You are on page 1of 8

GERKO BOLA TAMPAR KPLI 2006

1.0

NAMA PROJEK: KEJOHANAN BOLA TAMPAR KPLI 2006

2.0

PENGENALAN PROJEK Kejohanan Bola Tampar KPLI 2006 merupakan satu projek anjuran GERKO Bola Tampar KPLI 2006 yang dikelolakan oleh pelatih-pelatih KPLI di bawah bimbingan Tn.Hj.Ahmad Saad. Projek ini dijadualkan berlangsung selama sehari iaitu pada 15 April 2006. Kewujudan program berunsur sukan ini dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan seterusnya dapat menjadi acara tahunan di kalangan warga Maktab Perguruan Perlis, Perlis (M3P) amnya. Kejohanan ini melibatkan semua pelajar (terdiri daripada lelaki dan perempuan dari setiap opsyen KPLI)

3.0

OBJEKTIF PROJEK Kejohanan Bola Tampar KPLI 2006 ini , diadakan beberapa objektif iaitu: 3.1 3.2 3.3 3.4 Menerapkan amalan gaya hidup sihat ke arah kecerdasan di kalangan warga Maktab Perguruan Perlis, Perlis. Mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan warga Maktab Perguruan Perlis, Perlis. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar . Mencungkil bakat guru pelatih dan menjadi landasan untuk mengenalpasti dan memilih pemain khususnya bagi mewakili Maktab Perguruan Perlis, Perlis ke sebarang kejohanan yang dianjurkan.

4.0

TEMA PROJEK Tema bagi projek ini adalah Sukan Menjalin Perpaduan yang membawa maksud kerjasama boleh dijalin melalui aktiviti sukan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim antara warga maktab khususnya warga KPLI . -1-

GERKO BOLA TAMPAR KPLI 2006

5.0

NAMA PENGANJUR GERKO Bola Tampar KPLI 2006

6.0

TEMPAT PERLAKSANAAN PROJEK Tempat yang dicadangkan bagi Kejohanan Bola Tampar KPLI 2006 adalah di Gymansium, Maktab Perguruan Perlis, Perlis.

7.0

TARIKH, HARI DAN MASA KEJOHANAN Berikut adalah masa yang dicadangkan oleh penganjur : Tarikh : Hari : Masa : 15 APRIL 2006 Sabtu 8.15 pagi 3.30 petang

8.0

PENYERTAAN /KUMPULAN SASARAN Pelatih-pelatih 2006 Maktab Perguruan Perlis, Perlis. Setiap opsyen perlu memberikan komitmen dengan diwajibkan menghantar satu pasukan yang disertai oleh 10 peserta (1 mentor, 2 mentee lelaki dan 3 mentee perempuan).

9.0

YURAN PENYERTAAN

-2-

GERKO BOLA TAMPAR KPLI 2006

RM10 bagi setiap pasukan (mewakili opsyen )

10.0

PERATURAN PERTANDINGAN Rujuk Lampiran A - Peraturan Pertandingan Bola Tampar Campuran

11.0

PENAUNG PROJEK Encik Ariffin bin Yahaya AMN, AMP, PJK Pengarah Maktab Perguruan Perlis, Perlis.

12.0

PENASIHAT PROJEK Tuan Haji Ahmad bin Saad Penasihat GERKO Bola Tampar KPLI 2006 Maktab Perguruan Perlis, Perlis.

13.0

CARTA ORGANISASI Sila rujuk lampiran B, Carta Organisasi Penganjur /Urusetia

14.0

JAWATANKUASA PENGANJUR Penyelaras GERKO : Penasihat Pengerusi Projek Setiausaha : : : Encik Badrul Zaman bin Abd. Latiff Tuan Haji Ahmad bin Saad Abdul Hadi bin Abdul Halim Lian a/p Ken Jarhadah bt Mohd Noor -3-

Timbalan Pengerusi :

GERKO BOLA TAMPAR KPLI 2006

Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari

: : :

Noorhanani Mamat @ Muhd Wan Roshuaman bin Wan Ahmad Siti Fatimah binti Chin

Jawatankuasa Teknikal Dan Pertandingan Pengerusi AJK : Mohd Zun Nasri bin Mohd Nan : Mohd Rahimi bin Yusof : Wan Mohd Hazimin bin Wan Mohd Fauzi : Norzabariah binti Che Mat : Norjannah binti Jan Jawatankuasa Publisiti Dan Siaraya Pengerusi AJK : Mohd Zairis bin Hasyim : Khoh Phei Zhen : Nik Fazlan bin Nek Daud : Asliza binti Ahmad Jawatankuasa Peralatan Dan Kebersihan Pengerusi AJK : Wan Noorhisyam bin Manaf : Zul bin Yaakub : Ahmad Halmee Abd Rasyid Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Dan Hadiah Pengerusi AJK : Norkhusaini Bt Salehudin : Chew Sock Hoon : Lee Lek Yan Jawatankuasa Kebajikan Dan Kecemasan Pengerusi AJK : Norshaiza Bt Mir Ahmad Talaat : Norabrizani B. Ibrahim

15.0

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB -4-

GERKO BOLA TAMPAR KPLI 2006

15.1

Pengerusi Projek Membentuk ahli jawatankuasa projek Menyediakan kertas kerja lengkap dengan bantuan setiausaha Memanggil ,mengadakan dan mengendalikan mesyuarat Memantau dan memastikan semua bahagian jawatankuasa berfungsi mengikut bidang tugas secara aktif

15.2 15.3

Timbalan Pengerusi Membantu tugas pengarah Setiausaha Menyediakan minit mesyuarat Menguruskan segala surat menyurat Menyediakan laporan lengkap sesudah projek berlangsung Menempah penggunaan gelanggang projek

15.4

Timbalan Setiausaha Membantu pengarah dan setiausaha projek dalam menyediakan kertas kerja projek Menyediakan borang-borang berkenaan pertandingan Menyediakan meja urusetia projek semasa pendaftaran

15.5

Bendahari Mengurus dan mengawal segala urusan keluar masuk wang Merekod dengan lengkap segala urusan kewangan Mengurus penunaian cek, wang pos, kiriman dan sebagainya. Menyediakan laporan lengkap kewangan sesudah projek berlangsung Menyediakan anggaran perbelanjaan projek

15.6

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Menyediakan borang penyertaan Melantik pengadil berkelayakan untuk mengadili pertandingan Mendapatkan keputusan atau pemenang pertandingan dan memaklumkannya secara bertulis kepada setiausaha

-5-

GERKO BOLA TAMPAR KPLI 2006

Menyediakan keputusan rasmi pertandingan kepada juruacara untuk diumumkan .

15.7

Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Dan Hadiah Memilih dan menetapkan jenis hadiah dan cenderamata Membeli hadiah dan cenderamata Menguruskan meja hadiah dan cenderamata ,segala persiapan dan kelengkapannya. Membentang klepada bendahari tentang jenis hadiah dan nilainya.

15.8

Jawatankuasa Publisiti Dan Siaraya Mempromosikan Kejohanan Bola Tampar Terbuka Maktab Perguruan Perlis, Perlis 2006 Menyediakan, mencetak, mengedar bahan-bahan promosi di tempat-tempat strategik

15.9

Jawatankuasa Peralatan Dan Kebersihan Menyelaras , menempah, meminjam dan mengedarkan semua peralatan yang diperlukan oleh setiap jawatankuasa. Memastikan semua peralatan yang dipinjam , dipulangkan dalam jumlah yang mencukupi dan dalam keadaan yang sempurna. Menyediakan senarai lengkap keseluruhan alatan yang bakal digunakan dan serahkan kepada setaiusaha projek Memastikan persiapan tempat berjalan lancar Menyediakan anggaran perbelanjaan

15.10 Jawatankuasa Kebajikan dan Kecemasan Menyediakan kemudahan peralatan seperti peti bantuan kecemasan Memastikan gelanggang dalam keadaan selamat bagi kegunaan projek. -6-

GERKO BOLA TAMPAR KPLI 2006

16.0

CADANGAN ATURCARA PROJEK SABTU- 15 APRIL 2006 8.15 Pagi : Pendaftaran Pasukan 8.30 Pagi : Pertandingan Bola Tampar bermula. 1.30 Tengah hari : Rehat 2.00 Petang : Perlawanan Separuh Akhir 2.30 Petang : Perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 3.00 Petang : Perlawanan Akhir 3.15 Petang : Penyampaian Hadiah dan Penutup SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan utama bagi perbelanjaan dan pelbagai kegunaan projek diambil daripada yuran penyertaan.

17.0

HADIAH 1. Medal 2. Hamper Jumlah Makanan 150 orang RM 3.70 Air mineral 4 kotak RM16.00 3 Tong air bancuh RM 15.00 satu tong Jumlah Banner 1unit x RM 120 Salotape 20 Rm 5.00 Jumlah Jumlah keseluruhan =RM (520.00+664.00 + 120.00+100.00 ) 18.0 PENUTUP Kejohanan Bola Tampar KPLI 2006 ini diharap dapat menjadi aktiviti yang membentuk keperibadian positif seorang guru termasuk semangat kerjasama, perpaduan, saling tolong-menolong, komitmen, tanggungjawab serta komunikasi berkesan. = RM 100.00 RM 100.00 ___________ RM 1404.00 = RM 555.00 = RM 64.00 = RM 45.00 RM 664.00 RM 120.00 48 x RM 7.50 8 x RM 20.00 = RM 360.00 = RM 160.00 RM 520.00

-7-

GERKO BOLA TAMPAR KPLI 2006

Disediakan Oleh : ( . ) ABDUL HADI B. ABDUL HALIM PENGERUSI PROJEK

Disemak Oleh : ( .. ) TUAN HAJI AHMAD BIN SAAD PENASIHAT PROJEK

Disahkan Oleh : ( ......................................... ) EN. BADRUL ZAMAN BIN ABDUL LATIFF PENYELARAS GERKO PERMAINAN

Diluluskan Oleh : ( . ) EN. ARIFFIN BIN YAHAYA AMN, AMP, PJK PENGARAH MAKTAB PERGURUAN PERLIS, PERLIS

sk:

i. Pengarah MPPP ii. Timbalan Pengarah MPPP iii. Pensyarah Penasihat Gerko Bola Tampar iv. Biro Sukan, JPP

-8-

You might also like