You are on page 1of 49

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2005) menjelaskan bahawa tanda baca merupakan
simbol – simbol yang digunakan sewaktu menulis untuk memberi penjelasan tambahan tentang
makna yang ingin disampaikan. Antara tanda-tanda tersebut ialah huruf besar,titik,tanda soal dan
tanda seru. Huruf besar merupakan salah satu jenis tanda baca yang perlu digunakan dengan
betul di dalam penulisan sesuatu ayat.Dalam penandaan kertas peperiksaan, kesalahan
penggunaan huruf besar dikategorikan dalam kesalahan ejaan.
Dalam Bahasa Melayu, secara umumnya huruf besar digunakan pada huruf pertama bagi
perkataan pertama dalam sesuatu ayat, selepas tanda noktah serta pada setiap huruf pertama bagi
kata nama khas. Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdullah
Hamid Mahmood (2007), kata nama khas ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus
pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa,

1
pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf
besar.
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyatakan
nama orang, binatang, tumbuhan, benda dan tempat. Kata nama khas juga terbahagi kepada dua
iaitu nama khas hidup dan nama khas bukan hidup. Nama khas hidup khusus untuk manusia,
haiwan dan tumbuhan, manakala benda bukan hidup pula ialah nama tempat, tajuk buku, nama
jalan, nama bangunan, jenama kenderaan dan sebagainya. Menurut Abdul Ghalib Yunus (2011),
perkataan yang dianggap sebagai kata nama khas ialah perkataan yang telah diwartakan atau
didaftarkan. Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada awal setiap perkataan.
Zaidi Ismail (2012) menyatakan dalam penulisan, ada dua jenis huruf yang selalu
digunakan, iaitu huruf besar dan huruf kecil.Huruf ini sebenarnya tidak boleh digunakan secara
sewenang-wenangnya. Dalam Bahasa Melayu, ada peraturan tertentu dalam penggunaan huruf
besar dan huruf kecil ini.
Suhaimi (2009) menyatakan bahawa kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk
menduduki peperiksaan bertulis. Kegagalan murid-murid menulis ayat menggunakan huruf besar
sekurang-kurangnya di permulaan ayat dan nama khas menyebabkan kehilangan markah yang
amat ketara. Kemahiran menulis sangat diperlukan dalam mana-mana mata pelajaran yang diajar
di sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu dibimbing dalam aspek penulisan supaya mereka boleh
mengaplikasikan kemahiran ini ke dalam mata pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Moral
mahupun Sejarah yang akan dipelajari di sekolah rendah mulai 2014.
1.2 Latar belakang masalah kajian
Bahasa Melayu Penulisan sekolah rendah terbahagi kepada tiga item iaitu Bahagian A, Bahagian
B dan Bahagian C. Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis.Bahagian B menulis
sebuah karangan yang lengkap.Manakala Bahagian C menulis pengajaran dan nilai murni
berdasarkan petikan yang diberikan. Kajian saya berkaitan dengan masalah penulisan huruf besar
pada pangkal kata nama khas dalam kalangan murid Tahun 3. Justeru itu masalah penggunaan
huruf besar pada pangkal kata nama khas ini dalam kalangan murid perlu diatasi.
Penulisan pada Tahun 3 ini adalah terdiri daripada membina ayat, mengisi tempat kosong,
meletakkan tanda baca yang betul termasuklah penggunaan huruf besar pada permulaan ayat,
selepas tanda noktah dan pada kata nama khas. Projek yang saya jalankan menfokuskan terhadap

2
kelemahan murid untuk meletakkan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Hal ini kerana
saya sering kali melihat dan terjumpa dengan kesalahan murid dalam meletakkan huruf besar
pada kata nama khas setiap kali menyemak kerja murid dalam lembaran kerja ataupun latihan
dalam buku latihan. Begitu juga ketika menyemak beberapa kertas ujian murid. Oleh itu,saya
merasakan saya perlu melakukan sesuatu untuk membantu murid mengatasi masalah ini.
Memandangkan mereka masih dalam tahap satu maka saya perlu memikirkan teknik yang paling
mudah tetapi paling berkesan untuk meningkatkan pengusaan kemahiran penggunaan huruf
besar pada pangkal kata nama khas ini.
Tindakan pertama perlu saya lakukan adalah meningkatkan pemahaman kepada murid
tentang definisi kata nama khas itu lebih dahulu sebelum saya teruskan dengan penggunaan
huruf besar pada pangkal kata nama khas itu. Setelah itu barulah saya mengajar murid
menggunakan KOBINA (kotak, bingkai dan warna) pula.
1.3 PENYATAAN MASALAH –Perlu ditambah mengenai kajian-kajian tentang
kaedah KOBINA atau yang hampir sama yg pernah dibuat, terutama kajian drpd
tahun 2012-2017)
Melalui pemerhatian awal yang telah dijalankan semasa proses pembelajaran dan pengajaran
dalam kelas didapati murid kurang menguasai sepenuhnya kemanhiran menulis huruf besar pada
awal ayat dan juga pada pangkal kata nama khas dengan baik walaupun telah berulang-ulang kali
diberi teguran dan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid namun kesilapan yang
sama tetap masih berlaku setiap kali murid membina ayat. Adakah hal ini berlaku kerana
kelemahan saya snediri terutama ketiak mengajar?Di samping itu, saya juga turut tertanya-tanya
adakah murid-murid ini perlu diberikan teknik yang menarik bagi membimbing murid dengan
lebih khusus untuk menguasai kemahiran menulis huruf besar di tempat yang betul. Saya juga
perlu memikirkan adakah latihan yang secara berulang yang diberikan kepada murid dapat
mengukuhkan penguasaan kemahiran murid dalam menulis huruf besar yang betul pada pangkal
kata nama khas?
Selain itu, saya turut mengalami beberapa masalah lain semasa melaksanakan sesi
pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Murid dilihat kurang memberikan perhatian dan focus
semasa guru mengajar di hadapan kelas. Namun begitu murid kelihatan sangat teruja sekiranya
guru melakukan aktiviti permainan bahasa yang jarang sekali dilakukan oleh murid sebelum ini

3
seperti “ Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul” . “Teka Kata Nama Khas” .“Kuiz” dan
sebagainya.
Murid dilihat akan bersikap pasif semasa melakukan aktiviti membaca dan menulis.
Malah, saya juga perlu mengulang setiap arahan yang diberikan untuk memulakan sesuatu
aktiviti kerana sikap murid yang sering mengambil remeh akan arahan guru menyukarkan guru
untuk menyampaikan arahan dengan lebih baik. Selain itu, murid-murid juga kurang
menunjukkan minat apabila diminta untuk membina dan menulis ayat dalam buku latihan
ataupun lembaran kerja yang diberikan oleh guru.Hal ini menyebabkan murid mengambil masa
yang agak lama untuk menyelesaikan aktiviti yang melibatkan penulisan.
Saya merasakan masalah penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas ini timbul
adalah disebabkan oleh kelemahan pada diri saya ketika menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Selain itu, murid juga kurang diberikan latihan dalam kemahiran
menulis yang boleh membantu murid mengukuhkan lagi penguasaan dalam penulisan huruf
besar yang betul.Teknik latih tubi yang saya jalankan juga tidak dapat membantu murid
mengecam dan mengenal pasti perkataan –perkataan yang perlu ditulis dengan huruf besar dalam
penulisan ayat.Jadi saya rasa perlunya saya mencari alternative lain bagi menangani masalah ini.
Selain teknik mengajar, bahan yang digunakan untuk mengajar murid amat penting bagi
memastikan murid dapat memahami dan menguasai sesuatu kemahiran. Masalah kelemahan
murid menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas perlu diatasi
dengan segera. Hal ini kerana, penulisan huruf besar pada kata nama khas dalam kemahiran
menulis ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid bermulapada
peringkat sekolah rendah. Oleh yang demikian, saya telah menggunakan teknik baharu, iaitu
KOBINA untuk membantu murid mengukuhkan penguasaan penulisan huruf besar pada pangkal
kata nama khas dalam kalangan murid Tahun 3 Cemerlang.
Saya perlu bertindak membantu murid untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman
penggunaan huruf besar melalui Kaedah KOBINA yang dirancangkan.Saya perlu memikirkan
sesuatu penilaian yang berfokus berdasarkan kriteria yang mempunyai kebolehtadbiran dan
mempunyai kepentingan bagi membantu guru-guru tahap 1 khusunya menggunakan Kaedah
KOBINA untuk mengatasi kelemahan murid-murid dalam kemahiran penggunaan huruf besar di
sekolah nanti.Di samping itu Kaedah KOBINA juga sangat relevan dan dapat dikawal

4
penggunaanya serta berpotensi meningkatkan pencapaian prestasi murid-murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Kesalahan tidak menggunakan huruf besar pada pangkal kata nama khas bergantung
sama ada murid tersebut mempunyai masalah kekeliruan atau kecuaian semasa mengaplikasikan
di dalam ayat. Memandangkan murid-murid tersebut sudah berada dalam tahun 3, saya
mengambil kira bahawa ianya merupakan sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian
sewajarnya.Kesalahan yang melibatkan penggunaan huruf besar dan huruf kecil serta tanda baca
boleh menyebabkan penolakkan markah murid dalam penulisan.Jadi, isu inilah merupakan focus
kajian saya.
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan
menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya.Permasalahan membaca yang ada dalam diri
murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan hurud kecil semasa membaca, tidak
membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta
sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.
Dalam kemahiran menulis pula, antara masalah ialah ketidakcekapan koordinasi mata
dan tangan semasa menulis. Ketidakupayaan ini dikesan semasa murid memegang pensel dengan
cara yang tidak betul. Akibatnya murid tidak dapat menulis garis perkataan dengan tepat serta
mencampur aduk huruf besar dengan huruf kecil dalam satu ayat (Abdul Rasid, 2011)
Selain itu, strategi guru dalam pembelajaran dan penulisan Bahasa Melayu juga
memainkan peranan penting.Strategi pengajaran penting kerana menurut Esah Sulaiman (2003)
dan Noor Azizah Ahmad (2006), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh
digunakan seperti pendekatan berpusatkan bahan.Pemilihan dan perancangan guru dalam
menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai
objektif adalah dikatakan strategi pengajaran.
1.4 Refleksi Nilai Pendidikan (?) Ni apa kaitan dengan penyataan masalah ?
Menurut tokoh-tokoh ini, iaitu Siti Hajar Abdul Aziz (1996), Farida Fasyeha binti Mohd Asri,
dan Abdul Raof (1998), bahasa mempunyai satu set rumus dan peraturan tertentu yang harus
digunakan ketika mempelajari bahasa. Selain itu, penggunaan rumus dalam pembelajaran bahasa
dapat meningkatkan daya ingatan dalam tempoh masa yang panjang. Begitu juga, gabungan
pelbagai teknik akan membawa kepada pengajaran yang berkesan kepada murid-murid.

5
Pendidikan yang sempurna sememangnya sesuatu yang amat penting bagi setiap
individu.Melalui pendidikan, seseorang itu mampu meningkatkan ilmu pengetahuan yang telah
sedia ada. Pengetahuan atau ilmu ini diperoleh melalui pembelajaran yang mana melibatkan
pelbagai cara bergantung kepada individu tersebut. Setiap individu mempunyai cara memperoleh
ilmu yang berbeza. Hal ini jelas membuktikan terdapatnya perbezaan gaya pembelajaran bagi
setiap individu yang berbeza. (Tiada sumber?)
Penguasaan aspek tatabahasa pula adalah penting dan perlu dititikberatkan dalam
kemahiran penulisan Bahasa Melayu.Hal ini kerana, aspek tatabahasa sangat memberikan kesan
kepada penguasaan bidang penulisan. Menurut Asmah (1993), perkataan- perkataan dalam
Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga golongan besar iaiti kata nama, kata kerja dan kata tugas.
Saya telah memfokuskan kepada kemahiran tatabahasa bagi golongan kata nama khas di bawah
golongan kata nama.
Menurut Nora (2012), sememangnya murid-murid sangat lemah menguasai kemahiran
penggunaan huruf besar dalam menulis ayat. Fokus kajian beliau seramai lima orang murid
Tahun 3 Cerdik, Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Objektif yang
difokuskan adalah untuk meningkatkan pencapaian dan penguasaan penggunaan huruf besar.
Hasil kajian beliau menunjukkan terdapat perbezaan sehingga 68.8% peningkatan markah murid
selepas proses rawatan dengan pencapaian 100% lulus.
Menurut Zaridah (2009), penyelidikan yang dibuat beliau adalah dengan menggunakan
imej dalam membantu menyelesaikan masalah penggunaan huruf besar. Hal ini bertepatan
dengan konsep kajian ini yang menggunakan bahan maujud selain imej bercetak untuk memberi
gambaran awal kepada sampel kajian semasa melaksanakan teknik ini.Hal ini turut disokong
oleh Carmelya (2010), beliau menggunakan imej visual bagi menyelesaikan masalah
penggunaan huruf besar pada pangkal ayat.
Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menggunakan untuk
membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran maklumat,nilai dan idea serta
hubungan social dalam kehidupan seharian. Dalam aspek kemahiran menulis yang terdapat
dalam KSSR merujuk kepada keupayaan murid untuk menulis perkataan dan melakukan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui. (Sumber?)

6
Di samping itu, murid juga turut digalakkan menggunakan kreativiti untuk menghasilkan
penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif.Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh
melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.Hal ini menunjukkan
aspek penulisan amatdipentingkan secara menyeluruh termasuklah dalam aspek tatabahasa
menulis huruf besar dengan betul mengikut peraturan bahasa yang telah ditetapkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. (Sumber?)
Oleh itu saya telah memilih “KOBINA” untuk membantu meningkatkan dan
mengukuhkan penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam
kalangan murid tahun 3. Rajah di bawah menunjukkan bahan- bahan yang digunakan untuk
mengajar murid dalam KOBINA.

Penguasaan
penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas penting agar murid dapat membina dan
menulis ayat dengan betul dan gramatis. Di samping itu, sekiranya murid tidak dapat menguasai
penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas ini, murid-murid akan mengalami masalah
dalam penulisan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

1.5 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN [Ialah peta konsep yang menerangkan

hubungan variable bebas (Independent) dan bersandar (dependent)]

Nik Safiah Karim ( 1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang
melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pilihan teks,
susunan frasa atau ayat. Maka, seorang guru wajar memperkasakan diri dengan kemahiran
bahasa bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran setiap hari.Kesalahan tatabahasa harus

7
dikesan dan dibetulkan secara murni.Penggunaan tatabahasa yang betul mampu menghasilkan
penulisan yang baik juga. Oleh itu, murid perlu menguasai sepenuhnya penggunaan huruf besar
pada kata nama khas ini di dalam suatu penulisan agar dapat menggelakkan pengurangan
markah.
Kerangka konsep kajian di dalam rajah berikut menunjukkan perkaitan antara proses
pembelajaran bebas sebagai pemboleh ubah bebas dan hasil pembelajaran sebagai pemboleh
ubah bersandar atau bergerakbalas.
Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian

1.6

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada Kaedah KOBINA merupakan kaedah yang
sesuai dan efektif untuk menguasai kemahiran menulis huruf besar pada kata nama khas. Kaedah
KOBINA ialah satu teknik mengecam huruf pangkal kata nama khas dengan menggunakan
warna-warna untuk mengelaskan setiap jenis.Adalah diharapkan hasil daripada kajian ini nanti
membolehkan pengkaji membuat kesimpulan dan mencadangkan sama ada kaedah ini boleh

8
dijadikan alternative kepada guru-guru lain untuk mengatasi kelemahan murid-murid dalam
kemahiran penggunaan huruf besar pada kata nama khas di sekolah nanti.
1.7 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif penggunaan Kaedah KOBINA ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan
huruf besar pada pangkal kata nama khas bagi sebelas orang murid Kelas 3 Cemerlang di
Sekolah Kebangsaan Pahit, Gerik.
Objektif Khusus Kajian :
Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharapkan objektif berikut akan dicapai:
1.7.1 Menambahbaik kemahiran menulis huruf besar pada kata nama khas.
1.7.2 Mengukuhkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar dengan
menggunakan Kaedah KOBINA.

1.8 PERSOALAN KAJIAN


Untuk mengenalpasti keberkesanan dalam kajian ini, ianya akan menjawab beberapa soalan
asas seperti berikut:
1.8.1 Adakah murid berkemahiran mengenal kata nama khas di dalam ayat?
1.8.2 Bagaimanakah KOBINA dapat meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar
pada pangkal kata nama khas.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada Kaedah KOBINA adalah kaedah yang
berkesan dan sesuai bagi penguasaan penggunaan huruf besar dalam kata nama khas bagi murid
Kelas 3 Cemerlang.
Keberkesanan kajian ini kelak diharapkan dapat memberi manfaat kepada mana –mana
pihak yang terlibat secara langsung dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah rendah khasnya.Kajian ini juga dapat memudahkan para guru semasa mengajar
kemahiran menulis ayat jika diaplikasikan pada peringkat seawal tahun satu lagi.Kaedah ini juga
dapat membantu para guru mengajar murid yang lemah dalam tahun-tahun berikutnya iaitu tahun
dua dan tahun tiga.Guru-guru yang tidak berpengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu juga boleh menjadikannya sebagai satu alternative untuk mengatasi masalah
serupa.Hasil kajian juga diharapkan boleh dijadikan garis panduan kepada guru-guru sekolah

9
rendah dalam mengenal pasti teknik dan kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan prestasi murid amnya.

1.10 BATASAN KAJIAN

Sepanjang tempoh say mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, saya mendapati sama ada murid
yang lemah mahupun murid yang pandai seringkali membuat kesalahan dalam penggunaan tanda
baca semasa menulis jawapan kefahaman, menyalin ayat, menyusun semula ayat dengan urutan
yang betul ataupun membina ayat. Sebagai seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu Kelas 3
Cemerlang masalah ini dapat saya kesan semasa menyemak latihan-latihan pentaksiran dan juga
kertas-kertas ujian murid.
Bagaimanapun, masalah tidak menggunakan huruf besar pada pangkal kata nama khas
yang sentiasa dilakukan oleh sebelas orang murid daripada empat puluh orang murid kelas 3
Cemerlang ini menarik perhatian saya untuk dijadikan focus kajian saya kali ini.
Menurut Mok Soon Sang (1992), kaedah pengajaran merupakan satu cara mendekati
objektif pengajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Oleh itu,kajian ini memfokus
kepada kaedah KOBINA yang dipilih untuk memperlihatkan penguasaan penggunaan huruf
besar pada kata nama khas terhadap sebelas orang murid yang dipilih. Sharifah (1996) pula
menyatakan bahawa kaedah pengajaran merupakan peredaran ke arah satu tujua pengajaran yang
telah dirancang dengan teratur.
Sampel kajian ini terhad kepada sebelas daripada empat puluh orang murid Tahun 3
Cemerlang di SK Pahit. Dapatan kajian ini hanya merujuk kepada sampel yang dikaji dan tidak
menggambarkan populasi di tempat lain.
1.11 DEFINISI ISTILAH
Dalam kajian ini beberapa istilah yang digunakan secara khusus dan mempunyai pengertian
tertentu mengikut konteks kajian.
1.11.1 Huruf besar
Huruf besar merupakan huruf yang berukuran besar dan berbentuk khusus iaitu lebih besar dari
huruf biasa, biasanya digunakan sebagai huruf pertama dalam perkataan pertama dalam ayat dan
pada pangkal kata nama khas.
1.11.2 Kata nama khas

10
Menurut Nik Safiah Karim et al. (1996), kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk
rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa,
bahasa, pangkat dan seumpamanya. Huruf besar digunakan pada huruf pertama kata nama khas
apabila digunakan dalam penulisan. Manakala menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2008),
kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar.
1.11.3 Huruf pangkal
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, huruf pangkal ialah
huruf awal dalam sesuatu perkataan.
1.11.4 Kaedah KOBINA (Fariha, perlu jelaskan lagi kaedah KOBINA dalam 1 muka

surat)
Kaedah KOBINA ialah satu kaedah menandakan huruf pangkal kata nama khas dengan warna-
warna yang dikhaskan dengan menggunakan huruf besar. Murid perlu mewarnakan huruf-huruf
yang perlu ditulis menggunakan huruf besar pada suatu kata nama khas di dalam ayat.
1.12 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, suatu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan harus dirancang
sebaik mungkin dari segi pemilihan tajuk, strategi, kaedah, teknik, aktiviti dan sebagainya agar
objektif PdP dapat dicapai.Tahap kebolehan murid yang pelbagai juga perlu dititikberatkan
supaya penerimaan PdP tidak hanya berpihak kepada murid yang cerdas sahaja. Bahan bantu
mengajar juga mampu merangsang minda murid untuk menerima pelajaran dengan lebih mudah.
Saya berharap hasil kajian ini nanti mampu memberikan input yang baik khasnya dalam
penggunaan huruf besar bagi kata nama khas.

11
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN
Kajian ini adalah mengenai tahap penguasaan murid-murid tahun tiga terhadap
penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Oleh itu, pengkaji akan membincangkan
mengenai beberapa perkara seperti teori dan kajian terdahulu yang berkaitan dengan huruf besar,
kata nama khas, kaedah serta strategi kajian.

2.2 FOKUS KAJIAN/ISU


2.2.1 Isu Kajian
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara kesalahan
penggunaan huruf besar ini berlaku terutaman di Kelas 3 Cemerlang. Saya dapati beberapa orang
murid masih tidak dapat menulis huruf besar pada kata nama khas terutama ketika menulis
jawapan pemahaman, menyalin ayat, membina ayat dan sebagainya. Oleh sebab murid-murid ini
merupakan bekas murid saya sendiri semasa tahun dua, maka mudah saya untuk membuat
pengesanan awal masalah penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam kalangan
murid ini.
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana penggunaan huruf besar sangat
penting kepada murid-murid setiap kali mereka menulis semasa sesi pengajaran dan

12
pembelajaran. Selain itu juga kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi dengan segera
murid akan terus menghadapi masalah penggunaan huruf pada pangkal kata nama khas ini
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi contohnya di sekolah menengah dan universiti nanti.
Selain itu, peratus pencapaian subjek Penulisan Bahasa Melayu juga akan terjejas. Hasrat pihak
sekolah untuk mengekalkan 100% kelulusan Bahasa Melayu dalam subjek Penulisan UPSR
seperti tahun 2014 juga akan gagal. Ini kerana jika murid melakukan kesalahan dalam
penggunaan huruf, markah mereka akan dipotong bagi setiap keslaahan yang mereka lakukan.
Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3, dalam setiap Rancangan Mingguan
terdapat kemahiran menulis yang menitikberatkan penggunaan tanda baca.
Contoh :
Aras 1: 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan
tulisan yang cantik.
Aras 2 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan dan tanda baca
dalam ayat.
Aras 3: 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan
dan tanda baca yang betul.
2.2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian
Kamaruddin Hj Husin (1998) menyatakan bahawa “Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan
lambang-lambang bunyi”. Oleh sebab itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid
semenjak daripada sekolah rendah lagi sebelum ke alam sekolah menengah untuk mengelakkan
permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam
penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas dan huruf kecil. Keupayaan menulis merujuk
kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
dilalui.Penekanan dalam kemahiran menulis terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdullah Hamid
Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang
umum sifatnya. Kata nama am abstrak. Dari segi aspek penulisan kata nama am, huruf pertama

13
tidak semestinya huruf besar. Kata Nama Khas ialah kata yang mendukung makna rujukan
khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda,perbandanan (institusi), undang-undang bahasa,
pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf
besar. Zalian Jemaat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh ditulis di tengah
sesuatu perkataan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca.Hal tersebut merupakan masalah
yang dihadapi oleh responden saya.
Oleh sebab itu saya merasakan perlunya saya melakukan sesuatu untuk meningkatkan
kemahiran penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas melalui teknik yang terancang
iaitu KOBINA. KOBINA ini telah dapat membantu murid mengatasi masalah penguasaan
kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Selain itu, penyelidikan yang telah
dibuat oleh Jerome Agong, Jamurah Galitang dan Sobina (2008) telah membuka minda saya
untuk melaksanakan dengan mengunakan KOBINA untuk membantu dan saya mendapati murid-
murid telah faham dan jelas tentang penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas ini.
Rajah 1 di bawah focus kajian yang telah saya jalankan terhadap murid.

2.3 KEPENTINGAN TATABAHASA DAN TEORI-TEORI LINGUISTIK


Tatabahasa yang merupakan teori sesuatu bahasa haruslah dibuat secara tepat, lengkap dan
mudah difahami (Abdul Halim Yusuf 1988: 2). Ini selaras dengan pendapat Chomsky (1965 :24)
yng mengatakan bahawa tatabahasa boleh dianggap sebagai teori sesuatu bahasa yang
menghuraikan dengan lengkap dan jelas tentang kebolehan intrinsic penutur natif yang ideal.
Robin (1971 :171) pula, berpendapat bahawa tatabahasa sesuatu menitikberatkan struktur urutan-
urutan pentuturan atau penulisan dan dengan pengkelasan unsur-unsur, pertuturan yang berulang-
ulang berdasarkan fungsi di tempat-tempat yang ditempatinya dan berhubung tindak balasnya
antara satu sama lain dalam struktur-struktur (Abdul Halim Yusuf 1988 : 2). Kenyataan tersebut
ada persamaanya dengan Chomsky (1957:15-17) yang mengatakan bahawa ukuran gramatis

14
sesuatu ujaran atau ayat dalam sesuatu bahasa bukanlah berdasarkan pada kriteria makna atau
kekerapan pemakaian sesuatu, tetapi sesuatu bentuk ujaran atau ayat dapat dikatakan gramatis
jika ujaran atau ayat itu mempunyai bentuk atau makna yang sempurna.Sementara itu, bagi
ujaran atau ayat yang tidak gramatis adalah ayat yang salah penggunaan bentuknya atau
maknanya yang tidak sempurna.
Abu Bakar Hamid (1983:34) memberi pengertian bahawa, tatabahasa ialah suatu laporan
tentang penggunaan suatu bahasa di kalangan pemakai bahasa itu.Laporan ini sudah diolah
hingga dapat dirumus sebagai suatu sistem.Tugas penting tatabahasa sesuatu bahasa adalah untuk
menghuraikan pemilihan pengguna terhadap unsur-unsur bahasa dalam pembinaan ayat-ayat
yang baik.Koh Boh Boon (1990) menjelaskan bahawa tatabahasa adalah sistem hukum yang
menentukan betul salah dalam penggunaan bahasa. Manakala Abdul Halim Yusuf (1988:5) pula,
menegaskan bahawa tatabahasa sebagai dasar yang menjadi pedoman dan pegangan dalam
menentukan betul salahnya sesuatu bentuk bahasa tulisan atau pertuturan yang dihasilkan oleh
seseorang dalam sesuatu masyarakat bahasa seharusnya dibuat secara formal,jelas,lengkap, dan
mudah difahami serta tidak pula diubah dengan sewenang-wenang.
Pandangan Abdul Halim Yusuf ada persamaannya dengan kebanyakkan ahli bahasa
moden Malaysia antara lain, Asmah Hj.Omar(1980),Nik Safiah Karim (1988) dan Raja
Mukhtaruddin (1985). Kebanyakkan ahli tatabahasa moden menghuraikan bahasa mengikut teori
lingkuistikcbagi mengukur betul salahnya aspek-aspek penggunaan perkataan, imbuhan, frasa,
klausa dan ayat dalam bahasa khususnya Bahasa Melayu.
Jadi,tatabahasa merupakan kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna sesuatu
bahasa menjadi dasar untuk melahirkan aspirasi bahasa yang baik dengan mematuhi segala
huraian dan peraturan sesuatu bahasa berdasarkan ciri-ciri tatabahasa formal yang terdapat dalam
sesuatu bahasa. Ciri-ciri formal berdasarkan bentuk linguistic dan struktur bahasa iaitu
berdasarkan tatabahasa deskritif dan fungsi.
2.4 KAEDAH PENGAJARAN TATABAHASA
Ahli –ahli pendidik Bahasa Melayu (Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam 1985; Juriah Long,
Raminah, Sabran dan Sopiah Hamid 1990) telah merumuskan beberapa pendekatan pengajaran
tatabahasa berasaskan teori huraian dan pembelajaran bahasa. Antaranya ialah pendekatan
deduktif, pendekatan induktif,pendekatan eklektrik dan pendekatan komunikatif.

15
Pendekatan deduktif mengutamakan geberalisasi atau rumusan sesuatu unsur tatabahasa
yang hendak diajar pada awal pengajaran dan pembelajaran.Sesudah itu barulah diikuti dengan
contoh-contoh penggunaannya.
Pendekatan induktif mengutamakan contoh-contoh penggunaan tatabahasa yang hendak
diajar terlebih dahulu sebelum geberalisasi atau rumusan terhadap unsur tersebut
dibuat.Manakala pendekatan eklektrik menggabungkan ciri-ciri yang terdapat dalam kedua-dua
pendekatan deduktif dan induktif bagi menghasilkan satu strategi pengajaran.
Pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan mengguna bahasa dalam konteks
penggunaan dan penguasaan tatabahasa.Melalui pendekatan ini pelajar-pelajar dilatih menguna
struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu konteks penggunaan bahasa.
Tiap-tiap pendekatan ini pula mempunyai prosedur atau kaedah yang tertentu yang
berbeza dengan kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh pendekatan yang lain.
Penulisan-penulisan di Malaysia dan di barat telah menghuraikan beberapa kaedah
pengajaran yang terhasil daripada pendekatan pengajaran tatabahasa.
2.5 TEORI BERKAITAN
Dalam kajian ini saya akan menggunakan Kaedah KOBINA untuk memantapkan penguasaan
murid-murid terhadap penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Kaedah yang
akandigunakan memerlukan latih tubi selain dari kefahaman konsep yang baik.Watson (1930)
berpendapat untuk mengukuhkan perkara yang dipelajari dalam ingatan, latihan hendaklah
dijalankan berulang kali. Vygotsky (1934) pula menyatakan, ilmu pengetahuan dibina melalui
proses pengaruh dengan pembelajaran terdahulu.
Dalam peringkat perkembangan kognitif menurut Piaget (1954) kanak-kanak berumur 7
hingga 11 tahun berfikir secara logic dan konkrit. Pemikiran kanak-kanak tidak lagi bersifat
egosentrik dan mula menerima pandangan orang lain. Ini bermakna mereka boleh menerima
mengapa mereka harus diberikan latih tubi untuk memperbaiki kelemahan mereka.Pada
peringkat ini juga, mereka bolah menyelesaikan masalah secara cuba- jaya serta belajar dari
kesilapan.
Menurut Havighurst (1953) proses pertumbuhan kanak-kanak 6-12 tahun menyediakan
kanak-kanak untuk pengalaman pembelajaran seperti membaca, menulis dan mengira. Dalam
aktiviti latih tubi juga akan dapat mengekalkan ingatan jangka pendek di mana maklumat baru di
aktifkan secara ulang sebut berkali-kali. Menurut Woolfolk (1998) pemprosesan maklumat

16
bermaksud aktiviti mental manusia berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan
mengeluarkannya semula untuk digunakan seperti yang ditunjukkan dalam Model Pemprosesan
Maklumat Gagne (1985) berikut.

Rajah 2.1 : Model Memproses


Maklumat Gagne, 1985

2.6 KAJIAN
LEPAS
Kamarudin Hj Husin (1988) menyatakan bahawa "tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan
lambang-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa".
Oleh sebab itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada
sekolah rendah lagi sebelum masuk kea lam sekolah menengah untuk mengelak permasalahan
yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam penggunaan huruf
besar dan huruf kecil dalam penulisan.
Zailan Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan di tengah
sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. Kaedah imej
visual dipilih bagi membantu masalah murid dalam menggunakan huruf kecil pada huruf
pertama perkataan pertama sesebuah ayat, menggunakan huruf kecil pada kata nama khas dan
menggunakan huruf besar pada kata nama am.

17
Menurut Abdul Karim Jaafar ( ??? ), huruf besar digunakan pada huruf pertama yang
memulakan ayat, kata nama khas, pada huruf pertama selepas tanda seru, tanda soal dan tanda
petik.
Azman Wan Chik (1987) dalam kajiannya mendapati kekerapan kesilapan tanda baca 75
orang murid tahun lima dan enam di Melaka umumnya melebihi 50%. Secara khususnya, peratus
kesilapan 40 orang murid dalam kumpulan satu bahasa adalah seperti berikut:
 Tidak menggunakan huruf besar pada huruf pertama awal ayat (68.83%)
 Tidak menggunakan noktah pada akhir ayat (65.85%)
 Tidak menggunakan koma bagi memisahkan anak kalimat yang mendahului induk
kalimat (32.93%)
 Menggunakan huruf besar pada tempat yang tidak diperlukan (29.87%)
Sementara Mohd Isa, Haradin dan rakan-rakan (1996) dalam kajian mereka melaporkan 96%
pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Sabah melakukan kesilapan tanda baca,
termasuk penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Dalam ujian berbeza di sekolah sama, mereka
melaporkan 80% pelajar yang sama melakukan kesilapan dalam penulisan nuruf besar dan huruf
kecil.
Menurut Mohd Salim Ahmad (1994), aspek tanda baca dan ejaan seolah-olah seperti
masalah kecil dalam aspek kemahiran bahasa pendidikan Bahasa Melayu di sekolah rendah dan
menengah. Hal ini menyebabkan pelajar kurang memberi perhatian terhadap tanda baca dalam
penulisan mereka.Guru pula kurang memberi penekanan terhadap tanda baca dalam pengajaran
mereka.
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdullah Hamid
Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang
umum sifatnyaa. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit
dan kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am,huruf pertama tidak semestinya
huruf besar. Kata nama khas ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu
nama orang,haiwan, benda, perbadanan(institusi), undang-undang, bangsa, bahasa,pangkat dan
seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata
nama khas pula dibahagikan kepada dua iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup.
Nama khas hidup pula dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

18
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), kata nama khas dieja dengan huruf besar pada
awal perkataan. Kata nama khas digunakan khusus merujuk manusia, benda, tempat,
negara,bangsa, institusi dan seumpamanya.
Menurut Sulaiman Masri (2006), nama am dan nama khas merupakan dua unsur mekanik
dalam penulisan. Penulisan nama am dan nama khas perlu mematuhi peraturan tertentu.
Misalnya, penggunaan huruf besar, dianggap penting kerana huruf ini member makna serta
pengertian tersendiri apabila digunakan dalam konteks yang tertentu.
Nik Safiah Karim (2003) juga menyatakan, satu lagi aspek penggunaan tanda sempang
yang mengelirukan adalah yang melibatkan huruf besar.Sebagai contoh ialah huruf besar bagi
menandakan rujukan Tuhan.Misalnya, rahmat-Mu dan hamba-Nya.Disini tanda sempang
digunakan untuk merangkaikan huruf kecil yang mendahuluinya dengan huruf besar yang
mengikuti. Hal ini berlaku juga pada nama khas yang lain. Misalnya, anti-Rusia, pro-Malaysia
dan pan-Afrika, termasuk bagi huruf besar yang mendahului huruf kecil, misalnya KDN-
nya.Gelaran sipula lazimnya di eja dengan huruf kecil, kecuali ketika berada pada ayat atau
sebagai nama khas.
Sulaiman Masri (2006) juga menyatakan singkatan nama khas untuk gelaran dan jawatan
ditulis dengan huruf besar dan dibubuh tanda titik selepas setiap huruf.

2.4 KESIMPULAN
Pelbagai kaedah dan teknik telah digunakan dalam kajian lepas ini untuk mengatasi masalah
penguasaan penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Kajian-kajian tersebut amat
menarik perhatian saya untuk mengkaji permasalahan sama yang dihadapi oleh murid-murid
tahuntiga yang saya ajar. Maklumat-maklumat dari kajian-kajian lepas ini akan saya gunakan
untuk mengatasi masalah murid-murid saya pula melalui kaedah yang saya pilih iaitu Kaedah
KOBINA.

(Kajian literature perlu ditambah dan dalam penulisan perlu dibahagikan kepada
kajian literature dalam Negara dan luar Negara. Sekurang-kurangnya ada 10 kajian
dalam Negara dan 10 kajian luar Negara)
Kajian-kajian perlu terkini daripada tahun 2010-2017.

19
BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENGENALAN
Dalam bab ini akan dijelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan yang
lain untuk kajian ini. Sehubungan itu , bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, maka
penyelidikan perlu dijalankan. Justeru, perancangan teliti perlu dilakukan untuk memudahkan
data serta maklumat penyelidikan dikumpulkan ,dianalisiskan dan dinilai. Perkara-perkara yang
dibincangkan ialah reka bentuk penyelidikan, sampel kajian, instrument kajian, proses
pengumpulan data serta analisis data.

3.2 Rekabentuk Kajian mana ?


3.2 Sampel Kajian
Kajian melibatkan 11 orang daripada 40 orang murid Tahun 3 Cemerlang yang terdiri daripada 7
orang murid lelaki dan 4 lagi murid perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil

20
berat terhadap penggunaan huruf besar semasa latihan menulis dalam kelas. Mereka
dikategorikan kumpulan yang agak sederhana pandai tetapi kadangkala cuai dalam penggunaan
huruf besar apatah bagi murid yang agak lemah.
Projek Inovasi yang saya laksanakan dengan menggunakan KOBINA ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran menggunakan huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam
kalangan murid tahun 3.

Rajah 2 di bawah menunjukkan peratusan responden projek saya mengikut jantina.

3.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Pada asasnya Projek Inovasi bergerak dalam satu kitaran menggunakan model Stephin
Kemmis & Mc Taggart (1998). Menurut Kemmis dan McTaggart (1998), projek inovasi
merupakan satu projek yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam
situasi social itu sendiri seperti guru dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan praktik
mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-
masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana
amalan itu di lakukan. Rajah 3 di bawah menunjukkan proses kajian tindakan yang dijalankan.

21
Rajah 3 : Proses
Pendekatan ini dipilih untuk digunakan dalam penyelidikan pemeringkatan empat fasa yang
dirancangkan dalam model ini sesuai mengikut konteks dan struktur pengajaran reflektif yang
dijalankan seperti Rajah 3 di atas.
Saya telah mengaplikasikan kaedah ansur maju dalam kajian ini.Hal ini kerana, kaedah
ini sesuai digunakan untuk kesemua responden saya.Saya berpendapat, KOBINA ini
membolehkan sesuatu perancangan bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lebih teratur, kemas dan sistematik. Tambahan pula kaedah ansur maju
merupakan satu kaedah mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula daripada langkah yang
paling asas kemudian beralih kepada aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka
dapat menguasainya.
Aplikasi KOBINA telah dirangka dan dicadangkan oleh saya untuk membantu guru
mengukuhkan penguasaan penulisan huruf besar dalam kalangan murid Tahun 3.

22
Jadual 1 di bawah menunjukkan bagaimana sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran
menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas yang dijalankan dalam kelas menggunakan
KOBINA ini.
PROSES BAHAN BBM CATATAN
Pengajaran dan pembelajaran (P&P)
1. Pengenalan kaedah Tayangan slaid PP
2. Pengenalan Foam Plastik
Bahan Inovasi yang digunakan Kad Huruf
a. Kotak Berwarna (berinformasi) Pensel Warna
Krayon
Marker Pen
Manila Kad
Plastik Lutsinar
Gam UHU
Polisterin/ Cecair
Gunting
b. Bingkai Berwarna Pisau
“ Blue Tack”

Bingkai
Kad huruf besar

c. Pensel warna/Krayon Pensel Warna


3. Langkah Pengajaran
a. Set Induksi – Meneka
kandungan kotak berwarna.
b. Langkah 1 – Penggunaan
Carta Berwarna/Kotak
Bermaklumat
- Definisi , penerangan dan
penjelasan tentang kata nama
khas kepada murid iaitu merujuk
tempat, manusia, haiwan dan
benda.
Untuk mengukuhkan ingatan
murid satu Akronim kata nama
khas digunakan iaitu:

Tempat……. Te
Manusia…… Man
Haiwan……. Hai
Benda……… Da

23
(TEMAN HAIDA)

c. Langkah 2
- Pengenalan Tajuk Pelajaran
- Penerangan cara menggunakan
Teknik KOBINA.
- Murid diberikan beberapa Bingkai
contoh ayat.
- Murid meletakkan bingkai
berwarna pada kata nama khas
yang ditemui dalam ayat
- memasukkan atau menyisip kad
huruf besar ke dalam bingkai
tersebut.

d. Langkah 3.
- Latihan menjawab soalan
latihan.
- Melukis petak pada kata nama
khas yang ditemui.
- Menyalin semula ayat dengan
menulis huruf besar pada kata Pensel Warna
nama khas menggunakan pensel
warna.
4. Perbincangan jawapan untuk soalan
yang diberikan menggunakan
KOBINA
5. Penutup Pengajaran

Langkah 1 (Aktiviti 1)
Item 1
 Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
 Menyalin semula ayat dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai dengan
menggunakan pensel warna.
Item 2
 Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar pada pangkal kata nama khas.
 Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.

24
Item 3
 Guru menulis ayat pada kertas mahjong dan kad manila.
 Murid memerhatikan ayat meletakkan bingkai pada pangkal kata nama khas yang ditemui
dan menyalin ayat tersebut (dilakukan oada setiap kali P&P dijalankan)
 Reaksi atau tindak balas murid amat menyeronokkan dan menggalakkan.

Langkah 2 (Aktiviti 2)
 Dalam aktiviti ini, guru menulis sebuah karangan pendek pada kertas mahjong.
 Guru ‘highlight’ tanda huruf besar dengan menggunakan bingkai berwarna
(merah untuk manusia, kuning untuk benda, hijau untuk tempat dan biru untuk binatang)
untuk huruf besar. Murid masukkan kad huruf besar ke dalam bingkai berwarna.Latihan
dijalankan selama 5 minggu.
 Murid merujuk kotak bermaklumat berwarna setiap kali pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi
 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini murid telah dapat mengenal pasti jenis
kata nama berdasarkan bingkai yang guru letakkan pada perkataan yang terdiri daripada
kata nama khas.
 Murid-murid bergerak aktif untuk memasukkan kad huruf besar yang bersesuaian pada
ayat yang diberi melakukan kesalahan dari segi penggunaan huruf besar pada kata nama
khas. Murid-murid juga dapat menulis dengan kemas dan teratur.
Langkah 3 (Aktiviti 3)
 Guru memberi 5 latihan berbentuk ayat mudah yang mengandungi kata nama khas dalam
bentuk lembaran kerja.
 Murid-murid dikehendaki membetulkan kesilapan dan kesalahan menulis kata nama khas
yang terdapat dalam ayat menggunakan pensel warna.
 Murid-murid juga menulis dengan kemas dan teratur semasa sesi menjawab soalan ini.
Refleksi

25
 Pada pemerhatian saya didapati ada peningkatan yang memberangsangkan semasa murid
menjawab soalan latihan sesi ke tiga ini.
 Hampir 95% murid telah Berjaya menjawab dengan betul dengan menulis huruf besar
pada tempat yang sesuai.
 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana ceria, murid gembira dan
aktif ketika menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru.
 Terdapat perubahan sikap dan tingkah laku yang sangat ketara sebelum KOBINA ini
diperkenalkan kepada murid-murid di kelas ini.

Rajah 4 : Proses Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan KOBINA

Rajah 4 di atas menunjukkan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh
guru dalam kelas dengan menggunakan KOBINA ini.

26
3.3 Prosedur Pelaksanaan Tindakan
Jadual 2 menunjukkan perancangan pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam bentuk Carta
Gantt seperti di bawah.
Jadual 2 : Carta Ganti Pelaksanaan Tugasan
Bil. JADUAL PELAKSANAAN
M J J O S O N
PROSES E U U G E K O
I N L S P T V
2015
1. Menerima tugasan 
2. Mengenal pasti 
Masalah dan mengumpul data
3. Menulis draf kertas cadangan 
4. Hantar draf pertama 
5. Perbincangan dengan guru 
6. Bincang dengan penyelia dan baiki    
proposal
7. Menulis dan hantar draf proposal 
yang kedua
8. Pelaksanaan pelan tindakan 
9. Pengumpulan dan analisis data 
10. Menulis draf laporan pertama 
11. Ubah suai dan pemurniaan laporan 
akhir
12. Seminar / Kolokium  
13. Memurnikan laporan berdasarkan  
maklum balas.

Proses Kajian Dilaksanakan


Rajah 3 di bawah menunjukkan bagaiman proses kajian dilaksanakan terhadap murid.

27
Rajah 3 : Carta Aliran Untuk Proses Sepanjang Kajian Dilaksanakan

3.5 Keesahan dan Kebolehpercayaan


3.5.1 Kebolehpercayaan (Apa yang anda tulis ni bukan kebolehpercayaan)
Kebolehpercayaan merupakan ciri praktik yang terdapat dalam sesuatu ujian dan merupakan
faktor penting dalam sesuatu ujian.Penggunaan KOBINA dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis huruf besar adalah sangat tinggi. Teknik ini boleh digunakan dalam masa
luwes, sama ada pada masa lapang atau pun masa P & P berjalan. Selain itu KOBINA yang saya
bina ini juga boleh digunakan untuk kegunaan kelas-kelas yang lain. Kos pembuatannya adalah
minimum dan mampu disediakan oleh guru mengikut kreativiti bagi menarik minat murid.
Peraturan penggunaan KOBINA ini juga mudah dan ringkas sesuai dengan aras kebolehan
murid.
3.5.2 Kepentingan
Penggunaan KOBINA ini amat penting dan dilihat berupaya meningkatkan minat murid terhadap
P & P penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Malah pemahaman murid terhadap
kata nama khas juga meningkat di mana murid tidak lagi melakukan sebarang kesalahan apabila
menjawab soalan berkaitan dengan penulisan huruf besar dalam kata nama khas. Aktiviti P & P
menggunakan KOBINA juga boleh dilakukan sendiri oleh murid iaitu aktiviti secara

28
berkumpulan. Pembelajaran akan lebih bermakna dan menyeronokkan apabila murid dapat
melakukan aktiviti lain bersama-sama rakan sekelas.
3.5.3 Kebolehgunaan
Penggunaan KOBINA mudah digunakan kerana murid dapat melihat, memerhatidan melakukan
aktiviti meletakkan bingkai, menyiapkan kad huruf besar, melukis petak pada huruf pangkal kata
nama khas dan menulis huruf besar menggunakan pensel warna. Penggunaan teknik ini juga
dimodifikasikan mengikut kebolehan murid dan ianya disusun mengikut Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) dan berpandukan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3.

3.5.4 Kawalan
Saya telah menggunakan tujuh orang murid untuk kajian ini.Saya telah membuat semua prosedur
yang sepatutnya seperti pemerhatian, ujian lisan dan temu bual. Melalui proses ini akan
memudahkan saya untuk memilih kaedah yang sesuai untuk mengajar pada masa akan datang.
3.5.5 Kolaboratif
Kolaboratif amat penting dalam tempoh kajian ini dilakukan. Sedar akan hal ini, saya telah
mendapatkan kerjasama daripada guru Bahasa Melayu Pemulihan Khas dan pihak pentadbir
sekolah. Hal ini adalah untuk memastikan proses kajian yang dijalankan dengan lancar dan
sempurna. Kolaboratif dilakukan bertujuan untuk memastikan proses kajian yang dijalankan
berada pada landasan yang betul mengikut apa yang telah dirancang. Hal ini penting bagi
memastikan kajian ini dapat memberikan hasil yang optimum kepada saya dan murid.
3.5.6 Kerelevanan Kepada Sekolah
Penggunaan KOBINA dapat membantu guru dan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di sekolah. Teknik ini akan memudahkan guru untuk menerang dan mengajar
murid tentang kata nama khas dan juga penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas.
Penggunaan teknik ini juga telah Berjaya menarik minat murid- murid untuk terus belajar.Selain
itu juga bahan daripada teknik ini juga boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar Bahasa
Inggeris.

29
BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 PENGUMPULAN DATA


Mengumpul data kajian bagi soalan kajian 1, saya telah menggunakan empat cara pengumpulan
data, iaitu Ujian Satu dan Ujian Dua, Analisis Dokumen,lembaran kerja, pemerhatian serta temu
bual. Cara pengumpulan data yang digunakan oleh saya bagi mengumpul data untuk setiap
soalan kajian ini adalah untuk memastikan kebolehtadbiran, kesahan dan kebolehpercayaan
setiap ujian yang dijalankan.

Berdasarlan Rajah 6 di bawah, menunjukkan cara saya mengumpul dan menganalisis data
sepanjang melaksanakan penyelidikan tindakan ini.

Rajah 6 : Kaedah Pengumpulan Data

4.2 Tinjauan Awal Masalah


Sebelum langkah seterusnya diambil dalam menjalankan tindakan adalah berdasarkan
pemerhatian, pemeriksaan buku latihan dan ujian satu dan ujian dua.
a. Pemerhatian
Saya telah memerhatikan tingkah laku murid melalui sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Saya dapati murid menpunyai masalah menulis huruf besar
pada awal ayat dan pada pangkal kata nama khas. Pada awalnya saya sangkakan masalah
ini tidak sukar untuk diatasi tetapi murid masih seringkali terlupa walaupun telah
beberapa kali saya mengajar topik kata nama khas khususnya murid-muridnya masih
melakukan kesalahan ketika menulis huruf besar pada tempat yang sesuai.

30
Murid telah faham bahawa kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi
masih juga berlaku kesalahan ketika menjawab soalan berkaitan penggunaan huruf besar
pada tempat yang sesuai. Keadaan ini amat membimbangkan saya, saya juga menilai
kembali pengajaran saya selama ini. Adakah ada kekurangan dari segi teknikal yang saya
gunakan ketika mengajar di kelas menjadi punca kenapa murid masih tidak menguasai
kemahiran menulis huruf besar pada tempat yang sesuai khususnya pada pangkal kata
nama khas.

b. Analisis Dokumen
i. Pemeriksaan buku latihan
Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan
menyerahkan buku latihan kepada saya untuk disemak. Setelah disemak
saya dapati murid masih belum menguasai kemahiran menulis huruf besar
pada awal ayat dan pada pangkal kata nama khas. Saya telah membuat sesi
penerangan semula serta penekanan dalam tiga keadaan iaitu huruf besar
pada awal ayat, selepas noktah dan satu lagi pulak huruf besar pada
pangkal kata nama khas.

ii. Ujian satu


Sebagai langkah awal saya telah menyediakan lembaran kerja yang
mengandungi 5 soalan berkaitan dengan penggunaan huruf besar pada
awal ayat, selepas noktah dan pada pangkal kata nama khas.
Satu ujian diagnostic telah dijalankan kepada murid-murid tahun
3.Ini bertujuan menguji tahap penguasaan murid-murid tersebut. Saya
dapati murid-murid masih tidak mahir dalam penggunaan huruf besar
pada awal ayat dan juga pada pangkal kata nama khas. Kemudian semasa
akhir penggal persekolahan, dalam satu ujian yang dijalankan, murid
masih kurang menguasai kemahiran menulis huruf besar ini. Mereka

31
masih melakukan kesalahan pada awal ayat, selepas tanda noktah dan
pada pangkal kata nama khas.

c. Temu bual (Mengapa temubual? Objektif yang mana satu?)


Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face to
face antara penyelidik dengan informan atau orang-orang yang ditemu bual. Saya mendapatkan
maklumat daripada guru Bahasa Melayu 2 Cemerlang mengenai tahap prestasi dan pencapaian
bagi kesemua responden. Temu bual dijalankan terhadap responden yang dipilih selepas
diperkenalkan dengan KOBINA.Temu bual berstruktur dijalankan bagi mengetahui pendapat
guru terhadap pencapaian dan sikap responden sebelum melaksanakan kajian ini.Temu bual yang
dijalankan ditranskripkan daripada bentuk rakaman suara kepada bentuk perkataan dan
dikodkan.Transkripsi temu bual bersama guru Bahasa Melayu Tahun 3 Cemerlang dirujuk pada
Lampiran.Jadual 3 berikut merupakan petunjukbagi singkatan yang digunakan dalam transkripsi
temu bual bersama seorang guru Bahasa Melayu.

Jadual 3 : Petunjuk Singkatan Nama dalam Transkripsi


Singkatan Petunjuk
C Guru Bahasa Melayu
1 Guru Bahasa Melayu yang pertama
2 Guru Bahasa Melayu yang kedua
SKP Sekolah Kebangsaan Pahit (bukan nama sebenar)

Berdasarkan perbualan bersama dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu 1 untuk memastikan
responden yang dikaji memang benar-benar menghadapi masalah penulisan huruf besar pada
pangkal kata nama khas.

Jadual 4 yang berikut merupakan hasil temu bual bersama guru Bahasa Melayu 1.
Jadual 4 : Temu bual bersama Guru Bahasa Melayu 1
Soalan Jawapan Tema Interprestasi
Murid-murid kerap Ya, yang itu memang Masalah Responden tidak
tidak membuat masalah utam 3 Responden mengecam dan
kesilapan dalam Cemerlang. Kiranya mengenal kata nama
penulisan untuk kata selalu sahaja saya khas.
nama khas perlu bulatkan dengan

32
pen merah

Berdasarkan dapatan temu bual tersebut, saya mendapati responden yang dipilih
sememangnya kerap membuat kesilapan dalam penulisan huruf besar pada pangkal kata nama
khas. Hal ini menunjukkan responden tidak memahami dan agak sukar menentukan kata nama
khas dan kata nama am yang menyebabkan responden membuat kesilapan dalam penulisan ayat
yang mengandungi kata nama khas. Seterusnya, soalan kajian difokuskan pada tahap pencapaian
responden dalam mata pelajaran Bahasa Melayu..

Temu bual bersama Responden


Cikgu : Ashraf, cikgu lihat, markah penulisan Bahasa Melayu awak kurang memuaskan?
Ashraf : Ya cikgu. Saya kurang faham dan tidak jelas tentang penggunaan huruf besar pada
kata nama khas.
Cikgu : Syikah, awak perlu focus dalam pembelajaran dan bertanya cikgu jika tidak
faham penggunaan huruf besar pada kata nama khas ini.
Syikah: Insyaa-Allah cikgu! Saya harap cikgu dapat menolong saya untuk memahami
penggunaan huruf besar pada kata nama khas itu. Terima kasih cikgu.
Cikgu: Insyaa-Allah, saya akan memperkenalkan kepada kamu dan murid-murid lain
menggunakan KOBINA untuk penggunaan huruf pada kata nama khas ini.

d. Soal Selidik
Saya telah menjalankan satu soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik bagi mencari
maklumat permasalahan murid-murid dalam penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama
khas.
Jadual 5 : Borang soal selidik
BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR YA ( / ) TIDAK ( X )
1. Pengajaran cikgu menyeronokkan
2. Cikgu beri tumpuan kepada saya
3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu
4. Keluarga beri bimbingan di rumah
5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi
6. Belajar menyeronokkan
7. Kerja sekolah yang diberi mudah

33
8. Saya suka menulis
9. Saya suka membaca
10. Saya faham arahan cikgu

Jadual 5 di atas menunjukkan soal selidik yang diberikan kepada responden.


6.2 Analisis Tinjauan Masalah
6.2.1 Analisis Ujian Satu
Senarai Rekod Pencapaian (Jumlah markah = 10 markah)

Jadual 6 : Analisis Skor Ujian 1


BIL NAMA MURID UJIAN 1 CATATAN
1. R1 4
2. R2 4
3. R3 3
4. R4 4
5. R5 4
6. R6 3
7. R7 3
8. R8 5
9. R9 5
10 R10 3
11. R11 2

Jadual 6 di atas menunjukkan hasil Ujian 1 yang telah dijalankan kepada murid (rujuk pada
Lampiran 1), iaitu sebelum responden diperkenalkan dengan KOBINA.Ujian ini menpunyai 5
item.Saya telah menganalisis jumlah skor yang diperolehi, oleh semua sepuluh responden dan
hasil dapatan telah dirumuskan dalam Jadual 6 di atas. Saya dapati tahap penguasaan
penggunaan huruf besar murid bagi kata nama khas masih lemah.
Analisis Ujian Satu, menunjukkan majoriti responden memperoleh sebanyak tiga, empat
dan lima markah daripada 10 markah. Hal ini menunjukkan penguasaan murid dalam huruf besar
pada pangkal kata nama khas adalah lemah. Kesemua responden masih tidak menguasai teknik
yang betul dan terbaik untukmenulis huruf besar dalam kata nama khas. Selain itu, responden
juga beranggapan bahawa kesalahan penulisan huruf besar bukan merupakan yang besar dalam
Bahasa Melayu. Oleh itu, responden memandang ringan akan kesalahan yang dilakukan itu
sebelum menggunakan KOBINA ini.

34
4.2.2 Analisis Ujian Dua
Ujian Dua (rujuk pada Lampiran 2) telah dijalankan selepas KOBINA diperkenalkan dan selepas
beberapa kali lembaran kerja diberi kepada semua responden. Seperti yang telah dimaklumkan,
Ujian Dua mempunyai 4 item soalan yang terdiri dalam bentuk pantun, Cerpen, Dialog dan
dalam karangan Berita seperti dalam ujian satu tetapi ayat- ayat dalam soalan telah dirombak dan
diubahsuaikan. Dapatan daripada hasil analisis bagi Ujian Dua dirumuskan dalam Jadual 7 di
bawah.
Jadual 7 : Analisis Skor Ujian 2
BIL NAMA MURID SKOR UJIAN 2 CATATAN
1. R1 10 Cemerlang
2. R2 10 Cemerlang
3. R3 10 Cemerlang
4. R4 10 Cemerlang
5. R5 10 Cemerlang
6. R6 8 Baik
7. R7 8 Baik
8. R8 10 Baik
9. R9 10 Cemerlang
10. R10 10 Cemerlang
11. R11 8 Baik

Jadual 7 di atas jelas menunjukkan peningkatan responden dalam penulisan huruf besar pada
pangkal kata nama khas, Tujuh orang responden telah menjawab semua soalan yang diberi
dengan betul. Manakala tiga orang responden pula mendapat 8 markah daripada 10 markah
keseluruhan. Dalam ujian ini, saya mendapati responden telah menguasai kemahiran menulis
huruf besar pada pangkal kata nama khas. Murid-murid ini juga telah menunjukkan sikap yang
semakin positif terhadap pelajaran mereka.

4.2.3 Analisis Perbandingan Skor Ujian Satu dan Dua


Saya telah menilai dan menganalisis markah bagi Ujian Satu dan Ujian Dua. Jadual 8 di bawah
menunjukkan hasil analisis bagi skor kedua-dua ujian yang telah dijalankan.

35
Pencapaian (Jumlah Markah = 10 markah)

Jadual 8 Analisis Skor Ujian Satu dan Ujian Dua


BIL NAMA MURID UJIAN 1 UJIAN 2 CATATAN
1. R1 4 10 Meningkat
2. R2 4 10 Meningkat
3. R3 3 10 Meningkat
4. R4 4 10 Meningkat
5. R5 4 10 Meningkat
6. R6 3 8 Meningkat
7. R7 3 8 Meningkat
8. R8 5 10 Meningkat
9. R9 5 10 Meningkat
10. R10 3 10 Meningkat
11. R11 2 8 Meningkat

Rajah 7 Perbandingan Skor Ujian Satu dan Ujian Dua


Berdasarkan Rajah 7 di atas jelas menunjukkan perbezaan yang ketara antara pencapaian murid
sebelum menggunakan KOBINA dan selepas menggunakan KOBINA ini dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. KOBINA ini menunjukkan peningkatan dalam penggunaan huruf
besar dalam kalangan murid tahun 3 Cemerlang telah berlaku. Responden 1,2 dan responden ke
4 dan ke 5 telah meningkat daripada 4 markah kepada 10 markah. Peningkatan sebanyak
60%.Penggunaan KOBINA ini memberi impak yang baik kepada responden yang
dikaji.Responden ke-3 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 7 markah atau 70%. Responden
ke 6 dan ke 7 juga telah menunjukkan pencapaian yang baik, iaitu daripada 3 markah sebelum ini
telah mendapat 8 markah dalam ujian 2 ini. Peningkatan markah sebanyak 50%. Responden 8
dan 9 juga menunjukkan peningkatan yang baik iaitu 6 markah dari sebelumnya.Manakalah
responden 10 meningkat sebanyak 7 markah dan responden 11 sebanyak 6 markah atau 60%.

36
4.3 Tindakan Yang Dijalankan
Mengesan masalah penggunaan huruf besar pada pangkal nama khas daripada latihan yang
diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran , latihan kerja rumah dan juga ujian bulanan.
Ujian pengesanan telah dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid
tidak dapat menjawab soalan dengan tepat penggunaan huruf besar pada kata nama khas.
Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
pemahaman murid terhadap penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Melalui
aktiviti pengajaran ini saya dapat melihat perkembangan anak murid saya segi pemahaman
dalam penulisan huruf besar bagi kata nama khas.
Berdasarkan keputusan ujian pengesanan yang dijalankan atas murid-murid didapati
bahawa beberapa tindakan perlu dijalankan bagi mengatasi penulisan huruf besar pada pangkal
kata nama khas.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 DAPATAN PROJEK

37
Saya telah mengumpul pengskoran daripada 2 siri kitaran ujian yang telah saya jalankan.
Markah-markah tersebut telah saya catatkan dalam jadual markah yang disediakan. Jadual di
bawah merupakan borang analisis berkaitan dengan hasil ujian murid.

Jadual 9 : Dapatan Kitaran Kajian 1


BIL NAMA MURID K1 CATATAN
1. R1 4 Sederhana
2. R2 4 Sederhana
3. R3 3 Rendah
4. R4 4 Sederhana
5. R5 4 Sederhana
6. R6 3 Rendah
7. R7 3 Rendah
8. R8 5 Sederhana
9. R9 5 Sederhana
10. R10 3 Rendah
11. R11 2 Amat Rendah

Berdasarkan pencapaian murid dalam Jadual 9 di atas, empat orang daripada sepuluh
mencapai markah sederhana 4/10 dsn 2 orang 5/10 dalam tahap sederhana juga dan 3 orang
murid pula hanya mencapai 3/10 dan seorang dalam kategori amat rendah iaitu sebanyak 2/10
markah sahaja. Secara keseluruhannya pencapaian responden pada tahap sederhana dan rendah
sahaja. Oleh itu, saya rasa perlu melakukan sesuatu untuk membantu murid untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas ini.

38
Rajah 9 : Kitaran Kajian 2

BIL NAMA MURID UJIAN 2 CATATAN


1. R1 10 Cemerlang
2. R2 10 Cemerlang
3. R3 10 Cemerlang
4. R4 10 Cemerlang
5. R5 10 Cemerlang
6. R6 8 Baik
7. R7 8 Baik
8. R8 10 Cemerlang
9. R9 10 Cemerlang
10 R10 10 Cemerlang
11 R11 8 Baik
Jadual 10 Dapatan Kitaran 2

39
Berdasarkan jadual pengskoran melalui kitaran 2 diatas, saya dapati ada peningkatan
markah bagi murid-murid tersebut. Seramai 5 murid iaitu murid berada pada tahap cemerlang
dan 2 murid berada pada tahap baik. Peningkatan yang agak ketara dapat dilihat daripada jadual
di atas. Pemahaman murid juga meningkat terhadap kemahiran penggunaan huruf besar pada
pangkal kata nama khas seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf besar
pada pangkal kata nama khas.
Temu bual Bersama Responden
Saya juga telah menemu bual murid berkaitan hasil pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan dengan menggunakan KOBINA.
Cikgu : Ashraf, cikgu lihat, markah penulisan Bahasa Melayu awak semakin baiklah.
Ashraf : Ya, cikgu. Saya semakin faham sejak cikgu gunakan teknik KOBINA cikgu itu.
Cikgu : Syikah, awakpun sama telah menunjukkan peningkatan dalam penggunaan huruf
besar pada kata nama khas.
Syikah : Alhamdulillah cikgu! Cara cikgu mengajar kami menggunakan kotak, bingkai dan
warna itu cikgu amat memudahkan kami untuk memahami penggunaan huruf
besar pada kata nama khas itu. Terima kasih cikgu.
Cikgu : Sama-sama Syikah.

5.2 Dapatan Daripada Projek


Berdasarkan projek yang dijalankan ke atas murid, teknik yang telah dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran itu telah memberi kesan dan impak yang
besar kepada murid.Peningkatan skor markah murid ketara meningkat. Selepas
menggunakan KOBINA, dapatan menunjukkan teknik yang dilaksanakan sangat
bersesuaian dan berkesan bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan penggunaan huruf besar pada kata nama khas ini. Murid- murid
semakin yakin ketika menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas
berbanding sebelum ini.
Sebagai seorang guru yang selama ini mendidik dan membimbing mereka
saya sangat bersyukur sekali apabila melihat peningkatan pengskoran murid-
murid yang lemah ini pada peringkat awalnya.Kajian ini menunjukkan KOBINA
dan teknik strategi yang digunakan sangat bersesuaian dengan murid. Pada

40
pandangan saya, murid-murid ini boleh dan mampu memperbaiki kelemahan
mereka asalkan mendapat bimbingan dan panduan serta cara yang betul oleh guru
yang mengajar mereka. Secara tidak langsung saya juga dapat memperbaiki
kelemahan saya selama ini dalam mendidik anak murid saya seterusnya saya juga
telah menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Pengalaman dalam membuat
projek inovasi ini amat bermakna dan besar ertinya kepada saya sebagai
pendidik.

5.3 RUMUSAN KAJIAN


KOBINA ini diperkenalkan kepada murid-murid Tahun 3 Cemerlang bagi membantu guru untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas
seterusnya Berjaya membantu dalam meningkatkan prestasi Bahasa Melayu. KOBINA ini
diperkenalkan setelah mendapati murid kerap membuat kesalahan pada penulisan huruf besar
terutamanya ketika menulis huruf besar yang betul dalam kata nama khas yang betul. Saya telah
menggunakan pelbagai instrument dalam projek inovasi ini seperti jenis ujian 1 , ujian 2,
lembaran kerja, temu bual, pemerhatian dan soal selidik bagi mengutip data yang diperlukan.
Data yang diperoleh dianalisis serta dapatan telah dijelaskan sebelumnya. Dalam bab ini,saya
membincangkan refleksi diri dan kajian serta implikasinya terhadap murid,guru dan sekolah.
Dengan menggunakan KOBINA juga sikap kurang minat , malas, kurang tumpuan dan tidak
teliti ketika menulis pada pangkal kata nama khas dapat diatasi. Murid menunjukkan
peningkatan dalam menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Daripada 11 orang murid
ini, 8 orang murid telah menunjukkan peningkatan yang amat baik iaitu tiada lagi kesalahan
penggunaan huruf besar dilakukan selepas saya mengajar mereka dengan menggunakan
KOBINA ini.Sekaligus meningkatkan pencapaian responden dalam skor pencapaian dalam setiap
aktiviti dan ujian yang dilaksanakan.

5.4 Refleksi
Amalan refleksi yang dikemukan oleh Dewey (1993) menjadi batu asas dalam mengkaji proses
kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Refleksi
memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan

41
kelemahan diri. Penggunaan teknik ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kajian yang
dijalankan dapat memberi kesan terhadap peningkatan penguasaan kemahiran menulis huruf
besar pada pangkal kata nama khas.
Berdasarkan pandangan saya ini dapatlah dirumuskan bahawa projek saya ini telah
Berjaya mencapai objektifnya, iaitu meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam
diri saya. Kesungguhan saya mencari idea dan teknik yang sesuai akhirnya masalah yang
dihadapi oleh murid dalam penulisan huruf besar berjaya diatasi.Kaedah pengajaran yang saya
gunakan, iaitu ansur maju juga telah dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada murid.
Melalui kaedah ini murid diajar memahami konsep asas terlebih dahulu sebelum terus menjawab
soalan-soalan yang mengandungi kata nama khas. Selama ini mereka tidak faham sepenuhnya
tentang kata nama khas hingga menyebabkan mereka sering melakukan kesalahan ketika menulis
hurf besar pada pangkal kata nama khas.
Walaupun KOBINA ini telah Berjaya meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar
pada pangkal kata nama khas, hakikatnya terdapat juga beberapa kekurangan yang boleh di atasi
pada masa akan datang.Antara kelemahan teknik ini yang saya kenal pasti adalah dari masa iaitu
melalui kaedah ini murid belajar mengikut langkah pengajaran yang tertentu yang agak
mengambil masa.
Beberapa cadangan penambahbaikan juga perlu dijalankan bagi mengatasi beberapa
masalah berkaitan dengan KOBINA.Antaranya adalah dari segi penggunaan alatan dan bahan
ketika menjalankan sesi pembelajaran dalam kelas perlulah dipantau penggunaannya. Prosedur
penggunaan bahan-bahan dalam teknik ini perlu dipamerkan untuk rujukan murid supaya tidak
berlaku keadaan bising dalam kelas.Melalui penggunaan teknik ini juga murid boleh melakukan
sendiri KOBINA ini dalam kelas tetapi perlu dipantau oleh guru. Mana-mana guru juga boleh
menggunakan bahan-bahan dalam teknik ini untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
5.5 KOBINA meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan huruf besar
Berdasarkan dapatan yang diperoleh melalui ujian satu dan dua, terdapat perbezaan yang ketara
dalam skor para responden. Peningkatan peratusan markah sewaktu ujian dua dalam kalangan
responden dalam penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas setelah responden dicapai
dengan menggunakan KOBINA. Hasil analisis ujian satu mendapati bahasa skor yang diperoleh
43.3% manakala 96.6% bagi keputusan ujian dua. Keputusan ini menunjukkan bahawa

42
responden tidak dapat mengecam dan mengenal kata nama khas dengan baik sebelum
mengunakan KOBINA yang telah diperkenalkan kepada responden.
Selepas menjalani ujian satu, responden telah diperkenalkan dengan KOBINA melalui
beberapa proses pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan teknik tersebut. Dalam fasa
tersebut, sebanyak tiga lembaran kerja telah diedarkan kepada semua responden bagi mengetahui
perkembangan dan pencapaian murid.
Dapatan yang diperoleh daripada ketiga-tiga lembaran kerja menunjukkan kesemua
responden telah mempamerkan perkembangan pencapaian yang baik dalam peningkatan skor
yang diperoleh. Peningkatan markah bagi lembaran kerja 1,2 dan 3 jelas menunjukkan bahawa
tahap pencapaian responden bertmabah baik dalam penulisan huruf besar pada pangkal kata
nama khas.
Dapatan ini jelas sekali membuktikan kenyataan Cox (1974), seperti dinyatakan dalam
Noraini (2004) bahawa, walaupun guru kerap menemui kesalahan dilakukan oleh murid,
tindakan susulan yang sistematik sebaik kesalahan dikenal pasti mampu membawa kejayaan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, tindakan memperkenalkan KOBINA terbukti
boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah alternative yang berkesan dalam meningkatkan
penguasaan penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam kalangan murid.
Pada akhir pemerhatian, responden dilihat melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan
minat semasa aktiviti pembelajaran dijalankan.Hasilnya responden dapt menjawab soalan latihan
yang diberikan dengan betul.
Perubahan sikap dalam kalangan responden juga dapat dilihat semasa proses
pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Responden kelihatan lebih yakin serta ceria
setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.6 CADANGAN PROJEK SETERUSNYA

43
Saya berharap agar KOBINA ini dijalankan sebagai bahan bantu belajar yang diguna pakai oleh
guru-guru ketika mengajar murid di kelas. Ini disebabkan penggunaan KOBINA ini telah
terbukti Berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal
kata nama khas dalam kalangan murid. Selain itu, untuk memastikan data yang diperoleh betul
dan tepat, kita mesti menggunakan instrument kajian yang lebih sistematik agar segala
perancangan yang tepat dan lebih efisen bagi penambahbaikan terhadap teknik ini.
Seterusnya juga saya berharap agar responden dapat ditambah bilangannya, supaya
semakin ramai murid dapat di bantu dengan menggunakan KOBINA ini. Bagi memastikan
penggunaan KOBINA digunakan secara meluas, saya sebagai saya bagi kajian tindakan ini akan
menyediakan manual penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) semasa menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik ini. Manual penggunaan bahan dalam teknik
ini akan disediakan dalam bentuk peta I-Think iaitu carta aliran bagi menunjukkan proses
penggunaan teknik tersebut untuk memudahkan pemahaman kepada bakal pengguna teknik ini.
Akhir sekali untuk memastikan keberkesanan KOBINA ini dalam membantu murid-
murid meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam penulisan huruf besar pada pangkal kata
nama khas adalah dengan cara memanjangkan tempoh sesuatu projek itu dijalankan supaya
responden benar-benar dapat memahami seterusnya dapat menulis huruf besar pada pangkal kata
nama khas dengan cara yang betul.
5.7 RUMUSAN
Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan kajian, memberi
kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian dan
mencadangkan beberapa kajian lanjutan.Sebagai kata penutup, kajian ini hanya merupakan
kajian awal tentang kesan kaedah KOBINA terhadap penguasaan kosa kata dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Kajian yang lebih terperinci dan tepat pada masa yang akan datang perlu
dilakukan untuk memantapkan lagi kajian tentang kaedah pengajaran ini.

44
BIBLIOGRAFI

Azman Morad (2006). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Pelajar.

Tesis Sarjana Muda tidak dipublikasikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Ghalib Yunus. (2011). Kata nama am atau kata nama khas. Munsyi Dewan:

Siri 533.

Abdul Karim Jaafar. ( ). Tatabahasa Intensif Bahasa Malaysia 5b.Bangi :

Tunas Pelangi Sdn Bhd.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca

danmenulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertaskerja

di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan SultanIdris. 2 – 4 Jun

2008.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis

bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar.Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu 1 Vol. 1(5)

Azman Wan Chik. (1987). Kesalahan bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Carmelya.(2010). Artikel penyelidikan tindakan.IPG Kampus Batu Lintang.

Creswell J. (2002). Research design : qualitative, quantitative, and mixed methods

45
approaches . United States : SAGE Publications, Incorporated.

Creswell J. & Clark P. (2007). Designing and conducting mixed methods research.

United States :SAGE Publications, Incorporated.

David Lim Chong Lim, Nor Azizah Salleh,SaatMd Yasin, Alias MohdYatin&

Abdul RazakHabib.(2011).HEF2503 KaedahPenyelidikanDalam

Pendidikan.Selangor: Meteor Doc .Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Earl R. Babbie. (1998). The practice of social research. Belmont :Wadsworth Pub.

Co.

Kamarudin Hj Husin. (1998). Pedagogi bahasa (pengkaedahan). Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kho Thong Eng. (2012).Antara huruf kecil dengan huruf besar.Pelita Bahasa.

Edisi Februari.

http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=228 , diakses pada 25 Julai, 2013.

L.R. Gay et.al. (2009). Educational research: competencies for analysis and

applications. New York : Amazon.

46
Mohd.IsaAbd.Razaket., al. (1996). Mempertingkatkan kemahiran menggunakan huruf

besar di sekolah menengah kebangsaan kemabong, tenom, sabah.

Mok Song Sang (1992).Pedagogiuntukkursus diploma semestar 4.Kuala Lumpur:

Komplek Budiman Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 2.Shah Alam : ‘K’

Publishing Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin.(2005). Bahasa Melayu Stpm Kertas 1 & 2.

Selangor: Fajar Bakti.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa & Abdul Hamid Mahmood.

(2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Noor Azizah Ahmad. (2006). Pengaplikasian teori konstruktivisme dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta. Projek Sarjana Muda, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Norhaidi Bin Haji Sarponen (2009) Strategi Pengajaran Bahasa Melayu

Http://Cikguhaidi.Wordpress.Com/Tag/Bahasa-Melayu/ - diakses pada 27 Julai, 2013,

1.30 am

47
Pusat Rujukan Persuratan Melayu@Dbp

Http://Prpm.Dbp.Gov.My/Search.Aspx?K=Pangkal&D=10- diakses pada 29 Jun 2013,

9.03pm

Sharifah Alwiah Alsagoff.(1996).Ilmupendidikan :Pedagogi. Kuala Lumpur:

Heineman Asia

Sieber, S. D. (1973). The integration of fieldwork and survey methods.American

Journal of Sociology, 78(6), 1335-1359.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa melayu 1 edisi kedua. Shah Alam : Oxford

Fajar Sdn Bhd.

Siti Saadiah Osman. (2012). Meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar

dalam kalangan murid tahun tiga bestari. IPG Kampus Kota Bharu.

Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahanpembelajaranpenulisanbahasamelayu

dalamkalanganmurid orang asli. Serdang :Projek Master Sains.Fakulti

PengajianPendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Sulaiman Masri, Mashudi Buhari, Juliliyana M Junid. (2006). Bahasa melayu

rujukan menengah. Kuala Lumpur : Utusan Publications.

48
Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd Nor. (2006).Tatabahasa Melayu Mesra

Pengguna.Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd : Kuala Lumpur.

S. Nathesan. (2012). Penulisan huruf besar. Pelita Bahasa. 1 Ogos 2012.

http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=457

Yin. (1994). Qualitative Research: Case Study Guidelines

http://www.tesol.org/s_tesol/sec_document.asp?cid=476&did=2153

Zaidatol Akmaliah. (1990).

Zaidi Ismail. (2012). Huruf besar dan cara penggunaannya. Dewan Bahasa, Edisi

Mei.

Zailan Jemat. (2005). Besar dan kecil.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/7zailan.pdf -

diakses pada 29 Jun, 2013.

49

You might also like