You are on page 1of 39

LILIT PEMATI MUDAH

Fungsi:
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.
Teknik
a) Letakkan tali kecil seperti pada rajah
b) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil
boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua
seperti dalam rajah.
c) Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.
d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan
kemas.

BUKU SILA

Buku Sila
Fungsi
~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.
~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A dibawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah

IKATAN BUNGA GETI

Bunga Geti
Fungsi :
~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seperti
rajah (b).
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul seperti
rajah (c)

SIMPUL PEMUKAT

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
~ Ikatan ini kuat dan kukuh.
~ Sesui digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
Teknik :
a) Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali seperti dalam rajah.
b) Lakukan 2 lingkaran tali.
c) Pada hujung tali itu boleh diikat seperti dalam rajah.

LILIT DUA SIMPUL

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.
~ Mengikat hujung tali khemah pada pancangnya.
Teknik :
a) Mulakan simpul seperti dalam rajah.
b) Kemudian lakukan 2 lengkungan.
c) Tarik bahagian B untuk mengemaskan simpul.

LILIT MANUK

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.

JALUR GEMILANG

Sejarah Bendera Malaysia

Sejarah Bendera Malaysia bermula apabila Majlis Raja-Raja Persekutuan


Tanah Melayu menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1949 untuk
menimbang

serta

membuat

perakuan

berkenaan

dengan

Bendera

Persekutuan

Tanah

Persekutuan Tanah Melayu.


Satu

pertandingan

merekacipta bendera

Melayu telah diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun


1949. 373 orang telah mengambil bahagian didalam pertandingan ini dan
tiga rekabentuk bendera telah dipilih ke peringkat akhir:

Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah


dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali


11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris
Bersilang tersebut.

Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang


berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Sebelum

memilih

rekabentuk

bendera

yang

menjadi

juara,

Majlis

Perundangan Persekutuan telah menjemput orang ramai untuk memberi


pendapat masing-masing tentang rekebentuk yang disukai oleh mereka.
Pendapat umum ini telah disiarkan oleh The Malay Mail.
Pada 28 November 1949, keputusan telah dibuat berdasarkan suara majoriti
orang ramai yang memilih reka bentuk ketiga yang dicipta oleh seorang
Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju


dengan Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan.
Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul
yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya
should be as follows:Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost
stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed
star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by
three feet."
Rekabentuk tersebut diubah dengan menukar warna putih pada bulan dan
bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi rajaraja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil
kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI
pada 19 Mei 1950.

Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam


majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi
British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan
dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan
percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk
mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.
Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama
Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang
pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera
Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah
Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah
14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Walaupun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun
jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalurjalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama

dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri


daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)
Maksud Rekabentuk Bendera Malaysia
Bendera Malaysia; dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur
merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah
di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda
keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan
persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan
Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah
hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat
Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam
- agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk
dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna
Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bagaimana Bendera Malaysia mendapat nama Jalur Gemilang
Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40,
Perdana Menteri, Tun Mahathir bin Mohamad telah mengistiyarkan nama
bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sebelum itu, pada tahun 1995, Datuk Hashim Mat Dris mencadangkan
bendera Malaysia diberikan nama rasmi seperti bendera kebangsaan
Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom Union Jack,

Amerika Syarikat Star Spangled Banner dan bendera Perancis digelar


Tricolor.
Beliau memberi cadangan bendera Malaysia dinamakan sebagai "Si Tuah".
Sempena nama Hang Tuah, pahlawan Melayu yang berani, gagah perkasa
dan setia kepada raja.
Cadangan beliau itu kemudiannya telah diusulkan kepada Perdana Menteri
ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu
peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia. Oleh itu,
satu Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia
ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha
Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dianggotai oleh wakil daripada
beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.
Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta
nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama
bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih
daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang
terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan. Tun Dr.
Mahathir

Mohamad

Jawatankuasa

itu

bersetuju

kemudiannya

dengan
ditukar

cadangan
menjadi,

tersebut.

Jawatankuasa

Nama
Induk

Menamakan Bendera Malaysia.


Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya.
Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu Setia Perkasa,
Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Cadangan nama-nama tersebut
dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan perjuangan

negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus
maju membina sebuah negara yang aman makmur.
Pada 11 September 1996, usul dikemukakan kepada jemaah menteri
mengenai tiga nama cadangan yang dipilih. Namun, kesemua nama-nama
tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan
bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang
diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri.
Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru
dikemukakan. Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan
Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama
baru untuk bendera Malaysia.
Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul
Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan
nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju
memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: Jalur Gemilang,
Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997,
jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama Jalur
Gemilang.
Nama Jalur Gemilang di ilhamkan oleh Tuan Haji Md. Rebuan @Md. Redzuan
Bin Tumin Pegawai Dari Jabatan Muzium Antikuiti.
Maksud Nama Jalur Gemilang
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah
dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan
satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang

dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju
kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh
yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian
bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara
Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan
sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan
dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya
sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

BENDERA NEGERI KEDAH

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai


kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar
belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga
melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama
Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga
rakyatnya.
LAMBANG NEGERI

Jambangan
Terdiri daripada biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri
beras.
Bulan sabit
Melambangkan Islam.
Perisai
Melambangkan kekuasaan pemerintah

BENDERA PERSATUAN
PANDU PUTERI MALAYSIA

Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.

Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.

Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanakkanak di dunia.

BENDERA DUNIA
WORLD ASSOCIATION OF GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS
(WAGGGS)

Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian
Persetiaan.

Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
terhadap keamanan.

Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.

DANDAN PERCA KAIN

DANDAN TALI

MENYEDIAKAN MEJA MAKAN


TENGAHARI UNTUK EMPAT
ORANG

BROWNIE ANTARABANGSA

Indonesia
Ditubuhkan pada tahun 1912. Dikenali sebagai siaga. Berumur antara 7
hingga 10 tahun. Lencana siaga dipakai pada tali leher.
Persetiaan:
Au berjanji akan bersungguh-sungguh menjalankan kewajipanku terhadap
tuhan dan Negara kesatuan republic Indonesia dan menurut aturan keluarga.
Setiap hari berbuat baik.
Undang-undang:
Siaga itu menurut ayah bundanya
Siaga itu berani dan tidak putus asa

Filipina
Ditubuhkan pada tahun 1939 dan di kenali sebagai star scout. Ahli berumur
antara 6 hingga 9 tahun. Ahli twinkle pula berumur 4 hingga 6 tahun.
Lencana dipakai pada tali leher.
Persetiaan:
Ipinangangako kun a sisikapin kong
Ibigin ang diyos at ang aking bangsa
Tumulong sa ibang taa araw araw along laluna
Sa mga kasama sa bahay
Terjemahan:
Saya berjanji akan bersungguh-sungguh, menolong tuhan dan Negara saya,
menolong orang setiap hari, terutama mereka di rumah.
Undang-undang:
Ang star scout any matapat
Ang star scout any masunurin
Terjemahan:
Star scout berterus terang, star scout sentiasa menurut kata.
Cogan kata:

Magin matulungin
Terjemahan:
Tplong orang selalu
Slogan:
Mangpaliyaya ng kapura araw-araw
Terjemahan:
Membuat seseorang gembira setiap hari

Singapura

Ditubuhkan pada tahun 1917. Dikenali sebagai brownie. Ahli berumur antara
7 hingga 11 tahun. Lencana dipakai pada tali leher.
Persetiaan:
I promise to do my best my duty to god, to serve my country and help other
people and to keep the brownie law.
Terjemahan:
Saya berjajnji akan bersungguh-sungguh menjalankan kewajipan saya
kepada tuhan. Berkhidmat untuk Negara dan menolong orang, serta
mematuhi undang-undang brownie.
Undang-undang:
A brownie always obeys and respects her elders.
A brownie always thinks of others before herself.
A brownie always tells the truth.

A brownie is always neat and tidy.


A brownie always plays and works cheerfilly.
Terjemahan:
Brownie sentiasa patuh dan hormat kepada orang yang lebih tua
daripadanya. Brownie sentiasa mengutamakan orang lain daripada diri
sendiri. Brownie sentiasa bercakap benar. Brownie sentiasa kemas dan
bersih. Brownie sentiasa bermain dan bekerja dengan gembira.
Cogankata:
Lend a hand
Terjemahan:
Tolong orang selalu

Thailand

Ditubuhkan pada tahun 1957. Dikenali sebagai Blue bird. Ahli berusia dari 7
hingga 10 tahun. Lencana dipakai pada tali leher.
Persetiaan:
Kapu jow ja patibut na-tee un pueng mee taw chart, sassana, pra mahakasat.
Kapu jow ja chuey luer poo ven took won dogu chapaw kon nai bahn.
Terjemahan:
Saya berjanji akan bersungguh-sungguh menjalankan kewajipan saya kepada
Negara, agama dan maharaja. Saya berjanji akan menolong orang setiap
hari.
Undang-undang:
Nok see far chuey pu tee toe gwa
Nok see far mai tarm jai tuaeng
Terjemahan:
Blue bird mengalah dengan orang tua. Blue bird tidak mengalah dengan diri
sendiri.
Cogankata:
Chuey luer poo uen smer
Terjemahan:
Tolong orang selalu

Brunei

Ditubuhkan pada tahun 1954. Dikenali sebagai brownie. Ahli berusia antara 7
hingga 11 tahun. Lencana dipakai pada tali leher.
Persetiaan:
Saya berjanji dengan sedaya upaya saya,
Taat kepada Allah SWT/tuhan dan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang brownie.
Undang-undang:
Brownie mengutamakan orang lain daripada diri sendiri. Brownie berbuat
kebaikan setiap hari.
Cogankata:
Tolong orang selalu

singapura

itali

Ghana

jepun

hong kong

kuwait

UNDANG-UNDANG JALAN RAYA

Pengenalan
Mangsa jalan raya biasanya terdiri daripada kanakkanak. Mereka mungkin terdiri daripada pejalan
kaki, penumpang kereta, bas atau pembonceng
motosikal.
Kemalangan
jalan
raya
boleh
mengakibatkan pelbagai kecederaan. Di Malaysia,
penunggang
dan
pembonceng
motosikal
merupakan pengguna yang paling ramai menderita
akibat kecederaan dan kematian.
Pencegahan
Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat
daripada kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.
Kereta

Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.

Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi
kanak-kanak. Jangan sesekali berkongsi tali pinggang keselamatan.

Tali pinggang keledar mesti dipakai dengan betul dan selesa secara
silang meliputi bahagian dada sehingga tulang pinggul.

Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak


di tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada
kanak-kanak.

Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya


diletakkan di tempat duduk belakang. Bayi juga perlu diletakkan di tempat
duduk belakang dalam tempat duduk khas.

Gunakan sistem kawalan kunci kereta.

Pejalan kaki

Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah 10


tahun melintas jalan secara bersendirian.

Seboleh-bolehnya gunakan lampu isyarat, ruang pejalan kaki dan


lintasan pejalan kaki.

Sebelum melintas jalan raya, lihat kiri-kanan-kiri terlebih dahulu.

Jangan berlari ketika melintas jalan.

Jangan bermain berhampiran jalan raya.

Jika terdapat lintasan pejalan kaki, jejantas atau jalan bawah tanah,
pengguna sepatutnya tidak dibenarkan melintas jalan sekurangkurangnya 100 meter daripada kawasan tersebut.

Jika ruang pejalan kaki tidak disertakan, gunakan bahagian kanan jalan
melawan arus trafik supaya dapat melihat kenderaan dihadapan.

Pakai pakaian yang cerah atau terang pada waktu malam supaya
dapat dilihat oleh pemandu yang lain.

Penumpang bas

Jangan tunggu bas berhampiran lalu lintas.

Tunggu sehingga bas berhenti sebelum menaiki bas.

Berhati-hati ketika menaiki tangga bas.

Pastikan bas berhenti sebelum turun dari bas.

Berhati-hati semasa turun dari bas.

Selepas turun dari bas, jalan ke hadapan bas supaya pemandu bas
dapat melihat anda.

Pastikan anda berada jauh daripada bahagian belakang bas sepanjang


masa.

Penunggang Motosikal

Elakkan membawa kanak-kanak semasa


menunggang motosikal. Gunakan kaedah
pemanduan yang selamat.

Penunggang basikal

Pastikan basikal dalam keadaan baik.

Gunakan topi keledar basikal jika kanak-kanak yang menunggang.

CARA MENJAGA KEBERSIHAN


DIRI

BERPELUK TUBUH

BERSILANG KAKI

BERDIRI

DUDUK

SKIP DENGAN TALI

MELEMPAR BOLA KE DINDING

MENYAMBUT BOLA

ENAM JENIS DAUN

HORMAT BESAR
Upacara ini adalah satu upacara khas untuk menyambut, mengalu-alukan
atau memberi tahniah kepada orang seperti:
Pesuruhjaya dan pemimpin, ahli baru yang telah dilantik dan Pandu Puteri
Tunas yang mendapat lencana-lencana lain.

Cara:
Dimulakan dengan lingkungan Pandu Puteri Tunas.
Semua Pandu Puteri Tunas berdiri dalam lingkungan dengan tangan dalam
keadaan kuntum bunga tertutup.
Tetamu khas akan didiringi oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri Tunas dan
dibawa ke dalam lingkungan besar.
Selepas tetamu khas di bawa ke tengah lingkungan, Semua Pandu Puteri
Tunas akan beraksi seperti bunga berkembang besar.
Kemudian semua bertepuk tangan di atas bahu sebelah kiri sebanyak empat
kali dan mengucapkan selamat datang.
Kemudian semua bertepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak
empat kali dan mengucapkan selamat datang.
Selepas itu, semua berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil
tersenyum.

REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya, saya dapat menyiapkan Lencana Calit Emas ini dengan sempurna.
Pengalaman menyiapkan buku log ini telah memberikan saya banyak ilmu
pengetahuan tentang Brownie dari pelbagai Negara. Selain belajar beberapa
ikatan mudah, saya juga mempelajari tentang ilmu di jalan raya. Pengalaman

ini telah menjadikan saya seorang yang berpengetahuan dan rajin. Maklumat
yang telah saya dapat akan saya guna sebagai panduan dalam kehidupan
pada masa depan.
Segala susah payah dalam menyiapkan tugasan ini akan menjadi kenangan
manis yang tak dapat saya lupakan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada siti setia, kakak setia dan rakan-rakan yang telah
banyak membantu bagi menyiapkan tugasan ini.
Sekian. Terima kasih.

LENCANA KECEKAPAN
PENGUMPUL

LENCANA KECEKAPAN
AHLI RUMAH TANGGA

LENCANA KECEKAPAN
JURUMASAK

You might also like