You are on page 1of 4

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2022

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2022


BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT
10 & 11 OGOS 2022

PERATURAN PERTANDINGAN GOLF MSSS 2022

1. PERATURAN AM

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang ’The Rules of Golf and
the Rules of Amateur Status’ dan ’Local Rules’ serta Peraturan Khas Teknikal Golf
MSSS yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Teknikal PTPS Golf MSSS 2022

2. PENGELOLA PERTANDINGAN

Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS)


Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Selangor

3. TEMPAT PERTANDINGAN

Bukit Beruntung Golf & Country Resort

4. TARIKH PERTANDINGAN

4.1. 10 Ogos 2022 (Rabu) : Pusingan Awal (Semua Kategori)


4.2. 11 Ogos 2022 (Khamis) : Pusingan Akhir (Semua Kategori)
4.3. Masa Pendaftaran : 6.45 pagi Tutup Pendaftaran : 7.45 pagi

5. ACARA-ACARA PERTANDINGAN

5.1. Acara ‘A’ : Kejohanan Perseorangan Bawah 18 Tahun Lelaki (Gross)


Pemenang : Peserta yang membuat pukulan Gross terendah

5.2. Acara ‘B’ : Kejohanan Perseorangan Bawah 15 Tahun Lelaki (Gross)


Pemenang : Peserta yang membuat pukulan Gross terendah

5.3. Acara ‘C’ : Kejohanan Perseorangan Bawah 12 Tahun Lelaki (Gross)


Pemenang : Peserta yang membuat pukulan Gross terendah.

5.4. Acara ‘F’ : Kejohanan Perseorangan Bawah 18 Tahun Perempuan (Gross)


Pemenang : Peserta yang membuat pukulan Gross terendah.

5.5. Acara ‘G’ : Kejohanan Perseorangan Bawah 15 Tahun Perempuan (Gross)


Pemenang : Peserta yang membuat pukulan Gross terendah.

5.6. Acara ‘H’ : Kejohanan Perseorangan Bawah 12 Tahun Perempuan (Gross)


Pemenang : Peserta yang membuat pukulan Gross terendah

MSS SELANGOR 2022


1
KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2022

6. PENYERTAAN

6.1. Penyertaan adalah terbuka kepada murid-murid lelaki dan perempuan rakyat
Malaysia:
6.2. Murid bukan warganegara dibenarkan bermain berdasarkan Peraturan AM
MSSM pada perkara 3.1.1.3
6.3. Bersekolah di Negeri Selangor sahaja
6.4. Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
dan Ahli Gabungan MSS Selangor
6.5. Kategori Umur Pertandingan Lelaki dan Perempuan :
6.5.1. Bawah 18 tahun (lahir pada 1/1/2004 atau selepasnya)
6.5.2. Bawah 15 tahun (lahir pada 1/1/2007 atau selepasnya)
6.5.3. Bawah 12 tahun (lahir pada 1/1/2010 atau selepasnya)
6.6. Murid-murid hanya dibenarkan bertanding dalam SATU peringkat umur sahaja.

7. BORANG PENYERTAAN

7.1. Permohonan menyertai kejohanan ini hendaklah dibuat melalui Borang


Penyertaan MSSM M01 dan M02 bagi sekolah menengah, dan MSSM R01 dan
R02 bagi sekolah rendah serta Borang Perakuan Kesihatan.
7.2. Borang hendaklah DISAHKAN oleh Pengetua / Guru Besar.
7.3. Peserta perlu mengemukakan salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran.
7.4. Borang M01 / R01 yang telah lengkap, hendaklah dihantar kepada Pengerusi
Teknik Golf Daerah masing-masing sebelum atau pada 31 JULAI 2022.
7.5. Pengerusi Teknik Golf Daerah/ Pengurus Pasukan hendaklah mengisi link
pendaftaran awal : https://mylink.la/kejohanangolfmsss2022 selewat-lewatnya
pada 01 OGOS 2022.
7.6. PTPS Golf Daerah/ Pengurus Pasukan hendaklah menyerahkan dokumen
berikut semasa pendaftaran pada hari kejohanan iaitu :
(1) Borang Pendaftaran Pasukan MSSM R02/ M02
(2) Borang Pendaftaran Individu MSSM R01/ M01
(3) Salinan Kad Pengenalan/ MyKid/ Surat Beranak
(4) Borang Perakuan Kesihatan
(5) Surat/ Akuan Ahli Gabungan MSSS (untuk sekolah swasta sahaja)
* Masukkan ke dalam sampul surat dilabel nama derah dan nama
pengurus pasukan serta no. hp untuk dihubungi.

8. CORAK PERTANDINGAN

8.1. Pertandingan dijalankan cara kiraan pukulan (stroke play).


8.2. Pertandingan dijalankan selama DUA HARI (tidak termasuk Pusingan
Kelayakan dan Penyesuaian Padang) seperti berikut :
8.2.1. Hari Pertama : Pusingan Awal bagi semua kategori
8.2.2. Hari Kedua : Peringkat Akhir bagi semua kategori
8.3. Pemenang dikira jumlah skor dua hari pertandingan.

MSS SELANGOR 2022


2
KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2022

9. ATURAN PERTANDINGAN

9.1. Giliran bertanding akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.2. Peserta hendaklah mempunyai guru pengiring. Guru pengiring dikehendaki


berhubung dengan PTPS Golf Daerah masing-masing bagi urusan pendaftaran
pemain hari pertandingan.

9.3. Peserta mesti melaporkan kepada Pegawai Pelepas (starter) 10 minit


sebelum ’tee-off’.

9.4. Peserta yang lewat iaitu selepas masa pendaftaran ditutup pada pukul 7:45
pagi, tidak dibenarkan bertanding.

9.5. Peserta yang telah mendaftar tetapi lewat untuk permulaan di ’tee off’ akan
didenda 2 pukulan (stroke)

9.6. Setiap peserta dikehendaki memakai pakaian sukan golf yang sesuai.

9.7. Jawatankuasa Pengelola berhak membuat keputusan atas apa jua aspek
pertandingan dan keputusan adalah muktamad.

9.8. Keputusan seri :


9.8.1. Dalam semua keputusan, penentuan dibuat mengikut pengiraan ke
belakang (OCB).
9.8.2. Peserta yang membuat ’NR’ dikira batal penyertaan

9.9. ‘Tee box’ : Biru - Lelaki 18 tahun dan ke bawah


- Lelaki 15 tahun dan ke bawah
Merah - Lelaki 12 tahun dan ke bawah
- Perempuan semua kategori

10. HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN

10.1. Hadiah : Tempat Pertama hingga Kelapan


10.1.1. Perseorangan Lelaki 18 Tahun dan Ke Bawah (Gross)
1 emas, 1 perak, 6 gangsa
10.1.2. Perseorangan Lelaki 15 Tahun dan Ke Bawah (Gross)
1 emas, 1 perak, 6 gangsa
10.1.3. Perseorangan Lelaki 12 Tahun dan Ke Bawah (Gross)
1 emas, 1 perak, 6 gangsa
10.1.4. Perseorangan Perempuan 18 Tahun dan Ke Bawah (Gross)
1 emas,1 perak, 6 gangsa
10.1.5. Perseorangan Perempuan 15 Tahun dan Ke Bawah (Gross)
1 emas, 1 perak, 6 gangsa
10.1.6. Perseorangan Perempuan 12 Tahun dan Ke Bawah (Gross)
1 emas, 1 perak, 6 gangsa

10.2. Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua pemain yang mengambil
bahagian. Sijil Pencapaian pula akan diberikan kepada pemenang mengikut
pencapaian.
11. BANTAHAN

MSS SELANGOR 2022


3
KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2022

11.1. Sekiranya ada bantahan, hanya PTPS Golf Daerah / Pengurus Pasukan
dibenarkan mengambil tindakan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan
disertakan dengan wang pertaruhan berjumlah RM 200.00 tunai.

11.2. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati
tidak berasas.

11.3. Setiap bantahan hendaklah dihantarkan kepada Pengerusi Jawatankuasa


Pengelola dalam tempoh 30 MINIT selepas keputusan terakhir dikeluarkan.

12. JURI RAYUAN / TATATERTIB

12.1. Perlantikan juri rayuan adalah seperti yang diamalkan oleh Majlis Sukan
Sekolah Malaysia iaitu :
(1) Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakil / PPD
(2) Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana atau wakil / Sekolah Pengelola
(3) PTPS Golf (M) MSSS
(4) PTPS Golf (R) MSSS
(5) PTPS Golf MSSD Pengelola
(6) Referi Kejohanan
(7) Seorang wakil PTPS Golf MSSD berkecuali

12.2. Juri rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam setelah menerima laporan
seterusnya membuat keputusan.

12.3. Semua keputusan akan dibuat oleh juri rayuan adalah muktamad.

13. PEMILIHAN PESERTA YANG AKAN MEWAKILI MSSS KE KEJOHANAN MSSM

Pemenang tempat Pertama dan Kedua bagi Dua (2) hari pertandingan setiap
kategori akan mewakili MSS Selangor ke Kejohanan Golf MSSM. Walau bagaimana
pun, dalam keadaan tertentu, pemilihan peserta ke peringkat MSSM tertakluk
kepada jawatankuasa pemilih yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola dan
MSSS. Keputusan Jawatankuasa Pemilih adalah muktamad.

14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN SEKIRANYA BERLAKU

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah berhak memberi keputusan dan


segala keputusan adalah muktamad.

JAWATANKUASA PENGELOLA
KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2022
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR

MSS SELANGOR 2022


4

You might also like