You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PENALTY KICK


ANJURAN RUMAH SUKAN SJK(T) CANTUMAN CHAAH

01. PENGENALAN

Bola Sepak sebagai sukan nombor satu di kalangan masyarakat di Negara ini
terutamanya golongan muda. Sukan ini mempunyai keistemewaannya tersendiri
yang boleh dilihat dari berbagai sudut. Bola sepak mempunyai sejarah tersendiri
yang begitu sinonim dengan perjuangan, semangat cintakan negara, perpaduan
dan persahabatan yang mantap untuk menghasilkan keputusan yang
membanggakan.

Konsep dan falsafah bola sepak ini boleh diterjemahkan bagi memantapkan
perpaduan, jatidiri, kemampuan mengurus, ketenangan, kesabaran, ketabahan dan
melahirkan pelajar yang mempunyai fizikal dan minda yang sihat demi
meneruskan inspirasi dan cita-citanya.

02. OBJEKTIF DAN MATLAMAT

2.1- Melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan sihat mental.


2.2- Membina, memupuk dan mempertahankan semangat kekitaan dan
kekeluargaan di kalangan masyarakat Bahagian Sekijang.
2.3- Membina, memupuk dan melahirkan pemain yang kuat fizikal dan jatidiri,
mampu bersaing dan menghadapi sebarang bentuk cabaran dan ancaman
daripada sesiapa juga.
2.4- Mengeratkat tali silaturrahim di kalangan warga bahagian Sekijang

03. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLA SEPAK PENALTY KICK


( 5 SEBELAH )

05. TARIKH, MASA, DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 03 .10.2017 (Selasa)

Masa : 8.00 Pagi Hingga 10.00 Pagi

Tempat: Padang SJK (T) Cantuman Chaah


06. PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN

1. cenderahati RM 200
2 minuman RM 100

Jumlah RM 300.00

07. URUSETIA

Bagi melancarkan lagi pertandingan beberapa Jawatan Kuasa telah dibentuk

i. Jawatan Kuasa Induk


ii. Jawatan Kuasa Pelaksana

Rujuk Lampiran 1 dan 2

08. METHODOLOGI PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan mengikut mengikut kumpulan. Penetapan kumpulan


akan dilakukan mengikut jumlah penyertaan pasukan yang akan ditentukan
kemudian.

09. JADUAL PERLAWANAN

Akan disediakan oleh JK Pertandingan dan akan diedarkan selewat-lewatnya


sebelum perlawanan pertama dijalankan pada hari pertandingan.

10. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

10.1- Penyertaan , Pendaftaran dan Status Pemain.

i. Setiap pasukan boleh menyenaraikan 5 orang pemain. Setiap Penyertaan


dikenakan bayaran sebanyak
ii. Setiap pasukan berhak menamakan pasukan dengan nama pilihan masing-
masing selagi ianya tidak menyentuh isu-isu sensitif dan bersalahan
dengan peraturan

iii. Hanya pemain yang didaftarkan sahaja boleh bermain dan pemantauan
akan dilakukan dari masa ke semasa.

iv. Jika berlaku perlanggaran syarat ( iii ) di atas pasukan yang berkenaan
boleh menyebabkan penyertaan pasukan tersebut terbatal.

v. Setiap pemain hendaklah memakai jersey bernombor tetap seperti


pendaftaran.

vi. Senarai pemain hendaklah disertakan dengan lampiran kad pengenalan


untuk rekod urusetia kejohanan.

10.2- Sistem Pertandingan

i. Pembahagian kumpulan akan ditentukan berdasarkan penyertaan pasukan


di mana pertandingan secara liga akan dijalankan pada peringkat awal.

ii. Penentuan kumpulan akan dilakukan oleh penganjur.

iii. Pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan
secara kalah mati.

10.3- Pengadil

i. Pengadil dan Pembantu Pengadil akan disediakan oleh pihak penganjur.

ii. Pemain yang menerima 2 kad kuning secara Automatik digantung satu
perlawanan iaitu perlawanan berikutnya.

iii. Jika menerima kad merah pemain tidak akan dibenarkan meneruskan
permainan di dalam pertandingan tersebut.

iv. Mana-mana pasukan / pemain yang menimbulkan pergaduhan atau


kekecohan di luar batasan permainan bola sepak akan dikenakan tindakan
tidak dibenarkan lagi bermain di dalam pertandingan ini.

v. Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.


10.4- Lain-lain

Penganjur berkuasa penuh untuk membuat semua keputusan dan


menentukan sebarang perkara berkaitan pertandingan dan keputusan itu
adalah MUKTAMAD.

11. TANGGUNGJAWAB PASUKAN

i. Semua perbelanjaan yang melibatkan pasukan adalah tanggungjawab


pasukan.

ii. Semua masalah keselamatan dan kecederaan pasukan dan pemain adalah
tanggung jawab pasukan sendiri.

iii. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di dalam apa juga hal
berkaitan pengurusan dan permasaalahan pasukan.

13. PENUTUP

Memandangkan Pertandingan begini adalah diadakan oleh myPPP bahagian


Sekijang dan amat besar maknanya kepada parti myPPP ini maka adalah wajar
mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan pertandingan
ini.

Sekadar penyertaan tidak memberi apa-apa erti tetapi semangat ingin bersaing
untuk menang secara bersih, semangat juang yang tinggi, mengeratkan perpaduan
dan persahabatan, menambahkan kenalan di kalangan warga Bahagian Sekijang

Selamat bertanding .

Disediakan oleh,

En.Yogendran
pelatih bola sepak.
~ AHLI JAWATAN KUASA INDUK ~

PERTANDINGAN
BOLA SEPAK 5 SEPASUKAN
ANJURAN RUMAH SUKAN
SJK(T) CANTUMAN CHAAH

PENASIHAT

PN.M.GIVARANI

PENGERUSI

EN.RANJEET KUMAR A/L NADESAN

TIMBALAN PENGERUSI

PN.SENTHIL VADIVU

SETIAUSAHA

YOGENDRAN

BENDAHARI

PN.NILAM

AHLI JAWATAN KUASA

PERSIAPAN PADANG : RUMAH BARATHAN

HADIAH & CENDERAMATA : RUMAH PANDIAN

MAKANAN DAN MINUMAN : RUMAH ARJUNAN


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH
PENALTY KICK
ANJURAN RUMAH SUKAN
SJK(T) CANTUMAN CHAAH

NAMA PASUKAN : ……………………………………………………


NAMA PENGURUS : ……………………………………………………

BIL NAMA PEMAIN NO JERSEY

1.

2.

3.

4.

5.

Adalah diakui senarai di atas adalah memenuhi syarat-syarat pertandingan yang telah
ditetapkan oleh Pihak Penganjur.

Yang benar,

…………………………………….…
Pengurus pasukan
SJK(T) CANTUMAN CHAAH

PERTANDINGAN BOLA SEPAK


PENALTY KICK
5 SEBELAH

2017

ANJURAN
SJK (T) CANTUMAN CHAAH

~ MAJU BOLA SEPAK UNTUK NEGARA ~

You might also like