You are on page 1of 3

Teks ucapan penghulu

Terima kasih kepada saudara / saudari pengacara majlis.

Salam sejahtera, saya ucapkan kepada,

Yang berusaha,

Dr Hjh Wan Noor Siah Wan Abdullah

Timbalan Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Yang dihormati,

Dr Zairi bin Hussein

Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Para pensyarah serta peserta-peserta Program Transformasi Minda


Seperti yang kita sedia maklum,

Hari ini merupakan hari terakhir kita berkampung sebagai peserta Program
Transformasi Minda(PTM) ini. Dalam kursus 5 hari ini, kami telah mempelajari banyak
input daripada para pencemarah dan pensyarah ke arah menjadi seorang penjawat
awam yang berkualiti pada masa akan datang.

Hadirin sekalian,

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan

penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.

PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi

Menggantikan Kursus Induksi.

Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah
pembentuk negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas
perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan
ekspektasi pelanggan.

Maka, keseluruhan objektif yang dirangka dalam kursus ini, berjaya dicapai
sepenuhnya. Untuk itu, kami, peserta kursus telah diuji melalui ujian post, kuiz, tugasan
individu mahupun berkumpulan. Dengan ini, kami juga mendapat penjelasan
menyeluruh berhubung sistem pentadbiran, prosedur utama, arahan mahupun
pekeliling kerajaan.

Saya selaku Penghulu Kursus Transformasi Minda ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada penganjur, penceramah, mentor-mentor serta pihak-pihak yang terlibat
secara langsung kerana menganjur program ini serta memberi tunjuk ajar sepanjang
kursus ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana memberi
komitmen dan kerjasama sepanjang program ini.
Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua, jika ada
kekurangan, terkasar bahasa, dan ada yang terguris hati sepanjang kursus ini.

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan simpan di dalam peti,

Kalau ada silap dan salah,

Jangan simpan di dalam hati

Akhir kata, kami berjanji akan berusaha untuk mempraktikkan segala ilmu yang telah
dipelajari selama kami berada di sini untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah
yang telah diberikan kepada kami dengan bersungguh-sungguh dan penuh kerelaan
hati.

Sekian, terima kasih.

You might also like