You are on page 1of 2

* ARAHAN : Pelajar boleh salin atau cetak (print) dan tampal dalam buku latihan.

2.2.2) UNIT UKURAN BAGI AUDIO DIGITAL

1) Kualiti dan ukuran sesuatu audio digital bergantung kepada :


i) Kadar sampel
ii) Kedalaman bit audio
2) KADAR SAMPEL ialah bilangan sampel sesaat yang diambil oleh analog-to-digital converter (ADC)
semasa melakukan pendigitalan sesuatu audio analog.
3) Unit ukuran bagi kadar sampel ialah Hertz (Hz). 1 Hz bersamaan dengan 1 sampel sesaat.
4) Semakin banyak bilangan sampel yang diambil dan direkodkan dalam satu saat, semakin tepat dan
berkualiti sesuatu audio digital tersebut.
5) Jadual di bawah menunjukkan kadar sampel dan penggunaannya.

Kadar sampel Kualiti Penggunaan


11 025 Hz Percakapan Telefon (kHz)
22 050 Hz Audio gred rendah Audio web, Radio AM
44 100 Hz Kualiti CD Audio CD, MP3, WMA
48 100 Hz Kualiti DVD Audio DV(Digital Video), audio
DVD
96 000 Hz Kualiti high definition Audio DVD, audio blu-ray,
audio HD DVD

6) Kedalaman bit audio ialah bilangan bit 0 dan 1 yang digunakan untuk mewakili aras rakaman setiap sampel
audio (bit per sampel)
7) Lebih banyak bit digunakan untuk mewakilisampel-sampel audio, lebih hampir persamaa audio digital
dengan audio analog yang asal.
8) Rajah di bawah menunjukkan kedalaman bit dan kualiti audio digital.
9) Jadual di bawah menunjukkan bilangan bit audio digital yang mempunyai kedalaman bit yang berlainan.

KEDALAMAN BIT JUMLAH NILAI NILAI YANG MUNGKIN


PERDUAAN
4 bit 24 0000 hingga 1111
8 bit 28 Hingga 11111111
16 bit 216 Hingga 1111111111111111
24 bit 224 Hingga 1111111111111111111111111
32 bit 232 Hingga
11111111111111111111111111111111

10) Jadual kualiti audio dan kedalaman bit.

KUALITI KEDALAMAN BIT SALURAN


Telefon 8 bit Mono
Radio AM 8 bit Mono
Radio FM 16 bit Stereo
Audio CD 16 bit Stereo
Audio DVD 24 bit stereo

You might also like