You are on page 1of 49

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

PENGENALAN
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

LATAR BELAKANG

Pendidikan Kesihatan Keluarga tertumpu kepada keluarga sebagai


institusi asas manusia serta gaya hidup yang sihat dan selamat bagi memelihara
integriti institusi ini. Murid diberi kemahiran pengetahuan dan amalan bagi
menghadapi proses perkembangan fizikal, sosial, emosi dan rohani dari segi
persediaan untuk kedewasaan, perkahwinan, dan keibubapaan serta
perhubungan sosial dalam konteks sosiobudaya
keluarga dan masyarakat.
Guru perlu bersedia, bersikap positif dan berfikiran terbuka semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dan merancang persekitaran pembelajaran
yang sihat. Semasa membincangkan isu moral, guru tidak boleh menggunakan
nilai atau pendirian moralnya ke atas murid. Guru perlu membantu murid
membuat keputusan moral dengan mengutamakan perkara-perkara rumit dan
luwes serta mengenal pasti
faktor yang menyumbang kepada perbezaan dan persamaan piawai moral
seseorang.

MATLAMAT

Pendidikan Kesihatan Keluarga membolehkan murid memperoleh


pengetahuan tentang perubahan fizikal, emosi dan sosial serta kemahiran dan
amalan memelihara hubungan antara ahli keluarga, sahabat dan ahli
masyarakat.

OBJEKTIF
Pendidikan Kesihatan Keluarga adalah untuk :
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

• membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai


supaya mereka bersedia menampung tanggungjawab kehidupan
dewasa, perkahwinan, keibubapaan, dan hidup bermasyarakat bagi
kehidupan yang sihat dan sejahtera.
• menyumbang kepada perkembangan murid bagi meningkatkan
kesejahteraan dan tingkah laku bertanggungjawab membantu murid
memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi
perubahan fizikal, emosi dan sosial, mengenal pasti perkara yang
penting dan bertindak dalam cara yang bertanggungjawab dan
penyayang membantu murid berkomunikasi secara berkesan dengan
orang lain bagi membuat keputusan yang bijak tentang hal berkaitan
dengan kehidupan keluarga, perhubungan peribadi dan keahlian
dalam komuniti

Aspek Gender
Berkenaan jangkaan peranan; peranan lelaki dan perempuan serta
stereotaip jantina.

Jangkaan Gender
Kajian tentang stereotaip gender menunjukkan bahawa biasanya
perempuan dan lelaki mempunyai stereotaip yang sama. Lelaki didapati bersikap
logik, dominan, berdikari dan agresif. Perempuan bersifat sensitif, emosional,
penyayang, menggunakan intuisi, agak berdikari dan mudah menyerah. Dapatan
yang lebih signifikan menunjukkan lelaki dan perempuan dewasa memandang
diri sendiri sama dengan stereotaip ini dan profesional dalam bidang kesihatan
biasanya melabel orang sihat dari segi psikologi. Kemungkinan besar sifat
personaliti seperti ini tidak semulajadi sepenuhnya kerana dalam beberapa
budaya terdapat kaum wanita agresif dan dominan, manakala kaum lelaki
bersifat emosinal dan sensitif. Oleh itu, budaya memainkan peranan penting
menentukan sikap tertentu dan menyembunyikan sikap yang lain.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Dalam kebanyakan masyarakat, kanak-kanak lelaki dan perempuan


dilayan secara berbeza sejak mereka dilahirkan. Kanak-kanak perempuan diberi
lebih banyak kasih sayang dan sentuhan fizikal, lebih diajak bercakap, lebih
dilindungi dan lebih dikawal. Anak lelaki pula diberi lebih banyak kebebasan dan
desakan pencapaian. Pada umur 2 atau 2 ½ tahun, kanak-kanak dapat
mengenal pasti diri sendiri sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka
mencari dan menerima maklumat tentang sifat kelelakian atau kewanitaan.
Kanak-kanak lelaki mungkin hendak menjadi seperti ayahnya. Kebiasaannya
mereka hendak menjadi ahli bomba, doktor, angkasawan atau pemimpin negara.
Anak perempuan pula akan membesar seperti ibunya iaitu ingin menjadi
jururawat, setiausaha, eksekutif atau guru. Anak lelaki disuruh jangan menjadi
‘pondan’ dan anak perempuan pula disuruh bersopan.
Anak lelaki tidak digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan
dihalang menjadi agresif. Mereka biasanya diberi alat permainan berlainan yang
bersesuaian dengan gender mereka. Peranan gender diperkembang dan
diperkukuhkan lagi di sekolah. Kanak-kanak perempuan diarah ke sudut mainan
anak patung dan bermain tali ‘skiping’, manakala kanak-kanak lelaki disuruh
bermainblok dan bola. Buku bacaan kanak-kanak menggambarkan ibu
mengemas rumah dan ayah pergi ke pejabat. Kanak-kanak perempuan
digambarkan sebagai pemerhati dan sentiasa takut, manakala kanakkanak lelaki
digambarkan sebagai penyelesai masalah yang berani dan aktif. Kanak-kanak
perempuan dijangka pandai mengeja dan mempunyai penulisan yang baik
manakala lelaki mesti pandai matematik dan berminat dalam bidang mekanik.
Sebaik sahaja akil baligh, motivasi untuk menjadi perempuan atau lelaki
bertambah kerana desakan daripada kumpulan sebaya.
Apabila meningkat dewasa, pilihan kehidupan lebih menonjol, maksud
kewanitaan dan kelelakian menjadi lebih sempit. Perempuan yang pada masa
dahulunya mempunyai prestasi akademik lebih baik daripada lelaki akan
menurun dan kadangkala merosot sama sekali. Hal ini berlaku kerana “tidak
bersifat kewanitaan”.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Untuk menjadi lebih baik dalam persaingan dengan lelaki, keupayaan


menganalisis adalah penting. Keupayaan kanak-kanak perempuan yang lemah
menyebabkan prestasi akademik mereka merosot berbanding dengan lelaki.
Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa latihan berdikari yang biasanya
ditekankan bagi kanak-kanak lelaki mungkin merupakan kunci kepada
perkembangan pemikiran analitik, misalnya, kajian menunjukkan hubungan
antara galakan ibu bapa terhadap sikap berdikari dan keberanian, dengan
kebolehan analitik yang cemerlang menyebabkan mereka menolak peranan
kewanitaan tradisional. Penolakan jangkaan dan definisi peranan masyarakat
biasanya diiringi konflik, ketegangan dan kerisauan. Walau bagaimanapun
penerimaan peranan gender tradisional juga mendatangkan akibat yang sama.
Sungguhpun kajian tentang akibat psikologi desakan peranan gender
terhadap lelaki tidak mencukupi, akibatnya tetap serius. Kaum lelaki
terperangkap dalam peranan menjadi penyara hidup yang kuat dan boleh
diharapkan, serta terbatas dalam ekspresi emosi mereka. Ini menyebabkan
mereka menafikan sebahagian diri mereka dan mengakibatkan penafian
hubungan yang terbuka dan intim. Kebanyakan lelaki tidak mempunyai pilihan
duduk di rumah dan menjaga anak, sambil isteri mereka menjadi penyara hidup
keluarga. Sungguhpun pasangan itu mungkin bahagia dengan pembahagian
tugas seperti ini, jarang terdapat lelaki yang melawan desakan masyarakat.
Tekanan untuk mencapai kewangan dan kedudukan, bertanggungjawab
terhadap tahap ketegangan, tekanan dan kebimbingan yang tinggi di kalangan
lelaki mungkin menyebabkankadar serangan jantung yang tinggi di kalangan
lelaki yang berumur 40 an ke atas.
Penyelidikan menunjukkan lebih wanita menduduki status sosial yang
lebih rendah dan peranan sosial yang kurang penting akibat streotaip peranan
gender. Penerimaan tradisional kedudukan seperti itu, telah menyebabkan akibat
yang amat buruk bagi mereka. Penyelidikan menunjukkan penghargaan kendiri
dan pendapat kendiri kanak-kanak perempuan semakin merosot apabila mereka
membesar. Kajian yang lain menunjukkan kaum wanita mempunyai prasangka
terhadap kaum sejenisnya. Dalam satu kajian terkini di Institusi Pengajian Tinggi,
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

mengatakan 90% pelajar lelaki dan 66% pelajar wanita lebih suka anak lelaki,
menghargai “sifat lelaki” lebih daripada “sifat perempuan”, mempercayai bahawa
lelaki lebih sesuai untuk kedudukan status tinggi dan kurang mementingkan
pencapaian kaum wanita.Nampaknya kaum wanita yang beriorientasi
pencapaian tinggi juga takut Berjaya dari segi usaha intelek atau akademik.
Akibat peranan jantina terhadap wanita dihuraikan saperti berikut : Apabila
anak lelaki dilahirkan, sukar untuk meramalkan apa yang dia akan buat 25 tahun
kemudian. ita tidak dapat meramal sama ada dia akan menjadi seorang artis,
doktor atau seorang profesor di Institusi Pengajian Tinggi, kerana dia akan
dibenarkan memperkembang dan memenuhi potensi unik tersendiri, terutama
sekali jika dia berkulit putih dan berasal dari kelas pertengahan. Akan tetapi, jika
bayi yang baru dilahirkan itu, seorang perempuan, kita biasanya dapat meramal
dengan yakin bagaimana ia akan menghabiskan masa 25 tahun kemudian.
Akibat stereotaip peranan gender, sifat individunya tidak perlu dipertimbangkan
kerana ia tidak relevan.

RUMUSAN
Guru perlu memberi kefahaman bahawa pada kebiasaannya lelaki dan wanita
mempunyai jangkaan gender yang berbeza. Jangkaan gender biasanya
ditentukan oleh masyarakat tetapi ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

PERANAN GENDER

1. Pengenalan
• Peranan gender ialah set tingkah laku yang ditetapkan oleh
masyarakat yang sesuai untuk lelaki dan wanita.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

• Kejantinaan merujuk kepada jantina biologi sebenar, sama ada lelaki


dan wanita.
• Setiap budaya menentukan peranan seks yang sesuai bagi gender.
Apa yang diterima oleh suatu budaya dari segi tingkah laku kelelakian
dan kewanitaan tidak semestinya diterima dalam masyarakat lain.

a. Masyarakat Hopi di Arizona, Amerika Syarikat, merupakan masyarakat


matrik.

i. Nama dan keturunan dirujuk kepada pihak ibu. Sesiapa yang ada
hubungan persaudaraan dengan ibu adalah ahli keluarga tersebut.
ii. Masyarakat Hopi dibahagikan kepada suku kaum. Satu suku kaum dirujuk
kepada ibunya. Doa semua ahli keluarga dapat mengesan keturunan
mereka daripada
iii. seorang ibu yang sama. Bapa dihormati dan sayangi. Mereka mengenali
anak sendiri tetapi mereka menghabiskan lebih banyak masa dengan
anak, kakak dan adik-beradik perempuan daripada anak sendiri. Ini
kerana masyarakat Hopi mengemari anak perempuan.
iv. Suami dan isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab suku kaum yang
berasingan. Oleh itu, mereka mempunyai kebebasan bergerak. Kaum
wanita menjaga tugasan rumahtangga dan membesarkan anak
sementara kaum lelaki bekerja di ladang.
v. Dalam masyarakat Hopi kanak-kanak akur dan tidak bersaing. Mereka
jarang bergaduh. Tiada tindakan dikenakan apabila memusnahkan harta
benda dan kanak-kanak tidak pernah didenda secara fizikal.
vi. “Hopi” bermaksud “orang keamanan atau baik”. Mereka jarang berperang.
Mereka berjuang hanya untuk mempertahankan diri.

b. Kaum Mundugumor dari New Guinea merupakan masyarakat pemburukepala


manusia. Mereka amat ganas dan agresif.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

i. Setiap individu mengesan keturunan mereka melalui ibu bapa yang


berlawanan jantina.
ii. Anak lelaki dibesarkan oleh ibu manakala anak perempuan dibesarkan
oleh bapa. Kedua-dua jantina dibesarkan mengikut cara yang serupa
untuk berdikari,
iii. agresif dan garang.
iv. Anak-anak diajar untuk menentang ibu bapa yang sama jantina dengan
mereka. Masyarakat ini memang tidak gemar dan tidak mahukan anak.
Kehamilan dan penyusuan dibenci dan dielak, jika boleh. Pembunuhan
bayi diamalkan.

c. Kaum Arapesh ialah orang kawasan pergunungan dari New Guinea. Dalam
masyarakat ini tidak terdapat banyak perbezaaan antara peranan gender.
i. Kaum lelaki dan perempuan dikehendaki menjaga semua benda hidup.
ii. Bapa juga membantu membesarkan anak.
iii. Tingkah laku agresif tidak digalakkan, terutama sekali tingkah laku yang
merangsang sifat agresif dalam diri orang lain.
iv. Ibu bapa memberi layanan yang sama kepada anak lelaki dan perempuan
dan mereka gembira mendapat anak tanpa mengira jantina.

d. Orang Bali dari Indonesia mempunyai paras rupa yang bertentangan dengan
persepsi orang barat.
i. Mengikut persepsi orang Barat, kaum lelaki Bali kelihatan seperti
perempuan. Lengan dan kaki mereka hampir tidak kelihatan otot besar.
Mereka juga mempunyai buah dada
ii. yang besar.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

iii. Kaum wanita Bali pula kelihatan seperti budak lelaki dengan punggung
dan buah dada yang kecil.
iv. Setiap kali melakukan kerja berat, 50 hingga 100 orang lelaki berkumpul
untuk membuat kerja yang biasanya dilakukan oleh beberapa orang lelaki
sahaja dalam budaya lain.
v. Mereka dapat bekerja lama pada kadar yang perlahan dan seolah-
olahnya tidak pernah letih. Mereka gemar menyanyi dan bermain.

2. Dalam budaya kita, perbezaan antara kelelakian dan kewanitaan amat


ketara. Kaum lelaki dengan sifat kelelakian sementara kaum wanita dengan
sifat kewanitaannya. Kini lelaki dan perempuan perlu mempunyai beberapa
sifat personaliti yang dahulunya dianggap sebagai khas kepada satu gender
sahaja.

a. Kelelakian dan kewanitaan boleh dianggap sebagai di hujung satu kontinum.

e. Walaupun lelaki dengan kelelakiannya, terdapat juga sifat kewanitaan


padanya. Begitu juga wanita dengan sifat kewanitaannya turut mempunyai
sifat kelelakian padanya.

f. Perbincangan tentang kelelakian dan kewanitaan dalam masyarakat kita


sepatutnya mengiktiraf bahawa peranan lelaki dan perempuan berada dalam
keadaan transisi.Perbezaan antara tingkah laku kewanitaan dan kelelakian
tidak begitu jelas seperti dahulu.

g. Perbincangan berkaitan peranan lelaki dan wanita perlu mengambil kira nilai.
Sungguhpun ramai berpendapat bahawa penilaian dan perubahan dalam
peranan lelaki dan wanita adalah baik, namun masih ramai yang berpendapat
bahawa peranan stereotaip perlu dikekalkan.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

3. Kita tahu bahawa kanak-kanak mempelajari peranan lelaki dan perempuan


pada umur 2 atau 3 tahun, dan budaya kita mengandaikan bahawa adalah
lebih baik seseorang itu akur kepada jangkaan peranan gender yang diterima
masyarakat. Beberapa kajian akademik mempersoalkan kebaikan, jangkaan
peranan stereotaip ini.

a. Mussen (1940), ahli psikologi kanak-kanak di Universiti California, telah


mengkaji sifat kelelakian pada tahun 1940 an. Beberapa orang remaja
lelaki berumur antara 17 hingga 28 Tahun , dinilai dengan menggunakan ;

i. Skala KelelakianTinggi Rendah dan


ii. Inventori Pengubahsuaian California

Dua puluh tahun kemudian temubual tindakan susulanmenunjukkan dapatan


berikut tentang kumpulan lelaki itu, yang sudah berumur 27 hingga 48 tahun.

i. Kumpulan yang telah diberi kadar kelelakian sangat tinggi semasa remaja,
apabila diuji semula 20 tahun kemudian didapati :

• mereka kurang menerima diri sendiri dan kurang dominan.


• mereka merasa amat perlu merendahkan diri dan memencilkan diri
sendiri.
• mereka dinilai sebagai kurang bersifat sosial, kurang yakin diri,
berkemungkinan kurang menjadi pemimpin, dan kurang mengenali diri
sendiri.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

ii. Kumpulan yang diberi kadar kelelakian rendah semasa remaja dinilai pula
sebagai mesra, cerdas, stabil dari segi emosi, sensitif dan canggih setelah
diuji semula 20 tahun kemudian.

b. Kajian tahap kewanitaan di kalangan remaja perempuan menunjukkan


yang sangat bersifat “kewanitaan” biasanya dihuraikan sebagai sangat
bergantungan, malu, bercakap perlahan, menyerah, bersifat kanak-kanak
dan mudah ditipu. Semua sifat berkaitan dengan tahap kebimbangan
yang tinggi dan penerimaan sosial yang rendah ada pada mereka.
c. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa budak lelaki dan perempuan yang
akur pada peranan gender stereotaip tradisional mencapai skor yang lebih
rendah dalam ujian kecerdasan dan kreativiti.

4. Terdapat beberapa mitos biasa tentang perbezaan jantina yang tidak


dibuktikan.
a. Budak perempuan lebih bersifat sosial daripada budak lelaki.
b. Budak perempuan lebih mudah dipengaruhi berbanding budak lelaki.
c. Budak perempuan mempunyai penghargaan kendiri yang lebih
rendah daripada budak lelaki.
d. Budak perempuan kurang bermotivasi untuk mencapai kejayaan.
e. Budak perempuan lebih baik dalam pembelajaran yang bersifat rutin.
f. Budak lelaki lebih analitis daripada budak perempuan.

5. Pergerakan Hak Wanita (Feminisme)


a. Pergerakan Pembebasan Wanita muncul di Amerika Syarikat pada
awal 1960 an. The Feminine Mystique sebuah buku oleh Betty
Friedan, mengambarkan ketidakpuasan hati yang meluas di kalangan
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

wanita, telah mempengaruhi dan merangsang ke arah kajian semula


peranan lelaki dan wanita.

b. Banyak idea penting telah timbul daripada pergerakan wanita.


Fenomena ini dicerminkan oleh perubahan signifikan dalam banyak
institusi sosial, kesenian, muzik, penulisan, adat pergaulan,
perkahwinan, fesyen, dasar pekerjaan dan sebagainya.

c. Semasa kaum wanita mengkaji stereotaip peranan lelaki dan wanita,


kaum lelaki juga telah menilai semula definisi stereotaip tentang
kelelakian. Hal ini telah membawa kepada banyak kesepaduan
daripada sifat personaliti stereotaip dan aktiviti stereotaip perempuan
ke dalam sifat personaliti dan aktiviti lelaki.
d. Jelasnya, institusi sosial kita berkaitan dengan peranan lelaki dan
perempuan serta keluarga berada dalam keadaan transisi yang besar
sehingga lelaki dan perempuan mencapai keseimbangan dalam
kehidupan mereka.
Kesimpulan
1. Dorongan seks adalah naluri berkaitan keperluan asas manusia. Ia
merupakan naluri yang perlu untuk pemuliharaan manusia.
2. Dorongan seks diperlihatkan seperti berikut:
a. tarikan terhadap gender yang berlainan
b. jatuh hati
c. pemujaan individu sebagai ‘hero’
d. mempunyai teman tetap
e. pergaulan dengan gender yang berlainan.

3. Antara masalah emosi yang berkaitan dengan dorongan seks adalah:


a. memutuskan persahabatan kerana bertambahnya bilangan sahabat
termasuk daripada gender berlainan.
b. rasa bersalah kerana aktiviti merancap.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

c. ejek-mengejek.
d. tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa-apa pun untuk
tempoh masa yang panjang.
e. Berkhayal
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

PERTUMBUHAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Pada peringkat awal prasekolah, kebanyakan perkembangan kanak-


kanak meningkat dengan pesatnya. Saiz badan kanak-kanak mengalami
perubahan apabila lemak di dalam badan mengalami penurunan 12% daripada
berat badan manakala anggota badan yang lain mengalami perkembangan.
Perkembangan fizikal ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya, Genetik
Pemakanan Kewangan keluarga Bangsa Perkembangan kanak-kanak
prasekolah tidak sepesat semasa mereka bayi. Pertumbuhan kanak-kanak lelaki
dan perempuan agak setara, di mana purata kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun
mempunyai ketinggian 38 inci dan berat 33 paun. Sementara kanak-kanak
perempuan lebih kecil dan agak ringan (Tanner, 1978). Di sini pengaruh genetik
memainkan peranan penting apabila ibu bapa tinggi, anak-anak mereka juga
mengalami perkembangan yang pesat dan agak tinggi daripada kanak-kanak
sebaya mereka.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding


dengan kadar pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian
berkurangan selepas bayi berusia 1 tahun. Selain peningkatan dari segi
ketinggian dan berat badan, kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi
bentuk badan dan rupa paras. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun akan kelihatan
lebih dewasa berbanding dengan kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk
badannya. Misalnya lapisan lemak yang tebal dalam badan bayi yang berusia
satu tahun yang memberikan rupa bayi (babyish appearance) semakin
berkurangan selepas usia bayi memasuki tahun kedua.
Misalnya, pinggang kanak-kanak berusia 6 tahun lebih kecil daripada
bahu dan pehanya jika dibandingkan dengan bayi yang mempunyai pinggang
yang sama dengan dada dan pehanya. Saiz pinggang bayi yang besar adalah
disebabkan oleh ketebalan tisu lemak dan kadar pertumbuhan organ dalaman
yang lebih cepat daripada bahagian-bahagian lain. Selain pinggang, kanak-
kanak juga mempunyai saiz dan panjang kepala yang lebih seimbang jika
dibandingkan dengan bayi. Panjang kepala bayi yang baru dilahirkan didapati
meliputi satu perempat daripada keseluruhan ketinggiannya, manakala panjang
kepala kanak-kanak yang berusia antara 2 hinggan 6 tahun berubah daripada
satu perlima kepada satu perlapan keseluruhan saiz badannya (Lefrancois,
2001).

Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak pada peringkat ini ialah 2½


inchi dan 5 hingga 7lb setahun. Kanak-kanak perempuan adalah lebih ringan dan
lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Misalnya purata ketinggian
dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun ialah antara
35.5 hingga 40 inchi dan 25.5 hingga 36.5 lb, manakala kanak-kanak lelaki pada
usia yang sama mempunyai purata ketinggian lebih kurang 36 hingga 41 inchi
dan berat antara 27 hingga 38 lb. Pertambahan berat tahunan agak tekal dan
kemudian beransur kurang sehingga mencapai umur baligh. Kanak-kanak baik
lelaki mahupun perempuan kelihatan langsing (slim down) apabila mencapai usia
pra sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun kepala masih kelihatan
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

lebih besar daripada badan. Pada akhir peringkat prasekolah badan kanak-
kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak menurun, oleh itu rupanya
tidak lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai lebih
banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang mempunyai
lebih banyak tisu oto. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi,
berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah
kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi,
status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor
penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah
seperti mulnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Ramai ibu bapa berpendapat, perbezaan jantina bukan saja


mempengaruhi kadar perkembangan kemahiran, malah juga jenis kemahiran itu.
Dari segi perkembangan fizikal misalnya, kanak-kanak perempuan mengalami
pertumbuhan lebih cepat berbanding lelaki. Mereka juga mencapai tahap
kematangan dan keremajaan lebih. Selain itu, pertumbuhan fizikal kanak-kanak
perempuan lebih tetap dan mudah diduga berbanding kanak-kanak lelaki.
Sebelum peringkat akil baligh, kekuatan dan kepantasan kanak-kanak
perempuan dan lelaki tidak banyak berbeza. Tetapi selepas peringkat akil baligh,
kanak-kanak lelaki menjadi lebih kuat dan lebih pantas.

PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA


Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman
remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh
peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.

PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN


Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan
mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan.


Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara
remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di
antara seorang individu dengan individu yang lain.

PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA PEREMPUAN


• Buah dada (payudara) mula membesar.
• Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari.
• Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.
• Jerawat mula tumbuh.
• Mula didatangi haid.
• Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang
lebih matang.
• Perubahan bau badan
• Kehadiran jerawat di muka
PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA
LELAKI
• Suara menjadi garau.
• Misai dan janggut mula tumbuh.
• Bahu dan dada menjadi bidang.
• Jerawat mula tumbuh.
• Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani.
Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akhil baligh.
• Zakar dan buah zakar mula membesar.

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan
mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-
perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar
pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja
lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

seorang individu dengan individu yang lain.

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN FIZIKAL DEWASA PERTENGAHAN

Lazimnya tanda-tanda penuaan akan mula kelihatan apabila umur semakin


meningkat dan ia jelas kelihatan pada perubahan fizikal seseorang. Perubahan-
perubahan fizikal yang berlaku adalah seperti berikut:

• Uban dan keguguran rambut


Rambut akan mula beruban bila mencapai dewasa pertengahan dan ia
menjadi semakin banyak. Keguguran rambut juga menjadi semakin kerap.
Rambut mula menipis dan jarang.

• Kulit berkedut
Kulit akan mula berkedut dan tidak licin lagi berbanding sewaktu muda
bagi orang yang mencapai dewasa pertengahan.

• Menopause dan ‘Climectrium’


Perempuan akan berhenti haid apabila capai umur dewasa pertengahan
manakala lelaki pula akan mengalami perubahan pada daya tarikan
seksual mereka. Perubahan ini memberi impak yang besar terhadap
emosi individu dewasa pertengahan ini.

• Osteoporosis,gigi palsu
Pada tahap dewasa pertengahan, tubuh badan memerlukan kalsium yang
tinggi tetapi berikutan usia yang semakin meningkat, ia semakin sukar
diserap.Kekurangan kalsium akan menyebabkan individu dewasa
pertengahan mengalami masalah seperti gigi yang mudah mereput dan
meningkatkan kecenderungan penggunaan gigi palsu .Disamping itu,
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

osteoporosis akan menyerang orang yang mencapai dewasa pertengahan


terutamanya kaum wanita berbanding lelaki

• Ingatan merosot
Ingatan akan mula merosot apabila mencapai tahap dewasa pertengahan
berikutan sel-sel neuron yang semakin berkurangan. Keadaan ini akan
memberi kesan terhadap kehidupan harian seperti terlupa perkara-
perkara penting mahupun sampingan, contohnya tidak dapat mengingat
nombor telefon, tarikh-tarikh penting dan sebagainya.

• Penyakit lain
Penyakit mudah menyerang jika tidak menjaga badan dengan baik dari
muda,seperti diabetes, kegemukan, sakit jantung,gout, penyakit
Parkinson, dementia dan lain-lain.Organ badan mula merosot dan tidak
berfungsi dengan baik.
PERUBAHAN FIZIKAL LELAKI DAN PEREMPUAN
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Perbezaan lelaki dan perempuan.

Firman Allah SWT di dalam kisah Mariam bermaksud : Maka apabila ia


melahirkannya, berkatalah ia : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah
melahirkan seorang anak perempuan(sedang yang aku harap-harapkan ialah
anak lelaki)", dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkan itu dan
memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan. (Ali Imran-36)

Wanita dan lelaki.


[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Dua nama yang berbeza. Bukan sahaja berbeza pada nama, bahkan dari
pelbagai sudut, baik dari segi fizikal, mental, mahupun perasaan. Namun, para
ulamak telah bersepakat menyatakan bahawa wanita menyamai lelaki dari sudut
kewajipan, kemuliaan, dan tanggungjawab.

Justeru, jika diperhatikan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan, jelas


perbezaan dapat dilihat walaupun tanda-tanda kewanitaan dan kelelakian masih
tidak terserlah. Kanak-kanak perempuan lebih bersifat keibuan, sukakan anak
patung, mempunyai kemahuan dan cenderung kepada perkara-perkara yang
berkait dengan diri para wanita berbanding kanak-kanak lelaki.
Ahli-ahli psikologi terutama ahli psikologi kanak-kanak dan orang tua
menyatakan bahawa wanita mempunyai keistimewaan-keistimewaan selain
keistimewaan dari segi biologi di samping perbezaan yang jelas antara tubuh
badan lelaki dan wanita.

Menurut kajian ahli perubatan, wanita adalah lebih rendah dari lelaki walau apa
jenis sekalipun wanita tersebut dan purata antara ketinggian lelaki dan wanita
selepas sempurna pertumbuhan adalah 10cm. Begitu juga dari sudut berat
badan. Kerangka perempuan lebih ringan dari kerangka lelaki yang
menjadikannya kurang keupayaan dalam pergerakan dan tindakan berbanding
lelaki. Sendi-sendinya lebih lemah berbanding lelaki dengan kadar 1/3 akan
tetapi melebihi lelaki dengan satu-satunya sel yang mempunyai banyak
kandungan darah.

Begitu juga dengan otak. Otak lelaki 100gm lebih berat daripada otak perempuan
dan nisbah berat otak lelaki kepada badannya ialah 1/40 serta perempuan ialah
1/44. Otak juga terbahagi kepada beberapa bahagian; bahagian 'kemahuan' dan
'kehendak' dalam otak wanita adalah paling kecil akan tetapi perasaan dan
emosi melebihi kaum lelaki. Dada dan peparu wanita tak seluas dada lelaki tetapi
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

pernafasan wanita lebih cepat berbanding lelaki. Jantung wanita juga lebih kecil
tetapi denyutannya lebih cepat daripada denyutan jantung lelaki.

Oleh yang demikian, setelah mengetahui secara saintifik perbezaan antara lelaki
dan perempuan, dapat dikonklusikan bahawa setiap daripada kita mempunyai
kelemahan. Tak perlu dan tak berguna untuk kita bermegah-megah dengan
kecantikan, ilmu, dan kemahiran kerana perkara-perkara tersebut tidak akan
kekal dan tidak memberi apa-apa saham jika tidak diiringi dengan niat yang
ikhlas dan berpakaian takwa. Perlu diketahui juga bahawa kita semua adalah
pelengkap antara satu sama lain. Allah menjadikan perempuan itu lemah kerana
di sampingnya ada lelaki yang kuat. Tidak sempurna hidup jika tiada sikap tolong
menolong dan bantu membantu antara satu sama lain.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan." (Al-maidah-2).

Lelaki
Lelaki ialah salah satu daripada dua jantina manusia, iaitu lelaki dan
perempuan. Penggunaan istilah "lelaki" dalam bahasa Melayu adalah khusus
untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai jantan.
Umur

Lelaki dewasa merupakan tempoh atau rencana hidup seorang lelaki selepas
dia berubah daripada lelaki kanak-kanak. Kebanyakan budaya mempunyai
upacara adat resam untuk manandakan permulaan kedewasaan seseorang
lelaki, umpamanya "Chrismation" dalam beberapa cabang agama Kristian,
"B'nai Mitzvah" dalam agama Yahudi, ataupun hanya perayaan hari jadi kelapan
belas atau kedua puluh satu. Hari bersejarah bagi khatan adalah hari dimana
putik kepala iaitu sedikit kulit akan dipotong dengan alatan tajam atau
menggunakan teknologi terkini seperti laser dan pemotong berasaskan elektrik.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Biologi dan jantina


Lelaki-lelaki mempunyai pelbagai ciri jantina yang membezakan mereka
daripada perempuan. Serupa dengan perempuan, organ seks mereka
merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan yang terdirinya daripada
zakar, testikel, vas deferens serta korda spermatik yang lain, dan kelenjar
prostrat. Sistem pembiakan lelaki ditujui semata-mata untuk penghasilan dan
pemancutan air mani yang membawa sperma dan maklumat genetik. Oleh
sebab sperma memasuki uterus perempuan dan kemudiannya salur falopia
untuk mensenyawakan telur yang akan berkembang menjadi fetus ataupun
anak, sistem pembiakan lelaki tidak bermain sebarang peranan sewaktu
gestasi. Konsep kebapaan dan keluarga terwujud di setiap masyarakat
manusia.

Ciri-ciri jantina sekunder seperti bulu roma dan pertumbuhan otot


dipergunakan untuk menarik perhatian pasangan atau untuk menewaskan
pesaing. Bagaimanapun, kesemua ciri sekunder itu seringnya berkaitan dengan
pembiakan. Berbeza dengan perempuan, kebanyakan daripada organ seks lelaki
terdiri daripada bahagian-bahagian luar, walaupun terdapat juga bahagian
dalaman, umpamanya kelenjar prostrat. Penyelidikan pembiakan lelaki dan
organ-organ berkait digelarkan andrologi. Kebanyakan walaupun bukan
kesemua lelaki mempunyai kromatik 46/XY.
Secara amnya, lelaki mengalami banyak penyakit yang serupa dengan
perempuan. Bagaimanapun, terdapatnya sebahagian penyakit seks yang terjadi
hanya, atau lebih kerap kali, pada lelaki sahaja. Umpamanya, lelaki lebih kerap
mengalami autisme dan kebutaan warna, berbanding perempuan. Sebahagian
penyakit-penyakit berkait umur, seperti penyakit Alzheimer, kelihatannya lebih
lazim di kalangan lelaki, walaupun tidak pasti adakah ini disebabkan oleh
kejadian yang benar-benar lebih banyak ataupun kerana lelaki mempunyai
jangka hidup yang lebih pendek berbanding perempuan.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Faktor-faktor biologi biasanya tidak merupakan penentu tunggal untuk


menganggapi adakah seseorang itu dikira lelaki atau tidak. Umpamanya, ramai
lelaki dilahir tanpa fisiologi lelaki yang tipikal (anggarannya berbeza-beza di
antara satu per-2,000, dan satu per-100,000), dan sesebahagian individu dengan
kromosom XY boleh mempunyai perbezaan hormon ataupun perbezaan
genetik (seperti sindrom ketidaksensitifan androgen), atau keadaan interseks
yang lain; seseparuh orang interseks dan orang-orang lain yang mempunyai
jantina tertentu sewaktu dilahir, kemudian menggantikan jantina mereka. (Lihat
juga: Identiti jantina, peranan jantina dan lelaki trans.)
Tambahan pula, 20% daripada lelaki-lelaki di Amerika Syarikat, Filipina, dan
Korea Selatan, serta orang-orang yang beragama Yahudi dan Islam menjalani
penyunatan yang merupakan suatu proses untuk mengubahkan keadaan zakar
daripada keadaan asli melalui pembuangan kulit khatan.

ORGAN REPRODUKTIF LELAKI

Peranan jantina
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Perdebatan hebat di kalangan masyarakat-masyarakat Barat menumpukan


kepada perbezaan persepsi dari segi sosial, intelektual, atau emosi antara lelaki
dan perempuan. Perbezaan-perbezaan ini amat susah dijumlahkan disebabkan
alasan-alasan sains dan politik. Beberapa tuntutan stereotaip lelaki yang
kekadang dikemukakan untuk perbandingan dengan perempuan adalah seperti
berikut :

• Lebih bersikap agresif berbanding perempuan. Bagaimanapun, dalam


hubungan interpersonal, kebanyakan penyelidikan mendapati bahawa
keagresifan antara lelaki dan perempuan adalah serupa sahaja.
Bagaimanapun, lelaki cenderung lebih agresif di luar rumah dan
sebaliknya.
• Lebih bersikap pertandingan, tetapi juga lebih keras kepala berbanding
perempuan.
• Mempunyai lebih keyakinan diri (malahpun kekadang sombong juga) dan
mempertunjukkan kemahiran kepimpinan yang lebih baik berbanding
perempuan.
• Lebih dapat mengawal perasaan dan kurang beremosi.
• Mempunyai lebih kemahiran teknikal dan pengurusan berbanding
perempuan.
• Lebih cenderung kepada pemikiran abstrak berbanding perempuan.
• Kurang kemas (lebih kotor) berbanding perempuan.
• Lebih gemar bercakap dan lebih cenderung mencelah semasa orang
sedang bercakap berbanding perempuan.
• Lebih cenderung membuat perbezaan antara homoseksual dan
lesbian.
• Lebih cendurung menyindir dan menggunakan metafora dalam
perbualan.
Sebahagian daripada perbezaan-perbezaan ini telah didukung oleh penyelidikan
saintifik, tetapi terdapatnya juga yang tidak. Kesemua ini harus diterima dengan
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

berhati-hati kerana terdapat kelainan yang amat besar di kalangan lelaki dan
perempuan.
Sebilangan daripada stereotaip di atas tidak diperlihatkan dari segi yang sama
dengan masa kini (iaitu, penggunaannya dalam aspek dan lingkungan
penghidupan yang tertentu, seperti kerja berlawan rumah) sehingga abad ke-19,
bermula dengan pengindustrian.
Dari segi rupa dan perawakan, tidak banyak lelaki dalam budaya Barat
menggunakan kosmetik atau pakaian yang secara amnya terkait kepada
perempuan. (Berbuat demikian dikenali sebagai pemakaian silang dan, secara
amnya, dipandang hina.)
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Gaya kognitif dan gaya belajar.


Persoalan pencapaian akademik yang tidak seimbang di antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan pada masa ini adalah merupakan satu isu pendidikan yang
semakin ketara serta perlu diberi perhatian. Kesan jangka panjang
ketidakseimbangan ini akan banyak mempengaruhi polisi pendidikan pada masa
akan datang. Ketidakseimbangan yang begitu ketara dari segi bilangan pelajar
lelaki dan perempuan di pusat-pusat pengajian tinggi adalah menunjukkan
bahawa pelajar perempuan lebih baik pencapaian akademiknya dibandingkan
dengan pelajar lelaki. Nampaknya trend ini bukan sahaja berlaku di negara ini
malah juga berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia. Ia merupakan satu
fenomena global.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, maka
sistem pendidikan di Malaysia harus menekankan kepentingan memahami
perbezaan individu di kalangan pelajar bagi meningkatkan potensi pengajaran
dan pembelajaran. Perbezaan individu merupakan ciri yang membezakan
seorang individu dengan individu yang lain. Dari segi fizikal, individu jelas
berbeza dari segi jantina, bentuk fizikal badan, tahap kesihatan dan sebagainya.
Dari segi kognitif, perbezaan dilihat dari segi keupayaan melakukan persepsi,
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

pemahaman, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menunjukkan


respon terhadap maklumat yang diterima. Manakala, dari segi afektif, individu
berbeza dari sudut personaliti, kecenderungan perasaan, tanggungjawab,
motivasi dan tahap interaksi dengan rakan sebaya. Walaubagaimanapun,
perbezaan individu dari segi gaya kognitif dan gaya belajar memberi kesan yang
mendalam terhadap perkembangan potensi pembelajaran di kalangan pelajar.
Dalam beberapa dekad yang lalu, perhatian yang berat telah diberikan kepada
perbezaan jantina dalam peperiksaan pencapaian tara atau nasional. Perbezaan
yang menunjukkan pelajar lelaki mempunyai kelebihan sedikit dalam matematik
dan sains dan pelajar perempuan mempunyai kelebihan dalam kebolehan lisan
dan komunikasi. Ini banyak dijelaskan dalam kajian-kajian dan penulisan lalu.
Soalan sering timbul tentang sama ada pelajar lelaki yang mendapat pencapaian
purata lebih tinggi daripada pelajar perempuan dalam Sains misalnya adakah
disebabkan oleh perbezaan pencapaian yang sebenar, atau terdapat bias dalam
Ujian atau kombinasi kedua-duanya. Dalam konteks yang lebih mikro,
perbezaan ini juga telah dilihat dari segi pencapaian pelajar ke atas pelbagai
format ujian yang digunakan. Dalam kajian lepas menunjukkan bahawa di
kalangan pelajar sekolah tinggi dan kolej di dapati pelajar perempuan lebih baik
pencapaiannya ke atas pentaksiran berbentuk esei di bandingkan dengan
pentaksiran berbentuk anika pilihan. (O’Neil & Brown, 1997). Penjelasan tentang
perbezaan jantina ini adalah daripada pelbagai sebab, misalnya sebab genetik
atau sosial. Walaupun sesetengah penyelidik berpendapat pelajar lelaki dan
perempuan mempunyai kebolehan yang berbeza dalam menyelesaikan
masalah, kajian juga menunjukkan bahawa perbezaan pendekatan
menyelesaikan masalah juga digunakan ke atas pelbagai format pentaksiran.
Herman et. Al (1994) misalnya melaporkan yang pelajar menggunakan proses
pentaakulan yang berbeza ke atas kedua-dua format esei (pentaksiran
persembahan) dan anika pilihan. Pada umumnya, pelajar akan cenderong
menggunakan pendekatan cuba jaya (trial-and-error) atau tekaan untuk item
anika pilihan dan menggunakan pentaakulan matematikal untuk item terbuka.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Pentaksiran Tara dan Perbezaan Jantina

Berkaitan dengan perbezaan jantina dalam pencapaian ujian tara ini, terdapat
beberapa penjelasan yang mungkin boleh diberikan. Kebanyakan sarjana
percaya terdapat kecenderongan tertentu dalam gaya berfikir dan tret perlakuan
pelajar perempuan tidak begitu serasi/sepadan dengan format anika pilihan yang
perlu pantas dan agak menekan. Pelajar perempuan lebih fokus dalam proses
pembelajaran dan mungkin berasa lebih bimbang dan kecewa serta kurang yakin
dalam situasi ujian yang memerlukan kepantasan dan ini memberi tekanan
kepada mereka. Banyak kajian menunjukkan yang pelajar perempuan lebih
bimbang tentang peperiksaan (test-anxiety) daripada pelajar lelaki. Di samping
itu, pelajar perempuan lebih berhati-hati serta tidak berani mengambil risiko
semasa ujian tara, ini menyebabkan mereka kurang suka meneka dibandingkan
dengan pelajar lelaki. Ini menjadikan mereka dalam kedudukan tidak beruntung
apabila jawapan salah tidak diberi apa-apa penalti. Pelajar perempuan juga
apabila menjawab soalan ujian tara akan lebih menggunakan teknik metode dan
kemahiran seperti menyusunatur, sintesis, analisis dalam menyelesaikan
sesuatu masalah, dan jarang menggunakan metod ‘short-cut’ yang biasanya
digunakan oleh pelajar lelaki.
Otak lelaki dan perempuan
Terdapat tiga pekara besar yang membezakan antara lelaki dan perempuan.
Pertamanya adalah struktur fizikal atau biologinya, kedua; organ pembiakannya.
Dan ketiga adalah cara berfikir atau cara ia menggunakan otak untuk berfikir dan
bertindak balas.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Dan melalui kajian terbaru, ahli saintis neuro membuktikan perbezaan dalam
cara berfikir ini mempunyai alasan biologi. Iaitu berdasarkan cara otak digunakan
dan struktur otak bagi seorang lelaki atau perempuan.
Sepertimana struktur biologi lelaki- perempuan yang berbeza seperti perbezaan
dada, pinggul, bentuk leher, organ pembiakan, kulit dan sebagainya, sebenarnya
kajian terbaru dari sains otak menunjukkan otak antara lelaki dan perempuan
juga berbeza antara beberapa struktur di dalam otak itu sendiri.
Maka, walaupun ia tidak memberikan perbezaaan dari segi kecerdasan, tetapi ia
tetap memberi perbezaaan kepada cara berfikir kedua-dua jantina ini.
Memang banyak pekara yang perlu disentuh tentang perbezaaan antara lelaki
dan perempuan berdasarkan struktur otak kedua jantina ini. Jika para lelaki lebih
kepada system analisisnya (lebih pada otak kiri), tetapi yang nyata, perempuan
berat bertindak balas berdasarkan emosinya (lebih pada otak kanan dan lebih
seimbang penggunaan kedua-dua belah otak). Ini kerana kadar keluasan sistem
limbik (satu struktur di dalam otak) yang lebih pada perempuan berbanding
lelaki. Sistem limbik ini juga adalah tempat di mana pengaturan emosi manusia
berlaku.
Kerana itu , perempuan perlu didepani dan lebih sensitif pada emosi mereka.
Maka tidak hairan perempuan mudah menangis, gembira, takut, cemas, ceria
dan sebagainya sebahagian dari refleksi dari dalam diri mereka kerana
tindakbalas neurotransmit yang berlaku di dalam otak mereka. Malah
kemurungan juga lebih banyak berlaku pada perempuan kesan dari
kecenderungan dan cara otak mereka bekerja yang lebih kepada emosi. Kerana
itu juga para wanita menjadi ibu iaitu menjaga dan membesarkan anak-anak
berbanding lelaki. Kesan dari pengaruh emosi yang kuat bagi perempuan.
Bila berdepan dengan perempuan, gunakan kelebihan mereka supaya mudah
bagi lelaki dapat berinteriksi dengan perempuan. Puji dan beri perhatian pada
mereka kerana emosi mereka mudah berubah jika kena pada tempatnya

Sebab wanita lebih pandai belajar.


[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Apakah lelaki baik di sekolah, universiti atau dalam dunia korporat dan
perkhidmatan awam tidak sepandai dan sededikasi berbanding dengan wanita?
Kekuatan biologi wanita memperagakan manifestasi kecenderungan yang
dianggap baru ini. Dominasi kaum wanita di bidang pendidikan tinggi merupakan
bukti kekuatan biogenetik tersebut.
Mengapa mereka lebih terampil dalam menguasai ilmu? Kalangan pakar
menganggap kelebihan itu terletak pada kehebatan genetik mereka. Dikatakan
kaum wanita menyimpan lebih banyak informasi genetik daripada kaum lelaki.
Pemilikan dua X kromosom seks pada kaum wanita memberi kelebihan yang
cukup bermakna.
Contohnya wanita lebih sensitif terhadap pemilihan warna kerana mereka
memilik gen yang dapat membezakan warna merah hijau dengan lebih baik
daripada kaum lelaki. Sebab yang samalah kes-kes buta warna hampir
keseluruhannya melibatkan kaum lelaki. Walaupun wanita menjadi pembawa gen
buta warna, mereka tidak mengalaminya oleh kerana pemilikan dua kromosom X
tersebut. Sedangkan kromosom Y kaum lelaki tidak mampu meneutralkan
kekuatan gen buta warna sehingga mereka mengalami kebutaan terhad itu.
Dengan kata lain, mata wanita lebih unggul daripada lelaki dan barangkali
keunggulan itu juga melibatkan penggunaan secara efisien fungsi mata yang
lain. Di samping mempunyai penglihatan yang tajam daripada lelaki, wanita
memiliki pendengaran yang lebih baik. Tidak hanya berkemampuan mendengar
lebih baik, keterampilan berkomunikasi lisan memang diketahui umum lebih
hebat daripada kaum lelaki.
Kini para saintis berpendapat, wanita memang mempunyai kelebihan dalam
bidang akademik kerana otak wanita dibentuk untuk kecemerlangan tersebut dan
kebanyakan peperiksaan dikatakan mempunyai kecenderungan gender, lebih
memihak kepada kaum perempuan. Para saintis kini percaya wanita berfikir
dengan kedua-dua belah hemisfera otak sedangkan kaum lelaki menggunakan
hanya satu sisi hemifera otak untuk berfikir. Analogi yang paling dekat barangkali
pesawat terbang yang berenjin kembar dengan yang berenjin tunggal. Atau
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

ibarat wanita menggunakan kedua-dua komputer sedangkan kaum lelaki hanya


mampu menghidupkan satu daripada dua yang mereka sama-sama miliki.
Meskipun otak wanita lebih kecil sainznya tetapi ia dapat berfungsi lebih
berkesan daripada otak lelaki. Ini disebabkan adanya perbedazaan anatomi yang
nyata antara lelaki dan wanita terutamanya pada struktur otak yang dikenali
sebagai `corpus callosum’. “Corpus callosum’ merupakan seberkas serat-serat
saraf yang menghubungkan hemisfera otak kiri dan kanan. Telah dibuktikan
`corpus callosum’ wanita lebih tebal dan lebih berisi daripada lelaki. Kelebihan
anatomik ini memungkinkan lebih banyak pertukaran maklumat antara kedua-
dua hemisfera otak mereka.
Kajian autopsi (single blind) membuktikan jaringan antara sel-sel otak lebih
banyak dan lebih padat pada wanita daripada lelaki. Maka tidak hairanlah
mengapa otak mereka lebih superior dalam bidang tertentu daripada lelaki.
Untuk memahami perbezaan antara otak lelaki dan wanita, kita tidak lari
daripada meninjau tentang evoluis manusia itu sendiri. Lelaki prasejarah
sentiasa aktif dan agresif, menggunakan lebih 14,000 kalori sehari untuk
berburu. Sedangkan wanita prasejarah lebih banyak mengurus kediaman, anak
dan makanan bukan daging (gathered).
Kaum wanita lebih banyak berkomunikasi secara verbal di antara mereka. Sifat-
sifat mereka amalkan ialah bekerjasama dan bermuafakat sedangkan kaum
lelaki bersifat agresif, saling bersaingan sama sendiri dan bunuh membunuh
antara mereka. Keadaan hiperakitivi mereka ini sangat dipengaruhi oleh kadar
hormon testosteron.
Dalam konteks moden, perbezaan antara lelaki dan wanita masih mewakili sifat-
sifat prasejarah mereka. Sebagai contoh, lihat saja kalau kaum wanita pergi
membeli-belah, bandingkan pula dengan kaum lelaki ingin membeli sesuatu
seperti seolah-olah dia membawa lembing, sasar lantas baling. Tidak berbeza
dengan lelaki prasejarah tersebut. Sedangkan proses beli-belah kaum wanita
lebih complicated lagi. Ada peringkat survei pra-beli, peringkat explorasi hampir
kesemua department store, perbandingan harga dan kemahiran pemilihan
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

barangan. Semuanya memerlukan latihan minda yang terus memakai otak


mereka. Lelaki kalau hendak membeli, tuju seksyen terbabit, pilih dan bayar.
Hal yang serupa dapat diperhatikan di taman mainan. Kanak-kanak lelaki tampak
lebih aktif dengan banyak pergerakan fisikal sedangkan kanak-kanak perempuan
duduk berkumpul dan bersembang (cit-cat). Kemahiran berkomunikasi ini kaum
wanita kembangkan sejak masih kecil lagi. Tidak hairanlah mengapa Datuk
Abdullah Ahmad begitu terpesona sekali dengan record of conversations yang
beliau terima daripada seorang penulis wanita. Tentunya evolusi telah
menyempurnakan tugas tersebut yang telah mereka laksanakan beratus ribu
tahun yang lalu. Tanya kanak-kanak lelaki apa yang mereka buat di taman
mainan. Jawapannya pendek saja, satu perkataan, main. Pertanyaan yang sama
diajukan kepada kanak-kanak perempuan, mereka boleh bercerita cukup
panjang, pantas untuk dibuat soap opera.
Oleh yang demikian, apabila membincangkan fungsi otak berkaitan pertuturan,
ejaan dan nahu, kaum wanita dapat menggunakan otak mereka secara lebih
berkesan daripada lelaki. Untuk fungsi-fungsi tersebut, kaum wanita
menggunakan otak kiri secara fokus. Sedangkan kaum lelaki mengguna otak kiri
secara umum sehingga kaum wanita muncul juara dalam pertuturan, ejaan dan
nahu bahasa. Perbezaan organisasi otak lelaki dan perempuan telah membentuk
mereka sangat berbeza dalam cara pemikiran. Jadi otak lelaki dan wanita
berkembang melalui corak yang berbeza sesuai dengan kemahiran yang
diharapkan mereka kuasai. Otak lelaki di`disign’ hanya untuk menerima yang
penting dan umum sahaja sedangkan otak wanita direka bentuk untuk
menangani hal-hal yang terperinci dan kadang-kadang anggapan kaum lelaki
remeh-temeh.
Seorang saintis Kanada telah membuat kajian perbezaan antara lelaki dan
perempuan dalam satu ujian bercakap sambil melihat peta. Beliau dapati kaum
lelaki dapat melakukan tugasan itu dengan mudah tetapi kaum wanita tidak
dapat berbuat lebih baik daripada kaum lelaki. Hal ini jelas membuktikan
perbezaan dalam organisasi otak antara jantina. Dalam penguasaan
perbendaharaan kata dan pentakrifan perkataan, wanita unggul mendahului
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

lelaki kerana menggunakan kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan serentak
sedangkan kaum lelaki hanya menggunakan otak sebelah kiri sahaja.
Begitu juga dengan persepsi penglihatan dan orientasi ruang, kaum lelaki
mempunyai kelebihan oleh kerana mengguna otak kanan sahaja secara khusus
dan fokus sehingga amat berguna untuk kegiatan luar seperti berburu seperti
nenek moyang kita lakukan di zaman prasejarah Rata-rata kaum wanita amat
teruk dalam acara membaling dart kerana walaupun menggunakan kedua-dua
otak mereka tetapi operasinya secara menyeluruh, tidak khusus dan tidak fokus.
Berbeza kalau mereka bersembang/bercakap/berbual/menulis/mengeja. Mereka
lebih jempolan. Perbezaan ini jelas berkaitan dengan kegiatan evolusi masa
silam di mana kaum lelaki mahir menggunakan lembing dan anak panah untuk
tujuan berburu. Sedang kaum wanita berkumpul di rumah, bersembang (apa
lagi) sehingga penggunaan dan penguasaan bahasa mereka lebih unggul.
Sehingga sekarang pun mereka hebat dalam bidang ini.
Kaum wanita kuat sembang. Sebenarnya bersembang pun ada kesan positifnya.
berkomunikasi secara lisan dengan kanak-kanak dapat meningkatkan IQ
mereka. Dikatakan kanak-kanak bawah lima tahun yang dibesarkan dalam
keluarga miskin di Amerika rata-rata mempunyai IQ yang rendah berbanding
kanak-kanak yang dibesarkan oleh keluarga profesional kolar putih. dalam masa
lima tahun pertama, perbezaan jumlah perkataan yang didengar oleh mereka
adalah 13 - 14 juta patah perkataan sebab itu bersembang dengan kanak-kanak
dapat meningkatkan IQ mereka.
Kanak-kanak perempuan dapat mengembangkan keterampilan berbahasa
dengan baik oleh kerana reka bentuk atau negatif (seperti foto negatif) yang
terbina semasa dalam kandungan lagi di samping kemahiran itu digilap pula
dengan kuat bersembang. Tetapi tidak selalu menggunakan kedua-dua belah
hemisfera otak itu sentiasa unggul.
Bos-bos wanita kerap dikatakan bertindak lebih emosional. Kebanyakan lelaki
takut berboskan wanita kerana mereka sukar membuat kata putus dan terlalu
banyak pertimbangan. Perkara ini mungkin disebabkan dari segi emosi pun
mereka menggunakan kedua-dua belah otak sedangkan lelaki menggunakan
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

hanya sebelah otaknya sahaja untuk memperlihatkan emosinya. Kadang


langsung tiada emosi. Tengoklah wayang bersama kaum wanita menonton cerita
sedih seperti cerita Hindustan, banjir panggung dibuatnya. Mereka menangis
menggunakan dua otak.

Perceraian
Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19,

" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh
jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak
padanya"
Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang
bermaksud,

" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"

Riwayat Abu Daud dan Hakim


[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita
penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling
dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai
berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada
pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya.

Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua


pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya
menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan
bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi kedua pasangan
ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran
Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan
akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

Kesan-kesan Perceraian.
Islam tidak menggalakkan perceraian kerana ia akan mengakibatkan implikasi
dan permasalahan yang besar disebabkan oleh perpisahan tersebut. Berbagai
permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian di antara suami dan isteri.
Sebahagian dari kesan-kesan perceraian adalah :

Kesan emosi terhadap


Kewangan
pasangan
Dua tanggungan Sosial
Undang-
Kesan terhadap Anak
undang

a. Kesan Emosi
Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan
merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut :
• Jiwa terganggu
• Marah
• Sedih
• Tidak bermaya
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

• Rasa bersalah
• Terpencil
• Rendah diri
• Runsing
• Putus asa/kecewa
• Kesunyian
Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian
- baik sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan
hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan
mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka
yang terdekat.

Dua Tanggungan.
Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan
tanggungjawab dan peranan yang bertambah;

• sebagai ibu/bapa tunggal


• terpaksa mencari nafkah
Kesan Terhadap Anak
Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan
mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari
ibu bapa mereka. Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi
oleh anak-anak ini adalah:
• Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa
• Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya
• Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri
• Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
• Perasaan terganggu dan bingung
• Hilang tumpuan pada pelajaran
• Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negative.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Perkara-perkara di atas jika dibiarkan berlaku dan berlarutan dalam diri anak-
anak , maka ia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif sepanjang hayat
mereka. Pasangan yang ingin berpisah perlu memberikan tumpuan yang
mendalam terhadap kesan-kesan yang berlaku kepada anak-anak mereka.
Pasangan yang bercerai harus prihatin terhadap perkara-perkara berikut:-
1. Perceraian tidak memutuskan ikatan anak dan ibu bapa, hanya hubungan
perkahwinan suami-isteri saja yang terputus. Anak-anak tidak harus
dilibatkan di dalam konflik antara ibu dan bapa.
2. Anak-anak perlu bantuan dan sokongan ibu bapa agar dapat
mengendalikan segala perubahan yang mereka alami setelah ibu bapa
bercerai.
3. Anak -anak juga mempunyai perasaan yang sensitif. Bila kehilangan
sesuatu, pastinya perasaan bimbang, geram dan marah timbul. Mereka
memerlukan banyak perhatian, sokongan dan bantuan.
4. Anak-anak memerlukan kasih sayang dari kedua orang tuanya, perasaan
negatif yang wujud di antara pasangan tidak harus ditanamkan dalam jiwa
anak-anak.
Masalah Kewangan
Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini
akan tetap menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari
permasalahan yang akan mereka hadapi adalah : Keperluan mengurangkan
perbelanjaan kerana pendapatan sudah berkurangan.
• Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan oleh mata
sepencarian yang tunggal.
• Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang isteri sebelum ini
hanya bergantung kepada nafkah yang diberikan oleh suami.
• Kebutuhan dan perbelanjaan hidup seharian anak-anak akan terjejas dan
ini mungkin akan turut menjejas pretasi mereka.
• Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah Keluarga.
• Kerja lembur diperlukan untuk melengkapi keperluan seharian.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

• Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam


membiayai nafkah anak-anak yang di bawah jagaan isteri yang telah
diceraikannya, dan tanggungan ke atas keluarga baru jika sudah
berumahtangga lagi.

Sosial
Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami
kepincangan. Berbagai permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan
interaksi sesama manusia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif dalam
kehidupan mereka. Sebagai contoh:
• Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang
mereka miliki (janda/duda).
• Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum
kerabatnya.
• Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari
pasangan masing-masing.
• Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga
dan saudara-mara dalam hal penjagaan anak-anak.
• Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di
antara satu sama lain dalam hal-hal seharian.
• Pasangan kadang-kadang terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari
badan-badan tertentu.

Undang - undang
Perceraian akan melibatkan satu penukaran dalam status seseorang itu dari segi
undang-undang. Ini akan menimbulkan masalah-masalah yang boleh menambah
beban-beban yang sedia ada:lebih banyak sekatan-sekatan yang harus, dilalui
oleh orang orang yang sudah bercerai;
• Sebagai seorang yang tidak berumahtangga, seseorang itu tidak layak
memperolehi rumah HDB.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

• Bayaran cukai pendapatan akan meningkat.


• Lebih berat tanggungjawabnya sebagai ibu/bapa tunggal.
• Perbelanjaan guaman.
• Kerugian jika berlaku penjualan rumah atau lain-lain harta sepencarian.
• Bersambungya perbalahan di Mahkamah jika bekas pasangan
mengingkari tanggungjawabnya dan timbulnya tohmahan yang berkaitan
dengan perbicaraan.
Implikasi-implikasi di atas ini merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara
yang akan menimpa pasangan-pasangan yang telah membuat keputusan untuk
berpisah. Walaupun pada hakikatnya ada pasangan yang terpaksa membuat
keputusan yang pilu ini; disebabkan pasangannya tidak bertanggungjawab atau
telah lama mengabaikan kewajipannya sebagai seorang suami atau isteri.
Perceraian, walau bagaimanapun, bukanlah jalan keluar yang dapat
menghuraikan segala masalah yang dihadapinya.
Undang-undang perceraian
Pengaturan mengenai perceraian secara umum terdapat dalam Undang-Undang
No.1 tahun 1974 tentang Perkawinan. Bagi pemeluk agama Islam hal ini diatur
pula dalam Undang-Undang No. 7 Tahun 1989 tentang Peradilan Agama dan
Peraturan Pemerintah No. 9 Tahun 1975 tentang Pelaksanaan UU No 1 tahun
1974 tentang Perkahwinan.
Disebutkan dalam Pasal 49 ayat (1) UU No. 7 Tahun 1989, bahawa Pengadilan
Agama bertugas dan berhak memeriksa, memutus dan menyelesaikan perkara-
perkara di tingkat pertama antara orang-orang yang beragama Islam di bidang
Perkawinan; Kewarisan, wasiat, dan hibah, yang dilakukan berdasarkan hukum
Islam, Wakaf dan shadaqah.
Perceraian adalah satu satu bentuk dari sebab putusnya perkahwinan (Pasal 38
ayat (1) UU No.1 tahun 1974). Perkahwinan sendiri dapat putus kerana
kematian, perceraian dan berdasarkan keputusan Pengadilan. Salah satu hal
penting yang menjadi perhatian disini adalah perceraian harus didasarkan pada
cukup alasan, bahwa suami isteri tersebut sudah tidak lagi memiliki keserasian
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

dalam rumah tangga dan tidak akan dapat hidup rukun dan damai sebagai suami
isteri.
Perceraian yang mengakibatkan putusnya perkahwinan memiliki konsekuensi
atau akibat secara hukum (Pasal 41 UU Perkahwinan) diantaranya iaitu, baik ibu
atau bapa tetap berkewajipan memelihara dan mendidik anak-anaknya, semata-
mata berdasarkan kepentingan anak. Jika terdapat perselisihan mengenai
penguasaan anak-anak, maka diselesaikan melalui putusan pengadilan.
Bapa bertanggungjawab atas semua biaya pemeliharaan dan pendidikan yang
diperlukan anak. Jika bapa dalam kenyataannya tidak dapat memenuhi
kewajiban tersebut, Pengadilan dapat menentukan bahawa ibu ikut memikul
biaya tersebut. Disamping itu, Pengadilan dapat mewajibkan kepada bekas
suami untuk memberikan biaya penghidupan dan/atau menentukan sesuatu
kewajiban bagi bekas isteri.
Berkaitan hal di atas, perlu pula diketahui perihal kedudukan anak, apakah ia
merupakan anak sah atau sebaliknya. Hal ini nantinya akan berdampak pada
hubungan keperdataan antara anak kepada bapanya. Anak sah adalah anak
yang dilahirkan dalam atau sebagai akibat perkawinan yang sah. Sedangkan
menurut Pasal 43 UU Perkawinan, anak yang dilahirkan di luar perkawinan (anak
tidak sah) hanya mempunyai hubungan biasa dengan ibu dan keluarga ibunya.
Ini bererti hanya anak sah yang memiliki hak untuk mewarisi kekayaan dari
kedua orang tuanya.
Lalu dimana gugatan perceraian tersebut harus diajukan? Menurut Pasal 20 PP
No. 9 Tahun 1975 Gugatan perceraian diajukan oleh suami atau isteri atau
kuasanya kepada Pengadilan yang daerah hukumnya meliputi tempat kediaman
tergugat. Apabila tempat kediaman tergugat tidak jelas atau tidak diketahui atau
tidak mempunyai tempat kediaman yang tetap, gugatan perceraian diajukan
kepada Pengadilan di tempat kediaman penggugat.
Sedikit hal yang membedakan dalam UU No. 7 Tahun 1989 adalah jika suami
yang yang akan menceraikan istrinya, maka ia harus mengajukan permohonan
kepada Pengadilan untuk mengadakan sidang guna menyaksikan ikrar talak.
Hasil dari pemeriksaan pengadilan atas permohonan ini adalah penetapan.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Berbeza halnya, jika perceraian diajukan oleh isteri atau kuasanya, maka hal
tersebut harus dilakukan melalui gugatan kepada Pengadilan yang daerah
hukumnya meliputi tempat kediaman penggugat, kecuali apabila penggugat
dengan sengaja meninggalkan tempat kediaman bersama tanpa izin tergugat.

RUMUSAN
Meningkatkan Kesedaran Terhadap Isu Gender
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

GENDER adalah maksud sosial bagi perbezaan seks antara lelaki dan wanita
secara biologi. Ia merupakan ideologi dalam masyarakat yang terhasil dari
kelakukan fizikal dan pengaruh pemikiran kedua-dua jantina. Ia memberi kesan
dalam penyebaran sumber-sumber, kekayaan, pekerjaan, pembuatan keputusan
dan kuasa politik dan juga dalam menikmati hak-hak serta kelayakan
terutamanya dalam institusi kekeluargaan dan juga masyarakat.
Ketika ini semakin ramai yang berpendapat bahawa persamaan gender amat
penting dalam memperbaiki kehidupan masyarakat. Ini mungkin disebabkan oleh
persekitaran hidup yang lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi
lebih-lebih lagi dalam keluarga, pekerjaan, politik, ekonomi dan masyarakat
seluruhnya.
Contohnya, bagi pasangan suami isteri yang bekerja. Tanggungjawab mencari
nafkah keluarga kini bukan sahaja ditanggung oleh suami malah, isteri juga
memainkan peranan untuk membantu. Dalam masa yang sama tanggungjawab
menjaga anak-anak, makan minum, mengemas dan membasuh serta membuat
keputusan dalam keluarga seharusnya diberi sama rata antara suami dan isteri
supaya tidak timbul masalah isteri yang sebenarnya bekerja lebih masa dari
suami. Kesedaran gender amat perlu supaya terdapat keseimbangan
tanggungjawab di antara kaum lelaki dan kaum wanita.
Tahap kepentingan terhadap kesedaran gender ini amat tinggi bagi memastikan
sesebuah institusi malah, kerajaan berada dalam keadaan yang stabil dan
selesa. Di peringkat Asia Pasifik dan di seluruh dunia kesedaran terhadap
persamaan gender ini semakin diterima oleh masyarakat. Pihak Perikatan
Koperasi Antarabangsa (ICA) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan
program-program latihan persamaan bagi melatih pemimpin-pemimpin koperasi.
Salah satunya ialah Trainers Training Programme For Women Leadership In
Cooperative: Gender Equality di Bandung, Indonesia dari 7 hingga 13 Mac 2004.
Seramai 24 orang peserta telah mengambil bahagian dalam latihan ini yang
terdiri daripada jurulatih-jurulatih dan pemimpin-pemimpin koperasi. Selain dari
Malaysia, terdapat juga peserta-peserta dari negara Thailand, Vietnam, Jepun
dan Indonesia. Fasilitator yang mengendalikan program tersebut adalah Encik
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Paul Sinnapan dari Malaysia dan Cik Savitiri Singh dari ibu pejabat ICA bagi
Rantau Asia Pasifik di New Delhi, India.
Objektif program adalah untuk membantu jurulatih meningkatkan kesedaran di
kalangan pemimpin koperasi wanita dan lelaki terhadap isu persamaan gender.
Pendedahan kepada para peserta mengenai gender bias terhadap anggota
wanita di dalam koperasi amat penting bagi kemajuan sesebuah koperasi.
Para peserta juga dimaklumkan tentang implikasi diskriminasi gender terhadap
perkembangan peribadi anggota koperasi wanita di dalam koperasi dan juga ter-
hadap perhubungan sesama anggota koperasi dalam konteks membuat ke-
putusan, pemilihan pemimpin dan peng-libatan ekonomi koperasi oleh anggota
wanita khasnya.
Program juga bertujuan memberi kesedaran kepada anggota koperasi wanita
bahawa mereka juga mempunyai kemampuan yang setanding dengan anggota
lelaki dalam melaksanakan pelbagai tugas koperasi. Pada masa yang sama,
diterangkan juga peri pentingnya anggota lelaki memberi peluang dan sokongan
kepada perkembangan dan peningkatan diri anggota wanita di dalam koperasi,
agar sumbangan mereka dari segi tenaga, idea dan ilmu pengetahuan dapat
dioptimumkan sebaik yang mungkin.

Di antara isu-isu yang dibincangkan dalam program tersebut adalah seperti


berikut:
1. Nature Of Cooperatives
Mendedahkan para peserta kepada pengetahuan asas koperasi dan juga
gambaran umum isu gender bias dalam masyarakat. Yang paling penting ialah
mengenengahkan jati diri, fungsi dan peranan koperasi.
2. Effective And Gender-Responsive Leadership
Para peserta ditekankan tentang komitmen ke atas persamaan dan
kesaksamaan gender dalam masyarakat secara umum dan koperasi secara
khusus. Ia menerangkan tentang respon masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan bangsa terhadap isu gender.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

3. Cooperative Enterprise Management


Melengkapkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan seperti kefahaman
dan asas pengurusan perniagaan dalam koperasi serta membantu mereka
memahami tanggungjawab dalam proses membuat keputusan untuk aktiviti
koperasi.
4. Coping With Challenges
Modul yang menerangkan cara membantu wanita untuk menghadapi cabaran
yang timbul ketika cuba mencapai objektif organisasi dan kedudukan wanita
sebagai pemimpin koperasi. Proses mencapai objektif bagi pemimpin wanita ini
biasanya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang melibatkan agama, adat
resam dan budaya dalam sesebuah masyarakat.

5. Personal Development
Peserta didedahkan dengan kaedah-kaedah analisis diri dan pembangunan diri.
Modul ini agak kritikal kerana peningkatan kemahiran wanita hanya boleh
diterjemahkan jika terlibat secara aktif dalam struktur kepimpinan. Wanita harus
mengekalkan semangat dan keyakinan ketika dalam kepimpinan dan perlu
mendalami suasana yang membawa kepada gender stereotypes.
Isu gender dalam koperasi terbuka kepada pemimpin lelaki dan wanita serta
anggota mereka. Ini boleh membantu kedua-dua lelaki dan wanita untuk
memahami bahawa persamaan dan kesaksamaan gender dalam koperasi bukan
bermaksud anti lelaki dan fahaman ‘apa lelaki boleh buat wanita pun boleh buat’,
tetapi ia adalah sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada kedua-dua
lelaki dan wanita serta koperasi keseluruhannya.
Bagi menambahkan keyakinan dalam menyampaikan latihan persamaan gender
kepada anggota-anggota koperasi, para peserta didedahkan juga dengan cara-
cara mengendali-kan program latihan yang baik dan berkesan.
Program ini banyak mengubah persepsi para peserta mengenai isu gender dan
membantu peserta bersikap lebih terbuka.
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

BIBILIOGRAFI
• KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, Pendidikan Kesihatan
SeksualitI GENDER-,Pusat Perkembangan Kurikulum
• Bignell,S (1982), Sex Education: Teachear’s Guide And Resource
Manual, Network Publications, California.
• Federation of Family planning Association (1985), A Curiculum on
Family Life Education for Youth Organization, FFPA, Malaysia.
• Shiver, S.P., Byer, C.O., Shainberg, L.W. & Galliano, G. (2002),
Demensions of Human Sexuality, (6th edn), McGraw-Hill, Inc., New York
[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

• http://www.safehaltyschools.org/sexualityeducation/gateway.htm
• www.wikipedia.com
• http//:psikologi-perkembangan.blogspot.com
• http//:www.yahoo.com
• http//:www.psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com

You might also like