You are on page 1of 12

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU AHMAD

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA

PROGRAM PENDIDKAN KESIHATAN


UDARA BERSIH HIDUP SIHAT

TARIKH
11 13 MAC 2017

TEMPAT
SK PENGHULU AHMAD

DISEDIAKAN OLEH
MOHAMMAD ARIF AIZAT BIN MOHD TARMIZI

ANJURAN
UNIT PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
SK PENGHULU AHMAD

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 1


SK PENGHULU AHMAD
MUKIM AYER HANGAT 07000 LANGKAWI KEDAH

KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN


(UDARA BERSIH HIDUP SIHAT)

1. PENDAHULUAN

Marcapada ini pihak pemaju sama ada dari pihak kerajaan mahupun swasta
merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka tidak memikirkan
secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutamanya melibatkan
alam sekitar kerana mereka hanya memikirkan keuntungan daripada pembangunan
semata-mata. Pembangunan secara tidak sistematik boleh menyebabkan
pencemaran alam sekitar antaranya ialah pencemaran air, udara, tanah dan bunyi.
Menurut Nain & Yusoff (2003), apalah erti kemajuan kebendaan yang dicapai oleh
sesebuah negara sekiranya rakyat dan masyarakat terancam akibat kerosakan dan
pencemaran alam sekitar.
Fokus utama adalah pencemaran udara. Pencemaran udara adalah
pencemaran alam sekitar dalaman atau luaran oleh mana-mana kimia, agen fizikal
atau biologi yang mengubah ciri-ciri semula jadi atmosfera (World Health
Organization, n.d.). Pembakaran merupakan punca utama pencemaran udara di
Malaysia iaitu pembakaran secara terbuka, pembakaran menerusi enjin kenderaan
dan pembakaran di perindustrian (Rahman & Hashim, 2010). Kesan daripada
pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan pertanian, mahupun pembukaan
petempatan baharu akan mengakibatkan fenomena jerebu yang merupakan kesan
daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Menurut Mohamed &
Lee (2015), jerebu didefinisikan sebagai kabus nipis yang mengurangkan jarak
penglihatan disebabkan oleh serakan cahaya oleh zarah seni, contohnya debu halus.
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah sistem pernafasan. Sistem
pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia
sehingga menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-
paru serta kanser kesan daripada gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida
(Mohamed & Lee, 2015).
Oleh itu, masyarakat perlulah mengambil langkah segera agar masalah
pencemaran ini dapat diatasi. Menurut Rahman & Hashim (2010), isu dan masalah
pencemaran alam sekitar ini dapat diatasi sekiranya mendapat penglibatan dan
kerjasama yang erat, ikhlas dan bersepadu antara pihak kerajaan, pihak swasta dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO). Antara langkah yang boleh diambil ialah

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 2


dengan mengadakan program pendidikan kesihatan. Program ini bertujuan untuk
memberikan kesederan kepada generasi muda dan juga masyarakat akan
kepentingan udara bersih kepada kehidupan selaras dengan salah satu aspirasi
murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang
ingin melahirkan murid yang berpengetahuan serta mampu untuk mengaplikasikan
sesuatu pengetahuan dalam situasi harian.

2. RASIONAL

Mewujudkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang


kepentingan persekitaran udara yang bersih di Malaysia melalui aktiviti-
aktiviti dalam Program Pendidikan Kesihatan bagi melahirkan masyarakat
yang sayangi alam sekitar demi kesihatan setiap indidvidu.

3. OBJEKTIF

Objektif utama diadakan program ini :


I. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap
kepentingan persekitaran udara yang bersih.
II. Masyarakat akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang
langkah-langkah menangani pecemaran udara di sekeliling.
III. Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh
dan mengikut prosedur yang betul terhadap masyarakat.
IV. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang
berterusan dalam menjalani kehidupan harian.
V. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen masyarakat terhadap
kebersihan alam sekitar.

4. KONSEP PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN


Program Pendidikan Kesihatan berkonsepkan pengamalan gaya
hidup sihat murid yang sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan
nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan iaitu menyedari
kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar terutamanya
udara dalam kehidupan sehari-hari untuk ke arah Udara Sihat Hidup
Selamat.

5. KUMPULAN SASARAN

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 3


Aktiviti aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan
melibatkan

3.1 Semua murid- murid SK Penghulu Ahmad


3.2 Semua guru SK Penghulu Ahmad
3.2 Semua Ibu Bapa Sk Penghulu Ahmad & orang awam.

6. TENTATIF PROGRAM

Tarikh aktiviti : 11 hingga 13 Mac 2017

Tempoh aktiviti adalah selama 3 hari.

Tarikh & Masa Aktiviti Lokasi


11 Mac 2017

7:30 am -8:30 am Pelancaran Program Kesihatan Udara Tapak

Bersih Hidup Sihat Perhimpunan

9:00 am-10:00 am Pameran kesihatan Alam Sekitar & Dewan Sekolah

Pencemaran Udara

Rehat

11:00 am 12:30 Ceramah berkaitan Pencemaran Udara Dewan Sekolah


Oleh : Zulkifli Al Bakri dari Jabatan Alam
pm
Sekitar Negeri Kedah.

Majlis Tamat

Tarikh Perkara (Aktiviti) Lokasi


12 Mac 2017

7:30 am 830 am Senamrobik & Minum pagi Padang Sekolah

8:30 am 10:00 Gotong royong & Penerangan cara Seluruh kawasan

am pelupusan sampah yang betul tanpa

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 4


pembakaran. Oleh Ahmad Dahlan Subki Sekolah

dari Jabatan Alam Sekitar

Rehat

11:00 am -12:30 Kuiz dan penyampain hadiah kepada Dewan

pm pemenang.

Majlis bersurai

Tarikh Aktiviti Lokasi


13 Mac 2017

8:00 am 9:00 am Pemeriksaan kesihatan percuma Tapak

Perhimpunan

9:00- 10:00 am Pertandingan Melukis dan Mewarna Dewan

Rehat

10:30am 11:00 Pertandingan Nyanyian berkonsepkan Dewan

am Cintai Udara Kita

11:00 am 12:30 Majlis penutupan & Penyampaian Hadiah Dewan

pm

Jamuan

6. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK


PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN (UDARA BERSIH HIDUP SELAMAT)
PERINGKAT SK PENGHULU AHMAD 2017

Pengerusi : En Mohd Fatmi Bin Mohd Razif


Guru Besar
SKPA

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 5


Timbalan Pengerusi En. Azikrul Hakim Bin Bidon
GPK Kokurikulum

Setiausaha : En. Arif Aizat Bin Tarmizi

Bendahari : En. Mohd Zairis bin Hashim

AHLI JAWATANKUASA KERJA


PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN (UDARA BERSIH HIDUP SELAMAT)
PERINGKAT SK PENGHULU AHMAD 2017

Pengarah Program : En. Mohd Zairis b Hashim

Protokol : En. Mohd Afiq Bong b Jumaat


En. Hafiz b Gembun Gendut
Cik Aisyah Yiyi

En. Isma Mazni b Ismail

Kewangan : En. Hafiz b Haman Cina


En. Fakrul hafiz b Seman
En. Isma Mazni b ismail
Buku program : En. Mohd Hasmawi b Che Hasan
En. Mohd Zaidy b Musa
Puan Syuhada bt Karim

Peralatan : En. Hawari b Al Arabi


En. Isma Jubir b Al Batik
En. Tuan Mohd Faisal b Tuan Wil

Siaraya :

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 6


Pn. Wan Izzati bt Wan Kembang
Pn. Norwahida bt Yeop Sohor
Pn. Siti Aisaah Mohamad
Pn. Norhafizah Mohd Jaafar

Penyelaras Aktiviti : Pn. Norconnie see me


Pn. Noredayati bt Mohd Shariff
Pn. Norasmah by Hassan

Hadiah & Cenderahati : En. Danial Ravers


En.M Saifful Adzli b Md Zhahari

Disiplin dan Kecemasan : En. Danial Isslahuddin Omar


En.Wan Mohd Nasir b Tobat
Pn. Noraini bt Mahmood
En . Sumathi varma
a/p Murugappa Chettiar

Fotografi : En. Afiq Ajij b Bashiron

7. KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN RM PERBELANJAAN RM

1. Peruntukan Rm 500.00 Program Ceramah 300.00


Pejabat Pencemaran Udara
Kesihatan
Langkawi Rm
1000.00
2. Peruntukan Pameran 200.00
Persatuan Ibu
Bapa & Guru Alatan aktiviti 100.00
(PIBG) SKPA. melukis & mewarna.

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 7


Banner & Banting 250.00

Bahan Cetakan 300.00

Jamuan 100.00

Jumlah Rm 1500.00 Jumlah RM1250.00

Perhatian : Lebihan Wang akan disimpan untuk program pendidikan


kesihatan pada masa akan datang.

10. PENUTUP

Pihak kami berharap dengan adanya Program Pendidikan Kesihatan Udara


Bersih Hidup Sihat ini dapat tingkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat
terhadap kepentingan persekitaran udara yang bersih. Malah melalui program ini
juga masyarakat akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang langkah-
langkah menangani pecemaran udara supaya udara di negara kita dapat dijaga
dengan baik. Selain itu, kami juga berharap agar program ini dapat meningkatkan
keprihatinan dan komitmen masyarakat terhadap kebersihan alam sekitar.

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 8


Harapan kami sepanjang program ini berlangsung ianya akan memberi kesan
yang besar kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam memberikan komitmen yang baik untuk menjayakan progam ini. Program ini
juga bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Disediakan oleh

(MOHAMMAD ARIF AIZAT BIN MOHD TARMIZI)


Setiausaha Program Pendidikan Kesihatan
Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad

Dibentangkan oleh,

( EN MOHD MOHD ZAIRIS B HASHIM )


Setiausaha Sukan & Pengarah Program
Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad

LAMPIRAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK BIDANG TUGAS


PROGRAM
PENGERUSI Bertanggungjawab dalam
menguruskan pentadbiran,
kewangan dan aktiviti.
Memberi arahan yang tepat dan
jelas kepada jawatan kuasa
dalam melaksanakan tugas atau

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 9


aktiviti.
Menjadi orang tengah dalam
mengemukakan cadangan atau
usul ahli kepada pihak yang
berkenaan.

TIMBALAN PENGERUSI Membantu pengarah dalam


melicinkan perlaksanaan aktiviti.
Memangku tugas pengarah
semasa ketiadaannya.
SETIAUSAHA Mengumpul semua maklumat
seperti merekodkan semua fail-
fail untuk rujukan..
Memanggil ahli jawatan kuasa
untuk bermesyuarat.
Menyedia dan mengedarkan
catatan minit mesyuarat dan
surat pekeliling kepada yang
berkenaan
BENDAHARI Bertanggungjawab kepada
pengarah dalam bidang
pengurusan pentadbiran
kewangan.

AHLI JAWATAN KUASA KERJA BIDANG TUGAS


PROGRAM
PERALATAN Bertanggungjawab terhadap
peralatan yang digunakan
semasa sesuatu aktiviti atau
projek dilaksanakan.
BUKU PROGRAM Membentuk satu jawatan kuasa
kecil.
Mereka bentuk kulit luar buku
program.
Mendapatkan bahan dan perkara
yang perlu di masukkan atau di

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 10


muatkan dalam buku program
daripada ahli jawatan kuasa kecil
lain.
Menyusun buku program untuk
dihantar untuk dicetak dan
memastikan buku siap dicetak
tepat pada masanya.
PROTOKOL Membentuk satu jawatan kuasa
kecil.
Memastikan para peserta telah
bersedia lebih awal ketika acara
perasmian atau penutup.
Menyediakan teks ucapan tetamu
kehormat untuk majlis perasmian
atau penutup
Menyediakan teks bacaan doa.
Melantik dan melatih pembaca
doa.
KESELAMATAN Memastikan keselamatan pelajar
& orang awam terjaga sepanjang
program dijalankan

RUJUKAN

Air pollution. (n.d.). Dicapai pada 5 Mac 2017, daripada


http://www.who.int/topics/air_pollution/en/
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (n.d.). Dicapai pada 5 Mac 2017, daripada
http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/falsafah-pendidikan-
kebangsaan
Mohamed, A. R., Lee, K. T., & Dahlan, I. (2015). Pengenalan kepada pencemaran
udara. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nain, A. S., & Yusoff, R. M. (2003). Konsep, teori, dimensi dan isu pembangunan.
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 11


Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. (n.d.). Dicapai pada 5 Mac 2017,
daripada http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-
pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
Rahman, H. A., & Hashim, R. (2010). Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Page 12

You might also like