You are on page 1of 3

Sebelum membentangkan topik penulisan rancangan pengajaran harian kemahiran mendengar

saya akan menerangkan sedikit bahawa rancangan pengajaran harian (rph).

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah satu dokumen rasmi yang perlu disediakan oleh seorang
guru sebelum sesuatu pengajaran yang dilaksanakan.

RPH dikatakan sebagai satu persediaan mengajar untuk guru supaya beliau dapat mengingati isi
pelajaran yang ingin disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Apabila seseorang guru dapat menulis RPH dengan baik, maka bermakna guru tersebut dapat
menguasai isi kandungan, kaedah pengajaran dan boleh meramalkan iklim bilik darjah yang akan
dihadapi oleh beliau.

Pihak pengurusan sekolah boleh membuat pemantauan dan bimbingan melalui RPH yang telah
disediakan oleh guru.

Terdapat beberapa perkara yang perlu terkandung dalam rancangan pengajaran harian (rph) ialah
tarikh, hari, waktu, darjah, mata pelajaran, tajuk, objektif, aras, nilai murni, kandungan, aktiviti,
impak.

Penulisan rancangan pengajaran harian dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu, sebelum,
semasa dan selepas.

1. Merujuk Rancangan Pelajaran Tahunan atau Semester Sekolah untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu yang telah disediakan atau Dokumen Standard Bahasa Malaysia (DSKP) sama ada
Sekolah Rendah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.

Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi isi pelajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan
pelajaran kebangsaan secara ringkas yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Rancangan Pelajaran Tahunan perlulah dirancangankan oleh pihak sekolah sebelum
permulaan persekolahan.

2. Teliti Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran berdasarkan rancangan pelajaran tahunan
atau DSKP

3. Guru perlulah mengenal pasti dan memilih SP yang tertentu dan berdasarkan SP, guru perlulah
mengenal pasti dan tuliskan dua objektif yang perlu dicapai oleh murid pada akhir pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur.

Saya akan menggunakan DSKP TAHUN 3 SJK sebagai contoh. Dalam DSKP TAHUN 3 SJK, Standard
Kandungan (SK) kemahiran mendengar dan bertutur ialah mendengar dan memberikan respons.
Standard Pembelajaran (SP) yang boleh digunakan ialah SP 1.1.2. Mendengar, mengecam,
memahami dan menyebut ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat. Objektif yang
boleh ditetapkan seperti selepas pengajaran, murid dapat memahami dan menyebut sekurang-
kurangnya 5 ayat tunggal. Yang kedua, murid dapat memahami dan menyebut sekurang-
kurangnya 5 ayat majmuk.

4. Teliti tema dan tajuk pengajaran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam RPT (Rancangan
Pelajaran Tahunan) atau minggu dan tarikh untuk kemahiran mendengar dan bertutur yang dipilih.

Sebagai contoh, tema yang boleh dipilih seperti kekeluargaan, kemasyarakatan, kesihatan dan
kebersihan, keselamatan, perpaduan, kebudayaan, kesenian dan estetika, kelestarian alam dan
sebagainya yang boleh dirujuk dalam rpt dan dskp.
5. Kenal pasti dan pilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang akan digunakan dan
bersesuaian terhadap murid-murid kelas untuk mengajar berdasarkan tema dan tajuk yang
ditetapkan.

Strategi yang boleh digunakan seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar,
pembelajaran kontekstual dan kecerdasan pelbagai yang terkandung seperti verbal linguistik,
interpersonal, muzik dan kinestetik.

6. Pilih bahan bantu mengajar seperti komputer riba, gambar, kad suku kata dan bahan bantu
belajar yang sesuai dengan tema dan tajuk yang ditetapkan.

Pada pendapat saya, Bahan bantu belajar ialah bahan yang digunakan oleh murid semasa guru
menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan murid atau kendiri. Sebagai
contoh, kad suku kata boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar untuk memudahkan guru
untuk menjalankan proses pengajaran maka juga boleh menjadikan bahan bantu belajar terhadap
murid semasa menjalankan aktiviti berpusatkan murid seperti aktiviti membina perkataan dengan
suku kata.

Pada pendapat saya, Perbezaan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar ialah bahan bantu
mengajar adalah digunakan oleh guru semasa proses pengajaran diberikan kepada murid maka
bahan bantu belajar adalah digunakan oleh murid semasa proses pengajaran dijalankan secara
pembelajaran berpusatkan murid atau kendiri.

7. Sediakan RPH (Rancangan Pelajaran Harian) untuk kemahiran mendengar dan bertutur.

Baiklah, seterusnya, saya akan menerangkan semasa guru merancangkan aktiviti pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur dalam rph. Guru perlulah mengenalpasti aktiviti pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur telah memenuhi 3 peringkat.

Pramendengar, semasa mendengar, dan selepas mendengar.

Peringkat pramendengar

- guru memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum murid-murid mendengar

-guru memberikan gambaran yang menyeluruh tentang perkara yang akan didengar.

Peringkat semasa mendengar

- guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan

Peringkat selepas mendengar


-guru memberikan penerangan, penekanan kepada aspek-aspek penting.
-menyempurnakan tugasan pengukuhan
-menjalankan aktiviti tindakan susulan. 

Ketiga-tiga peringkat adalah sangat penting terhadap perancangan aktiviti pengajaran mendengar
dan bertutur disebabkan berkemungkinan akan mempengaruhi tahap keberkesanaan pengajaran
dan pembelajaran dan pencapaian objektif pengajaran.
*Hal ini disebabkan kerana jika aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan
tidak meliputi atau mempunyai ketiga-tiga peringkat ini maka berkemungkinan terdapat murid
tidak dapat memahami dan secara tidak langsung akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran
dan pencapaian objektif pengajaran.

Soalan mungkin bertanya

1. Perbezaan rpt dan rph

-rph adalah digunakan untuk pengajaran setiap hari maka rpt adalah digunakan untuk
memastikan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dapat disampaikan kepada murid dalam
masa satu tahun dan memastikan keselarasan pengajaran antara guru. Jika tiada rpt maka akan
berlaku ketidakselarasan pengajaran antara guru-guru seperti terdapat guru mengajar dengan
cepat atau lambat.

2. Jika tertimbul masalah yang tidak dapat dijangka atau masalah kecermasan yang tidak selaras
dengan rancangan pengajaran harian

-pada pendapat saya, guru perlulah mengatasi masalah yang sedang dihadapi terlebih dahulu dan
setelah berjaya menyelesaikan masalah tersebut guru boleh meneruskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang telah dirancangkan dalam rph. Seterusnya, guru boleh mencatatkan masalah
tersebut dalam refleksi sebagai penilaian pdp yang telah dijalankan.

3. Jika murid tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan?

-guru boleh mencatatkan masalah ini dan nama murid semasa penulisan refleksi dan memberikan
pemulihan kepada murid tersebut dengan menggunakan masa rehat supaya murid tersebut dapat
mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam rancangan pelajaran harian (rph)

You might also like