You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR

BEDONG KEDAH
_________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN


BIL 2/ 2019
Tarikh : 17 Mac 2019

Masa : 12.45 tengahari

Tempat : Bilik Transformasi

KEHADIRAN:

1. Pn Rosida binti Rashid - Guru Besar


2. Pn. Ruhaiza binti Ismail - PK Pentadbiran
3. Pn. Norhafizah binti Ajlan - PK HEM
4. Pn. Mohamad Hafizan bin Ghazali - PK Kokurikulum/ Pegawai Aset
5. Pn Rujiah binti Idris - Pegawai Stor (Pejabat)
6. En. Mahadi bin Mohamad - Pegawai Pemeriksa
7. En. Muhammad Yusof Farhan bin Ahmad Hilme - Lembaga Pemeriks Pelupusan/Stor
Sukan
8. En. Nurkhairi bin Mohd Shukri - Pegawai Pemeriksa
9. En. Sofian bin Shuib - Lembaga Pemeriksa Pelupusan
10.Pn. Noraini binti Abu Seman - Guru Pra Sekolah
11.Pn. Salma binti Abu Bakar - Bilik Guru
12. En. Nurkhairi bin Mohd Shukri - Makmal ICT
13. Pn. Zimmah binti Nasir - Bilik Kesenian
14. En Mohd Faisal bin Mahmud - Bilik RBT & Transformasi
15. Pn. Noor’ain binti Salam - Pusat Sumber Sekolah
16. En. Mohd Hairizan b. Yusop - Bilik Kaunseling
17. Pn. Nadzirah binti Mohd Said - Surau
18. En. Shuib bin Saad - Bilik 3K
19.En. Mahadi bin Mohamad - Bilik SPBT
20. Pn. Faudziyah binti Ibrahim - Bilik Pemulihan
21. Pn. Jaliliyah binti Kadir - Makmal Sains
22. Pn. Yasmin bin Hassan - Bendahari PIBG
23. Pn. Munirah binti Mahmud - Juruteknik Komputer
24. Pn. Noorazlina binti Md Radzi - Pembantu Tadbir
25. Pn. Norhasliza binti Mat San - Pembantu Operasi
26. Pn. Harison binti Haron - Pembantu Pengurusan Murid

1. UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK
ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Ke-2 Bil. 2/2019.

2. MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat dibentangkan oleh Setiausaha En Mohamad Hafizan bin Ghazali dan
disokong sebulat suara.
3. PELAPORAN ASET

3.1 Aset Semasa


Unit Aset dalam proses mengenal pasti dan melengkapkan senarai aset alih kerajaan
yang tidak mempunyai punca maklumat untuk tindakan pendokumentasian dan
tindakan pelupusan sekiranya perlu. Senarai ini perlu diselesaikan pada atau sebelum
26 Jun 2019.

Tinadakan : Pegawai Aset

3.2 Pendaftaran Aset


KEW-PA2 & KEW-PA3 telah lengkap diisi dengan maklumat harga mengikut
nilaian semasa.
Makluman

3.3 KEW.PA-4 dan 5


Tindakan menyelaraskan jenis aset dan mencetak semula KEW.PA-4 dan 5 sedang
dilakukan. Ruang yang masih belum mempunyai KEW.PA-4 dan 5 telah dikenal
pasti dan dalam tindakan. Unit Aset perlu menyelesaikan perkara ini segera.

Tindakan : Pegawai Aset

3.4 Aset Sumbangan


‘Surat Akuan Penyumbang’ bagi aset sumbangan perlu dilengkapkan semasa
penerimaan aset sumbangan berkenaan. Bagi penerimaan sumbangan koleksi, mohon
Ketua Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi membuat pindaan yang
sesuai bagi ‘Surat Akaun Penyumbang’ dan emailkan ‘Surat Akaun Penyumbang’
berkenaan kepada pemantau untuk diguna pakai.

Tindakan : Penerima Aset

3.5 Pengurusan Stor


Unit Aset & Senggara perlu melengkapkan maklumat perolehan semua stok bekalan
pejabat yang terdapat di Pejabat. Mohon diselesaikan perkara ini.

Tindakan : Pegawai Stor

4. MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Penerimaan Aset Alih Januari-Disember 2019.


Rujuk lampiran

4.2 Pendaftaran Aset


Unit Aset telah menerima 1 perolehan Harta Modal dan 12 perolehan inventori.
Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3.
Tindakan susulan Unit Aset ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di Bahagian/Unit
yang menerima aset berkenaan.

4.3 Selenggara Aset


Unit Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang aduan
kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Aset tiada menerima aduan kerosakan
dari kakitangan.

4.4 Kehilangan Dan Hapus Kira


Tiada kehilangan terkini aset alih dilaporkan.

5. LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

Tiada

6. LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

Satu mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan bagi memutuskan Kuasa Melulus bagi
tindakan pelupusan dan hapus kira jabatan.
Makluman

7. LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB


Tiada.
Makluman

8. MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH


KERAJAAN

Semua masalah aset alih dan stok bekalan pejabat telah dibincangkan dan dalam proses
tindakan.
Makluman

9. HAL-HAL LAIN

9.1 KEW-PA2 & KEW-PA3


JK akan mengambil semula KEW-PA2 dan KEW-PA3 dari semua unit. Mohon
kerjasama pemantau untuk mengumpulkan KEW-PA2 & KEW-PA3 dan diserahkan
kepada Unit Aset Dan Senggara pada atau sebelum 26 Jun 2019.

Tindakan : Semua Pegawai Pemeriksa

9.3 Carta Alir Kerosakan Aset Alih Kerajaan


Borang Kerosakan akan dihantar pada Ketua Jabatan untuk mendapat pengesahan
dan akan diserahkan untuk tindakan susulan.
Makluman

9.4 Pergerakan Aset Alih Kerajaan


Setiap pergerakan aset alih kerajaan di bilik-bilik khas perlu direkodkan kepada Unit
Aset untuk tujuan pemantauan.
Makluman : Semua Pegawai/Pemantau

9.5 Kehilangan Dan Hapus kira


Tiada laporan

Makluman
9.6 Agihan Stok Bekalan Pejabat
Mesyuarat bersetuju agar agihan stok bekalan pejabat dilakukan 2 kali seminggu iaitu
pada setiap hari Selasa dan Khamis.
Makluman

9.7 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset


Semua dokumen KEW PA 1 hingga KEW PA 5 perlu disimpan dalam fail kulit keras
dan disimpan dalam kabinet berkunci di Unit Aset. Unit Aset akan menyimpan daftar
asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan
unit yang terlibat dengan penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan
maklumat aset tersebut bagi memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.
Tindakan : Pegawai Stor

9.8 Penempatan Aset


Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar
pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu
dilaporkan kepada Unit Aset Sekolah.
Makluman

9.9 Pelabelan Aset


Unit Aset perlu membuat semakan label kepada semua aset jabatan dan mengambil
tindakan melabel kepada aset yang masih belum dilabel. Ini bertujuan untuk
memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset.
Tindakan : Unit Aset

9.10 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset
perlu diberikan penerangan secara khusus berkaitan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5
Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak
langsung dapat memperbaiki kelemahan semasa menguruskan aset jabatan. Unit Aset
dipohon untuk mendapatkan kelulusan taklimat ini daripada Guru Besar.

Tindakan : Unit Aset

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada
jam 1.30 ptg.

Minit disediakan oleh,

(MOHAMAD HAFIZAN BIN GHAZALI)


Setiausaha
Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK)

Disahkan oleh,

(ROSIDA BINTI RASHID)


Guru Besar
SK Jalan Semenyih 2, Kajang.

You might also like