You are on page 1of 4

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA KUCHING (KESIHATAN AWAM) SARAWAK SESI JAN – JUN 2019

BORANG PENDAFTARAN PEMAIN

NAMA PASUKAN : --------------------------------------------

NAMA PEMAIN : .......................................................

......................................................

KATEGORI : LELAKI / PEREMPUAN

DKP SPKA STAF

BAYARAN PENYERTAAN (RM30.00)

BERSAMA-SAMA INI DISERTAKAN WANG TUNAI SEBANYAK RM.................... BAGI BAYARAN


PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP ILKKM KUCHING(KESIHATAN AWAM) 2018.

DISERAHKAN OLEH : DITERIMA OLEH :

NAMA: NAMA:
TARIKH: TARIKH:
SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM
KUCHING(KESIHATAN AWAM)

1.0 PENGANJUR
Kelab Badminton ILKKM Kuching(Kesihatan Awam) Sarawak.

2.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN


09 Februari 2019 (Sabtu), 7.30 pagi - 5.00 petang.

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN :


Dewan Serbaguna ILKKM Kuching(Kesihatan Awam)

4.0 UNDANG-UNDANG
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) dan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini dan pihak penganjur berhak
membuat pindaan jadual pertandingan dari masa ke semasa sekiranya perlu.

5.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN UNDIAN

5.1 Pada 28 Januari 2019 (Isnin). Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada penganjur.

5.2 Undian dan Jadual perlawanan rasmi akan diadakan pada 29 Januari 2019 (Selasa) jam 8.00 malam
di Dewan Kuliah Penrissen. Para pemain atau wakil sila hadir pada tarikh dan masa yang telah
ditetapkan.

5.3 Penyertaan adalah terbuka kepada 22 penyertaan sahaja iaitu 18 penyertaan bagi bergu lelaki dan 4
penyertaan bagi bergu perempuan.

5.4 Setiap kelas hendaklah menghantar min 3 pasukan kategori lelaki dan 1 pasukan kategori perempuan
untuk menyertai pertandingan ini. Jika gagal atau tiada wakil, denda sebanyak RM100.00 akan
dikenakan terhadap kelas tersebut.

6.0 SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN

6.1 Penyertaan adalah TERTUTUP kepada semua pelatih lelaki,pelatih perempuan dan kakitangan
ILKKM Kuching (Kesihatan awam) Sarawak.

6.2 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu kategori pertandingan sahaja.

6.3 Pertandingan adalah dalam (1) KATEGORI iatu:

i. Beregu Lelaki

ii. Beregu perempuan

6.4 Format pertandingan akan dijalankan secara ( LIGA DALAM KUMPULAN DAN KALAH
SINGKIR PADA PUSINGAN BERIKUT) bergantung kepada penyertaan. Sebarang perubahan akan
dimaklumkan dari masa ke semasa.

6.5 Perlawanan akan dijalankan berdasarkan kiraan mata 30 pada peringkat liga dalam
kumpulan dan kiraan mata 21 pada peringkat akhir.

6.6 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur.

6.7 Setiap pemain dikehendaki berada didalam gelanggang (15 MINIT) lebih awal
dari masa yang dijadualkan kepada pihak pengurusan/penganjur/pengadil kecuali
atas sebab tertentu dan disertakan dengan bukti. Pemain yang lewat hadir
(15 MINIT ) setelah namanya diumumkan sebanyak TIGA(3) kali adalah dikira kalah
dan pihak lawan akan diberikan kemenangan.

6.8 Semua pemain tidak dibenarkan memakai objek larangan seperti barang kemas, pin,
gelang tangan, cincin atau apa sahaja yang boleh membahayakan pemain.
Pemain juga dikehendaki berpakaian yang sesuai semasa bertanding.

6.9 Penentuan gelanggang adalah ditentukan oleh pihak penganjur.

6.10 Penganjur akan menyediakan bulu tangkis sepanjang perlawanan. Peserta tidak
dibenarkan menggunakan bulu tangkis sendiri. Peserta wajib membeli bulu tangkis dengan pihak
penganjur berharga RM 8.00 sebiji jika ingin tambahan bulu tangkis. Bulu tangkis yang
digunakan sepanjang pertandingan ini jenama Yang Yang.

6.11 Jadual pertandingan boleh diubah sekiranya difikirkan perlu oleh pihak penganjur. peserta adalah
bertanggungjawab untuk memastikan perlawanan-perlawan seterusnya daripada Pengurus Pertandingan.

7.0 BANTAHAN

7.1 Sebarang bantahan hendaklah merujuk kepada pihak penganjur dan setiap bantahan akan dikenakan
bayaran sebanyak RM100.00 (Wang Tidak Akan Dikembalikan ) secara bertulis. Bantahan dan
rayuan akan dikendalikan oleh pihak penganjur.

8.0 YURAN PENYERTAAN

8.1 Yuran penyertaan adalah berdasarkan kepada kategori iaitu:

i. Bergu Lelaki - RM 30.00


ii. Bergu Perempuan - RM 30.00

9.0 TANGGUNGJAWAB PEMAIN

12.1 Pemain-pemain adalah bertanggungjawab untuk mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan bagi
melicinkan perjalanan pertandingan ini.

12.2 Pihak penganjur pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan
atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang pertandingan ini.

10.0 HADIAH
13.1 Hadiah akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:

13.1.1 Beregu Lelaki Pertama : Pingat Emas


Kedua : Pingat Perak

13.1.2 Bergu Perempuan Pertama : Pingat Emas


Kedua : Pingat Perak

‘BERSUKAN DEMI KESIHATAN’

You might also like