You are on page 1of 7

ANJURAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA


PENGELOLAAN
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID JPNM

1
UJIAN KENAIKAN PANGKAT LANS KOPERAL & KOPERAL

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2
1.0 Pendahuluan

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses


pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di
dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di
pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.

Ujian kenaikan pangkat merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh JPN Melaka
dengan sokongan seketariat serta jurulatih TKRS untuk memastikan Kadet Kadet TKRS diberi
peluang untuk mempamerkan kemahiran, bakat dan kepimpinan di samping memberi
pengiktirafan kepada Kadet Kadet TKRS walaupun semasa dunia menghadapi pendemik
Coronavirus (Covid-19). Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi ruang kepada Kadet
Kadet TKRS untuk berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform walaupun
pelaksanaan aktiviti secara berpusat seperti perkhemahan, kursus, dan sebagainya tidak
dilaksanakan.

2.0 Objektif Pengujian

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai- nilai murni dalam
kalangan kadet kadet TKRS sekolah;

2.2 Melahirkan kadet kadet yang berilmu, berkemahiran dan berwibawa serta boleh memberi
contoh tauladan yang baik untuk memimpin diperingkat sekolah;

2.3 Memberi pengiktirafan ( pentauliahan ) kepada kadet kadet sejajar dengan kemampuan
dan pencapaian kemahiran yang dimiliki ; dan

2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti TKRS.

3.0 Syarat Penyertaan

3.1 Penyertaan murid dalam ujian ini ditetapkan oleh pihak sekolah.

3.2 Guru penasihat TKRS hendaklah mengenalpasti murid yang layak sahaja untuk mengambil
bahagian dalam pengujian ini.

3.3 Penyertaan bagi setiap sekolah adalah terbuka

3
3.4 Penyertaan adalah kepada ahli TKRS TAHUN 4 / 5 & 6 (tahun 2021) sekolah-sekolah
rendah KPM negeri melaka
.
3.5 Penyediaan semua bahan pengujian ini hendaklah dilaksanakan secara individu. Peserta
hendaklah mematuhi Standard Operational Procedure (SOP) semasa Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa menyelesaikan tugasan ini. Peserta boleh memohon
bantuan ahli keluarga jika perlu.

3.6 Peserta hendaklah berambut pendek dan berpakaian no. 3 (uniform lengkap) atau uniform
separa (kemeja-t TKRS) sepanjang rakaman video.

4.0 Pelaksanaan Pengujian

4.1 Pengujian akan dikelolakan oleh JPN Melaka

4.2 Tarikh pelaksanaan adalah seperti berikut: 26 Ogos hingga 20 September 2021

4.3 Pengujian ini melibatkan acara individu sahaja. Tiada acara berkumpulan dijalankan.

4.4 Peserta dikehendaki menyediakan keseluruhan paparan video berdurasi tidak melebihi 6

minit. Video yang melebihi masa 6 minit tidak akan dinilai.

4.5 Video berkenaan hendaklah memaparkan 4 elemen pengujian iaitu Kawad Kaki, Bantu

Mula, ikatan & simpulan dan Hafazan / Moral. Ujian Objektif dibuat secara dalam talian.

4.6 Video perlu di muat naik ke youtube terlebih dahulu sebelum menduduki ujian objektif

dan hantar pautan video tersebut bersama di akhir ujian objektif nanti.

5.0 Elemen Pengujian

5.1 Kawad kaki

5.1.1 Elemen kawad kaki yang wajib dipaparkan oleh peserta adalah seperti berikut:

a. Senang diri
b. Sedia
c. Buka barisan
d. Kanan Lurus
e. Pandang Depan
f. Bergerak ke kanan,
g. bergerak kiri
h. Menghadap belakang
i. Menghadap hadapan
j. Tutup barisan
k. Hentak Kaki
l. Berhenti

4
5.1.2 Pergerakan kawad kaki hendaklah mengikut urutan yang ditetapkan.

5.1.3 Paparan video bagi elemen kawad kaki hendaklah secara berterusan. (video tidak
boleh diedit atau disunting).

5.1.4 Peserta dikehendaki memaparkan bahasa hukuman dan pergerakan secara jelas.

5.1.5 Peserta boleh merujuk video kawad pada pautan di bawah untuk dijadikan sebagai
panduan & contoh.
https://youtu.be/F_S371W3unE

5.2 Bantu Mula

5.2.1 Elemen yang diuji ialah merawat luka di kepala atau merawat patah antara tangan
hingga siku.

5.2.2 Peserta hendaklah memberi penerangan dan menunjukkan semua perbuatan secara
jelas.

5.2.3 Paparan video hendaklah secara berterusan bermula dari langkah pertama hingga
selesai (video tidak boleh diedit atau disunting).

5.3 Ikatan & Simpulan

5.3.1 Elemen yang diuji adalah seperti berikut:

a. Simpulan Buku Sila.


b. Simpulan Bunga Geti.
c. Simpulan Tindih Kasih.

5.3.2 Peserta hendaklah memberi penerangan dan menunjukkan semua perbuatan secara
jelas

5.3.3 Paparan video bagi elemen tali temali boleh diedit atau disunting mengikut
kesesuaian paparan

5.3.4 Peserta boleh merujuk video kawad pada pautan di bawah untuk dijadikan sebagai
panduan & contoh.
https://www.youtube.com/watch?v=Ke8E7gjpHFI

5.4 Ujian Bacaan Doa dan Hafazan (ahli TKRS beragama Islam) dan Moral (bagi ahli TKRS
bukan beragama Islam)

5.4.1 Peserta (beragama Islam) dikehendaki menghafaz 2 doa harian dan 2 surah lazim
daripada senarai berikut: (surah al-kafirun, surah al-maun, surah at-tin, surah at-
takathur) dalam keadaan mata ditutup.

5
5.4.2 Paparan video bagi ujian bacaan doa dan hafazan hendaklah secara berterusan.
(video tidak boleh diedit atau disunting).

5.4.3 Peserta (bukan beragama Islam) dikehendaki menyatakan 5 contoh nilai murni dan
menyebut ayat bagi setiap nilai murni tersebut secara spontan dalam keadaan mata
ditutup

5.4.4 Paparan video bagi ujian bacaan nilai murni hendaklah secara berterusan. (video
tidak boleh diedit atau disunting).

5.5 Ujian Objektif Secara Dalam Talian (Soalan berbentuk aneka pilihan)

Peserta dikehendaki menjawab Ujian Objektif secara dalam talian (aneka pilihan)
sebanyak 40 soalan selama 1 jam semasa membuat penghantaran bahan ujian (video).

6.0 Penghantaran bahan ujian

6.1.1 Peserta dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT PERIBADI dengan lengkap dan
memuat naik VIDEO setelah melaksanakan UJIAN OBJEKTIF melalui pautan di
bawah :
https://forms.gle/NzJMWJjyK4Lw75AA9
6.1.2 Peserta akan menerima Emel Penerimaan setelah membuat penghantaran bahan-
bahan tersebut.

6.1.3 Pautan berkenaan akan dibuka bermula dari 13 September 2021 hingga 20
September 2021.

Penghantaran bahan-bahan pengujian yang lewat tidak akan dinilai.

7.0 Penilaian dan Sijil

Penilaian Video akan dibuat oleh jurulatih-jurulatih TKRS Melaka.


Pecahan pemarkahan bagi elemen video adalah seperti berikut:

5.3.1 Kawad Kaki - 35 markah


5.3.2 Bantu Mula - 10 markah
5.3.3 Tali Temali - 15 markah
5.3.4 Doa dan Hafazan / Moral - 20 markah
5.3.5 Ujian Objektif - 40 markah

Semua peserta yang mengambil bahagian dalam pengujian ini akan menerima sijil penyertaan
yang dikeluarkan oleh pihak JPN Melaka manakala peserta yang layak akan menerima Sijil
Pentauliahan berdasarkan tahap pencapaian masing-masing.

Tiada sijil pencapaian disediakan dalam ujian kenaikan pangkat ini.

6
8.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi :

- Pegawai Meja
Encik Mohd. Haniff Bin Omri
Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Melaka
019-2665154

- Teknikal
Encik Mohd. Khairulamin Bin Mohamad
Pegawai Tadbir TKRS Negeri Melaka
019-3830507

9.0 Penutup

Pelaksanaan ujian kenaikan pangkat ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli
Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja untuk terus mempamerkan kebolehan dan
kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (rakaman video) ekoran pengawalan aktiviti
sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerjaaan bagi
menangani penularan Novel Coronavirus (Covid-19).

Penyertaan murid dalam pertandingan ini juga akan menarik minat mereka untuk
mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan iaitu kemahiran teknologi maklumat (IT)
disamping berkongsi kemahiran dan bakat yang ada pada mereka.

You might also like