You are on page 1of 27

PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA

(TEKNIKAL)

PENGENALAN
Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang
mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Pegawai-
pegawai teknikal merupakan mereka yang berperanan penting ketika acara olahraga
berlangsung. Pegawai teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu
acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan sesuatu acara olahraga.

8.1 PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

Sebelum mengendalikan kejohanan jawatankuasa teknikal dan induk perlu menyediakan


satu set peraturan am kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang
menyertainya. Walaupun peraturan am adalah hak mutlak penganjur namun sebagai
penganjur yang beretika kita perlu memastikan peraturan am yang dirangka jelas dan
tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sebaliknya peraturan am yang kita rangka dan
bina bertujuan mengawal perjalanan kejohanan.
Peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undan permainan.
Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang teknikal
yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan
dunia. Sebagai contohnya dalam menganjurkan kejohanan olahraga undang bagi setiap
acara perlulah mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh KESATUAN OLAHRAGA
AMATUR MALAYSIA (KOAM).

8.1.1 Contoh Peraturan Am

Berikut adalah contoh peraturan am yang di ambil dari peraturan Majlis sekolah-sekolah
Malaysia:

1.0 PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan


dijalankan mengikut Undang-Undang KESATUAN OLAHRAGA AMATUR
MALAYSIA (KOAM).
1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut:
1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA.
1.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-
Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)

2.0 TARIKH PERTANDINGAN

09 Sept hingga 12 Sept, 2006


3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Kompleks Sukan Bandar Batu Pahat, Johor.

4.0 PENYERTAAN

4.5 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah dalam daerah Batu Pahat Johor
yang berdaftar dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Batu Pahat.

4.2 Pegawai
Satu (1) orang Pengurus
Dua (2) orang Jurulatih Lelaki
Dua (2) Jurulatih Wanita

4.3 Peserta
4.3.1 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk menyertai tiga (3) acara
perseorangan dan dua (2) acara berpasukan.
4.3.2 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk satu kategori sahaja

5.0 KELAYAKAN PESERTA

5.1 Peserta hendaklah terdiri daripada pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-
sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Batu
Pahat
5.2 Pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM tidak layak
menyertai pertandingan ini
5.3 Mereka yang berdaftar di sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPM/STPM
layak menyertai pertandingan ini dengan syarat mempunyai kedatangan tidak kurang
daripada 75% kehadiran (kiraan bermula sebulan selepas pengumuman keputusan
peperiksaan)
5.4 Peserta di bahagikan kepada enam kategori seperti berikut:

Kategori Syarat

Lelaki 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006

Perempuan 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006

Lelaki 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006

Perempuan 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006

Lelaki 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006

Perempuan 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006
5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad Pengenalan diri,
dan tiga (3) keping gambar berukuran Pasport Antarabangsa bagi setiap peserta
bersama Borang Pendaftaran peserta. Semua peserta yang menggunakan dokumen
pendaftaran JPN 1/9 atau 1/11 mestilah disahkan oleh Pengerusi pertandingan.

5.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran/


semasa taklimat Pengurus Pasukan akan dikenakan Yuran Pendaftaran RM 20.00
seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah
didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua Yuran Pendaftaran peserta
tidak akan dikembalikan.
5.5 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 20.11

6.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN


6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan
pertama dijalankan.
6.2 Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendakimengemukakan senarai nama peserta
beserta dengan Kad Pengenalan atau Dokumen Pendaftaran JPN 1/9atau JPN 1/11
yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah
didaftarkan tidakdibenarkan.
6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah
muktamad.

7.0 ACARA-ACARA
7.1 Pertandingan ini terbahagi kepada acara-acara seperti berikut:-
8.0 SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Bagi ketinggian pagar dalam acara berpagar Lelaki/Wanita akan menggunakan had
ketinggian seperti yang digunakan dalam mana-mana acara olahraga Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia yang telah ditetapkan.
8.2 Bagi berat alat-alatan sukan seperti Peluru, Cakera dan Lembing Lelaki/Wanita dan
acara Baling Tukul Besi juga akan menggunakan kategori berat yang digunakan
dalam mana-mana acara olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia yang
telah ditetapkan.

9.0 MASA MELAPORKAN DIRI

9.1 Acara Balapan


Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 30 minit
sebelum acara-acara mereka bermula.
9.2 Acara Padang
Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 45 minit
sebelum acara-acara mereka bermula.
9.3 Sebarang perubahan atau pindaan mengenai perkara 9.1 dan 9.2 akan dimaklumkan
kelak.

10.0 PENGGANTIAN

10.1 Bagi acara Lari Berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan peserta yang
telah didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama peserta yang mengambil bahagian
hendaklah diserahkan kepada Pegawai bertugas bersama dengan Borang
Penyertaan.
10.2 Seseorang peserta yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil
bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri
dan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.
10.3 Bagi acara (perseorangan) dan berpasukan, peserta yang telah didaftarkan sahaja
yang layak mengambil bahagian. Peserta gantian tidak dibenarkan.

11.0 PEMBATALAN

11.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan
berikutnya, tidak dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut.
11.2 Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada pertandingan
berikutnya kecuali dengan kebenaran daripada Pengadil atau Doktor (jika
kecederaan).

12.0 ABJAD/NOMBOR PESERTA

12.1 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai ABJAD/NOMBOR


yang ditentukan di hadapan dan di belakang badan dan di pin atau dilekatkan dalam
keadaan sempurna iaitu empat pin pada pepenjuru. Hanya peserta-peserta Lompat
Tinggi dan Lompat Bergalah sahaja dibenarkan memakai satu nombor.

13.0 PERALATAN

13.1 Dalam acara Lompat Bergalah, seseorang peserta itu dibenarkan menggunakan
galah sendiri. Semua alat pertandingan termasuk Blok Permulaan (Starting Block)
akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
13.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan galah peserta yang lain kecuali
mendapat kebenaran daripada peserta berkenaan.

14.0 SARINGAN

14.1 Lima (5) Saringan Hanya dua (2) peserta dari setiap saringan dan enam (6) lagi
peserta yang mencatat masa terbaik dari kelima-lima adalah layak memasuki
peringkat Separuh Akhir.
14.2 Empat (4) Saringan Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap saringan dan empat (4) lagi
peserta yang mencatat masa terbaik dari keempat-empat saringan layak memasuki
peringkat Separuh Akhir.
14.3 Tiga (3) Peringkat Separuh Akhir Hanya dua (2) peserta dari setiap separuh akhir
dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari ketiga-tiga
Separuh Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.
14.4 Dua (2) Peringkat Separuh Akhir Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap Separuh Akhir
dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari kedua-dua Separuh
Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.

15.0 PEMBAHAGIAN LORONG

15.1 Semua pembahagian lorong akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan Olahraga.
15.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan diundi untuk menentukan lorong
masing-masing.
15.3 Bagi pusingan berikutnya, maka dua (2) undian akan dibuat seperti berikut:-
15.3.1 Undian pertama adalah untuk empat peserta atau pasukan yang telah
mencatat masa terpantas bagi memutuskan tempat-tempat mereka di lorong
3, 4, 5 dan 6.
15.3.2 Undian kedua adalah untuk empat peserta atau pasukan lain yang telah
melayakkan diri bagi memutuskan tempat mereka di lorong 1, 2, 7 dan 8.
15.4 Peraturan 15 adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan.

16.0 PENGADIL/PEGAWAI PERTANDINGAN

16.1 Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh Kesatuan Olahraga
Amatur Malaysia (KOAM) untuk bertugas di sepanjang berlangsung.
16.2 Keputusan Pegawai Teknikal dalam setiap pertandingan adalah muktamad.

17.0 BANTAHAN/TATATERTIB

17.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja
dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan disertakan
dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00.
17.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak
wajar.
17.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah/Pegawai Pertandingan dalam
masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat. Walau bagaimanapun
semua prosedur atur cara bantahan hendaklah mengikut amalan yang digunakan
oleh KOAM.
18.0 JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB

18.1 Pelantikan Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib dan prosedur atur cara mesyuarat


adalah mengikut yang digunakan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.
18.2 Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat
daripada mana-mana pihak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk
membuat sesuatu keputusan.
18.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

19.0 KAWASAN PERTANDINGAN

19.1 Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta yang


sedang bertanding sahaja dalam acara masing-masing dibenarkan berada dalam
kawasan pertandingan.

20.0 HADIAH-HADIAH

20.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut:


8.2 PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN OLAHRAGA

Ketika anda menjadi pelajar sekolah satu ketika dulu sudah pasti anda pernah menyertai
dan melihat kejohanan olahraga tidak kira sama ada di peringkat sekolah, Majlis Sukan
Sekolah Daerah, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri atau Majlis Sukan Sekolah
Malaysia. Dalam kejohanan ini anda pasti akan dapat melihat pegawai-pegawai yang
bertugas ada antaranya duduk di tangga kayu untuk mencatat nama pemenang lumba lari,
mengukur dan mencatat balingan dan lain-lain lagi. Apakah tugas mereka? Sebenarnya
mereka bertugas sebagai pegawai teknikal kejohanan olahraga. Tahukah anda
kebanyakan pegawai-pegawai ini ialah guru-guru yang telah didedahkan dalam tugas
kepegawaian semenjak di Institusi Perguruan lagi iaitu dalam aktiviti Gerak Kerja Ko
Kurikulum Olahraga atau Kejohanan Olahraga di peringkat Institusi perguruan.

Sebagai seorang guru satu ketika nanti, sudah pasti anda akan di beri tugas sebagai
pegawai teknikal. Keringat semua guru di peringkat sekolah ditagih dalam membantu
urusan mengelola dan mengendalikan kejohanan olahraga peringkat sekolah. Dalam
kejohanan peringkat sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara kebanyakan guru-guru
terlibat sebagai pegawai teknikal. Selain daripada itu terdapat juga guru-guru tertentu
dilantik sebagai pengelola dan pengurus kejohanan. Dari pengalaman yang luas ini tidak
hairanlah sekiranya dalam kejohanan olahraga peringkat kebangsaan seperti SUKMA,
Kejohanan Olahraga Kebangsaan dan lain-lain lagi, kebanyakan guru-guru di beri
penghormatan sebagai pegawainya teknik.

Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang


mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Pegawai-
pegawai teknikal merupakan mereka yang berperanan penting ketika acara olahraga
berlangsung. Pegawai teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu
acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan sesuatu acara olahraga.

Tugas sebagai pegawai teknikal bukan satu tugas yang mudah, mereka yang bertugas
dalam bidang ini perlulah berpengalaman dan berpengetahuan luas. Untuk mendapat
pengiktirafan KOAM pegawai yang terbabit perlu melepasi ujian amali dan praktikal yang
agak ketat. Merujuk kepada Teng 1994, secara amnya pegawai teknikal boleh di
bahagikan kepada empat kumpulan umum iaitu:
(i) Kumpulan Pengurusan

􀁸 Pengurus Kejohanan
􀁸 Pengurus Teknik
􀁸 Setiausaha Kejohanan

(ii) Kumpulan Juri Rayuan

Dianggotai oleh 3 hingga 5 orang ahli juri rayuan. kalau di peringkat sekolah juri
rayuan di pengerusikan oleh pengetua sekolah dan setiausaha juri rayuan biasanya
merupakan setiausaha sukan sekolah. Ahli juri rayuan biasanya orang yang
berpengalaman dan berpengetahuan dalam kejohanan olahraga. Juri rayuan juga
perlu bebas atau tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana pasukan yang
bertanding.

(iii) Kumpulan Pertandingan

􀁸 Seorang pengadil bagi acara balapan


􀁸 Seorang pengadil bagi acara padang
􀁸 Seorang pengadil bagi acara jalan kaki
􀁸 Hakim-hakim bagi acara balapan
􀁸 Hakim-hakim bagi acara padang
􀁸 Hakim-hakim bagi acara jalan kaki
􀁸 Pengadil-pengadil balapan
􀁸 Seorang ketua penjaga masa
􀁸 Penjaga-penjaga masa
􀁸 Pelepas
􀁸 Penolong pelepas
􀁸 Pencatat pusingan
􀁸 Perakam
􀁸 Pengawas-pengawas balapan
􀁸 Penyelia peserta

(iv) Kumpulan Pegawai-pegawai Tambahan


􀁸 Juru acara
􀁸 Seorang juru ukur rasmi
􀁸 Juru teknik alat penyukat angin
􀁸 Pasukan pembantu padan

Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:


􀁸 Semua pegawai yang bertugas hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan
dimulakan bagi sesi taklimat.
􀁸 Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang masalah
dan etika.
􀁸 Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran pegawai.
Sekiranya ada pegawai yang tidak dapat hadir ketua pegawai teknikal boleh merujuk
kepada urus setia untuk penggantian pegawai.
􀁸 Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di setiap
tempat pertandingan adalah mencukupi bagi melancarkan lagi kejohanan.

8.2.1 Bidang Tugas Pegawai Teknikal

Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah, berpengetahuan dan
mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya olahraga. Sekiranya perlu pegawai
yang dilantik hendaklah menjalani kursus sebelum kejohanan bagi melicinkan lagi
pengelolaan kejohanan. Berikut di antara bidang tugas pegawai teknik:

1. Pengurus Kejohanan

􀁸 Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan kejohanan


olahraga.
􀁸 Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan majlis.
􀁸 Memastikan kehadiran pegawai teknikal yang bertugas serta mendapat
pengganti sekiranya ada di antara pegawai teknikal tidak dapat hadir.
􀁸 Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.
􀁸 Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai pengurusan
dan teknikal kejohanan olahraga.
􀁸 Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di arena.

2. Penolong Pengurus Kejohanan

􀁸 Membantu tugas- tugas Pengurus Kejohanan


􀁸 Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi
􀁸 Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi
􀁸 Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya
􀁸 Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah
􀁸 Membantu pengagihan cenderamata jika ada
􀁸 Mengagihkan kain lengan pegawai

3. Pengurus teknik

􀁸 Memastikan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh
digunakan
􀁸 Memastikan ukuran gelanggang balapan dan padang menepati piawaian
􀁸 Memastikan alatan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan
boleh digunakan
􀁸 Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan pegawai-pegawai teknikal
tersedia.

4. Setiausaha Kejohanan

􀁸 Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat jawatan kuasa


induk dan mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan kejohanan
􀁸 Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat
􀁸 Menguruskan perjalanan surat menyurat
􀁸 Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat

5. Juri Rayuan

􀁸 Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta dan pasukan yang
bertanding
􀁸 Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan daripada
peserta dan pasukan yang bertanding
􀁸 Keputusan juri rayuan adalah muktamad

6. Pengadil
􀁸 Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam
kejohanan olahraga
􀁸 Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekiranya
masalah ini tiada terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan
􀁸 Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan dalam
satu pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan
􀁸 Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara
tertentu, sekiranya belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu
pengadil perlu membuat pelantikan.
􀁸 Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek
teknikal sebelum memulakan kejohanan
􀁸 Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa
keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan
􀁸 Mengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya
memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan
􀁸 Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.
􀁸 Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada
pencatat. (Ketua Hakim perlu membantu)
􀁸 Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan itu
pengadil berkuasa untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-
sebab tertentu
􀁸 Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada
masa yang sama mengikut budi bicara.
􀁸 Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika
pada pendapatnya keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu
ditamatkan dahulu
􀁸 Berkuasa menyingkirkan mana- mana peserta yang tidak bersopan dan
memutuskan semua bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga

7. Ketua Hakim

Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi teknikal ketua
hakim biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim akan membantu
pengadil dari segi memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga di
laksanakan dengan licin serta mengurangkan masalah teknikal. Di balapan ketua
hakim akan mengumpulkan keputusan sebelum diserahkan kepada pengadil untuk
ditandatangani.

8. Hakim Balapan

Hakim balapan bertanggungjawab menghakimi semua acara balapan. Antara


tugasnya ialah:
􀁸 Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu
acara
􀁸 Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan
untuk tindakan ketua hakim
􀁸 Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak
jauh dengan bantuan pencatat
􀁸 Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik sampai di
garisan penamat
􀁸 Hakim balapan tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan hakim
Lain
9. Hakim Padang

Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara tugasnya
hakim padang ialah:
􀁸 Menghakimi acara padang mengikut peraturan
􀁸 Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta
􀁸 Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan
􀁸 Mengesahkan balingan atau lompatan

10. Pengadil Lorong

Sentiasa berada di sesuatu tempat seperti yang telah ditetapkan oleh Pengadil atau
Ketua pengadil Lorong. Mereka bertugas dibawah seorang ketua pengadil dan
membantu pengadil dalam membuat membuat sebarang keputusan.dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu
kejohanan. Namun pengadil lorong
tiada mempunyai kuasa dalam pembatalan dan membuat keputusan. Sebaliknya
tugasnya adalah melapurkan kesalahan kepada pengadil untuk diambil tindakan. Di
antara tugasnya ialah
􀁸 Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan
ketika mengambil bahagian dalam perlumbaan
􀁸 Pengadil lorong perlu memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-
masing dari mula sampai penamat
􀁸 Mengawasi kawasan pertukaran baton semasa acara lari berganti-ganti di patuhi
mengikut peraturan pertandingan
􀁸 Mengangkat bendera merah sebagai isyarat adabila berlaku pelanggaran
peraturan ketika bertugas
􀁸 Melapor kepada pengadil semua peristiwa atau kejadian yang berlaku untuk
membolehkan pengadil membuat keputusan

11. Penjaga Masa


Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang di lakukan oleh
pelumba lari dan pelumba jalan kaki dari permulaan hingga ke penamat. Masa akan
mula diambil daripada daripada kilat atau cahaya tembakan pistol (cahaya bergerak
lebih cepat dari bunyi) sehingga detik badan (torso) peserta itu sampai ke garis
penamat seperti yang di syarat dalam buku peraturan

Memandangkan tugasnya yang memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap


pergerakan permulaan sehingga tamat seorang atlit bisanya penjaga-penjaga masa
ditempatkan di luar balapan iaitu bertentangan dengan garisan penamat. Mereka
duduk di atas pentas yang bertingkat dan mengadap barisan hakim balapan.
Seorang ketua penjaga masa akan mengawasi para penjaga masa yang bertugas.
Di antara tugasan penjaga masa ialah:
􀁸 Sebelum bertugas penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan jam yang
digunakan dalam keadaan baik.
􀁸 Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan oleh itu penjaga masa
perlu membuat latihan serta memahami fungsi butang yang terdapat pada jam.
􀁸 Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang di tetapkan oleh ketua
penjaga masa dalam acara balapan
􀁸 Mencatat maklumat ke dalam ‘borang penjaga masa untuk di serahkan kepada
ketua penjaga masa
􀁸 Untuk mengelakkan bias ketika menjalankan tugas penjaga masa hendaklah
bertugas sendirian, mereka tidak di galakan berbincang, membanding atau
menujukan masa yang dicatatkan kepada penjaga masa yang lain.
􀁸 Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada ketua penjaga masa yang
akan memeriksa jam untuk menentukan masa yang di laporkan sama dengan
masa di jam. Oleh itu penjaga masa tidak di benarkan untuk balikkan jarum jam
(reset) sehingga diperiksa atau diarah oleh Ketua Penjaga Masa.

12. Ketua Penjaga Masa

Ketua penjaga masa bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan masa


rasmi yang di catat oleh setiap peserta dengan mengisi semula maklumat yang di
perlukan dalam borang laporan ketua penjaga masa. Biasanya terdapat tiga atau
dua jam digunakan untuk mengambil masa seorang peserta. Dalam keadaan dua
daripada tiga jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga mencatatkan
masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang di tunjukkan oleh dua jam
yang sama. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan maka jam yang
menunjukkan masa di tengah-tengah di ambil sebagai masa rasmi. Sekiranya dua
jam di gunakan masa jam yang lebih lambat di terima sebagai masa rasmi. Namun
dalam keadaan tertentu ketua penjaga masa akan mengambil sendiri masa
perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan yang nyata ketua penjaga masa boleh
mengambil masa yang diambilnya sebagai masa rasmi.

13. Pelepas dan Pelepas Panggil Balik

Pelepas dan pelepas panggil balik biasanya terdiri daripada individu yang
mempunyai lesen khas dalam mengendali pistol. Di antara tugas pelepas ialah:
􀁸 Pelepas bertanggung jawab membuat pelepasan semua peserta bagi setiap
acara balapan mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.
􀁸 Pelepas bersama-sama dengan pembantu perlu mengawal semua peserta yang
bertanding dari sebelum masa ke garisan sehingga peserta berlepas.
􀁸 Pelepas atau pelepas panggil balik boleh bertindak sekiranya terdapat
pelanggaran peraturan ketika proses pelepasan.
􀁸 Pelepas panggil semula bertugas membantu pelepas mengawasi peraturan
pelepasan di patuhi oleh peserta.
􀁸 Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol pelepas atau pelepas
panggil semula perlu melepaskan tembakan sebagai syarat memanggil semula
peserta-peserta yang berlepas
􀁸 Amaran dan penyingkiran hanya boleh di berikan oleh pelepas
􀁸 Pelepas perlu memastikan para hakim dan penjaga masa bersedia sebelum
memulakan pelepasan
􀁸 Pelepas juga perlu memastikan arahan yang di berikan dapat di dengari oleh
kesemua peserta.
􀁸 Pelepas perlu mengambil masa yang bersesuaian ketika memberi arahan dalam
keadaan ke garisan 'dan’ "Sedia”

14. Penolong Pelepas

Penolong pelepas bertugas membantu pelepas, antara tugas ini ialah:


􀁸 Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan didaftarkan
sahaja bertanding atau mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan atau
acara tertentu.
􀁸 Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan yang telah di
tetapkan di bahagian hadapan dan belakang bajunya seseorang peserta.
􀁸 Memastikan dan mengawas peserta-peserta sentiasa berada di lorong dan
tempat permulaan yang betul seperti yang di tetapkan dalam borang pelepas
(Borang laporan penyeliaan peserta)
􀁸 Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah
pelepas memberi isyarat ke garisan. Jika ada, penolong pelepas hendaklah
memberi isyarat kepada pelepas.
􀁸 Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam acara lari
berganti-ganti
􀁸 Sekiranya segala peraturan pelepas sudah di patuhi penolong pelepas perlu
memberi isyarat kepada pelepas bahawa semua peserta sudah sedia

15. Pencatat Pusingan

Dalam acara yang melibatkan pusingan yang banyak contohnya acara jarak jauh
seperti acara 5000m atau 10000m pencatat pusingan di perlukan bagi mengelak
kekeliruan. Tugas utama pencatat ialah mencatat bilangan pusingan yang di buat
oleh tiap-tiap peserta dan pencatat pusingan juga bertanggungjawab untuk
memberitahu peserta bilangan pusingan yang perlu di sempurnakan. Catatan ini
akan di buat dalam borang pencatat pusingan. Loceng akan di bunyikan sebagai
tanda kepada peserta yang beliau perlu menghabis satu pusingan sahaja lagi.
Biasanya seorang pencatat pusingan akan di tugaskan untuk mengawasi seorang
peserta.

16. Perakam

Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam kejohanan


olahraga. Antara tugas perakam ialah:
􀁸 Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim yang telah
disahkan oleh Pengadil.
􀁸 Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan
rasmi yang akan menunjukkan masa, jarak atau ketinggian setelah menerima
maklumat daripada pengadil atau ketua hakim dan maklumat dari juru teknik dan
penyukat angin
􀁸 Menyediakan carta pungutan mata dan pingat bagi setiap pasukan yang
bertanding
􀁸 Menyediakan carta pungutan mata mengikut tiap-tiap peringkat umur dan jantina
bagi acara yang di pertandingkan.
􀁸 Mencatat rekod baru kejohanan yang telah di pecahkan mengikut peringkat umur
dan jantina
􀁸 Menyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat seterusnya dan di
edarkan kepada pengurus pasukan.
􀁸 Menyediakan semua keputusan dari peringkat saringan ke peringkat akhir dan
kedudukan peserta tersebut.
􀁸 Menyediakan Buku Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan dan edarkan
kepada semua pengurus pasukan
􀁸 Menyediakan rekod pencapaian individu bagi setiap bahagian untuk
memudahkan pemilihan olahragawan dan olahragawati kejohanan.
􀁸 Setelah membuat catatan perakam hendaklah menyampai keputusan rasmi itu
kepada juru acara

17. Marsyal

Marsyal merupakan orang yang bertanggung jawap terhadap keselamatan


gelangang. Dengan kata lain marsyal berkuasa penuh mengawasi arena
pertandingan dan tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan berkumpul atau
berada dalam kawasan pertandingan. Ini termasuk pegawai-pegawai teknik yang
tidak bertugas dan sepatutnya berada ditempat yang dikhaskan kepada mereka.
Antara tugas marsyal ialah:
􀁸 Berkuasa penuh mengarahkan penonton dan pegawai yang tidak berkenaan
supaya meninggalkan gelanggang,
􀁸 Mengagihkan pembantu- pembantu padang dan memaklumkan tugas mereka.
􀁸 Mengawas supaya tiada gangguan berlaku di tempat pertandingan,
􀁸 Menyediakan prosedur keluar dan masuk peserta dan pegawai serta majlis
penyampaian hadiah.

18. Pembantu Marsyal

Pembantu marsyal biasanya terdiri daripada pelajar atau ahli-ahli badan-badan


uniform antara tugas pembantu marsyal
􀁸 Membantu marsyal menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan gelangang
permainan.
􀁸 Membantu pengelola peserta membawa dan mengiringi peserta-peserta ke
tempat pertandingan dan balik.
􀁸 Membantu pengelola jawatan kuasa hadiah membawa pemenang ke tempat
penyampaian hadiah dan balik.

19. Penyelia Peserta

Di antara tugas penyelia peserta ialah


􀁸 Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik
Pertandingan.
􀁸 Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding
dalam sesuatu acara
􀁸 Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke gelangang
􀁸 Mendapat bantuan pembantu marsyal untuk menghantar peserta ke gelangang
􀁸 Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi memudahkan
tugasan pelepas atau hakim
􀁸 Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan pengurus pasukan
menyediakan peserta untuk pertandingan
􀁸 Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia peserta (misalnya
peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas
􀁸 Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk upacara
penyampaian hadiah
􀁸 Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi memudahkan
acara penyampaian hadiah

20. Juruacara

Antara tugas juruacara ialah:


􀁸 Juruacara akan membuat pengumuman kepada orang ramai maklumat yang
berkaitan dengan peserta yang mengambil bahagian dalam satu acara
􀁸 Juru acara biasanya membuat pengumuman dalam bentuk nama peserta,
nombor, pasukan, lorong dan saringan.
􀁸 Juruacara juga akan menghebahkan keputusan sesuatu acara yang di
pertandingkan sebaik saja menerima maklumat yang sah daripada perakam atau
pencatat.
􀁸 Juruacara juga perlu mengumumkan upacara penyampaian hadiah berdasarkan
kenyataan pada borang penyampaian hadiah.
􀁸 Juruacara akan membacakan keputusan dengan menyatakan acara, pemenang,
pasukan dan pencapaian yang dibuat
􀁸 Semasa membuat pengumuman- perhatikan di tempat-tempat pertandingan
juruacara perlu mengelakkan dari membuat ulasan selari semasa peserta
sedang bertanding.
􀁸 Juru acara kejohanan juga tidak di galakan mengunakan bahasa yang berbunga-
bunga dan berbelit-belit
􀁸 Umumkan sebarang kesilapan sebaik sahaja disedari.
􀁸 Selain daripada maklumat berkaitan dengan pertandingan juruacara juga
diarahkan untuk membuat pengumuman yang tertentu berkaitan dengan
kejohanan atau perkara-perkara lain yang perlu di hebahkan.

21. Juru Ukur Rasmi

Juru ukur bertugas sebelum kejohanan olahraga bermula


􀁸 Beliau bertanggungjawab mengukur dan memastikan ukuran balapan dan semua
bulatan lontaran termasuk sektornya memenuhi spesifikasi rasmi.
􀁸 Beliau akan menyerahkan sijil pengesahan yang menyatakan semua ukuran
kawasan pertandingan adalah betul kepada pengurus kejohanan, pengurus
teknik dan pengadil setelah berpuas hati terhadap semua ukuran gelanggang
pertandingan.

22. Pegawai Perubatan

Pegawai perubatan yang di bantu oleh pasukan sukarela amat perlu untuk memberi
bantu mula dan merawat kecederaan kecil. Pegawai perubatan bertugas memberi
rawatan kepada peserta-peserta yang tercedera atau memerlukan perhatian
perubatan ketika kejohanan berlangsung

23. Juruteknik Alat Penyukat Angin

􀁸 Juruteknik perlu menempatkan alat penyukat angin di tempat yang sesuai seperti
yang disyaratkan oleh pihak pengelola dan mengikut undang-undang KOAM.
􀁸 Tugas rasmi beliau ialah memerhati dan mencatat kelajuan angin dan arah larian
ketika sesuatu acara berlangsung.
􀁸 Catatan ini akan di serahkan kepada ketua hakim balapan dan padang yang
berkenaan bagi menentukan dan mengesahkan apakah terdapat bantuan angin
dalam sesuatu acara. Ini penting dalam mengesahkan rekod kejohanan
(Di antara acara olahraga yang memerlukan kelajuan di sukat ialah 100 meter, 200 meter,
100, 110 meter lompat pagar, lompat jauh dan lompat kijang)

24. Pengawas Wartawan

􀁸 Dalam kejohanan besar seorang pegawai akan di lantik oleh pengelola sebagai
pegawai perhubungan antara pihak pengelola kejohanan dengan pihak
wartawan.
􀁸 Maklumat untuk sebaran akan di hantar kepada pihak akhbar melalui pengawas
Wartawan

25. Pengawas Pembantu Padang


􀁸 Pengawas pembantu padang bertanggungjawab mengagihkan tugas kepada
pembantu padang yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah atau
pertubuhan sukarela.
􀁸 Pembantu padang ini akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan dengan
penyediaan perkakasan dan alatan untuk pertandingan dan menyimpannya
selepas pertandingan.

You might also like