You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG TEMBAK

JALAN SULTAN YAHYA PETRA

54100 KUALA LUMPUR

Tel: 03-2698 7535, Faks: 03-26936 5421, E-mel: wea0199@moe.edu.my

_________________________________________________________________________
Rujukan Kami: SMKPT.600-3/5/20 ( )
Tarikh : 14 Ogos 2023

Kepada,

Balai Polis Sri Permaisuri,


Jalan Jelawat, Cheras,
56000 Kuala Lumpur,

Tuan,

MAKLUMAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KERAMAT TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pendidikan Daerah Keramat akan mengadakan
Kejohanan Olahraga MSS Daerah Keramat Tahun 2023. SMK Padang Tembak telah dilantik sebagai
Pengerusi Pengelola untuk kejohanan yang akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 - 24 Ogos 2023


Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Stadium Mini Seri Permaisuri, Cheras

3. Diharapkan pihak tuan ambil maklum akan perkara ini dan sentiasa bersedia sekiranya
terdapat apa-apa perkara serta bantuan yang kami perlukan sepanjang tempoh kejohanan olahraga
berlangsung.

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

......................................................
(AHMAD NAWAWI BIN SHAARI)
Pengetua
SMK Padang Tembak
Kuala Lumpur

You might also like