You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLASEPAK PIALA


PENYELARAS DUN RHU RENDANG
1.0 TUJUAN

1.1 Memaklumkan dan mendapatkan persetujuan kerajaan negeri Terengganu dan Pegawai Daerah
Marang mengenai cadangan pelaksanaan Kejohanan Bolasepak Piala Penyelaras Dun Rhu
Rendang

1.2 Memaklumkan perubahan dan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

1.3 Mendapatkan sokongan dan garis panduan berkenaan pengajuran kejohanan.

2.0 PENDAHULUAN

2.1 Secara keseluruhan penganjuran kejohanan ini adalah kesinambungan bagi ke edisi kejohanan
sebelum ini.. Kewujudan kejohananini telah berjaya menghangatkan budaya sukan di kalangan
anak muda di Dun Rhu Rendang.

2.1 Penglibatan pihak kerajaan, telah berjaya membantu pengajuran yang lebih berkesan dan teratur.
Pengalaman dan fasiliti daripada kerajaan amat penting bagi memastikan penganjuran kali ini
lebih berjaya dan memberi impak yang lebih besar kepada negeri Terengganu.

2.1 Jesteru itu, kerjasama yang erat ini perlu dikekalkan bagi memastikan penganjuran yang lebih
hebat pada edisi kedua ini seterusnya dapat merealisasikan hasrat untuk melihat negeri
Terenganu menjadi hub melahirkan bakat bakat baru untuk diserapkan ke peringkat yang lebih
tinggi.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Mencungkil bakat baru dan bakat terpinggir khususnya daripada golongan belia di negeri
Terengganu.

3.2 Menyalurkan peluang kepada PBSNT dan pasukan lain dalam mencari bakat baru untuk
diserapkan ke dalam pasukan.

3.3 Melahirkan generasi belia yang sihat fizikal dan mental seterusnya menyumbang kepada lahirnya
modal insan yang produktif.

3.4 Menyediakan hiburan dan persekitaran yang sihat kepada golongan muda terutamanya bagi
membanteras gejala sosial seperti rempit dan penyalahgunaan dadah.

4.0 JUSTIFIKASI

4.1 Kerjasama antara kerajaan dan organisasi sukan mampu meningkatkan potensi dan
keberkesanan dalam penganjuran kejohanan sukan.

4.2 Kejohanan yang diatur serta dirancang adalah bertepatan dengan misi dan misi Majlis Sukan
Negara dalam melahirkan lebih ramai atlet di peringkat antarabangsa.

4.3 Pendekatan yang diambil dalam menjayakan program ini dilihat mampu membina
masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam
bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan
berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
5.0 PENYERTAAN

Kejohanan pada edisi tahun ini akan melibatkan 32 pasukan dari seluruh DUN Rhu Rendang. Setiap
pasukan terdiri daripada 25 orang pemain dan 5 orang pegawai berdaftar.

6.0 JUMLAH PASUKAN DAN PENYERTAAN KEJOHANAN PIALA PENYELARAS


DUN RHU RENDANG

6.1 Sebanyak 32 pasukan dan dianggarkan seramai 800 orang pemain akan menyertai pertandingan
ini.

6.2 Setiap pasukan akan mempunyai 25 pemain yang terdiri daripada:

18 orang pemain utama


7 orang pemain simpanan
1 orang pengurus pasukan
1 orang jurulatih
1 orang physio

7.0 KAEDAH PERLAKSANAAN

Pelaksanaan Kejohanan ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Induk yang akan dibentuk setelah
mendapat kelulusan

8.0 FORMAT

8.1 Kejohanan akan diadakan secara liga satu pusingan dan pusingan kalah mati.

8.2 Setiap pasukan akan bermain sekurang-kurangnya 3 perlawanan

8.3 Pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan

8.4 Setiap pasukan perlu mendaftarkan 18 orang pemain pada setiap perlawanan.

8.5 Pasukan yang didaftarkan hendaklah berdaftar atas nama kampung berserta dengan logo
pasukan masing-masing.
9.0 TARIKH DAN TEMPAT

9.1 Dianggarkan kejohanan ini akan bermula pada awal bulan Ogos berlanjutan selama 30
minggu. Setiap perlawanan akan dilangsungkan pada setiap hari minggu iaitu pada hari
Jumaat dan Sabtu.

9.2 Perlawanan akan dilangsungkan di empat venue berasingan yang akan dijadualkan
sebelum pertandingan bermula.Antara venue dicadangkan:

a)Padang Bolasepak Kampung Rhu Rendang

b)Padang Bolasepak Kampung Batangan

c)Padang Bolasepak Kampung Kelulut

d)Padang Astaka Majlis Daerah Marang

10.0 PENGANJURAN

10.1 Kejohanan Kejohanan Bolasepak Piala Penyelaras Dun Rhu Rendang akan dilaksanakan oleh
Pemuda Pas Cawangan Bandar Marang dengan kerjasama pihak kerajaan negeri Terengganu.

11.0 HADIAH PERTANDINGAN

Rujuk Lampiran

12.0UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

12.1 Kejohanan Bolasepak Piala Penyelaras Dun Rhu Rendang


akan dipertandingkan mengikut undang-undang dan peraturan am permainan seperti
mana yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Dunia (FIFA) dan Persatuan Bolasepak
Malaysia(FAM)

12.2 Jawatankuasa induk akan mengedarkan garis panduan undang-undang untuk rujukan
setiap pasukan
13.0 PENGANGKUTAN

Semua pasukan akan menguruskan sendiri pengangkutan kejohanan.Selain daripada itu, pasukan juga
akan menanggung segala perbelanjaan lain berkaitan dengan pengangkutan

14.0 MAKAN DAN MINUM

14.1 Makan minum peserta di sepanjang kejohanan akan diuruskan sendiri oleh pasukan-
pasukan yang bertanding.

15.0 JADUAL PERTANDINGAN

15.1 Jadual pertandingan akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan penyertaan semua
pasukan

16.0 PROMOSI/PUBLISITI

Untuk memastikan program ini mendapat sambutan dari peringkat akar umbi, dicadangkan promosi
diadakan melalui media cetak dan elektronik secara meluas seperti akhbar, kain rentang, media sosial dan
sebagainya.

You might also like