You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

BICARA PROFESIONAL & MAJLIS PELANCARAN


THE FUTURE IS STEM | CARVING THE PATH OF STEM WAR ROOM

1.0 PENGENALAN
Bilik STEM Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid dikenali sebagai STEM War Room.
Bermula Januari 2021, jawatan kuasa Bilik STEM telah memulakan gerak kerja bagi
menyediakan alternatif bagi mengatasi kekangan kekurangan tempat untuk menyediakan
makmal Sains dan Komputer.

Sehingga Mac 2021 Bilik STEM telah hampir siap dan jawatankuasa Bilik STEM
mencadangkan untuk mengadakan sesi bicara profesional untuk memberikan pendedahan
tentang masa depan Pendidikan STEM dalam kalangan warga pendidik di PPD Baram dan
seterusnya merasmikan STEM War Room Kebangsaan Dato Sharif Hamid. Pihak sekolah
juga akan bekerjasama dengan CHUMBAKA dan PPD Baram untuk bersama-sama
menjayakan majlis ini.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Jawatan kuasa Bilik STEM bercadang untuk menjemput Dr. Ihsan Ismail, Ketua Pusat
STEM Negara untuk merasmikan Bilik STEM. Kerajaan Negeri Sarawak masih lagi menguat
kuasa peraturan wajib kuarantin 14 hari kepada mana-mana individu dari luar Negeri
Sarawak yang ingin memasuki negeri Sarawak.

3.0 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH


Bagi menyelesaikan masalah untuk menjemput Dr. Ihsan Ismail, jawatan kuasa
mencadangkan majlis ini dijalankan secara bersemuka dan dalam talian. Peserta
bersemuka hanya melibatkan beberapa orang tetamu sahaja dengan mematuhi S.O.P dan
Dr. Ihsan akan merasmikan secara langsung dan ia boleh ditonton oleh orang ramai melalui
live YouTube.

4.0 OBJEKTIF MAJLIS PERASMIAN


(a) Mempromosikan STEM War Room Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid.
(b) Menyebarkan maklumat mengenai Pendidikan STEM di sekolah di PPD Baram.
(c) Mewujudkan jalinan dan jaringan bersama pihak luar terutamanya dari Pusat STEM
Negara dan sekolah-sekolah di sekitar PPD Baram.

5.0 CADANGAN TETAMU


Berikut merupakan cadangan tetamu jemputan ke majlis perasmian Bilik STEM.
Bil Nama Catatan

1 Dr. Ihsan Ismail Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat


STEM Negara

2 En. Matthew Laing Ngau KPPD

3 En.Hailmi Bin Abdul Mutalib Guru Cemerlang Sains

4 Pn. Yasmin Noorul Amin Guru Cemerlang Kimia

5 Pn. Anuthra Sirisena Tenom Innovation Centre

6 En. Abdul Rahman Abdul Bashah SMK Jenjarom

7 Pn.Haslina Malek Chumbaka

8 Wakil Sarawak Digital Economy


Corporation Berhad (SDEC)

9 Guru Besar dan Pengetua PPD Baram

10 Ismail Bin Hamid YDP PIBG

6.0 CADANGAN PROGRAM TENTATIF


Tarikh : 22 April 2021
Hari : Khamis
Tempat : Makmal Komputer
Masa Acara
2:00 p.m. Ketibaan tetamu ke SK Dato Sharif Hamid
PPD
Guru Besar dan GPK
Pengetua SMK Marudi dan SMK Telang Usan

2:15 p.m. Lagu Negaraku


Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan PPD
Perkongsian Tetamu Live
STEM dari Bilik Darjah
- Cikgu Hailmi (SMK Jerlun)
- Cikgu Yasmin (SMK La Salle)
Pembangunan STEM | Peranan Komuniti
- Cikgu Rahman (SMK Jenjarom)
- Cikgu Anuthra (SMJK Chung Hwa Tenom)
Sokongan Social Enterprise
- Puan Haslina (Wakil Chumbaka)
- Wakil SDEC
Ucapan Perasmi Dr. Ihsan bin Ismail (Pusat STEM Negara)

Tayangan Video

Lagu Ibu Pertiwi


Lagu Fly Kenyalang Fly High

4:00 p.m. Majlis Bersurai


7.0 JAWATANKUASA TERTINGGI PROGRAM
Penaung : Badrol Bin Seri
Penasihat 1 : Hajijah binti Dollah
Penasihat 2 : Sharifah Mahani binti Wan Bujang
Penasihat 3 : Rokimin bin Imah

8.0 JAWATANKUASA PENYELARAS DAN BIDANG TUGAS


Bil Jawatankuasa Nama/Wakil Tugas

1 Jawatan kuasa Guru Besar dan Semua (a) Menjadi penasihat bagi pelaksanaan
Tertinggi GPK program dan protokol.

2 Penyelaras Muhammad Saffuan (a) Membentangkan draf kertas kerja


bin Jaffar perasmian.
Tang Hooi Joo (b) Memastikan semua jawatan kuasa
(PPD Baram) melaksanakan tugas sehingga hari
Puan Haslina majlis.
(Chumbaka) (c) Memastikan persediaan Hos
StreamYard dan menjalankan run test.

3 Hos StreamYard Chumbaka (a) Menyediakan platform dalam talian


(b) Link majlis diberikan kepada
penyelaras.
(c) Que aturcara majlis secara dalam
talian.
(d) Berhubung dengan tetamu jemputan di
platform dalam talian.

4 Pengacara Majlis Chumbaka (a) Menjadi pengacara majlis.


Cikgu Aina (b) Memastikan majlis berjalan dengan
Cikgu Rabiah lancar mengikut que.
(c) Menyediakan teks pengacara majlis.

5 Persiapan Guru Subjek STEM (a) menyediakan tempat majlis mengikut


Tempat Ustaz Azlan ketetapan SOP.
Cikgu Hanif (b) menyusun kerusi VIP, guru dan
Cikgu Norfadilla tetamu.
Cikgu Anita (c) memastikan tetamu mematuhi SOP
Cikgu Sharifah Siot (d) melengkapkan Bilik STEM.

6 Teknikal & Media Cikgu Kamri (a) Menyediakan kamera untuk live di
Ustaz Fahmi SKDSH.
Ustazah Mauliza (b) ucapan KPPD (Rakaman backup)
(c) Bacaan Doa
(d) Berhubung dengan Hos StreamYard

7 Bacaan Doa Ustaz Maarof (a) Menyediakan teks bacaan doa sesuai
Ustaz Ridhwan dengan majlis.
(b) Membaca doa semasa majlis
berlangsung (live/rakaman).

8 Gimik Pelancaran Ustaz Fahmi (a) Menyediakan video gimik.


Cikgu Ngu (b) Video gimik diserahkan kepada Hos
Puan Amirah StreamYard.
(c) Menyediakan hiasan Buku Pelawat
dan design tanda tangan gimik.

9 Dokumentasi Ustazah Nurimah (a) Mengambil gambar semasa majlis


Cikgu Nalia berlangsung.
Cikgu Farah (b) Menyediakan laporan.
Cikgu Cynthia (c) Menyediakan Sijil Penghargaan
Cikgu Izzah kepada jawatan kuasa.

10 Risalah Cikgu Aimi (a) Menyediakan risalah/poster


Buku Cikgu Hajijah (b) Risalah Anyflip
Program/Poster Cikgu Rebecca (c) Hebahan di media sosial
Cikgu Sharifah Hanifah

11 Hubungan Luar Cikgu Rabi’atul (a) Berhubung dengan jawatan kuasa


Cikgu Mary tertinggi bagi format/isi kandungan
Cikgu Cindy surat jemputan.
(b) Menyediakan surat kepada tetamu
jemputan.

9.0 JADUAL GERAK KERJA


Tarikh 5 - 9 April 12 - 16 April 19 - 21 April 22 April

Bicara Profesional
Teks Pengacara & Majlis
Membentang Pelancaran
kertas kerja Run test live The Future Is
(Penyelaras) (Hos Stream Yard, Teknikal dan STEM | Carving
Media)
The Path Of
STEM War Room

Pembentangan di Sijil Penghargaan


PPD AJK
Gerak Kerja (Penyelaras) Persiapan tempat (JK Dokumentasi)
(JK Persiapan Tempat)
Mesyuarat
Jawatankuasa
(Penyelaras)

Video Penyediaan
(Gimik Pelancaran) Laporan
(JK Dokumentasi)
Iklan dan Promosi
(JK Risalah)

Hantar Surat Kebenaran dan Surat sudah


Surat Jemputan diterima
(Hubungan Luar & Penyelaras)

10.0 PENUTUP
Semoga majlis perasmian STEM War Room ini menjadi pemangkin pembangunan
pendidikan STEM yang berterusan di daerah Baram. Inspirasi daripada kata-kata Martin
Luther King Jr. “If I cannot do great things, I can do small things in a great way”
Disediakan oleh:

………………………………………
(MUHAMMAD SAFFUAN BIN JAFFAR)
Penyelaras Bicara Profesional Dan Majlis Pelancaran
‘The Future Is STEM | Carving The Path Of STEM War Room’
Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid

HOSTING LIVE STREAM SESSION

PERSEDIAAN PERALATAN

1. Laptop/PC
2. LCD (Extended screen)
3. Hardwire (ethernet)
4. Mixer USB
5. Webcam
6. Browser (Chrome)

PERANAN NAMA TUGAS

HOST 1 Wakil 1. Que urutan peserta jemputan secara live;


Chumbaka/
(a) Cikgu Hailmi (SMK Jerlun)
(b) Cikgu Yasmin (SMK La Salle)
(c) Cikgu Rahman (SMK Jenjarom)
(d) Cikgu Anuthra (SMJK Chung Hwa
Tenom)
(e) Puan Haslina (Wakil Chumbaka)
(f) Wakil SDEC
(g) Dr Ihsan Ismail

2. Paparkan live chat peserta

HOST 2 Cikgu Kamri Setup sound system

Ustaz Fahmi

You might also like