You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU, Tel : 06-2650159


77400 Sungai Rambai, Faks : 06-2650159
Melaka. e-Mail : MBA1026@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKPP. 600-3/5/6 ( )


Tarikh : 19 SEPTEMBER 2023
DR. KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB
PENGARAH,
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN TENAGA GURU PELATIH SEMPENA KEJOHANAN


SUKAN TAHUNAN SK PARIT PENGHULU 2023

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Parit Penghulu ingin memohon kebenaran


menggunakan tenaga guru pelatih IPGKPM seramai 8 orang untuk menjadi Pegawai Kejohanan
Sukan SK Parit Penghulu 2023.

3. Pihak sekolah akan melaksanakan Kejohanan Sukan Tahunan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 22 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT)


Masa : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
Tempat : PADANG SK PARIT PENGHULU
Guru Pelatih : 8 ORANG

4. Pihak sekolah yakin guru-guru pelatih ini akan mendapat pengalaman yang berharga dan
boleh digunakan apabila mereka menjadi guru kelak. Pihak sekolah berbesar hati menyediakan
makanan dan minuman serta sijil penghargaan kepada guru pelatih yang terlibat.

5. Justeru, kami amat berharap permohonan kami untuk menggunakan tenaga guru pelatih
untuk menjadi Pegawai Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Penghulu 2023 ini mendapat
kebenaran daripada pihak tuan/puan. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Guru
Penolong Kanan Kokurikulum SK Parit Penghulu, En. Mohd Zaid bin Mohd Yussof di talian
017-6752622. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
(HJ MUHAMMAD SANI BIN BIDIN)
Guru Besar
SK Parit Penghulu,
77400 Sungai Rambai, Melaka..

“ Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

You might also like