You are on page 1of 3

MAKLUMAT LENGKAP

KEJOHANAN
BADMINTON ADUN LINTANG
(KEBAL 2022)
DATO’ HJ. MOHD ZOLKAFLY BIN HJ. HARUN
ADUN LINTANG
(Mantan Pengerusi Lembaga Penasihat KKSS)
Anjuran
Kolej Komuniti Sungai Siput
Dengan Kerjasama
Pejabat Pusat Khidmat ADUN Lintang
KEJOHANAN BADMINTON ADUN LINTANG (KEBAL 2022)
DATO’ HJ. MOHD ZOLKAFLY BIN HJ. HARUN

1.0 PENGANJUR
i. Kolej Komuniti Sungai Siput
ii. Pejabat Pusat Khidmat ADUN Lintang

2.0 OBJEKTIF PERLAWANAN


i. Merapatkan hubungan kakitangan diantara jabatan-jabatan kerajaan dan agensi
swasta di sekitar Daerah Sungai Siput
ii. Mempergiatkan aktiviti sihat melalui sukan badminton di kalangan komuniti Sungai
Siput.

3.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 16 &17 Julai 2022
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Maklumat dan info perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan dihebahkan
melalui Whatsapp “KEBAL 2022 Piala ADUN Lintang”

4.0 TEMPAT KEJOHANAN

Dewan SJK (C) , Shing Chung, Sungai Siput Utara.

5.0 TARIKH-TARIKH PENTING KEJOHANAN

5.1 Tarikh tutup hantar BORANG PENYERTAAN adalah pada 1 Julai 2022 (Jumaat)
Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada penganjur di kaunter
Pentadbiran Kolej Komuniti Sungai Siput beserta yuran penyertaan.

5.2 Satu sesi taklimat pengurus dan cabutan bagi tujuan jadual perlawanan akan
diadakan selepas tarikh akhir penyertaan dihantar. Tarikh akan dimaklumkan
melalui surat jemputan ke sesi taklimat pengurus.

6.0 PERATURAN AM

6.1 Penyertaan adalah terbuka kepada agensi kerajaan dan swasta di sekitar Sungai
Siput & Daerah Kuala Kangsar sahaja.

6.2 Penyertaan dari setiap agensi adalah seperti berikut;


i. Dua pasukan Bergu lelaki Terbuka
ii. Satu Bergu lelaki Veteran (Jumlah umur 100+)

6.3 Perlawanan akan berlansung dengan konsep 1 pusingan secara liga dengan
setiap perlawanan “Best Of 3” (21 mata)

6.4 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa dan jadual yang telah
ditetapkan oleh jawatankuasa penganjuran.

6.5 Setiap pemain dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT
lebih awal dari masa yang dijadualkan
6.6 Bulu Tangkis akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan
keputusan adalah MUKTAMAD.

6.7 Semua pemain tidak dibenarkan memakai objek larangan seperti barang
kemas, pin, gelang tangan, cincin atau apa sahaja yang boleh
membahayakan pemain.

6.8 Pengantian pemain hanya boleh dibuat semasa pendaftaran pasukan pada hari
perlawanan dan sebelum perlawanan dijalankan

6.9 Seorang Pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja bagi setiap beregu.
Pengantian pemain TIDAK DIBENARKAN.

6.10 Pengadil dan penjaga garisan adalah terdiri daripada urusetia kejohanan dan
dibantu oleh 1 pemain dikalangan pasukan yang bertanding yang telah
dicalonkan oleh pasukan.

6.11 Kiraan pemenang adalah berdasarkan format bilangan regu.

6.12 Keputusan pengadil bagi setiap perlawanan adalah muktamad dan bantahan
dibenarkan mengikut budi bicara pihak urusetia kejohanan.

6.13 Urusan makanan, minuman, kebajikan dan keselamatan pemain adalah


tanggungjawap pihak jabatan dan agensi masing-masing.

7.0 YURAN PENYERTAAN


Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 50.00 bagi satu beregu yang disertai. Bayaran
hendaklah dibayar secarai TUNAI kepada KOPERASI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT di
kaunter Pentadbiran Kolej Komuniti Sungai Siput beserta borang penyertaan yang
lengkap diisi temasuk 1 SALINAN KAD PENGENALAN setiap pemain yang telah disahkan
oleh majikan/ketua jabatan. Semua dokumen lengkap perlu dihantar sebelum 1 Julai
2022.

8.0 TANGGUNGJAWAB PEMAIN

8.1 Pemain-pemain adalah bertanggungjawab untuk mematuhi segala syarat-syarat


yang dikenakan bagi melicinkan perjalanan perlawanan ini.

8.2 Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas


sebarang kehilangan atau kerosakan atau kecederaan atau kerugian para
peserta sepanjang perlawanan persahabatan ini.

9.0 HADIAH DAN PIALA

9.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori (Johan, Naib
Johan, tempat ke 3 dan tempat ke 4. Sijil penyertaan juga disediakan kepada
semua peserta.

9.2 Piala Pusingan akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menjadi Johan
kejohanan.

- Terima kasih & Majulah Sukan Badminton Untuk Malaysia -

You might also like