You are on page 1of 18

1.

0 Penghargaan
Terlebih dahulu saya Subasiny a/p Rajoo dari Unit L4 ingin melafazkan kesyukuran
kepada Tuhan kerana limpah kurnia-Nya dapat menyiapkan kerja kursus Pentaksiran dalam
Kerja Kursus Sejarah ini dengan sempurna.

Ucapan jutaan terima kasih saya tujukan

kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan sokongan dalam usaha
merealisasikan impian menyiapkan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada pensyarah sejarah saya iaitu
Puan Rose Adila Bt Ismail yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan dorongan kepada
saya untuk menyiapkan kerja kursus saya.Beliau telah memberi penerangan yang cukup
jelas kepada kami supaya tidak keliru dan beliau telah memberikan keyakinan untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih sempurna.
Tidak dilupakan juga ibu bapa saya yang menolong saya dari segi sumber
kewangan dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang singkat.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak
menolong dan membantu saya dari segi pengumpulan maklumat untuk menyiapkan kerja
kursus ini.
Akhir sekali harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan ini dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya sebagai seorang bakal guru disamping dapat
menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.
Selain itu juga harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri
terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang
berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses
pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya
Sebelum berakhir, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
telah menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan berjaya.

Sekian, terima kasih.

2.0 Pengenalan
Penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat berkenaan perkembangan dan
kemajuan murid menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran dan penilaian tidak dapat
dipisahkan, sama seperti pentaksiran, penilaian juga merupakan sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.
Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru
dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran. Terry D. TenBrink (1974) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu
proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Tujuannya untuk mendapatkan
gambaran yang hampir tepat tentang perkembangan seseorang individu tersebut. Menurut
Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan
maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
Penilaian menentukanjurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang
dihasratkan dari sesuatu program pendidikan.
Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan
seseorang membuat keputusan. Ditambah dengan teori oleh Gray (1985) yang
mendefinisikan penilaian sebagai satu proses yang dianggap sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau
keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Teori daripada tokoh lain
pula seperti Rohaty dan Abu Bakar (1989), menyatakan bahawa penilaian adalah suatu
proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk
mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk
membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah
utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses
utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan
pentaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat Penilaian merupakan satu
proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan
kedudukan dalam pembelajaran.
Secara ringkasnya Penilaian merupakan satu proses membuat pertimbangan dalam
mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid,
objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
2

3.0 Konsep Ujian


Menurut Cronbach (1970) dalam Azizi dan Mohd Isha (2009) , ujian adalah satu
prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu dan membuat huraian dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang
berkategori. Azizi dan Mohd Isha berpendapat bahawa pengujian merupakan proses
penyerahan set soalan piawai yang perlu dijawab atau satu set instrument atau prosedur
yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau
murid. Dalam konteks pendidikan, pengujian dijalankan untuk mengukur prestasi pelajar
dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Menurut Bashah (2006) pengujian digunakan
untuk mendapatkan satu pemerhatian (maklumat) sistematik dimana tugasan itu diandaikan
representatif (mewakili) bagi trait pendidikan atau atribut yang hendak ditentukan. Pengujian
merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian
tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran di sekolah (Mohd.
Tajudin, 2002).
Objektif utama pengujian adalah untuk mengukur 'penguasaan' pelajar dalam
sesuatu kursus atau kemahiran. Menurut Mokhtar Ismail (1995) ujian ialah satu kaedah,
tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperolehi pemerhatian yang sistematik
tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi.
Perkara ini penting dalam memperlihatkan kejayaan atau keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada
cara-cara untuk memastikan hal ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang
berkualiti.
Kepentingan pengujian ialah bagi mengukur perubahan tingkahlaku pelajar seperti
yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) yang menegaskan bahawa ujian
adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di
dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. Hasil daripada jawapan yang
diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah atau skor akan diberikan
kepada individu berkenaan (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003).
Pemarkahan atau penskoran dalam pengujian melibatkan penentuan peruntukan markah
atau skor diberi pada satu-satu item ujian. Ini menggambarkan pengujian dapat menjelaskan
keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji melalui markah/skor yang diperolehi
mereka. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui

proses pengujian, seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah
menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari (Liew Cheong Chaing, 1999).

4.0 Jenis Jenis Ujian


Dalam pengajaran dan pembelajaran, pencapaian sesuatu objektif pengajaran boleh
dilihat daripada beberapa aspek, seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Jenis-jenis ujian
ditunjukkan dalam Rajah 4.1. Kebanyakan ujian yang dijalankan di sekolah tertumpu kepada
aspek kognitif. Bagaimanapun, aspek-aspek afektif dan psikomotor juga wajar diberi
pertimbangan, untuk menghasilkan pendidikan yang seimbang, selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ujian domain kognitif yang lazim digunakan guru dalam bilik darjah
ialah kuiz, ujian bulanan atau ujian penggal; tetapi ujian IQ dan ujian kecerdasan lain jarang
digunakan. Bagi domain afektif pula, kita hanya mendengar pandangan guru terhadap
pelajar seperti kurang personaliti yang baik, kurang berminat untuk belajar atau tidak
berminat terhadap mata pelajaran tertentu. Pandangan ini dibuat secara tidak formal, iaitu
hanya melalui pemerhatian guru berkenaan. Ujian untuk mengukur personaliti, sikap dan
nilai amat kurang digunakan. Bagaimanapun, selaras dengan perkembangan dalam bidang
pendidikan, kini terdapat alat yang boleh mengukur aspek-aspek afektif, misalnya ujian
personaliti Cattel atau Eyenseck. Bagi aspek psikomotor pula, penekanan yang lebih
diberikan kepada ujian kecergasan dan pergerakan fizikal, seperti kemampuan berlari,
melompat dan lain-lain. Ujian aspek psikomotor ini banyak digunakan dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani.

Ujian
Diagnostik
Ujian
Rujukan
Norma

Ujian
personaliti

Jenis-jenis
Ujian

Ujian
prestasi

Ujian
Bakat

Ujian
Rujukan
Kriteria

Ujian
Pencapaian
Ujian
Kecerdasan

Rajah 4.1 : Jenis-Jenis Ujian

4.1 Ujian Pencapaian


Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana
seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru, yang meliputi
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Ujian ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar
untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuktajuk yang diuji. Ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ujian rujukan
norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma dibina untuk membandingkan
pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain, yang biasanya meliputi sukatan
pelajaran yang lebih luas, seperti UPSR. Ujian rujukan kriteria dibina untuk membandingkan
pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu, seperti kemahiran menyelesaikan
masalah matematik bagi tajuk pecahan. Pada peringkat bilik darjah/sekolah, ujian
pencapaian biasanya dibina oleh guru atau kumpulan guru, manakala pada peringkat
kebangsaan, ujian ini disediakan oleh institusi tertentu, seperti Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Contoh ujian pada peringkat bilik
darjah/sekolah ialah ujian diagnosis, ujian bulanan dan ujian penggal. Contoh ujian pada
peringkat kebangsaan pula ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM).
4.2 Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian yang digunakan untuk
mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu. Ujian ini
banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang pengujian
kecerdasan bermula pada tahun 1796. Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada
tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan pencapaian intelektual
antara pelajar-pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran
kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986). Ujian
kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi
kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh
sebab aspek ini belum mereka kuasai. Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak
langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka
dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di
sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala
Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

4.3 Ujian Prestasi


Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan atau kecekapan
pelajar melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang konkrit dan ia
memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan.
Lazimnya, ujian ini melibatkan penggunaan alat yang konkrit, seperti penggunaan gambar
dan radas, yang tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan ujian kertas pensel.
Contohnya ialah ujian pada peringkat prasekolah yang meminta pelajar membina semula
gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau mereka
bentuk geometri daripada blok-blok yang diberikan. Mereka juga boleh diminta untuk
menjalankan uji kaji kecil dengan menggunakan radas tertentu. Pada umumnya, ujian
prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian
atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar. Pemerhatian boleh
dilaksanakan semasa pelajar melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan
berkumpulan atau peranan pelajar dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri, pelajar
akan menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu, yang dapat menilai prestasi dirinya.
Selain menguji pelajar-pelajar biasa, ujian prestasi menggunakan objek adalah sesuai untuk
menguji prestasi pelajar-pelajar yang bermasalah pertuturan. Mereka lebih mudah diuji
menggunakan objek yang konkrit daripada menggunakan penulisan atau pertuturan.
4.4 Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk menentukan puncapunca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti,
maka tindakan lanjutan untuk mengatasi masalah ini dapat dirancang dan dilaksanakan oleh
guru. Ujian diagnostik biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara
terperinci supaya masalah yang dihadapi setiap pelajar dapat dikenalpasti bagi tajuk
tersebut. Contoh ujian diagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenalpasti masalah pelajar
mengenal dan menyebut huruf. Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan
murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan
kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan
pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventori, pemerhatian
dan tugasan dari semasa ke semasa.
Ciri-ciri ujian diagnostik ialah:
Ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar.
Ujian ini dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.
6

Laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai pelajar.
4.5 Ujian bakat
Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau
keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian bakat ini dapat dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu:
(i) ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran, misalnya kajian yang
dijalankan oleh Universiti Minnesota pada tahun 1930 tentang bakat mekanikal seseorang;
dan
(ii) ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu.
Pada umumnya, ujian ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat
telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Ujian ini
lazimnya digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke
program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat ialah Ujian
Kemasukan Ke Maktab Perguruan (UKELP). Ujian bakat juga boleh digunakan untuk tujuan
mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya.
4.6 Ujian Personaliti
Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar, seperti sikap, pendirian, nilai,
minat dan motivasi. Ujian personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur personaliti
pelajar, seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi. Ciri-ciri ini diukur melalui alat-alat
psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks. Terdapat tiga alat yang
dapat digunakan guru untuk mengukur personaliti pelajar, iaitu inventori laporan kendiri (apa
yang pelajar kata tentang dirinya), inventori sosiomerik (apa yang pelajar lain/orang lain kata
tentang seseorang pelajar) dan teknik pemerhatian (apa yang dibuat oleh pelajar dalam
situasi tertentu). Inventori laporan kendiri dan inventori sosiometrik ini boleh ditadbirkan
sama ada secara lisan atau secara bertulis menggunakan borang soal selidik atau senarai
semak. Contoh senarai semak ialah senarai semak berkaitan dengan masalah yang
dihadapi pelajar. Senarai ini memberikan segala masalah yang mungkin dihadapi pelajar,
misalnya, yang menyebabkan dia tidak selesa belajar. Ini mungkin meliputi masalah
kewangan, keluarga

atau kesihatan. Jawapan seseorang pelajar itu mungkin dapat

memberikan punca kepada tingkah laku atau personaliti pelajar yang berubah. Selain
inventori-inventori ini, terdapat juga ujian personaliti yang dibina melalui hasil penyelidikan
atau berdasarkan teori-teori tertentu, seperti Keirsey Temperament Test (KTT) dan Edwards
Personal Preference Schedule (EPPS).

4.7 Ujian Rujukan Norma


Ujian rujukan norma digunakan untuk membuat perbandingan antara murid. Oleh itu, ujian
tidak memberi maklumat sama ada murid sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan
kemahiran yang diajar. Matlamat ujian ini adalah untuk memaksimumkan perbezaan
pencapaian antara murid. Justeru, tahap kesukaran item yang dibina dikawal supaya
mempunyai pelbagai aras kesukaran. Contohnya, jika soalan terlalu susah, tidak semua
murid akan dapat menjawapnya. Begitu juga jika soalan terlalu mudah maka semua murid
akan dapat menjawapnya.Lazimnya, kesukaran item adalah berdasarkan nisbah 25%
mudah, 50% sederhana dan 25% sukar.
4.8 Ujian Rujukan Kriteria
Ujian ini pula bertujuan membandingkan prestasi pencapaian seseorang murid dengan
kriteria yang ditetapkan sama ada murid sudah menguasai kriteria tersebut atau tidak. Ujian
ini memberi penekanan sama ada seseorang murid telah menguasai sesuatu isi pelajaran
dan kemahiran yang diajar. Ujian ini tidak mengambil kira kedudukan seseorang murid
berbanding dengan murid yang lain. Menurut Popham (1981) dalam Bhasah (2009), ujian ini
digunakan untuk memastikan status pencapaian seseorang individu berdasarkan domain
perlakuan yang telah ditetapkan. Ujian ini merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang
telah ditetapkan. Ujian ini memberikan penjelasan yang lebih baik tentang sesuatu atribut
yang diukur tetapi pengukurannya tidak menyeluruh seperti ujian rujukan norma.

5.0 Ciri-ciri ujian


Penilaian merangkumi kesemua proses yang melibatkan pengukuran dan pengujian dan
membuat penghakiman terhadap hasilan keputusan yang diperolehi. Dengan itu, pengujian
dan penilaian merupakan alat yang amat penting didalam sesuatu organisasi. Untuk
membina sesuatu ujian yang dikatakan baik, setiap guru hendaklah memahami dan
mengetahui beberapa prinsip yang penting. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan adalah :
a) Kesahan
b) Kebolehpercayaan
c) Keobjektifan
d) Kebolehtadbiran
e) Kebolehtafsiran

5.1 Kesahan
Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Soalan
ujian mestilah releven dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah seimbang
dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan
yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.
5.2 Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak
diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang
berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah
biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa , sesuatu ujian yang mempunyai
pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai
ketekalan pemeringatan individu dalam kumpulannya.
5.3 Keobjektifan Ujian
Keobjektifan ujian berkait rapat dengan sejauh mana penskoran sesuatu jawapan ujian
bebas daripada pertimbangan pemeriksa. Jawapan yang sama mestilah mendapat skor
yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa. Sekiranya , dua atau lebih
pemeriksa memberi skor yang sama pada jawapan yang sama , maka ujian mempunyai
keobjektifan yang tinggi. Bagi memastikan ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi ,
skema penskoran perlu disediakan.
5.4 Kebolehtadbiran
Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna supaya semua murid
mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik. Dengan adanya
suasana yang sesuai , kita lebih yakin bahawa jawapan yang diberi adalah berasaskan
penguasaan murid dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor
gangguan.
5.5. Kemudahtafsiran / kebolehtafsiran
Sesuatu ujian mestilah boleh diskor dengan cekap. Skor yang diperoleh hendaklah mudah
ditafsir.

6.0 Bagaimana penilaian dalam matapelajaran sejarah dapat mengukur pemahaman,


idea, konsep fakta dan nilai dalam mata pelajaran sejarah.
Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan
sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan
dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.
Matlamat sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan Negara ke
arah melahirkan insan yang seimbang, berketerampilan, berakhlak mulia dan berilmu. Atas
dasar inilah sistem pendidikan menetapkan satu standard atau benchmark yang
menetapkan satu sistem yang dapat diguna pakai dan diaplikasikan dengan jayanya dalam
sistem pendidikan negara (Mak Soon Sang:1988).
Ujian atau sistem peperiksaan adalah kayu ukur bagi menyukat sejauh manakah
keberkesanan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standart
Sekolah Menengah (KSSM) dalam melahirkan pelajar yang seimbang dalam segenap aspek
yang dicita-citakan. Kecemerlangan system penilaian dan peperiksaan akan dapat
meletakkan negara pada landasan yang betul untuk merealisasikan wawasan 2020 dengan
lahirnya generasi yang berwibawa dan seimbang dalam semua aspek kehidupan. Menurut
Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau
tingkah laku seseorang individu.
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah
satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Dengan
demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif
tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markah pencapaian hasil daripada
pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, Nazrin yang mendapat
markah sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin dinilai sebagai mencapai
tahap cemerlang dan Fiqah pula yang mendapat jumlah markah sebanyak 10% mungkin
dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi, perkataan cemerlang,
baik,sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan dalam konteks ini adalah
sebenarnya istilah penilaian yang diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran
dan markat yang diperoleh dalam bentuk kuantitatif.
10

Penilaian dalam matapelajaran sejarah dapat mengukur pemahaman idea, konsep


fakta dan nilai dalam matapelajaran sejarah. Guru boleh menilai pemahaman pelajar
melalui ujian diagnosis. Diagnosis adalah untuk menilai kebolehan pelajar sama ada
berdasarkan mengingat kembali fakta-fakta Sejarah, mengaplikasikan prinsip-prinsip,
membuat penilaian. Selain itu, diagnosis juga adalah mengkehendaki para pelajar untuk
menunjukkan kebolehan yang berbeza-beza mengikut aras ujian dan aras kesukaran ujian
tersebut. Oleh yang demikian, ujian yang dibentuk itu boleh mendorong pelajar kepada
usaha mencapai hasil pembelajaran melalui peningkatan dalam aktiviti pembelajaran
sekaligus membantu pelajar menunjukkan kebolehan dan keupayaan mereka dan
membawa kepada daya saing yang positif dalam kalangan pelajar. Contohnya ialah, pelajar
yang mendapat keputusan yang rendah akan menggunakan diagnosis ini untuk mengatasi
kelemahan mereka. Guru Sejarah boleh membimbing pelajar-pelajar tersebut dalam
meningkatkan pencapaian mereka. Maka, diagnosis boleh dijadikan asas kepada
pembelajaran pelajar.Oleh itu, dengan penilaian menggunakan ujian diagnosis ini, para
pelajar akan mengenali lebih dalam mengenai fakta-fakta sejarah dan akan mengingatnya
sepanjang hayat.
Seterusnya, melalui kaedah lisan dalam penilaian, guru dapat menilai pemahaman
pelajar terhadap idea, konsep fakta dan nilai dalam matapelajaran sejarah. Penyoalan lisan
merupakan salah satu strategi yang boleh membantu dalam proses pengajaran sejarah dan
bersesuaian dengan enam prinsip utama bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan
(Cimer, 2007). Enam prinsip tersebut iaitu menguruskan idea dan konsep sedia ada pelajar,
menggalakkan pelajar menggunakan konsep atau kemahiran baru dalam pelbagai konteks,
menggalakkan keterlibatan pelajar, menggalakkan pelajar melakukan inkuiri, menggalakkan
pembelajaran secara koperatif dan mengemukakan penilaian berterusan bagi menyediakan
maklum balas sebagai pembetulan. Diakui bahawa aktiviti soal jawab antara guru dan
pelajar boleh menjadi kayu pengukur terhadap kejayaan dalam pengajaran pada alaf ini.
Sebagai contohnya, guru sejarah bertanyakan soalan tentang darurat kepada para pelajar.
Pelajar secara serta merta akan meluahkan pendapat mereka yang sedia ada secara lisan.
Ini akan meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu fakta dan mereka juga akan
sentiasa mengingati semua fakta ini secara langsung. Elemen konsep fakta memang tidak
dapat lari daripada mata pelajaran Sejarah. Ini kerana dalam mata pelajaran Sejarah banyak
fakta seperti tarikh, individu, peristiwa yang telah berlaku. Fakta- fakta dalam Sejarah tidak
boleh diubah.Oleh itu, menggunakan kaedah lisan dalam matapelajaran sejarah akan

11

meningkatkan potensi pelajar untuk memahami semua fakta secara langsung dan ia secara
tidak langsung akan meningkatkan semangat mereka untuk mempelajari sejarah

Justeru itu, pemahaman pelajar terhadap idea, konsep fakta dan nilai dalam
matapelajaran

sejarah

dapat

dinilai

melalui

kaedah

pemerhatian.

Perkataan

pemerhatian membawa maksud perbuatan melihat perilaku seseorang atau sesuatu tanpa
perlu menyertainya. Pemerhatian dilakukan bagi mendapat informasi, bukan hanya melihat
dengan pandangan yang kosong.

Sebagai contoh, sekiranya kita memerhati pada jam

dinding,sebenarnya kita bukan hanya melihat ukiran ataupun corak, tetapi bagi menentukan
ataupun mengetahui berkenaan masa. Apabila guru melakukan pemerhatian, segala data
dan maklumat dikumpul serta dinilai.Penilaian dibuat bukan hanya pada perkembangan
kanak-kanak secara keseluruhan, tetapi juga perkembangan individu secara kursus.

Ia

digunakan bagi membuat tindakan susulan keatas kanak-kanak itu. Tindakan yang dibuat
berdasarkan pemerhatian yang sudah dilakukan. Sebagai contohnya, guru sejarah memberi
tugasan kumpulan tentang Rusuhan kaum. Para pelajar akan membincangkan dalam
kumpulan tentang idea mereka dan akan mengeluarkan satu persembahan yang menarik.
Melalui persembahan ini tentang fakta yang mereka kumpul, guru dapat memerhati jawapan
setiap kumpulan dan dapatlah menilai mereka dengan senang dan jelas. Dengan ini, guru
mendapati pelajar yang lebih memahami fakta sesuatu peristiwa sejarah dan ia akan
membantu guru untuk membuat tindakan susulan.
Selain itu, Kaedah projek dalam penilaian juga dapat meningkatkan pemahaman
idea, konsep dan fakta serta nilai dalam matapelajaran sejarah. Professor William
Kilpatrick (1871- 1965) dlm Sharani (2007) telah memperkenalkan kaedah projek ini.
Kaedah projek ini diperkenalkan berlandaskan teori pembelajaran yang menyatakan bahawa
hasil pembelajaran pelajar akan menjadi lebih berkesan jika pelajar sering bersedia untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Melalui
kaedah ini, pelajar akan memerhati satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan hasil. Di
samping itu, kaedah ini boleh meningkatkan penglibat pelajar dan secara langsung
mengembangkan kemahiran yang ada pada pelajar yang tidak mungkin dicapai melalui
kaedah lain. Dalam satu pengajaran sejarah yang dilaksanakan dengan kaedah projek,
secara langsung ia memberi kelebihan kepada pelajar. Menerusi kaedah projek ini,
pengetahuan dan kemahiran projek yang dipelajari secara langsung dapat digunakan dalam
situasi sebenar. Sebagai contohnya, guru sejarah memberi satu projek menyiapkan
bukuskrap yang berkaitan dengan detik-detik perjuangan kemerdekaan.Dengan ini, pelajar
akan tungkus-lumus mencari maklumat yang berkaitannya dengan lebih teliti. Guru akan

12

menilai projek itu berdasarkan fakta-fakta dan idea yang diberinya. Apabila mencari
maklumat, mereka akan mendapati pelbagai maklumat yang berbeza dan ia akan
meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu fakta dan idea. Selain itu, melalui
melaksanakan projek yang berkaitan dengan sejarah, ia akan memupuk nilai-nilai yang
murni dalam diri pelajar. Nilai dalam sesuatu peristiwa Sejarah perlu difahami oleh pelajar Ini
bermakna, di setiap sesuatu peristiwa Sejarah, pelajar perlu diberi ruang dan peluang untuk
mempelajari nilai di sebalik peristiwa tersebut.Dengan ini, secara langsungnya, penilaian
melalui projek ini akan memupuk semangat cintakan negara dan memupuk nilai-nilai yang
murni dalam diri mereka.
Kesimpulannya, Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang
tinggi supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem
peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan
kita diiktiraf dunia.Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat
awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan
susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam
pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif
dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran
afektif/perasaan dan tingkah laku moral. Oleh itu, penilaian merupakan sesuatu aspek yang
penting dalam pengajaran matapelajaran sejarah. Ini kerana penilaian akan menilai
pemahaman idea, konsep dan fakta serta nilai dalam matapelajaran sejarah.

13

7.0
SLAI
D
PEM
BENT
ANG
AN

14

8.0 Refleksi
Pada 2 Mac 2015 yang lalu, saya dan semua pelatih Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP
semester 5 telah menerima satu tugasan bagi matapelajaran Pentaksiran Dalam
Pembelajaran Sejarah (SJH 3093). Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu dan
berkumpulan. Semasa penerangan berkenaan tugasan ini diberikan, saya merasa agak
keliru dengan soalan tugasan pada kali ini. Hal ini mungkin kerana, soalan tugasan ini
meliputi tentang penilaian . Tetapi Syukur kepada tuhan kerana akhirnya dapatlah juga saya
menyiapkan tugasan bagi SJH 3093 Pentaksiran Dalam Pembelajaran Sejarah ini dengan
jayanya.
Melaui tugasan ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang amat berbeza.
Pada mulanya saya tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan sumber rujukan
untuk tugasan ini kerana pelbagai sumber maklumat senang untuk diperoleh sama ada
dalam bentuk buku atau internet. Selain itu, sumber-sumber yang telah diperoleh itu telah
pun saya susun mengikut kronologi yang sesuai supaya ia memudahkan saya ketika ingin
menyiapkan kerja kursus ini. Setiap sumber ini amat membantu saya dalam penulisan esei
dan juga untuk analisis data.

Oleh itu, ketertiban maklumat secara khusus sangat

diutamakan dalam menyiapkan tugasan ini. Tetapi masalah yang saya alami adalah sumber
yang saya perolehi dimana kebanyakan sumber yang saya perolehi adalah dalam bahasa
inggeris dan ia agak menyukarkan kami sedikit untuk memahaminya. Walaubagaimanapun,
saya begitu rajin dan dapat mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan kamus
sebagai bahan rujukannya.
Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi hasil
daripada kerja kursus ini. Pengetahuan ini sangat bermakna dan penting untuk kegunaan
saya pada masa hadapan. Dengan pelaksanaan tugasan ini saya dapat mengenali dan
memahami dengan lebih jelas mengenai konsep penilaian dan kepentingannya. Saya
mendapati penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan
seseorang membuat keputusan.Penilaian adalah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif
yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini membolehkan guru dapat membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Teori
daripada tokoh lain pula seperti Rohaty dan Abu Bakar (1989) menyatakan bahawa
penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang
berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan
mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu.
Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan

15

kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua
melaksanakan pentaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat Penilaian
merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat
pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Dengan ini saya lebih jelas tentang
konsep penilaian dalam sejarah dan kepentingannya serta proses-proses yang perlu
dilaluinya dengan senang dan jelas. Di samping itu, saya juga mengenalpasti cara-cara
membuat penilaian dengan tepat untuk menilai pemahaman idea, konsep dan fakta serta
nilai dalam matapelajaran sejarah. Sebagai seorang guru sejarah, saya dapat menilai
pemahaman idea pelajar saya melalui kaedah ujian diagnosis, projek, kaedah lisan dan
kaedah pemerhatian. Setiap kaedah penilaian ini akan membantu saya menilai tahap
pemahaman pelajar saya tentang sesuatu idea, konsep dan fakta serta nilai dalam
matapelajaran sejarah.
Sebagai seorang pelajar, saya sememangnya tidak pernah lari daripada berhadapan
dengan masalah semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Antara masalah utama saya
adalah dari segi perancangan masa yang tidak begitu efisien. Oleh kerana penyerahan
tugasan ini bertindih dengan tugasan KKP yang lain, saya semakin sukar untuk membuat
perancangan masa dengan baik. Sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini, saya telah
menghadapi banyak masalah. Perasaan tertekan, terutamanya tekanan yang saya hadapi
disebabkan oleh bebanan kerja yang banyak kerana masih ada banyak lagi tugasan yang
perlu disiapkan dalam masa yang singkat iaitu kerja kursus lainnya seperti Budaya dan
Pembelajaran, kerja kursus pengajian tamil ,lebih lagi pengurusan olahraga untuk sukan,
penyediaan pameran dan sebagainya. Namun berkat usaha yang gigih, akhirnya saya
berjaya melaluinya dengan tenang.Segala halangan dan cabaran yang telah saya tempuhi
akan saya jadikan sebagai iktibar dan pengalaman serta dijadikan sebagai kayu ukur untuk
memperbaiki lagi diri ini.
Kesimpulannya, subjek Pentaksiran dalam pembelajaran sejarah ini amatlah penting
dan harus didedahkan kepada bakal pendidik yang akan datang yang juga bakal
meneruskan misi nasional dan menyahut cabaran wawasan 2020 kerana melalui subjek ini,
bakal pendidik akan mengetahui lebih banyak berkaitan dengan penilaian sejarah dengan
mengkaji dan memahami Dokumen Standart matapelajaran sejarah. Di samping itu juga
subjek ini membolehkan kita berkongsi pandangan dan bertukar-tukar idea untuk
mematangkan dan memantapkan lagi ilmu yang sedia ada kerana kita haruslah
memperbaharui ilmu kita di setiap masa supaya kita boleh menjadi insan yang berguna.
Akhir sekali Matapelajaran sejarah membentuk semangat patriotik.

16

9.0 Rujukan
Dr Abu Bakar Nordin (1987): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan

Firma, P. (2003). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Petaling Jaya: Penerbit Firma

Gay,L.R (1985). Educational and Evaluation and Measurement.Competencies for analysis


and application 2nd ed. Charles E.Merril

Konsep

Penilaian.

(n.d.).

Retrieved

Mac

24,

2015,

from

http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=61

Mok Soon Sang (2003), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn
Bhd

Pengertian dan Konsep. (n.d.). Retrieved Mac20, 2015, from http://ipks.edu.my/index.php?


option=com_docman&task=doc_view&gid=248&tmpl=component&format=raw&Itemid=41-

Pentaksiran Bahasa Melayu: Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian. (n.d.).


Retrieved Mac 20, 2015,from http://www.scribd.com/doc/51807095/6/Kepentingan-Penilaiandalam-Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran-

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian


Pendidikan Malaysia.

17

Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Printice-Hall Inc.

18

You might also like