You are on page 1of 3

Kertas Kerja Sambutan Ramah Tamah

Aidilfitri SK Sabena, Daro


Tahun 2023

PENDAHULUAN

Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri ini merupakan salah satu program tahunan PIBG
yang dirancang dan dipersetujui oleh semua ahli persatuan. Program ini diharap
dapat merapatkan silaturahim dan perpaduan di antara semua warga sekolah
termasuk guru, staff sokongan, pekerja swasta, murid dan ibubapa serta komuniti
setempat di samping meraikan perayaan hari raya di peringkat sekolah ini. Program
ini dilaksanakan dengan kerjasama unit Kokurikulum SK Sabena, Daro.

RASIONAL

Majlis RamahTamah Aidilfitri 2023 ini dijayakan bagi merealisasikan hasrat kerajaan
membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling
hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

OBJEKTIF

Adalah diharap program ini dapat:

1. Membentuk sahsiah warga sekolah dan mengamalkan nilai-nilai murni


dalam kehidupan seharian.
2. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan
yang berbeza dan boleh diraikan oleh kaum lain.
3. Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan
menghormati antara satu sama lain.

TARIKH
Program ini dirancang untuk dilaksanakan pada 10 Mei 2023 (Rabu)

SASARAN
1. Semua warga sekolah (Guru, AKP, Murid, Pekerja Pembersihan dan keselamatan )
2. Semua ibubapa (PIBG )
3. Semua pemimpin kampung setempat ( Ketua-ketua kaum dan JKKK)
4. Semua ahli komuniti setempat
JAWATANKUASA PROGRAM :
PENGERUSI : EN. JARAIE BIN JAHARI
NAIB PENGERUSI : PN. EMMARTIENA FARDILLA BINTI MUHD
SETIAUSAHA : PN. NORIZAN BINTI ROSLAN
BENDAHARI : CIK NUR FADHLINA BINTI KHALIK
AJK :
PROTOKOL Semua Penolong Kanan & Exco PIBG
JEMPUTAN & PUBLISITI Pn. Norizan bt Roslan (K)
Cik Nur Fadhlina bt Khalik
Pn. Norafizah bt Subohi
PERSIAPAN TEMPAT&PENTAS Pn. Mas binti Samion (K)
Pn. Razaah binti Boo
LOGISTIK En. Nasir bin Umar Jani (K)
En. Ghazali bin Johnny
En. Ismail bin
En. Muhammad
DOKUMENTASI Pn. Normaisah binti Mortada (K)
Pn. Norafizah bt Subohi
Pn. Mas Noratikah bt Ebit
PERSEMBAHAN Cik Noradibah binti(K)
Pn. Normaisah binti Mortada
MAKANAN Pn. Mas binti Samion (K)
Pn. Asnawati Kisto
Pn. Salwa binti Buang
Pn. Hawa binti Buang
KEBERSIHAN Pn. Sarbah bin Obil (K)
Pn. Aisah bin Tajuddin
Pn. Anita binti Bakar
Pn. Nor Syahfina Abdullah @ Rosita a/p Siah
KESELAMATAN En. Ismail bin Juhai
En. Muhammad bin Abdullah

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERBELANJAAN ANGGARAN KOS (RM)
1 Pembelian Bahan Mentah 1400
2 Pembelian Peralatan Persiapan Pentas 200
3 Pembelian Peralatan Penyediaan Makanan 300
4 Cenderahati 50
5 Sewa dan Kos Pelbagai 50

Jumlah : 2000.00
TENTATIF PROGRAM
7.00 Kehadiran Guru, AKP dan Murid SKS
7.30 Kehadiran Ibu Bapa dan Tetamu Jemputan
8.30 Kehadiran Jemputan VIP
Bacaan Doa
Ucapan Aluan YDP PIBG SK Sabena, Daro
Ucapan Guru Besar SK Sabena, Daro
Ucapan Perasmian YB Safiee bin Haji Ahmad
Persembahan Murid
Cabutan Bertuah
Sesi Bergambar
Jamuan
Bersurai

HARAPAN
Adalah diharapkan program ini akan mendatangkan kesan positif dan mendatangkan
faedah dalam memupuk rasa tanggungjawab, mengeratkan perpaduan dan
silaturahim bukan saja dalam kalangan warga sekolah, malah meliputi masyarakat
dan komuniti setempat dan luar lingkungan sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________ ____________________________

(PN. NORIZAN BINTI ROSLAN) (PN. EMMARTIENA FARDILLA BT MUHD)


Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG
SK Sabena, Daro SK Sabena, Daro

Disokong oleh,

_______________________

(EN JARAIE BIN JAHARI)


GURU BESAR
SK SABENA, DARO

You might also like