You are on page 1of 2

Terdapat 3 cara pelaksanaan yang harus dihadapi oleh murid dan guru dalam stail ini.

Antaranya ialah pra impak, impak dan pasca impak. Setiap peringkat ini terdapat
beberapa tugasan yang perlu dilakukan oleh guru dan murid. Pra impak ialah
persediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.. Guru akan
bersiap sedia dengan apa yang diajar kepada murid. Impak pula merupakan sesi
pelaksanaan pada masa itu oleh murid dan guru. Murid akan membuat langkah demi
langkah tugasan yang diberikan oleh guru. Pasca impak pula dapatan murid hasil
daripada pengajaran dan pembelajaran. Murid akan mempelajari sesuatu yang baru
daripada topik yang diberikan. Guru memberi maklum balas kepada murid bagi
menyelesaikan masalahnya.
Pra impak adalah keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan
dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Ia merupakan persediaan
guru terhadap pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukannya. Guru
menyediakan ringkasan berkaitan topik pembelajaran yang akan diajar dan
diselesaikan oleh pelajar. Guru berperanan dalam membuat keputusan mengenai
pemilihan tajuk pengajaran serta bidang yang akan diajar. Hal ini kerana guru perlu
tahu dan teliti dengan topik yang akan diajar ataupun soalan yang dikemukakan kepada
pelajar bagi menyelesaikan masalahnya. Contohnya, guru akan memberi satu tajuk
permainan iaitu bola tampar. Guru akan bersiap sedia dengan soalan yang akan
diberikan kepada murid sama ada secara individu, pasangan atau kumpulan. Guru
membahagikan masa kepada sebahagian pelajar untuk melibatkan diri dalam sesi
pembelajaran.
Pada peringkat impak pula keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan.
Pada peringkat impak murid akan membentuk soalan serta memilih pelbagai cara untuk
menyelesaikan masalah. Seterusnya, murid akan mengenalpasti soalan-soalan dan isu
berkaitan dengan topik pembelajaran. Murid juga akan menyelaraskan dan menyusun
jadual kerja bagi topik yang dipilih. Selepas itu, mereka akan mengumpul data
mengenai topik yang diberi serta menyelaraskan jawapan dalam rangka yang
bersesuaian. Langkah yang seterusnya ialah mereka akan membuat keputusan untuk
membentuk garis panduan bagi keseluruhan program yang telah dipilh.
Peranan guru pada peringkat impak ialah beliau memainkan peranan sebaik
sahaja pelajar menemui atau merintis kaedah penyelesaian untuk masalah pokok. Guru
selalu memantau pelajar bagi mengetahui atau mengenalpasti tahap pencapaian serta
bagaimana untuk meningkatkan tahap pencapaiannya. Guru akan membuat penilaian
semula berkaitan dengan perkara pokok, bidang atau tajuk yang telah dipilih oleh
pelajar.
Pada peringkat pasca impak pula penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.
Peranan pelajar semasa set ini adalah mengesahkan cara penyelesaian yang dipilih
supaya bertepatan dengan kriteria tugasan yang telah ditetapkan oleh guru. Pelajar
berinteraksi serta berbincang dengan guru mengenai hasil pembelajaran mereka dan
melakukan pengubahsuaian. Pelajar mengetahui dapatan daripada peranan dan
tugasan.
Peranan guru pula adalah mentadbir perbincangan pelajar mengenai
perkembangan serta peningkatan berkenaan topik. Guru membincangkan kriteria,
sebarang permasalahan yang wujud serta menjawab persoalan yang diacukan oleh
pelajar. Guru akan bermaklum balas kepada soalan yang dikemukakan oleh murid.
Kesimpulannya, ketiga - tiga langkah ini membantu guru untuk merancang dan
menjalankan satu pengajaran dan pembelajaran yang sistematik. Guru dan pelajar
masing-masing akan memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam hasil
pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani, guru bertanggungjawab dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan
berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja
Mosston, guru akan dapat mewujudkan suasana kerja yang optimum dan mengekalkan
disiplin serta menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. dapat memudahkan
pemikiran pelajar dan akan objektif pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani.

You might also like