You are on page 1of 3

Program Kesihatan Sekolah Ke Arah Kesihatan Optimum

Pelbagai masalah berkaitan dengan kesihatan telah dikenal pasti semakin meningkat
dari masa ke semasa terutama demam denggi. Menurut statistik daripada
http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/, jumlah kes kematian akibat denggi seramai
24 orang dari 1 Januari 2018 hingga 3 Mac 2018. Menurut Siti Noraini Othman (2015), demam
denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam
antarabangsa. Menurut Azreen Ezairy Salih (2014), jangkitan denggi adalah disebabkan oleh
virus denggi yang berpunca daripada gigitan nyamuk yang membawa flavivirus. Menurut
Godfree R. (2014), separuh daripada semua orang yang dijangkiti denggi mempunyai
simptom ringan tetapi, untuk setengah yang lain, penyakit ini menyakitkan, melemahkan, dan
berpotensi maut. Oleh itu, pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-
gejala demam denggi seperti demam kuat secara mengejut ataupun demam yang berterusan
hendaklah mendapatkan rawatan segera. Menurut Suffian Abu Bakar (2015), sikap sambil
lewa masyarakat mengenai bahaya demam denggi dikatakan menjadi punca jumlah kematian
akibat wabak itu melonjak. Kerajaan serius mengadakan pelbagai usaha bagi menangani
ancaman demam denggi namun tanpa kerjasama semua pihak, langkah itu tidak akan
berhasil. Walaupun masyarakat kita kerap kali didedahkan dengan berita akibat kematian
demam denggi, masyarakat masih lagi mengabaikan mengenai wabak penyakit demam
denggi.

Akibat risiko demam denggi yang boleh membawa maut, Program Kesihatan Sekolah
telah dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga
sekolah dan juga menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Program
Kesihatan Sekolah meliputi aktiviti dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan untuk
mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan kearah kesejahteraan hidup
sepanjang hayat. Program Kesihatan Sekolah mengenai penyakit demam denggi yang telah
diperkenalkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan ialah
Program Bebas Denggi. Kepentingan program ini ialah untuk mengurangkan kejadian
penyakit bawaan nyamuk dan memupuk semangat kerjasama warga sekolah dan masyarakat
untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat. Program ini juga dapat
meningkatkan kefahaman, kesedaran dan kemahiran yang berupaya untuk mencegah serta
mengawal demam denggi yang melibatkan warga sekolah dan komuniti. Dengan cara ini,
murid sekurang-kurangnya tahu dan memahami kesan akibat daripada penyakit demam
denggi dan berusaha untuk mencegah penyakit demam denggi.

Isu yang seterusnya ialah masalah rokok ketika mereka masih bersekolah. Mengikut
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, mendapati 18.2% remaja berumur 13-15
tahun adalah perokok. Manakala dalam Global Youth Tobacco Survey (GYTS) Malaysia 2009,
prevalen merokok ialah sebanyak 18.2% dalam kalangan remaja. Sejumlah 22.8% remaja
mula mencuba merokok sejak berumur 10 tahun dan 30.0% pula yang mencuba merokok
sebatang atau dua batang rokok (Rosnani Kassim, 2016). Faktor remaja merokok adalah
disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang paling utama ialah pengaruh ibu bapa.
Menurut Mohd Sharani Ahmad & Zainal Madon (2006), ada juga yang mula meniru tabiat ibu
bapa merokok ketika masih kanak-kanak. Hal ini kerana, model keseronokan yang
digambarkan oleh ibu bapa mempengaruhi remaja bagi mencubanya.

Program Kesihatan Sekolah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan


berkaitan dengan gejala merokok ialah Sekolah Kawasan Larangan Merokok. Tujuan program
ini ialah menjadikan sekolah sebagai kawasan larangan merokok. Dengan program ini, semua
guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah dilarang
merokok di kawasan sekolah seperti dicatat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997.
Dengan wujudnya program ini, ia dapat membendung budaya merokok dalam kalangan
pelajar sekolah.

Oleh itu, Program Kesihatan Sekolah telah dirancang dan dilaksanakan nagi
meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah dan juga menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Program Kesihatan Sekolah juga dapat
mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan kearah kesejahteraan hidup
sepanjang hayat.
RUJUKAN

Azreen Ezairy Salih (2014). 55 soal jawab penyakit bersama Dr. Ezairy: merungkai satu per

satu permasalahan penyakit. Shah Alam, Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn.

Bhd.

Godfree R. (2014). Dealing with Dengue: Diagnosing, Treating, and Recovering from

Dengue Fever. Middletown, CA: Whitepages.

I-dengue untuk komuniti. (12 Disember 2018). Dicapai pada 12 Disember 2018, daripada

http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/

Mohd Sharani Ahmad & Zainal Madon (2006). Panduan mengurus remaja moden. Bentong,

Pahang: PTS Publications.

Rosnani Kassim (5 Disember 2016). Mengapa Remaja Merokok? Dicapai pada 10 Mac

2018 daripada http://taknak.myhealth.gov.my/remaja-merokok/

Siti Noraini Othman (1 Mac 2015). Demam Denggi : Wabak Membunuh! Dicapai pada 8 Mac

2018 daripada https://www.majalahsains.com/demam-denggi-wabak-membunuh/

Suffian Abu Bakar (10 Februari 2015). Sambil lewa punca denggi meningkat. Utusan Online.

Dicapai pada 9 Mac 2018 daripada

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sambil-lewa-punca-denggi-meningkat-

1.57931

You might also like