You are on page 1of 4

Bilangan Jurnal :2 MINGGU

Tajuk : Masalah Penggunaan Bahasa Lain Ketika Bercakap

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Kelas 4. Masalah yang
dihadapi oleh murid daripada kelas tersebut ialah mereka menggunakan bahasa lain
seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ketika mengemukakan idea ataupun
pendapat mereka sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :

Punca murid-murid mempunyai masalah penggunaan bahasa lain ketika menjalankan


aktiviti pengajaran dan penbelajaran ialah murid tidak mengambil berat mengenai bahasa
yang mereka menggunakan ketika mengemukakan idea atau pendapat mereka. Mereka
juga mempunyai masalah dalam mengenalpasti perkataan yang betul dalam Bahasa
Tamil ketika mengemukakan pendapat mereka. Hal ini, merupakan punca utama bagi
murid untuk menggunakan bahasa lain sewaktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Tamil dilaksanakan.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003),


bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi
pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh itu, guru perlu mengambil
berat tentang tahap seseorang murid dalam pelajaran. Chamot (1987) mendefinisikan
strategi pembelajaran sebagai teknik dan pendekatan yang dilakukan oleh murid untuk
membantu pembelajaran serta mengingat aspek linguistik dan isi kandungan sesuatu
bahasa. Latih tubi sebutan perlu dilaksanakan bagi tujuan membetulkan kesilapan
sebutan muridnya kesan pengaruh bahasa pasar iaitu mengeja dan membatang suku
kata contohnya pen/sil. Menurut Zailan Jeman (2005) bimbingan individu yang diberikan
kepada peserta kajiannya secara berterusan dan peneguran kesilapan secara langsung
telah membawa perubahan yang positif kepada murid-murid.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :

Berdasarkan kepada analisis yang telah dilakukan terhadap isu yang telah dikenal pasti,
dapat saya mencadangkan beberapa kaedah penyelesaian bagi masalah tersebut,
antaranya ialah :-

 Guru harus membetulkan perkataan yang digunakan oleh murid-murid ketika


mereka mengemukakan idea ataupun pendapat mereka.

 Guru harus mempraktikan amalan penggunaan kamus ketika akiviti pengajaran


dan pembelajaran dijalankan.

 Guru harus memberi banyak bahan bacaan berkenaan dengan Bahasa Tamil
untuk memperkenalkan perkataan yang tidak dikenali oleh murid.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :

3 hari

6. TINDAKAN SUSULAN :

Seperti mana dinyatakan dalam cadangan dan idea penyelesaian bagi masalah yang
saya kemukakan saya akan membetulkan perkataan yang digunakan oleh murid-murid
ketika mereka mengemukakan idea ataupun pendapat mereka. Selain itu, saya juga akan
mempraktikan amalan penggunaan kamus dwibahasa ketika akiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Seterusnya, saya juga akan memberi banyak bahan bacaan
berkenaan dengan Bahasa Tamil untuk memperkenalkan perkataan yang tidak dikenali
oleh murid.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :

16.7.2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah dikenal pasti telah memberi impak yang positif dan hampir kesemua murid dapat
mengurangkan penggunaan bahsa lain seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
ketika bertutur dan ketika mengemukakan idea ataupun pendapat mereka sewaktu
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Murid-murid pemulihan juga mempunyai
peningkatan ketika mereka bercakap. Waaupun mereka masih kurang fasih ketika
bercakap ataupun mengemukan pendapat mereka; mereka dapat mengurangkan
penggunaan bahasa lain sewaktu bertutur.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :

Saya berasa berpuas hati dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh saya untuk
masalah ini. Ini kerana kesemua murid dapat memperbetulkan penggunaan bahasa
mereka sewaktu mereka bertutur ataupun mengemukakan pendapat mereka. Dengan ini,
murid-murid dpat mengenali lebih banyak perkataan dalam Bahasa Tamil dan ini akan
pasti membantu murid ketika mereka membuat latihan sewaktu pengajaran dan
pembelajaran dan juga ketika mereka membuat peperiksaan. Pemahan murid terhadap
matapelajaran juga akan meningkat dan murid-murid tidak akan menghadapi masalah
ketika bertutur.

RUJUKAN
Chamot, A.U. (1987). The learning strategies of ESL students. Wenden, A. & Rubins, J.
Learner

Strategies In Language Learner. 71-83. Glenview, Illinois: Scott Foreman.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Zailan Jeman. (2005). Besar dan kecil. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan Tahun
2005, 1-8.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

You might also like