang Penyertaan dan Pembayaran

5.1 Borang penyertaan dan juga proses pembayaran boleh dibuat dan didapati

URUSETIA
Persatuan Sepak Takraw Daerah Maran
NO 1&2 BANGUNAN UMNO, PEKAN TAJAU
26500 MARAN PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : 09 4771 131
Faks :

SEBARANG PERTANYAAN
010 000 0000 (EN. ), 019-000 0000 (EN. )
sepaktakrawdaerahmaran@gmail.com.my

You might also like