You are on page 1of 1

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik

八打灵公教国民型华文中学
Jalan 10/3, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 03-79565484 Fax : 03-79543236 E-mel : beb8653@moe.edu.my

Ruj. Kami: CHS.600-2/1/2(13)


Tarikh : 24 November 2023
Semua ibu bapa/penjaga

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENUTUPAN KANTIN MULAI 29 NOVEMBER 2023 (RABU) HINGGA 1 DISEMBER 2023
(JUMAAT)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, kantin sekolah akan memberhentikan operasinya bermula hari
Rabu (29 November 2023) hingga hari Jumaat (1 Disember 2023), iaitu selama 3 hari kerana proses
pertukaran pengusaha kantin yang telah tamat kontrak pengoperasian.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap tuan/puan dapat memastikan bahawa anak jagaan
tuan/puan membawa makanan dan minuman yang mencukupi dari rumah. Kantin sekolah akan
beroperasi semula pada hari Isnin (4 Disember 2023).

4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DR. MARGARET LIM PEI TEE P.P.T.)


Pengetua Cemerlang
SMJK Katholik Petaling Jaya
___________________________________________________________________________________________

致: 全体家长/ 监护人

学校食堂暂停营业
由于本校将更换新的食堂经营者,故食堂将从 2023 年 11 月 29 日(星期三)至 2023 年 12 月 1 日
(星期五)暂停营业 3 天,并将在 2023 年 12 月 4 日(星期一)恢复营业。
敬请垂注。先此致谢。

八打灵公教中学校长
林佩谛 启

You might also like