You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEVBANGSAAN SUNGAI RAMAI


32400 AYER TAWAR,PERAK.
TEL : 011-39523837 Email : ABA1013@moe.gov.edu.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL,MURID HOLISTIK”

Rujukan Kami : 600-3/5/32 (1)


Rujukan Tuan :
Tarikh : 5 Oktober 2023

Kepada:
Yang berkenaan.

MEMOHON SUMBANGAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI RAMAI KALI KE - 43 SESI


2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai akan mengadakan


Temasya Sukan Tahunan peringkat sekolah seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Oktober 2023
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Sungai Ramai

3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG ingin memohon sumbangan berbentuk kewangan atau
hamper untuk menampung kos perbelanjaan bagi menjayakan Temasya tersebut.Bersama surat ini,
dilampirkan borang sumbangan tersebut.

4. Keprihatinan dan kesudian pihak tuan/puan dalam menjayakan Temasya Sukan Tahunan
tersebut amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………......................…

(NURSHAZILLAH BINTI MOHD SHARIFF)


Guru Besar,
SK Sungai Ramai,
32400 Ayer Tawar,
Perak.

You might also like