You are on page 1of 5

Laporan BIG (Ceramah)

Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi
membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan
dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat
menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti
yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada prinsip Negara
yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat
yang menjadi tonggak pembinaan sesebuah Negara bangsa.Semester ini, BIG
terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penanda aras.
Komponen ceramah dan bengkel ia bertemakan Guru dan Perundangan .
Ceramah yang disampaikan oleh En. Mohd Razali bin Jaafar ,pensyarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Ceramah ini diadakan di Dewan Seri Tanjung pada
30 Januari 2015 dan bermula pada pukul 8.00 pagi. Ceramah ini mengambil masa
sebanyak 3 jam termasuk sesi ceramah dan soal jawab bersama tutor. Lapan kelas
telah melibatkan diri mereka dalam ceramah ini. Antara tajuk yang dibincangkan
adalah Akta 550 (1996), mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan,
fungsi JPN dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan PPD.
Penceramah telah memberi ceramah yang berfaedah bagi saya. Beliau
memulakan ceramahnya dengan menerangkan tentang Jabatan Pendidikan
Negeri(JPN). JPN berfungsi dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menguruskan hal-hal pendidikan. JPN telah ditubuhkan dengan matlamat

untuk

melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu,beriman, berakhlak
mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Jabatan ini juga bermatlamatkan
menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara dan
memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga negara Malaysia.
Saya dapat tahu bahawa penempatan guru-guru dan kakitangan sokongan ke
sekolah- sekolah setelah menerima bekalan dari Kementerian Pelajaran Malaysia
terletak dibawah bidang kuasa JPN secara amnya dan JPN daerah secara
khususnya. Selama ini saya telah berpendapat bahawa hanya Bahagian Pendidikan
Guru yang menguruskan penempatan guru permulaan selepas menamatkan
pelajaran seperti saya dalam masa yang akan datang. Selepas menghadiri ceramah
ini, saya dapat tahu bahawa guru-guru akan dibekalkan kepada setiap negeri

mengikut bilangan keperluan di negeri tersebut oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia. Guru-guru tersebut akan ditempatkan di sekolah-sekolah oleh Sektor
Pengurusan Sekolah JPN. Maka dengan melalui proses itulah kita akan dapat
penempatan di sekolah.
* saya tafsir mengikut fungsi sektor-sektor dan JPNS.
Saya berasa selama ini saya seperti katak di bawah tempurung yang tidak
tahu apa yang berlaku di keliling saya. Mungkin sikap saya yang kurang ambil tahu
ini menyebabkan saya ketandusan pengetahuan malah tentang perkara yang amat
penting dalam bidang kerjaya saya. Melalui ceramah ini, saya dapat tahu tentang
serba sedikit tentang JPN. Pengetahuan ini akan membantu semasa penempatan
sebagai guru permulaan. Saya sekurang-kurangnya dapat tahu tentang sektor yang
bertanggungjawab untuk setiap masalah yang timbul seperti sektor yang asing untuk
kewangan, penilaian dan peperiksaan, khidmat pengurusan dan pembangunan,
jaminan kualiti dan sebagainya. Saya tidak memikirkan bahawa pengetahuan ini
hanya berguna jika saya ditempatkan di perak, malah pengetahuan ini amat berguna
kepada saya tidak kira di mana saya ditempatkan kerana hampir semua Jabatan
Pendidikan Negeri memainkan peranan yang sama. Pengetahuan ini dapat
membantu saya untuk merujuk sektor yang mana satu untuk yang terlibat dalam
menyelesaikan masalah saya mengikut fungsinya. Ini akan memudahkan saya dan
juga pegawai yang terlibat untuk mengambil tindakan terbaik dalam usaha
menyelesaikan masalah.
Selain JPN, beliau juga menerangkan tentang Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD). PPD mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat
daerah. PPD menguruskan perihal setiap sekolah di daerah masing-masing sebelum
menyampaikannya di peringkat seterusnya iaitu JPN. Mengikut hieraki pengurusan
pendidikan, sekolah terletak di peringkat bawah, diikuti oleh PPD dan JPN sehingga
pada peringkat tingginya ialah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tambahan lagi, beliau juga memberi penerangan tentang Pusat Kegiatan
Guru (PKG). PKG adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat
Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan memberi khidmat

sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan


dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P). PKG juga merupakan

pusat

peningkatan profesionalisme keguruan menerusi pelbagai aktiviti pendidikan yang


mengutamakan perkembangan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan. Ia
sentiasa menjalankan program-program bagi mempertingkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran serta perkhidmatan dan menggiatkan aktiviti yang memenuhi
keperluan guru-guru.
Pusat Kegiatan Guru iaitu PKG berperanan sebagai pusat sumber bagi
menyediakan kedudukan dan perkhidmatan bahan-bahan pendidikan, alat dan
bahan bantu mengajar serta penghasilan bahan pengajaran-pembelajaran yang
pelbagai. Dengan ini perkara yang merunsingkan minda saya tentang bagaimana
dan di mana hendak mencari sumber P&P pada masa akan datang telah selesai.
Saya dapat tahu bahawa guru- guru boleh mendapatkan alat dan bahan bantu
mengajar(BBM) daripada PKG. Ini akan membantu saya untuk membuat dan
menggunakan BBM yang pelbagai dan menarik semasa P&P. Saya juga mendapati
bahawa PKG menjadi medan untuk guru-guru memberi fikiran, mengkaji semula
amalan-amalannya, mentaksir keperluan-keperluan pelajar dan menilai semula
prestasi dalam profesion perguruan. Dengan ini, saya berharap dapat mengesan
serta menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi dengan
usaha sesama guru-guru lain dari sekolah yang lain. Selain menyelesaikan masalah,
ini juga memberi peluang kepada saya untuk bertukar pandangan tentang ilmu yang
diperolehi bersama guru-guru yang lain. Saya juga boleh menggunakan pendekatan
yang mereka gunakan di sekolah mereka jika ia bersesuaian dengan pelajar saya.
Selepas berbincang tentang JPN dan bahagian pengurusan yang terlibat,
penceramah telah beralih ke Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).Saya difahamkan
bahawa akta ini

merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi

pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia digubal bagi


tujuan menjadikannya sebagai panduan dan rujukan tentang sesuatu bahagian atau
bidang. Selain itu, akta juga memudahkan pihak-pihak tertentu membuat rujukan
semasa kes mahkamah. Akta Pendidikan 1996 ini mengandungi 16 bahagian
termasuk Penilaian Dan Peperiksaan, Pendidikan Tinggi, Kewangan, Jemaah Nazir
Sekolah, Peraturan-Peraturan, Kesalahan dan Penalti dan sebagainya. Saya

mendapati terdapat juga peraturan tentang Institut Pendidikan Guru (yang dahulunya
dikenali sebagai Maktab Perguruan) dan pendaftaran guru selepas habis belajar
juga amat ditekankan dalam akta ini.
Disamping akta, ceramah ini memberi pendedahan kepada semua
pelajar mengenai betapa pentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan.
Saya telah mengetahui dan meneliti tentang perundangan yang harus diketahui oleh
seorang guru. Ceramah ini telah memberi banyak input kepada semua. Surat
Pekeliling Ikhtisas (SPI) juga di fokuskan dalam ceramah ini. SPI adalah surat yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk mengatasi masalah yang ditimbul. Pada
pandangan saya SPI ini amat penting walaupun terdapat Akta Pendidikan 1996
kerana SPI ini memberi panduan yang jelas tentang apa yang perlu buat dan tidak
perlu buat. Ini membantu pemahaman penyelesaian tentang sesuatu masalah
secara mendalam dan jelas. Jika SPI yang dikeluarkan tidak dapat memberi
penyelesaian secara menyeluruh, maka SPI yang baru dengan tindakan yang lain
akan dikeluarkan. SPI yang lama akan terbatal dan dimansuhkan secara automatik
dan hanya SPI yang akan diguna pakai. Sebagai contohnya terdapat SPI bil 11/2005
yang berkaitan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar di
sekolah.Pelaksanaannya agak tidak berkesan maka ia di maksuhkan dengan
wujudnya SPI 2/2009. Surat Pekeliling Ikhtisas.membantu saya kenalpasti setiap
aspek tugasan yang saya bertanggungjawab untuk melaksanakan (identify areas of
duty of care). Saya

mengambil langkah-langkah kewajipan berjaga-jaga yang

munasabah (exercise reasonable care) untuk elakkan kemalangan yang dapat


dijangka. Saya tahu prosedur dan sentiasa bersedia untuk menangani kemalangan
yang berlaku. Selain itu, merekodkan semua peristiwa dan segala insiden yang
berlaku dengan tepat dan sempurna. Saya perlu memastikan segala tindakan
disiplin yang dikenakan ke atas salah laku murid dilakukan mengikut peraturan.
Kecuaian guru semasa di sekolah boleh menjadi masalah besar sehingga
murid tercedera. Terdapat beberapa kes yang pernah timbul melibatkan guru dan
menjadi kes mahkamah. Pengetahuan mengenai perundangan ini membantu guru
mempertahankan diri sekiranya guru benar-benar tidak bersalah. Perundangan ini
juga menjadi panduan kepada guru mengenai tugas guru dan apa yang guru tidak
boleh lakukan. Walaupun guru bertindak sebagai in loco parentis iaitu pengganti
ibu bapa di sekolah, tindakan guru boleh disalah ertikan sebagai penderaan. Zaman

sekarang bukan seperti zaman dahulu, di mana guru bebas bertindak dengan niat
mendidik. Guru zaman dahulu dan sekarang amat berbeza. Oleh itu wajarlah ibu
bapa sentiasa berhati-hati. Namun sekatan ini membantutkan tindakan guru yang
bertujuan baik. Setiap tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti
Akta Pendidikan. Bagi saya, guru haruslah menggunakan pendekatan selain
daripada kekerasan untuk mendidik murid. Kekerasan hanya akan membuatkan
murid memberontak dan tidak mendengar kata.

Dalam bahagian penerangan tentang akta ini, ada beberapa maklumat


yang saya tidak dapat memahami kerana banyak perkara yang berkaitan dengan
perundangan dan bahasanya agak susah untuk faham. Walaubagaimanapun, saya
membuat bacaan tentangnya dari pelbagai sumber untuk mendapat penjelasan.
Setelah tamatnya bengkel ini, saya sedar bahawa pengetahuan guru-guru mengenai
perundangan amat penting. Ini membantu guru bertindak untuk mengikut lunas
undang-undang, elakkan menggunakan kekerasan dan kecuaian guru boleh
mengundang

bahaya.

Tindakan-tindakan

guru

juga

haruslah

berdasarkan

perikemanusiaan dan jangan menidakkan hak murid untuk belajar. Pengetahuan


tentang perundangakan ini membuka minda saya supaya menjadi guru patuh
kepada peraturan dan sentiasa peka terhadap isu isu semasa. Selain itu, saya
dapat menjalankan tugasan saya dengan lancar dan berkesan tanpa menimbulkan
sebarang masalah. Perundangan ini memberi pendedahan kepada guru supaya
tidak tersangkut dalam kes kes yang salah di sisi undang undang. Saya telah
mengambil pengajaran melalui ceramah yang diberikan supaya tidak memberi laluan
yang boleh menimbulkan masalah kepada diri saya dan sekolah. Kesimpulannya,
bengkel ini dilaksanakan dengan jaya. Sekian, terima kasih

You might also like