You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG RAMBAI

SIMPANG EMPAT, 06650 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN


No. Tel : 011 - 6573 5677
Email : KBAA056@moe.edu.my

No. Rujukan : SKKR/600-3/5/4 (03)


Tarikh : 11 Oktober 2023

Guru Besar,
SK Haji Abdul Rahman
Jalan Tokai,
Kampung Dalam Baroh,
06700 Alor Setar, Kedah

Tuan,

JEMPUTAN PENYERTAAN ACARA 4 X 100M (L & P) KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI
KE-31 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG RAMBAI TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Kampong Rambai akan mengadakan


Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke–31 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Oktober 2023 (Sabtu)


Tempat : Padang SK Kampong Rambai
Masa : 9.00 pagi

3. Pihak SK Kampong Rambai dengan sukacitanya ingin menjemput pasukan sekolah tuan untuk
memeriahkan lagi kejohanan ini untuk mengizinkan 2 orang guru pengiring dan 8 orang peserta lari
berganti-ganti 4 x 100m kategori lelaki dan perempuan. Jika tuan ada sebarang pertanyaan, tuan
boleh hubungi Pn Nornin Fariha Binti Ramli ( PK Kokurikulum) di talian 017-2566994.

4. Sekalung penghargaan dan terima kasih atas segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan
berikan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………
( ABD HARIS BIN MOHD ZAIN)
Guru Besar

s.k: Fail Sukan

You might also like