You are on page 1of 10

Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani Mosston &

Ashworth
Pengenalan.
Spektrum pengajaran adalah satu rangka kerja
model pendidikan berdasarkan guru dan murid
(Mosston & Ashworth, 1994). Spektrum ini dirangka
berdasarkan dua keadaan iaitu :
a) Gaya A: Guru Sebagai pembuat keputusan utama
b) Gaya K : Murid Sebagai pembuat keputusan
utama.
Di antara tambahan sembilan keadaan gaya
pengajaran setiap satunya dijelaskan berdasarkan
siapakah yang membuat keputusan.
Mosston & Ashworth (1994) menyatakan bahawa
keputusan transaksi guru-murid boleh dikategorikan
kepada 3 set
1. Pra-kesan
2. kesan semasa
3. pasca kesan

Kesan awal
Keputusan pada pra-kesan berhubung kait dengan
satu episod perancangan. Mc Cullick, B & Byna, M
(2002) mengenal pasti situasi ini sebagai Maksud
pernyataan atau perancangan. Keputusan major
termasuk di dalam set kesan awal ialah seperti
tugasan terperinci yang akan diajar, objektif
pengajaran, hasil pembelajaran dan alat
kelengkapan (ABM, BBM dan BBB)
Kesan Semasa
Keputusan kesan semasa berhubung kait dengan
transaksi bersemuka antara guru dan murid di dalam
persekitaran belajar. Mosston & Ashworth
menggambarkan kesan semasa fasa membuat
keputusan sebagai meletakkan perancangan
(keputusan kesan awal) kepada tindakan. Terdapat 3
komponen dalam set keputusan kesan semasa :

a) Jangkaan peranan guru dan murid
b) Demonstrasi tugasan yang akan dilakukan atau
pembentangan penyelesaian masalah
c) Penerangan prosedur penggunaan alatan
(kehendak tugasan, masa keputusan, postur,
kuantiti, jarak waktu, pakaian dan lokasi) yang perlu
dipatuhi semasa melakukan tugasan atau
menyelesaikan masalah.

Pasca Kesan
Fokus set kesan selepas ialah pentaksiran/ penilaian
dan maklum balas berkaitan prestasi murid dan
menyediakan pentaksiran /penilaian pengalaman
guru-murid. Setiap gaya pengajaran di dalam
spektrum adalah berdasarkan peralihan keputusan
yang sistematik (Pra-kesan, Kesan dan pasca kesan)
antara guru-murid (Goldberg dan Gerney, 1986).
Spektrum dibahagikan kepada dua kelompok gaya
pengajaran
Produktif kapasiti menghasilkan pengetahuan
dan kemahiran baru
Reproduktif kapasiti menghasilkan semula ilmu
dan kemahiran yang diketahui.

Kelompok reproduktif termasuklah arahan, latihan,
tindak balas, tindak balas dan pemasukan kaedah
baru. Dalam gaya pengajaran reproduktif pelbagai
jangkaan guru-murid digambarkan. Isi yang spesifik
diperlukan menerusi bilangan pendekatan membuat
keputusan, latihan kemahiran spesifik dan maklum
balas. Pengajaran behaviors merujuk kepada haya
pengajaran A, B, C, D dan E.

Kelompok produktif termasuklah penemuan
terbimbing, penemuan tertumpu, penumpuan
mencapah, reka bentuk pembelajaran individu, gaya
pembelajaran kendiri dan daya usaha dan ia merujuk
kepada F, G, H, I, J dan K. Dalam gaya pembelajaran
produktif murid diberi gambaran satu masalah atau
persoalan dan kemudian diberikan masa untuk
meneroka penyelesaian masalah. Semasa penemuan
sama ada menjurus atau mencapah, murid
meneroka dan merentasi pengetahuan dan
menghasilkan ilmu baru. Proses kognitif merentasi
memori dan mencetuskan ingatan semula. Selalunya
proses penemuan ini menghasilkan motivasi
intrinsik.
Spektrum yang menggabung pelbagai kaedah umum
yang mana guru dan pelajar masing-masing akan
memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam
hasil pengajaran dan pembelajaran. Spektrum ini
telah membahagikan gaya dan kaedah pengajaran
kepada dua aspek iaitu
Berpusatkan Guru
Berpusatkan Pelajar
Gaya Arahan (A)
Satu gaya tradisional di mana guru mengawal
sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran. Guru
menjadi tumpuan utama dari mula hingga akhir.
Dalam erti kata lain, guru akan membuat keputusan
terhadap perjalanan P&P di dalam kelas. Kaedah ini
akan memberi peluang guru menggunakan kuasa
autonomi untuk memberikan arahan satu persatu,
melakukan demonstrasi dan berhak memberikan
komen dan ulasan terhadap prestasi murid-murid.
Oleh itu, murid perlu memberikan perhatian
sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran
daripada guru. Murid akan meniru setiap perlakuan
guru.
Kaedah ini sememangnya sesuai untuk satu aktiviti
aras yang tinggi dan perlu mengutamakan
keselamatan. Keperluan gaya ini juga sesuai ketika
masa P&P adalah terhad dan tidak mencukupi masa.
Oleh itu masa murid untuk mempelajari sesuatu
tajuk menjadi terhad. Ia juga sesuai untuk
pembelajaran pada peringkat awal bagi
memudahkan murid memahami tajuk. Sebagai
contoh ialah pembelajaran pergerakan asas aktiviti
roda kereta dan hambur tangan. Aktiviti ini
merupakan satu aktiviti aras tinggi yang memerlukan
arahan daripada guru secara terus menerus. Dalam
tunjang 2 pembelajaran lompat tinggi juga
merupakan satu aktiviti aras tinggi yang memerlukan
arahan dan perhatian lebih daripada guru.

Gaya Latihan (B)
Gaya pengajaran ini merupakan kesinambungan
daripada gaya pengajaran arahan yang mana guru
bertanggungjawab terhadap semua keputusan
dalam P&P. Dalam pengajaran guru akan
memberikan tunjuk ajar kepada murid dan murid
berpeluang melakukan latihan secara beransur maju
dan berperingkat. Guru akan memberikan
penerangan berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan
atau pun guru akan melakukan demonstrasi untuk
melakukan aktiviti. Guru juga akan memberikan
penjelasan dan menentukan tiap-tiap yang ingin di
ajar. Guru juga akan sentiasa memerhatikan murid
dan akan memberikan maklum balas, tunjuk ajar dan
bersoal jawab dengan murid. Murid melakukan
latihan yang telah ditetapkan oleh guru.
Seperti gaya Arahan, gaya latihan juga sesuai untuk
P&P yang mempunyai masa yang terhad,
pembelajaran peringkat awal tetapi gaya latihan
memberikan murid masa yang lebih untuk berlatih.
Contohnya ialah Pembelajaran kemahiran olahraga.
Sekiranya dirujuk pada taburan pembahagian masa
pengajaran olahraga memiliki masa pengajaran yang
singkat untuk mengajarkan kemahiran asas. Oleh itu,
murid harus diberikan masa yang lebih untuk
mereka berlatih sendiri agar mempercepatkan
proses pembelajaran.

Semak Bergandingan/Timbal Balik (C)

Gaya ini mengkehendaki murid untuk melakukan
latihan secara berpasangan namun demikian secara
dasarnya kaedah ini masih menetapkan guru
menentukan apa yang akan dipelajari dan
memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan
diajarkan kepada murid. Guru juga akan melakukan
demonstrasi lanjutan untuk menguji perlakuan
murid. Dalam pengajaran aktiviti secara
berpasangan. Seorang murid akan menjadi
pemerhati dan seorang lagi akan melakukan sesuatu
aktiviti. Penilaian terhadap pelajar adakan
berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan
oleh guru.
Pada permulaan P&P guru akan bertanggungjawab
sepenuhnya. Murid akan melakukan aktiviti secara
berpasangan. Guru akan menyediakan senarai
semak dan lampiran gambar kepada pelajar. Pelajar
akan menjadi penilai yang menilai perlakuan
pasangan mereka. Sebagai contoh ialah dalam
mengajar kemahiran menghantar permainan bola
jaring. Guru akan membekal kepada pasangan murid
senarai semak butir-butir lakuan menghantar bola.
Selain itu murid juga akan dibekalkan dengan
gambar lakuan yang betul. Oleh itu, murid yang
bertindak sebagai penilai akan menilai dan
menandakan senarai semak lakuan yang betul.
Kemudian murid ini akan bertukar peranan.

Gaya Semak Kendiri (D)
Gaya ini sesuai bagi perlakuan yang mudah. Apabila
perlakuan yang mudah dilakukan oleh murid, maka
akan muda bagi murid tersebut untuk mengenal
pasti seterusnya menilai sendiri akan kesilapan
perlakuan yang dilakukannya. Namun kelemahan
kaedah pengajaran semak kendiri ini ialah ia
menghadkan perhubungan interaksi sosial guru dan
murid.

Sama seperti gaya berpusatkan guru yang lain, gaya
semak kendiri ini turut tidak terkecuali. Guru akan
menentukan apa yang dipelajari, memberikan
penerangan sebelum memulakan pengajaran.
Namun murid akan bertanggungjawab dalam menilai
perlakuan diri. Misalnya, dalam melakukan
kemahiran menyangga bola tampar, murid akan
dibekalkan dengan gambar turutan kemahiran
menyangga yang betul manakala murid pula akan
melakukan aksi tersebut dengan berdasarkan
gambar setelah diberikan penjelasan dan
penerangan oleh guru.

Gaya Inklusif/ peningkatan (E)
Satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru
yang memberikan peluang kepada murid satu
keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran
mereka mengikut tahap dan kemampuan mereka.
Murid akan memilih sendiri tahap dalam prestasi
mereka sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti yang
masih ditentukan oleh guru kriteria
pembelajarannya.
Kelebihan aktiviti ini ialah ia memberikan murid
peluang untuk merasai kepuasan dan kejayaan
dalam Pendidikan Jasmani. Semua muri akan
berupaya untuk melakukan aktiviti walaupun
berbeza kebolehan diri. Peningkatan kemahiran
kendiri murid dan motivasinya. Misalnya, dalam
melakukan aksi kemahiran lompat tinggi, murid
bebas untuk memilih ketinggian palang lompat
tinggi.

Penemuan terbimbing (F)
Kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah limitasi
juga merupakan satu kaedah yang memberikan
banyak peluang untuk meluahkan perasaan,
mencuba dan menjadi seseorang yang kreatif tetapi
perlakuan yang terhad akibat tugas-tugas daripada
guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah, ia
membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar
dalam proses pembelajaran dan mengambil kira
perbezaan di kalangan murid serta mempunyai
peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. Kaedah
ini merupakan kaedah yang mana guru akan
menetapkan tugasan dengan menyediakan pelbagai
soalan yang hanya menjuruskan kepada satu
jawapan sahaja. Kemudian, guru akan memberikan
peluang/ masa untuk murid berfikir mencari
jawapan. Namun sekiranya murid gagal untuk
menjawab, guru akan menukar soalan kepada soalan
yang lain namun masih menjurus kepada jawapan
yang sama. Pada kaedah ini, guru akan merancang
proses pengajaran dan pembelajaran. Namun murid
tetap terlibat dalam mencapai objektif. Guru
bertindak sebagai penyoal (questioning) kepada
murid. Manakala murid akan bertindak sebagai
penemu atau pembuka (uncovering) terhadap
persoalan yang dinyatakan oleh guru. Dalam hal ini
guru biasanya akan membantu murid sehingga
murid memahami dan jelas terhadap sesuatu tajuk
atau perkara. Misalnya guru akan berbincang dengan
murid terhadap ciri-ciri keselamatan pada pakaian
sukan yang ada pada masa kini dan masa depan.
Guru akan membimbing murid sehingga mencapai
objektif seperti dapat menghasilkan satu jenis
pakaian sukan yang memiliki ciri-ciri keselamatan
berdasarkan sukan.

Gaya pengajaran berpusat (G)
Guru akan merancang pembelajaran ini dengan
menetapkan beberapa persoalan dan tugasan.
Murid pula akan bertindak untuk mencari jawapan
yang paling hampir. Guru akan bertindak sebagai
pemandu arah. Murid pula bertindak sebagai pencari
jalan keluar. Contoh aktiviti ialah murid melakukan
perbincangan berkenaan dengan sejarah beberapa
jenis sukan di Malaysia. Guru akan membantu murid
dengan memberikan klu-klu atau maklumat yang
hampir berkaitan.

Gaya Penemuan Bercapah (H)
Dalam gaya ini, guru akan menetapkan satu tugasan
yang mempunyai pelbagai jawapan. Tugasan ini
mempunyai banyak pilihan jalan penyelesaiannya.
Kemudian, guru akan mendorong dan menggalakkan
murid untuk menilai setiap jalan penyelesaian
tersebut dan membuat perbandingan antara
jawapan tersebut. Perbandingan antara jawapan ini
adalah satu cara untuk seseorang murid tersebut
menilai keberkesanan jawapan yang diberikan.
Kaedah ini sesuai bagi aktiviti yang berbentuk
pembangunan satu pasukan. Kelebihan kaedah ini
ialah menggalakkan murid berfikir dan memupuk
sikap kerjasama antara mereka. Misalnya, guru
menetapkan tugasan murid adalah mencari teknik
yang sesuai bagi kemahiran olahraga acara padang
lompat jauh. Tugasan yang satu, tetapi mempunyai
banyak pilihan jawapannya, antaranya ialah kayuh,
layar dan melayang. Murid akan mencari mana-
mana jawapan dengan melakukan semua gaya
tersebut seterusnya menilai keberkesanannya dari
segi jarak lompatan.

Gaya program individu reka bentuk pelajar. (I)
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan
tumpuan masa yang panjang memahami tugasan,
masalah dan muri juga perlu berfikir secara logik dan
sistematik. murid akan menetapkan sendiri tugasan
dan menyelesaikannya mengikut kebolehan individu.
Guru akan membantu murid sebagai penasihat.
Murid akan merancang program atau aktiviti
pembelajaran seterusnya murid sendiri yang akan
menyelesaikan masalah. Contohnya merancang satu
pergerakan kreatif bagi membentuk persembahan.
Pergerakan kreatif tersebut akan dibantu oleh guru
dengan memurnikan lagi persembahan kreatif
mereka.

Gaya Pembelajaran terdorong (J)
Guru akan memantau proses pembelajaran
manakala murid pula akan menjadi perancang
program atau aktiviti pembelajaran. Pelajar
berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan mereka
serta memilih gaya pembelajaran kendiri. Gaya ini
seolah-olah memberikan murid autonomi untuk
mengambil alih tugasan guru dengan mengawal
kelas, merancang program dan aktiviti
pembelajaran. Sebagai contoh murid akan
mengaplikasikan kemahiran olahraga dan perlu
mengaplikasikan satu sesi pengajaran PJ.

Pembelajaran Kendiri (K)
Guru akan bertindak sebagai pemerhati sahaja.
Murid akan bertindak mengambil alih tugas seorang
guru. Murid akan menetapkan sendiri apa yang akan
dipelajari dan menetapkan pendekatan sendiri untuk
mencapai objektif pembelajaran mereka. Murid
diberikan hak untuk membuat keputusan sendiri.
Contoh aktiviti yang sesuai ialah melakukan
kemahiran servis bola tampar yang pelbagai. Murid
akan menetapkan sendiri objektif yang ingin
dicapainya dalam melakukan servis yang pelbagai.
Misalnya murid ingin melakukan 2 daripada 3
kemahiran servis bola tampar dengan betul.

p/s : untuk gaya A-E ia merupakan strategi
berpusatkan guru manakala F-K adalah berpusatkan
murid.












GAYA K : GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI
Tugasan, aktiviti dan objektif pembelajaran
ditentukan oleh murid dan guru bertindaksebagai
pemantau sahaja. Murid menyelesaikan sendiri
aktiviti yang dirancangtersebut bagi mencapai
objektif pembelajaran yang ditetapkan. Sebagai
contoh,murid memilih kemahiran menendang bola
sepak dengan menggunakan pelbagaiteknik. Jadi,
murid menetapkan sendiri objektif yang ingin
dicapainya dalammenaplikasikan teknik menendang
bola sepak dalam pelbagai teknik. Contohnya,murid
ingin melakukan 4 tenik tendangan bola sepak
dengan betul



























Pengenalan (A-J)
Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran
yang di terima pakai, akan tetapi secara meluasnya
ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran
(Galton, 1980) atau format pengajaran (Siedentop,
1991). Di dalam istilah Pendidikan Jasmani,
definisinya adalah sebagai kaedah am yang
diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu .
Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United
Kingdom telah mengenal pasti beberapa cara atau
kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn
falsafah pengajaran dan pembelajaran (Bennett,
1978). Bermula dari sini dan hasil penulisan
beberapa penulis lain khususnya dlm bidang
Pendidikan Jasmani (Kane, 1974) terdapat dua
penemuan penting telah dibuat. Pertama, integrasi
dalam cara pengajaran adalah berkait rapat dengan
penglibatan pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kedua, walaupun diketahui umum
setiap guru mempunyai kaedah dan cara tersendiri
dalam menyampaikan pengajarannya, tetapi ini tidak
akan menghasilkan asas yang stabil atau cekap
pengajaran dan pembelajarannya. Pilihan cara atau
kaedah pengajaran mestilah berasaskan logik dan
saintifik.
Sehingga kini, analisa lengkap berkenaan kaedah
pengajaran dan tingkah laku telah dihasilkan oleh
Mosston (1966) dari Amerika Syarikat. Idea beliau
berkenaan interaksi antara pelajar dan guru telah
dikembangkan semenjak hasil penulisan pertama
beliau dan telah memberi satu kerangka kerja dalam
konteks pengajaran pendidikan jasmani di seluruh
dunia. Penulisan beliau begitu berpengaruh sehingga
di katakan sebagai teori yang paling terulung dan
terkini dalam bidang pedagogi Pendidikan Jasmani
dalam sejarah (Nixon & Locke, 1973). Kenapa ia
berjaya? Jawapannya terdapat didalam kerangka
kerja pengajaran yang beliau kenalkan sebagai
Spektra Gaya Pengajaran (Spectrum of Teaching
Styles).


Gaya Pengajaran
Spektra mengenengahkan kerangka pilihan atau
opsyen dalam hubungan guru dan pelajar. (Mosston
& Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada
pemilihan penting dalam mengambil keputusan.
Beliau bahagikan ini kepada tiga kategori yang perlu
digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum
pengajaran, semasa pengajaran dan selepas
pengajaran.

Sebelum pengajaran
keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran;
persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi
dan penyampaian.
Semasa pengajaran
keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan.
Selepas pengajaran
penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.

Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana
guru dan pelajar masing-masing memainkan peranan
dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan
pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan
ialah hasil daripada keputusan yang telah dibuat
sebelumnya. Gaya atau kaedah pengajaran boleh
dibahagikan kepada dua aspek iaitu :
1. Berpusatkan Guru
2. Berpusatkan Pelajar





Gaya Pengajaran
Berpusatkan Guru Berpusatkan
Pelajar
Arahan Pembelajaran
kendiri
Latihan Daya usaha
Timbal balik Perlaksanaan
individu
Semak kendiri Penghasilan
mencapah
Inklusif Penemuan
terbimbing

Gaya A: Arahan
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan
dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan
AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru mengawal keseluruhan kelas
Guru membuat semua keputusan dalam P&P
Guru memberi arahan satu persatu
Guru melakukan demonstrasi
Guru memberi komen / ulasan tentang prestasi
pelajar
Pelajar perlu beri perhatian kepada arahan guru
Pelajar melakukan perlakuan guru
Sesuai untuk aktiviti aras tinggi dan mengutamakan
keselamatan
Sesuai untuk masa P&P yang terhad
Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal
Tanggungjawab berpusat kepada guru
Masa latihan pelajar adalah terhad.

Gaya B: Latihan
Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan
daripada gaya pengajaran arahan dimana semua
keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru.
Dalam P&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar
berpeluang melakukan latihan secara ansur maju
dan berperingkat.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan
demonstrasi
Guru menetukan setiap apa yang ingin diajar
Guru melakukan pemerhatian terhadap pelajar
semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar
dan soal jawab.
Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan
oleh guru.
Sesuai untuk masa P&P yang terhad
Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal
Pelajar mempunyai lebih masa untuk latihan.

Gaya C: Timbal balik
Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang
afektif dalam perubahan terhadap kaedah mengajar
di dalam kelas. Perbezaan dalam kaedah ini adalah,
setiap pelajar melakukan latihan secara
berpasangan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru memberi penerangan sebelum memulakan
aktiviti
Guru melakukan demonstrasi lanjut untuk menguji
perlakuan pelajar
Guru memerhati dan fokus kepada pelajar melalui
pemerhatian
Aktiviti dilakukan secara berpasangan oleh pelajar
Seorang pelajar menjadi pemerhati dan seorang
lagi akan melakukan aktiviti.
Pelajar dinilai berdasarkan kriteria perlakuan yang
telah
Guru bertanggungjawab pada awal P&P
Aktiviti dilakukan secara berpasangan
Pelajar menilai sendiri perlakuan yang telah
dipelajari
Guru menyediakan senarai semak dan lampiran
gambar kepada pelajar
Fokus kepada perhubungan sosial di samping
mempelajari aktiviti.

Gaya D: Semak kendiri
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru menentukan kriteria pembelajaran
Guru memberi penerangan sebelum memulakan
P&P
Pelajar bertanggungjawab dalam menilai perlakuan
diri
Sesuai bagi perlakuan yang mudah dikenalpasti
Pelajar bertanggungjawab di atas pembelajaran
Menghadkan perhubungan sosial di antara guru
dengan pelajar

Gaya E: Inklusif
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru menentukan kriteria pembelajaran
Guru memberi peluang kepada pelajar untuk
memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan
diri
Pelajar memilih sendiri tahap prestasi sebelum
melakukan aktiviti
Pelajar membuat keputusan untuk melakukan
aktiviti pada tahap tinggi.
Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai
kejayaan
Semua pelajar berupaya melakukan aktiviti
walaupun berbeza kebolehan diri
Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.


Gaya F: Pembelajaran Kendiri
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru sebagai pemerhati kepada pelajar
Pelajar menetapkan apa yang akan dipelajari
Pelajar menetapkan pendekatan sendiri
Semua perkara berkaitan dengan pembelajaran
ditetapkan sendiri oleh pelajar
Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.

Gaya G: Penghasilan Mencapah
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menetapkan tugasan yang mempunyai
pelbagai jawapan
Guru mendorong pelajar untuk menilai setiap
jawapan dan membuat perbandingan
Pelajar cuba mencari perbandingan jawapan
Pelajar menilai jawapan untuk menetapkan
keberkesanannya.
Tugasan disediakan oleh guru
Tugasan mempunyai banyak cara penyelesaian
Sesuai untuk aktiviti pembangunan pasukan
Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif
Memupuk sikap kerjasama di antara pelajar

Gaya H: Pembelajaran Individu
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan
tumpuan masa yang panjang,untuk memahami
masalah dan berfikir secara logik dan sistematik.
Pelajar menetapkan sendiri tugasan dan
menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan
individu.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru hanya membantu pelajar sebagai penasihat
Guru memantau proses pembelajaran
Pelajar merancang program atau aktiviti
pembelajaran
Pelajar menetapkan tugasan serta penyelesaian
Tugasan dan masalah ditetapkan oleh pelajar

Gaya I: Penemuan terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia
memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan
perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi
perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh
guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah
membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar
dalam proses pembelajaran dan mengambil kira
perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai
peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menetapkan tugasan dan mempunyai
pelbagai soalan yang hanya menjurus pada satu
jawapan sahaja
Guru memberi ruang masa kepada pelajar untuk
berfikir dan bertindak
Guru mengubah soalan jika pelajar gagal mencari
jawapan
Pelajar melakukan tugasan berdasarkan soalan
yang diberkan guru.
Pelajar memberi jawapan.
Guru merancang P&P dan guru menyediakan
tugasan.

Gaya J: Daya usaha
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru memantau proses pembelajaran
Pelajar merancang program atau aktiviti
pembelajaran
Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan
tugasan
Pelajar memilih gaya pembelajaran kendiri
Tugasan ditetapkan sendiri oleh pelajar
Gaya pembelajaran ditetapkan oleh individu

You might also like