You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KINJANG

35300 CHENDERIANG,PERAK DARUL RIDZUAN


KodSek: ABA0011 Tel:011-17428004 (P) / 019-4974157 (GB)
e-mel: ABA0011@moe.edu.my

Ruj Kami : SKSK.BP.600-3/5/32 ( )


Tarikh :

Kepada,
______________________________
______________________________
______________________________
______________________________

Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-41 SK


SRI KINJANG 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Sri Kinjang akan mengadakan


Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-41 peringkat sekolah bagi sesi 2023 seperti berikut:

Tarikh : 27 September 2023


Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Padang SK Sri Kinjang

3. Sehubungan itu, kami amat berharap agar pihak tuan/puan dapat menghulurkan
sumbangan bagi persiapan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan tersebut. Sebarang pertanyaan
berkaitan perkara tersebut, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, En. Zainuddin Bin Abdullah (019-4268130).

4. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan
dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan/puan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.

”MALAYSIA MADANI”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

........................................................

( NOR ASHIKIN BINTI GHAZALI )


Guru Besar,
SK Sri Kinjang,
Chenderiang, Perak.

“PERAK SEJAHTERA 2030”

You might also like