You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SJK(C) KAMPUNG BALI


31750 TRONOH, PERAK DARUL RIDZUAN.
霹雳端洛百利国民型华文小学
Kod Sekolah: ABC2134 Telefon & fax: 05-3677064 E-mail: ABC2134@moe.edu.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj Kami :
Tarikh : 13 JULAI 2023

GURU BESAR,
SK TRONOH
31750 TRONOH,
NEGERI PERAK.

Tuan,

JEMPUTAN PERTANDINGAN PERSAHABATAN LARIAN 4X100M

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah 2023
mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Julai 2023 (JUMAAT)


Masa : 8:15 am
Tempat: Padang Sekolah SJK(C) Kampung Bali

3. Sehubungan itu, harap tuan dapat menghantar pasukan perempuan ataupun pasukan lelaki ataupun kedua-duanya
untuk acara tersebut pada hari tersebut.

4. Kerjasama daripada pihak tuan akan memeriahkan lagi suasana sukan sekolah.

Sekian dan terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

LEE FONG FOON

…………………………………….
(LEE FONG FOON)
Guru Besar

“PERAK SEJAHTERA 2030”

“MENGANGKAT HARGA DIRI DAN MARUAH ANAK DIDIK KITA”


Kepada,

Guru Besar
SJK(C) Kampung Bali,
31750 Tronoh,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

Pihak kami, ……………………………………………………………..bersetuju menyertai acara jermputan 4 x 100m.

2. Kami akan menghantar pasukan berikut:

1 PASUKAN LELAKI

1 PASUKAN PEREMPUAN

Guru Pengiring :

Bil Nama No. Telefon

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

……………………………………………………..
( )

You might also like