You are on page 1of 7

PEJABAT PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI JOHOR

No. Rujukan : JR/3/4 JILID 1(323)


Tarikh : 27 Julai 2023
Pengerusi
Koperasi Anggota ANGKASA Negeri Johor

Tuan/Puan,

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2023 KATEGORI KOPERASI DEWASA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa ANGKASA Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Sukan
Boules Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor bercadang menganjurkan Kejohanan Petanque
ANGKASA Peringkat Negeri Johor 2023 Kategori Lelaki & Wanita. Butiran mengenai kejohanan adalah
seperti ketetapan yang berikut: -

Tarikh : 10 September 2023 (Ahad)


➢ Pusingan Awal, Suku, Separuh, Peringkat Akhir

Tempat : Gelanggang Petanque Arena Emas,


Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor

Yuran : RM50.00/pasukan

Penyertaan : Terbuka kepada semua koperasi anggota ANGKASA Negeri Johor

3. Untuk makluman tuan, makan minum dan sijil penyertaan disediakan oleh pihak penganjur
manakala penginapan dan tuntutan perjalanan peserta ditanggung/disediakan oleh koperasi masing-masing.

4. Bersama-sama ini dilampirkan format pertandingan, atur cara dan borang pengesahan kehadiran
untuk rujukan dan tindakan pihak tuan. Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada Urusetia ANGKASA
Negeri Johor sebelum atau pada 30 Ogos 2023 (Rabu) melalui emel : jpn_johor@angkasa.coop. Sila hubungi
pihak Urusetia Kejohanan di talian : 07-2844457 bagi pengesahan penerimaan borang penyertaan.

5. Kerjasama danpersetujuan tuan dalam perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

“SADIK, AMANAH, TELUS”

Yang benar,

HAJI SAZALI ABD HAMID


Pengerusi
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Johor
Updated : 26 Julai 2023

FORMAT DAN PERATURAN


KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI JOHOR
TAHUN 2023
KATEGORI SEKOLAH & DEWASA

1. NAMA:

Pertandingan ini dinamakan KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA


PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023

2. PENGELOLAAN:
2.1 Kejohanan ini dikelolakan oleh ANGKASA Negeri Johor.

2.2 Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Persatuan


Sukan Boules Negeri Johor

3 PERATURAN :

Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Fédération Internationale de Pétanque et


Jeu Provençal (F.I.P.J.P)

4 KATEGORI:
4.1 (Dua) 2 kategori dipertandingkan iaitu:

i. Sekolah (Lelaki & Perempuan)


ii. Dewasa (Lelaki & Wanita)

4.2 Peringkat Akhir

i. 16 pasukan lelaki dan 16 pasukan perempuan


(Kategori Sekolah)
ii. 8 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan
(Kategori Dewasa)
5 PENDAFTARAN PASUKAN :

5.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar 3 pemain sahaja dan 1 Guru
Pembimbing (Koperasi Sekolah)

5.2 Pemain simpanan tidak dibenarkan

5.3 Sebarang gantian pemain tidak dibenarkan selepas pertandingan dengan rasmi
dimulakan.

5.4 Pertandingan adalah antara pasukan Koperasi Ahli ANGKASA sahaja.

5.5 Borang Penyertaan perlu diisi dan dihantar kepada JPAN sebelum tarikh tutup
dan perlu mendapat cop beserta tanda tangan pengesahan / kelulusan dari
Koperasi yang diwakili.

5.6 Hanya pemain yang didaftarkan sahaja boleh menyertai kejohanan ini.

5.7 Had umur bagi Kategori Sekolah dan Kategori Dewasa adalah seperti berikut:

Kategori /
Lelaki Perempuan
Jantina
• 13 tahun – 17 tahun
Kategori • Tingkatan 6 Bawah & Tingkatan 6 Atas
Sekolah • Pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

• 20 Tahun dan ke atas


Kategori
• Pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
Dewasa

6 SYARAT KHAS PEMAIN :

6.1 Peserta mestilah daripada anggota/kakitangan koperasi Ahli


ANGKASA sahaja.

6.2 Pemain dan bekas pemain kebangsaan yang mewakili Malaysia (Piala
Dunia, Kejohanan Asia Championship, Sukan SEA) bermula tahun 2019
hingga tahun 2023 tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

7 SISTEM PERTANDINGAN :

7.1 Pertandingan Pusingan Awal akan dijalankan secara Liga Berkumpulan.


Bagi Kategori Sekolah, format Kalah Mati akan bermula pada Pusingan
Terbaik 32 dan seterusnya. Bagi Kategori Dewasa pula, Pusingan Suku
Akhir dan seterusnya akan diadakan secara Kalah Mati.

7.2 Penentuan keputusan perlawanan adalah berdasarkan kepada kaedah


penentuan permainan bermasa (30 minit) atau kaedah penentuan mata
penuh (13 mata) atau gabungan kedua-duanya merujuk kepada mana
yang terdahulu.
7.3 Setelah masa permainan tamat, END yang sedang berlamgsung perlu
diselesaikan. Tambahan satu END penentu akan diberikan sekiranya
mata di antara kedua-dua pasukan terikat.

7.4 Adalah menjadi tanggungjawab peserta atau pasukan untuk


mengesahkan keputusan perlawanan dengan menurunkan tandatangan
di atas borang markah keputusan perlawanan.

Kategori Pusingan Pusingan Separuh


Suku Akhir Akhir
Awal Kedua Akhir
Liga Liga Kalah Mati
Koperasi
Berkumpulan Berkumpulan (1 Jam)
Sekolah
(30 minit) (1 Jam)
Liga Liga Kalah Mati
Koperasi
Berkumpulan Berkumpulan (1 Jam)
Dewasa
(30 minit) (1 Jam)
Peringkat Liga Liga Kalah Mati Kalah Mati Kalah Mati
Akhir Berkumpulan Berkumpulan (1 Jam) (1 Jam) (1 Jam)
(1 jam) (1 Jam)

7.5 Penentuan pemenang ke peringkat suku akhir:

i. Johan dan Naib Johan dalam kumpulan

ii. Penentuan dikira daripada susunan berikut:


a. Skor mata tertinggi
b. Jika terdapat 3 (tiga) atau lebih pasukan mendapat mata
yang sama, maka margin akan di ambil kira.
c. Jika terdapat 2 (dua) pasukan yang mendapat mata yang
sama, maka kaedah HEAD-TO-HEAD (H2H) digunapakai.

8 BOLA PETANQUE:

8.1 Boules dan jack yang diterima oleh penganjur dan juga diiktiraf oleh
Fédération Internationale de Pétanque et Jeu Provençal (F.I.P.J.P)
sahaja yang boleh digunakan untuk pertandingan.

8.2 Setiap pasukan perlu menyediakan boule pasukan masing-masing.

8.3 Pasukan yang menggunakan boule yang lain selain yang dibenarkan
boleh mengakibatkan keputusan perlawanan tersebut tidak disahkan
dan pengajur berhak membatalkan penyertaan pasukan.

9 PAKAIAN PERTANDINGAN:

9.1 Semua pemain dalam satu pasukan hendaklah berpakaian seragam serta
sopan, berseluar slack casual atau track bottom panjang, berstokin dan
berkasut sukan.

9.2 Pihak penganjur dan jawatankuasa teknikal pertandingan berhak untuk


tidak membenarkan mana-mana peserta bertanding sekiranya tidak
mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan.

10 KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN:

10.1 Semua pemain perlu mendaftar kehadiran semasa sesi pendaftaran


sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual kejohanan.
10.2 semua pemain WAJIB membawa Kad Pengenalan / Dokumen
Pengesahan Diri sebagai dokumen pengesahan pendaftaran sekiranya
diperlukan oleh pihak urusetia kejohanan.

10.3 Pasukan yang gagal hadir ke tempat perlawanan pada tarikh dan masa
yang telah ditetapkan, akan dikenakan denda 1 mata dan diberikan
kepada pihak lawan bagi tempoh 5 minit pertama permainan, dan
seterusnya penambahan denda 1 mata bagi setiap 5 minit berikutnya.
Tiada perlawanan akan diadakan selepas 30 minit kelewatan kehadiran,
dan kemenangan mata penuh diberikan kepada pihak lawan.

11 PENANGGUHAN PERLAWANAN:

Sekiranya Jawatankuasa Teknikal, Urusetia Kejohanan dan Arbiter berpendapat


bahawa gelanggang tidak sesuai, keadaan cuaca buruk, rusuhan atau kerana hal-hal
yang tidak dijangkakan dan perlawanan tidak dapat dimainkan atau diteruskan, maka
perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu hendaklah dilangsungkan pada, tempat
dan masa yang akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Teknikal dan Urusetia
Kejohanan.

12 KEPUTUSAN:

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan penganjur sama ada
Peringkat Negeri / Kebangsaan adalah Muktamad.

13 BANTAHAN:

13.1 Setiap bantahan perlu mengisi borang bantahan yang akan disediakan
oleh penganjur dengan menyertakan bayaran sebanyak RM 500.00
(Ringgit Malaysia: Lima Ratus Shj) sebagai bayaran bantahan.

13.2 Bayaran ini tidak akan dikembalikan jika bantahan DITOLAK


ATUR CARA

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2023


TARIKH : 09 - 10 SEPTEMBER 2023 (SABTU & AHAD)
TEMPAT : GELANGGANG PETANQUE, ARENA EMAS
TAMAN IMPIAN EMAS, 81300 SKUDAI, JOHOR

8.00 pagi – 8.30 pagi Pendaftaran Peserta


(Pasukan yang tiba lewat tidak
dibenarkan bertanding)

8.30 pgi – 9.00 pagi Bacaan Doa

Taklimat Kejohanan

9.00 pai – 1.00 tgh hari Kejohanan berlangsung

1.00 tgh hari – 2.00 petang Rehat/ Makan/ Solat

2.00 petang – 5.30 petang Kejohanan Diteruskan

NOTA: ATURCARA INI TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN


DARI SEMASA KE SEMASA
BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2023

SILA POTONG BAGI YANG TIDAK BERKENAAN

KATEGORI : DEWASA
JANTINA : LELAKI / WANITA

MAKLUMAT PESERTA
(Wajib di isi)
NO.
ANGGOTA
BIL. NAMA NO K/P NO. TELEFON
DALAM
KOPERASI

1.

2.

3.

NAMA KOPERASI :

:
ALAMAT KOPERASI

______________________________________________________________

:
NO.TEL. KOPERASI EMEL :

COP KOPERASI &


:
TANDATANGAN
PENGERUSI

SAYA AKUI SEMUA MAKLUMAT DI ATAS ADALAH BENAR. PIHAK ANGKASA NEGERI JOHOR BERHAK MENOLAK
PENYERTAAN SEKIRANYA DIDAPATI MAKLUMAT DIBERIKAN ADALAH PALSU.

** Sila lengkapkan borang pengesahan kehadiran dan kembalikan selewatnya pada 30 Ogos 2023 (Rabu).

PEJABAT PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI JOHOR


NO. 14-01, JALAN TUN ABDUL RAZAK SUSUR 6, TAMAN SURIA MUAFAKAT 80200 JOHOR BAHRU, JOHOR
NO. TEL : 07-238 4457
NO. FAKS : 07-235 4584
EMEL : jpn_johor@angkasa.coop

You might also like