You are on page 1of 11

1

DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


KEJOHANAN DART SUKAN KERAJAAN TEMPATAN, MALA

1.0

PENYERTAAN
1.1

Terbuka kepada semua PBT di seluruh Malaysia (terhad kepada 32 pasukan


terawal).

2.0

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN


- Sebagaimana Lampiran A

3.0

4.0

JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA


Penaung

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Pengerusi

Haji Mohamed Akbar Mustapha

Pengerusi Pengelola

Haji Mohamed Hasan Othuman

AJK

Kelab Sukan MPPP

SISTEM PERTANDINGAN
4.1

Akan ditentukan oleh pihak penganjur berdasarkan jumlah pasukan yang akan
bertanding.

5.0

JADUAL PERTANDINGAN
Akan diberikan pada mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

6.0

TEKNIKAL DAN PENGADILAN


6.1

Pengadil dan teknikal bertauliah akan disediakan dari perlawanan pusingan awal
hingga perlawanan akhir.

2 DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


7.0

8.0

HADIAH (CONTOH)
7.1

Johan

RM2,000.00 + Piala Kejohanan + medal

7.2

N. Johan

RM1,000.00 + medal

7.3

Ke-3

RM500.00 + medal

7.4

Ke-4

RM300.00 + medal

YURAN PENYERTAAN
8.1

Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini akan dikenakan bayaran


sebanyak RM350.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja) dan
bayaran

boleh

dibuat

melalui

cek

atas

nama

Kelab

Sukan

Majlis

Perbandaran Pulau Pinang atau bayaran tunai semasa hadir taklimat


pengurus-pengurus pasukan.
9.0

PENGANGKUTAN
9.1

Pengangkutan hanya disediakan untuk PBT dari luar semenanjung sahaja iaitu
Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

10.0

PENGINAPAN
10.1

Pihak penganjur tidak akan menyediakan tempat penginapan. Segala urusan dan
kos akan ditanggung oleh PBT masing-masing (Penganjur akan menyediakan
maklumat bagi tempat penginapan).

11.0

PAKAIAN
11.1

12.0

Semua pasukan hanya dibenarkan memakai pakaian sukan yang sesuai.

KUASA JAWATANKUASA PERTANDINGAN


12.1

Jawatankuasa Pertandingan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status


pemain daripada pasukan yang bertanding sebelum perlawanan dijalankan
berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. Pasukan yang melanggar
syarat-syarat

pertandingan

akan

jawatankuasa adalah muktamad.

3 DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


dibatalkan

penyertaannya,

keputusan

Lampiran A
PERATURAN PERTANDINGAN DART SUKAN KERAJAAN TEMPATAN, MALA
1.0

AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Dart Sukan Kerajaan Tempatan, MALA 2012.

2.0

PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Se-Malaysia
(MALA) dan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

3.0

TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN


Pertandingan akan diadakan pada 29 Jun 1 Julai 2012 bertempat di lokasi Dome,
KOMTAR, Pulau Pinang.

4.0

PERATURAN UMUM
4.1

Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang Gabungan / Persekutuan


Dart Antarabangsa / Kebangsaan dan Peraturan Am Dart Sukan Kerajaan
Tempatan MALA yang berkuatkuasa.

5.0

PERATURAN TAMBAHAN
5.1

Selain

dari

peraturan

di

atas,

Jawatankuasa

Penganjur

adalah

berhak

meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat


penganjuran aktiviti Sukan Kerajaan Tempatan, MALA.
6.0

KELAYAKAN PESERTA
6.1

Pemain terdiri daripada pegawai/staf PBT Malaysia sekurang-kurangnya telah


berkhidmat selama enam (6) bulan.

7.0

YURAN DAN PENDAFTARAN


7.1

Yuran pendaftaran RM350.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Lima Puluh sahaja)

7.2

Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai/staf yang bertugas di bawah


Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (PBT) masing-masing sahaja.

4 DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


7.3

Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih daripada enam (6) orang
pemain sahaja termasuk pemain wanita dan seorang pengurus pasukan dan
dibenarkan bermain.

7.4

Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada satu (1) foursome, dua (2)
perseorangan, satu (1) beregu lelaki dan satu (1) beregu campuran.

7.5

Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan


borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

7.6

Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya


berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan.

7.7

Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika
terdapat mana-mana pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan
kemudiannya bermain untuk pasukan lain, maka penyertaan kedua-dua pasukan
yang berkenaan dibatalkan.

7.8

Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa Mesyuarat PengurusPengurus Pasukan yang akan diadakan sehari sebelum pertandingan.

7.9

Setiap pemain hanya dibenarkan bermain untuk tiga (3) kategori sahaja.

7.10

Setiap pemain dikehendaki menyediakan satu (1) salinan kad pengenalan dan
penyata slip gaji dua (2) bulan terkini yang telah disahkan oleh Datuk Bandar @
Yang Dipertua @ Setiausaha.

8.0

FORMAT PERTANDINGAN
8.1

Pertandingan akan dijalankan secara liga, yang mana pasukan-pasukan akan


dipecahkan kepada beberapa kumpulan (round robin) pada peringkat awal dan
pada peringkat seterusnya akan dijalankan secara kalah mati.

8.2

Semua perlawanan akan dijalankan secara best of three (3) leg dengan
menggunakan kiraan 1001 untuk foursome; 501 untuk perseorangan, beregu
lelaki dan beregu campuran.

5 DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


8.3

Susunan pemain untuk setiap perlawanan mestilah mengikut susunan seperti di


bawah;

8.4

8.3.1

Foursome

(1001 x 1) diwajibkan pemain wanita

8.3.2

Perseorangan pertama

(501 x 3) Terbuka

8.3.3

Beregu Lelaki

(501 x 3)

8.3.4

Beregu Campuran

(501 x 3)

8.3.5

Perseorangan Kedua

(501 x 3) Terbuka

Pada peringkat awal semua perlawanan untuk setiap kategori hendaklah


dijalankan.

8.5

Sebarang gantian pemain adalah tidak dibenarkan setelah senarai tersebut


diserahkan kepada pengadil perlawanan.

8.6

Permainan dimulakan dengan undian secara Toss Coin

(lambung syiling).

Pasukan yang menang undian akan memulakan permainan manakala pasukan


yang kalah Toss Coin akan menjadi chalker dan diikuti oleh pihak lawan pada
perlawanan berikutnya dan seterusnya secara timbale balik.
8.7

Di dalam semua perlawanan, kiraan Burst akan digunakan apabila jumlah score
melebihi dan menyamai jumlah bakinya tanpa checkout.

8.8

Semua permainan akan dimulakan secara Mula Terus (straight start) dan diakhiri
dengan kiraan Angka Ganda Dua (Double To Finish).

8.9

Pemain dibenarkan bertanya kepada chalker jumlah score dan baki balingan
dart pertama dan kedua.

8.10

Sebarang salah perkiraan yang dilakukan oleh chalker hendaklah diperbetulkan


sebelum balingan selepasnya dibuat.

8.11

Pemain tidak dibenarkan melengahkan permainan atau membuat sesuatu yang


boleh mengganggu lawannya.

8.12

8.13

Setiap pasukan yang bertanding akan diberikan mata permainan seperti berikut:8.12.1 Menang

1 mata.

8.12.2 Kalah

0 mata.

Walau bagaimanapun, pihak penganjur boleh mengubah format pertandingan


jika perlu disebabkan masalah tempat perlawanan @ teknikal.

8.14

Jadual perlawanan akan dibuat secara mengundi.

6 DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


9.0

PENENTUAN KEMENANGAN
9.1

Kemenangan pasukan ditentukan dengan jumlah banyak leg yang dimenangi.


Sekiranya kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan seri, permainan semula
secara Foursome akan diadakan untuk menentukan kemenangan dan undian
Toss Coin akan dibuat semula.

10.0

MASA PERTANDINGAN
10.1

Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh dua (2) hari.

10.2

Penjagaan masa untuk setiap perlawanan adalah tanggungjawab pengadil yang


mengadili sesuatu perlawanan itu.

10.3

Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih daripada satu (1) perlawanan di
dalam satu (1) hari.

10.4

Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah


ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

10.5

Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang


perlawanan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

10.6

Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan borang perlawanan/


nama-nama pemain kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum perlawanan
dimulakan.

11.0

KELEWATAN, PENANGGUHAN DAN KEMENANGAN PERCUMA


11.1

Tiada masa menunggu diperuntukkan kepada semua pasukan.

11.2

Setiap Pengurus Pasukan bertanggungjawab untuk memastikan pasukan masingmasing berada di gelanggang mengikut masa yang ditetapkan.

11.3

Kegagalan pasukan untuk berada di gelanggang pertandingan masing-masing


akan dianggap sebagai kalah (walk-over) dan kemenangan percuma akan
diberikan kepada pihak lawan yang hadir.

11.4

Walau bagaimanapun tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan


percuma kepada pasukan lawan. Urusetia Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia
MALA akan mengambil tindakan dengan melaporkan kepada Pihak Berkuasa
Tempatan agar mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat dan
bertanggungjawab.

7 DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


11.5

Hanya pihak Jawatankuasa Pengelola/ Penganjur sahaja yang berhak untuk


menangguhkan sesuatu perlawanan atas sebab-sebab yang difikirkan wajar.

11.6

Jika

pengadil

perlawanan

memutuskan

untuk

menangguhkan

sesuatu

perlawanan, maka Jawatankuasa Pengelola akan menentukan tarikh dan masa


perlawanan tersebut.
12.0

PENUKARAN PEMAIN
12.1

Selepas undian dijalankan, pasukan yang ingin menukarkan pemain boleh


berbuat demikian secara bertulis oleh Pengurus Pasukan sebelum pertandingan
bermula. Pasukan tidak lagi boleh menukar pemainnya selepas itu.

13.0

PENGADILAN
13.1

Pihak jawatankuasa Pengelola akan menyediakan pegawai teknikal bertauliah @


pengadil khas (luar) sahaja.

14.0

LARANGAN
14.1

Setiap pemain hendaklah sentiasa menjaga tatasusila semasa pertandingan


dijalankan.

Mengambil

makanan/

minuman,

merokok

dan

mengeluarkan

perkataan yang kurang sopan adalah dilarang semasa pertandingan dijalankan.


Pemain-pemain juga dilarang bermain di bawah pengaruh arak atau alkohol.
14.2

Pemain dilarang berbincang dengan penyokong dan diminta tidak membuat


bising semasa pertandingan dijalankan.

14.3

Pemain

dilarang

keluar

dari

gelanggang

semasa

pertandingan

sedang

berlangsung.
14.4

Sekiranya didapati pasukan atau pemain yang gagal mematuhi peraturan dan
undang-undang

ini,

pihak

Jawatankuasa

Pengelola

berhak

membatalkan

penyertaan pasukan yang terlibat.


15.0

PAKAIAN
15.1

Pakaian hendaklah sesuai dengan permainan dart. Jeans, seluar pendek, T-Shirt
round neck, singlet dan selipar tidak dibenarkan.

15.2

Penggunaan T-Shirt collar, Track Bottom dan berkasut adalah digalakkan.

8 DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


16.0

BANTAHAN
16.1

Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh pengurus Pasukan atau Ketua
Pasukan sahaja dan hendaklah dibuat secara lisan kepada pengadil yang
bertugas ketika itu. Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara
bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat daripada 30 minit
selepas tamat pertandingan tersebut. Surat bantahan hendaklah ditandatangi
oleh Pengurus Pasukan dan disertakan wang cagaran sebanyak RM300.00
(tunai). Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal
atau ditolak.

16.2

Sebarang bantahan mengenai kelayakan pemain hendaklah dibuat semasa


Mesyuarat Pengurus Pasukan atau sebelum berakhir pusingan awal. Bantahan
yang dibuat selepas itu (semasa pusingan kedua atau suku akhir hingga akhir)
tidak akan dilayan.

16.3

Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa Bantahan dan


Tatatertib adalah muktamad.

17.0

JAWATANKUASA BANTAHAN & TATATERTIB


Pengerusi

Pengerusi Kelab Sukan MPPP

Ahli

Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pertandingan;


Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil; dan
AJK Kelab Sukan MPPP.

18.0

HADIAH
Pihak pengelola akan menyediakan hadiah sebagaimana berikut :-

19.0

Johan

RM2,000.00 + Piala Kejohanan + medal

N. Johan

RM1,000.00 + medal

Ke-3

RM750.00 + medal

Ke-4

RM500.00 + medal

PERKARA-PERKARA LAIN
19.1

Jawatankuasa Pengelola/ Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas


sebarang kemalangan/ kecederaan/ kerugian harta benda pemain sebelum,
semasa dan selepas pertandingan.

9 DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


20.0

HAK PIHAK PENGANJUR


Jawatankuasa penganjur BERHAK untuk meminda/menambah peraturan-peraturan
yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.

21.0

PERINTAH AM
Sepanjang kejohanan berlangsung, pegawai dan para pemain adalah tertakluk kepada
Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Urusetia Sukan
Kerajaan Tempatan MALA atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada
Ketua Jabatan Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau pemain
yang

melanggar

peraturan-peraturan

tatatertib

serta

peraturan-peraturan

yang

berkenaan.
22.0

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN


22 JUN 2012 (JUMAAT) JAM 12.OO TENGAHARI

23.0

PENGESAHAN PENDAFTARAN PASUKAN


23.1

Pihak penganjur menerima pendaftaran pasukan melalui faks atau pos.

23.2

Borang Penyertaan boleh dimuat turun di laman web http://www.mppp.gov.my

23.3

Beserta bayaran secara tunai @ cek atas nama Kelab Sukan Majlis
Perbandaran Pulau Pinang atau boleh datang sendiri ke pihak urusetia.

23.4

Pihak urusetia yang boleh dihubungi :23.4.1 Jabatan Rekreasi, Pelancongan & Perhubungan Antarabangsa,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang,
d/a Stadium Bandaraya Pulau Pinang,
10460 Lorong Kulit, Pulau Pinang.
Tel: 04 226 2959 Faks: 04 226 3754

23.5

Taklimat dan pengundian kejohanan akan diadakan pada 28 Jun 2012 (Khamis)
Jam 8.30 malam bertempat di Dome, KOMTAR, Pulau Pinang.

10 DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN DART SUKAN KERAJAAN TEMPATAN (MALA)
GEORGE TOWN, PULAU PINANG 2012

1.

NAMA PBT

2.

NAMA PASUKAN

3.

ALAMAT

4.

TELEFON/FAKS

5.

NAMA PENGURUS

NO. H/P

6.

MAKLUMAT PESERTA
NAMA PENUH PESERTA

NO. K/P

NO. KAKITANGAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.
DATUK BANDAR/YANG DIPERTUA/
SETIAUSAHA

..
Tandatangan & Cop
Tarikh:
* Sila sertakan salinan kad pengenalan bagi setiap peserta

11 DART| PERATURAN PERTANDINGAN MALA


PENGURUS

..
Tandatangan
Tarikh:

You might also like