You are on page 1of 1

ISU SEMASA KINI DALAM NEGARA MALAYSIA

1. Kerajaan laksana NJCSP sasar wujud 500,000 peluang pekerjaan

 Kerajaan akan melaksanakan Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional


(NJCSP) seiring sasaran mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu akan
disokong lima pasukan petugas khas di bawah Majlis Pekerjaan Negara (NEC).

 Antara cadangan NJCSP, menurut Ismail Sabri adalah pewujudan sebuah


platform khusus bagi penyelarasan maklumat semua institusi Pendidikan Teknikal
dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia serta program-program dan peluang
yang ditawarkan bagi memadankan peserta dengan institusi TVET yang sesuai
untuk memudahkan pencarian kerjaya di masa hadapan.

2. Penyertaan murid dalam PdPR meningkat

 Jumlah penyertaan murid dan pelajar sekolah yang mengikuti pengajaran


dan pembelajaran di rumah (PdPR) menunjukkan peningkatan bagi
tempoh antara 20 Januari hingga 30 Ogos lalu.

 Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin


berkata, data pelaporan menunjukkan penglibatan murid sekolah rendah
meningkat sebanyak 12.1 peratus iaitu daripada 87.1 peratus kepada
99.2 peratus bagi tempoh berkenaan.

3. Kita sudah ‘rela’ hidup bersama Covid-19

 Dari varian Alpha, Beta, Gamma, Delta dan Lambda, kini mahu atau
tidak kita perlu membuat persediaan untuk memasuki fasa endemik yang
memerlukan kita melakukan perubahan tingkah laku dalam norma baharu.

 Malah, kebanyakan negara sekarang ini sudah beralih kepada fasa


endemik di mana satu norma baharu yang diperkenalkan untuk kita hidup
secara sihat dan selamat walaupun virus ini masih lagi berada dalam
kalangan kita.

You might also like